Sunday, December 15, 2013

Dun Pulau Pinang lulus RUU Perbekalan 2014

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang bermula 9 Dis lepas, hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dengan meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dan dua pindaan enakmen.
         
Rang undang-undang Perbekalan 2014 itu memperuntukkan RM962.20 juta merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Jumlah itu turut mengambil kira RM120 juta untuk caruman kepada Kumpulan Pembangunan Negeri.
         
Turut diluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli  Dewan Undangan Negeri (Adun) (Saraan), 1980, bertujuan menambah jumlah faedah kena bayar bagi kematian biasa dan kematian atau hilang upaya disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan bagi Anggota Dewan Undangan Negeri kepada RM300,000, Ketua Menteri (RM1.875 juta) manakala speaker DUN dan ahli majlis mesyuarat negeri (RM1.25 juta).
         
Pindaan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Pulau Pinang bertujuan membantu kerajaan negeri menyelenggara jalan-jalan negeri. - Bernama

No comments:

Post a Comment