Saturday, May 28, 2011

PAS terbukti bukan parti penakut

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pemilihan pucuk pimpinan utama pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu depan membuktikan PAS adalah parti yang berani.

Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, sedangkan ada parti yang menangguhkan pemilihan apabila berhadapan dengan PRU.

"Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan," ujarnya pada sidang media tengah malam tadi selepas berucap pada majlis ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. - Hrkh.     
Memang pun, setakat ni selain dari PAS yang aku tau buat pemilihan cuma PKR. Tu pun lama sebelum ni. Tak macam PAS buat pemilihan sekarang, dalam keadaan ramai yang meramalkan PRU13 akan dibuat seawal pertengahan tahun ni.

Umno awal-awal lagi tangguhkan pemilihan sehingga dua tahun, kemudian MCA, Gerakan, MIC pun ikut sama tangguhkan pemilihan. Malah DAP pun ikut tangguh jugak.

Depa tangguh atas alasan untuk tumpukan kepada PRU13, kata depa la. Tapi aku yakin depa tangguh pasai takut berlaku perpecahan dalam parti.

Bagi PAS, walaupun ramai ahli dan penyokong yang harap PAS jugak tangguhkan pemilihan, tambah-tambah lagi dalam pindaan perlembagaan terbaru memang membenarkan pemilihan ditangguhkan, PAS tetap teruskan jugak pemilihan tahun ni.

Memang ramai jugak yang takut akan berlaku perpecahan dalam PAS akibat pemilihan kali ni. Pada aku ketakutan tu tak patut dilayan sebab aku yakin PAS tak sama dengan parti-parti lain pasai selain dari berpolitik PAS jugak sebuah parti dakwah yang penuh dengan tarbiah dalaman.

Tambah-tambah pulak, untuk jadi berpecah atau tidak, semuanya bergantung kepada calon-calon yang bertanding (dan jentera kempen depa jika ada.) Takkan kut calon-calon yang bertanding yang kebanyakkannya pimpinan utama PAS yang dah lama berjuang sanggup tengok PAS berpecah semata-mata pasai depa nakkan kepada jawatan. Memang tak munasabah langsung.

Kalau tengok pemilihan 2 tahun lepas aku rasa lagi panas, pun tak mengakibatkan pepecahan dalam parti. Tambah pulak kali ni, tak lama lepas pemilihan ni kita akan hadapi PRU13. Biasanya dalam PAS kalau berpecah tara mana pun, bila sampai masa nak berlawan dengan Umno kita akan lupakan apa saja masalah dalaman dan akan bersatu lawan Umno.

Apa pun, minggu depan PAS akan bermuktamar untuk kali yang ke 57 sessi 2011/2013. Kita sama-sama tengok ada dak berlaku epecahan dalam PAS akibat pemilihan kali ni.

Di bawah ni senarai calon-calon yang akan bertanding jawatan-jawatan utama.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Presiden
1. TG Hj Hadi Awang (MTB)

Timbalan Presiden
1. Mohamad Sabu
2. Nasharudin Mat Isa
3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden
1. Datuk Husam Musa
2. Idris Haji Ahmad
3. Datuk Mahfuz Omar
4. Datuk Mohd Amar Abdullah
5. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
6. Salahuddin Ayub

Dewan Pemuda PAS Pusat

Ketua
1. Nasrudin Hassan (MTB)

Timbalan Ketua
1. Azman Shapawi
2. Mohd Firdaus Jaafar
3. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
4. Suhaizat Kaiat

Naib Ketua
1.Mohd Nasir Zakaria
2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat

Ketua
1. Nuridah Mohd Salleh
2. Siti Zailah Mohd Yusoff

Timbalan Ketua
1. Dr Siti Mariah Mahmud
2. Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua
1. Mastura Mohamad
2. Mumtaz Md Nawi
3. Dr Najihatussalehah Ahmad
4. Normala Sudirman

Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama' PAS Pusat
Takdak pertandingan

No comments:

Post a Comment