Saturday, February 19, 2011

Zambry Punya Cerita...Umno Ter"Kantoi" Lagi...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia secara terus-menerus menyerang pentadbiran negeri itu ekoran keputusannya mengadakan portfolio bagi hal ehwal agama-agama bukan Islam. Jelas Lim, portfolio itu bukan perkara baru memandangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mewujudkannya untuk menguruskan hal ehwal agama bukan Islam.
“Apabila saya buat portfolio, saya dihentam dengan begitu teruk... buat tak boleh, tak buat pun tak boleh.
“Portfolio ini bukan perkara baru kerana ia pernah dibuat oleh pemimpin Umno, Menteri Besar Perak yang tidak mendapat mandat rakyat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.
Kata Setiausaha Agung DAP ini, Zambry telah pun mewujudkan portfolio yang sama pada 2009 selepas merampas negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.
“Menteri Besar Perak dulu yang tubuhkan portfolio bukan Islam pada 2009, kenapa tak serang, tak hentam? Kerana beliau pemimpin Umno.
“Bila beliau tubuhkan tidak jadi isu, bila kita buat jadi isu pula,” katanya.
Portfolio di bawah kerajaan negeri Perak itu diletakkan dalam Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam yang dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon.
Semenjak Lim mengumumkan untuk mewujudkan portfolio itu, Utusan Malaysia terus menyerang tindakan tersebut.

No comments:

Post a Comment