Wednesday, December 21, 2011

Zambry tak saman isu hitam metalik

Dr Zambry Abdul Kadir  tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nga Kor Ming ekoran isu "hitam metalik" tetapi  menyerahkan kepada rakyat untuk menghukum setiausaha DAP Perak itu.
Beliau berkata hukuman rakyat merupakan pengadilan terbaik dan tepat kerana kenyataan Nga yang menggelarkannya "hitam metalik" dibuat di hadapan khalayak ramai dengan tujuan untuk mencerca peribadi, bukannya menghasut.
"Saya sering ditanya, kenapa saya berdiam diri, kenapa tidak ambil tindakan mahkamah dan sebagainya. Saya jawab bahawa perlu apa saya mengambil tindakan mahkamah kerana kenyataan itu dibuat di hadapan orang ramai dan ditujukan khusus dengan mencemuh dan mencerca keperibadian saya.
"Beliau tidak membuat kenyataan yang dikatakan menghasut dan sebagainya tetapi mencerca dan menghina, jadi pengadilan yang sebaik-baiknya ialah saya pulangkan kepada rakyat," katanya.
Menteri Besar Perak itu berkata isu itu akan menjadi indikasi kepada rakyat untuk menilai sendiri perwatakan sebenar pemimpin yang kononnya mendakwa memperjuangkan kesaksamaan antara kaum sama ada mereka melaksanakannya atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment