Saturday, May 28, 2011

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK TOKLEH DIELAK : MUSTAPA



Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.


Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.

Kata Mustapa, kenaikan kos tenaga elektrik akan membebankan kebanyakan industri khususnya sektor-sektor yang berintensifkan tenaga termasuk pengeluaran keluli, minyak dan gas serta mereka yang terlibat dalam pengeluaran elektrik.

“Kami secara berterusan melibatkan mereka yang berada dalam industri. Apa sahaja kenaikan, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Mustapa juga berkata, kerajaan perlu menaikkan harga gas dan elektrik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan.

Kelmarin, Putrajaya mengumumkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api buat masa sekarang.

No comments:

Post a Comment