Sunday, December 15, 2013

Kes kematian jurutera: Hentikan operasi Lynas

Insiden kematian jurutera Lynas pada jumaat lepas sekali lagi menggemparkan masyarakat sekitar kilang kontroversi tersebut.
Mangsa yang di kenali sebagi Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33 di laporkan lemas apabila tergelincir ke dalam kolam pada jam 9 pagi dan hanya di jumpai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.40 petang.
Sehubungan itu Jawatankuasa Bertindak Anti Lynas yang di anggotai  Stop Lynas Coalition (SLC), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) serta Himpunan Hijau sekali lagi bertegas meminta kerajaan bertindak secara profesional dengan menghentikan segera  operasi di kilang tersebut.
Langkah ini difikirkan perlu  bagi membolehkan siasatan terbuka di jalankan oleh satu badan bebas dengan segera bagi keselamatan pekerja Lynas dan juga masyarakat setempat.
Menurut kenyataan media SLC yang dikeluarkan di sini,  insiden mati lemas itu adalah kejadian ketiga melibatkan kematian di kilang tersebut dalam tempoh dua tahun.
Jjusteru pihak berkuasa didesak supaya akur kepada tuntutan masyarakat agar siasatan terbuka di jalankan segera dan hasilnya didedahkan kepada umum.
Terdapat beberapa perkara yang menimbulkan persoalan berhubung insiden tersebut pertamanya bagaimana seorang jurutera yang terlatih boleh di katakan terjatuh ke dalam kolam tersebut?
Apakah tiada pagar keselamatan di sekeliling kolam dan adakah mangsa tidak di bekalkan dengan jaket keselamatan sewaktu pemeriksaan tersebut?
Masyarakat umum juga tertanya-tanya saiz  kolam tersebut dan berapakah jumlah kapasiti bahan atau air yang boleh di isi memandangkan mangsa hanya di temui selepas lima jam kejadian berlaku.
“Adakah Lynas tidak mempunyai peralatan yang mencukupi sehingga terpaksa menunggu ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat?
“Adakah mangsa terus meninggal sebaik terjatuh dan keadaanya tidak di pastikan sehinggalah Bomba sampai? Ataupun kolam tersebut mengandungi bahan-bahan cemar yang merbahaya ?
Bagaimanakah keadaan sekiranya berlaku insiden pada skala yang lebih besar seperti kebakaran atau tumpahan sisa ke dalam sungai dan paya yang hanya bersebelahan dengan kilang tersebut sedangkan seorang pekerja saja lemas tempoh masa yang di ambil hampir 5 jam,” soal SLC.
Menurut SLC, kolam-kolam di dalam kilang Lynas amat merisaukan hati penduduk setempat sewaktu banjir besar melanda tempohari.
Pelbagai gambar tersebar di alam maya antaranya gambar kawasan kilang dan kolamnya di limpahi air dan perkara tersebut amat sukar di nafikan memandangkan keseluruhan kawasan di situ di banjiri air pasang besar termasuklah sungai Balok yang merupakan jalan keluar bagi aliran air ke pantai Balok.
SLC juga kesal kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ataupun Agensi Lembaga Pelesenan Atom (AELB) berhubung situasi tersebut termasuk kejadian terbaru yang membabitkan korban.
“Mereka menyepi sebagaimana biasa apabila masyarakat terpukul dan hanya akan melenting apabila pihak pelabur di persoalkan sebagaimana tindakan pihak berkuasa menangani isu amang yang kelihatannya menunggu masa untuk ‘membunuh’ penduduk sekitar,” kesal SLC.


No comments:

Post a Comment