Wednesday, December 21, 2011

Melaga Rasa'Nasrudin Awas Jangan Jadi Ular Air

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan saya tenguk seperti orang tidak ada tunjang walaupun ada akar. Maksud pendiriannya tidak tegas dan konsisten dalam berhadapan dengan isu-isu membabitkan Hasan Ali. Dalam satu masa dia menyokong tindak tanduk Hasan Ali. Gerun semacam jadinya mendengar beliau mengeluarkan kenyataan seperti dipetik oleh media penjilat buntut kerajaan dalam membela Hasan Ali.
Kata Nasrudin dia menyokong Hasan Ali atas prinsip memperjuangkan Islam. Sokongan simpati diberi bila mana Hasan Ali dimalukan oleh Saari Sungib dan tambah Mustapa Ali. Saya tidak tahu apakah Nasraudin telah menyelidiki sepenuhnya siapa dia Hasan Ali dan juga 'kongkalikong' politiknya. Bukan saja dalam isu terbaru, tetapi semasa Hasan Ali berdepan dengan isu Jabatan Agama Isdlam Selangor (Jais) untuk menangani gejala murtad, Nasrudin juga ke depan.
Lagak ketua dewan pemuda Pas ini semacam pahlawan dan lebih Ismaik dari induknya. Apakah itu dinamakan keberanian golongan pemuda di dalam Pas?
Pun begitu anihnya tidak sampai seminggu dia menyatakan sokongan moral kepada Hasan Ali, hari ini beliau telah meralat balik sokongan terlajak itu dengan mengeluarkan satu kenyataan cuba menjelaskan Negara Berkebajikan yang diremehkan Hasan semalam. Semalam Hasan menolak Negara Berkebajikan dan mengejek konsep yang dikonsensus dalam mukatmar itu.
Bacalah apa kata Nasrudin Hasan:
Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijma' menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar Presiden parti "Membangun Negara Berkebajikan" yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.

Tidak layak bagi mana - mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijma'kan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah. Sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa di alu-alukan.”
Apa maksud Nasrudin mengeluarkan kenyataan itu. Bukankah ia menujukkan kenyataan itu kepada Hasan yang menolak konsep Negara Berkebajikan seperti diumum dalam kenyataan akhbar dan disiar secara meluas semalam.
Saya rasa mungkin ramai konfius dan tidak faham dengan pendirian dan sikap Nasrudin. Sikap itu hendaknya bukan sikap Dewan Pemuda Pas, tetapi sikap beliau secara peribadi. Justeru lain kali Nasrudin harus berhati-hati sebelum bangkit menyatakan simpati dan memberi pembelaan kepada seseorang. Beliau kena bijak dan belajar mengenai sepak terajang politik lebih jauh lagi dan menyelami ke mana hujung jatuhnya. Di dalam politik ada kalanya batu yang kita campak ke atas kepala orang lain akan terpelanting ke atas serban kita.
Walaupun Nasrudin akan berkata kenyataan itu bukan atas nama jawatannya, tetapi ia tidak boleh pisahkan dengan jawatan itu. Selagi beliau tidak meninggalkan jawatan itu orang akan mengaitkan kenyataan peribadi itu sebagai kenyataan ketua dewan pemuda Pasa. Boleh sahaja kalau Nasrudin untuk bebas berkata-kata atas dirinya sebagai seorang mukmim tetapi beliau kena lepaskan jawatan ketua pemuda. Manakala bukan bermakna pemuda tidak boleh bersuara tetapi suaranya haruslah senada dengan suara induknya. Ada waktu untuk bertelagah minda, tetapi bukan waktu ini saat nafiri perang akan dibunyikan.
Dulu saya agak terhibur juga mendengar idea-idea dan madah Arab klasik Nasrudin yang dilepaskan melalui kenyataan yang dipostkan dalam blog. Ia banyak bersifat terbiyah dan mengandungi ilmu syariat dan bukan bersifat politik nangka muda. Tetapi apabila beliau sudah ghairah dengan membuat kenyataan politik termasuk membela dan menengur seakan kedudukannya persis Mursyudl Am, dan ada kalanya meralat kenyataan terdahulu ia meragukan saya. Bahawa anak mudah ini tidak mampan dalam politik.
Politik kabur dan keliru, atau politik sekejap mara dan mundur bukan sikap anssrollah. Pemuda yang membela agama harus konsisten dan berani mempertahankan fakta dan hujah serta orang yang dipertahankan. Kalau tiga hari lalu beliau sokong Hasan Ali macam nak rak, kenapa hari ini dia perlu membuat kenyataan mempertahankan Negara Berkebajikan yang diremehkan oleh idolanya itu.
Saya bimbang dengan sikap pemdua bermata cincin besar ini kalau tidak diislahkan dengan baik dia akan hanyut dalam gelombang politik. Aduhai adik pemudaku, politik adalah sebuah lautan di mana kalau kamu tidak bijak mengolah diri kamu akan tenggelam. Sayang kalau orang macam Nasrudin yang sarap dengan ilmu, pernah memunggah kitab bagaikan kaldai memunggah khazanah klasik ke atas bukit semasa mengaji di Mesir tiba-tiba menjadi cair dan ular air begitu sahaja.
Saya sudah kata, tindakan untuk menjadi pembela dalam politik kena hati-hati. Kena waspada dan jangan mudah melenting membuat ulasan. Kerana silap hari bulan yang hancur bukan orang yang dibela tetapi orang yang membela. Apakah Nasrudin ada berkurus minda Melayu dengan mana-mana kumpulan intlek maka pandangannya berkecamuk bertindih tindang di antara Melayu dengan Islam? [wm.kl.21/12/11]

No comments:

Post a Comment