Monday, January 4, 2010

Gani 4tail dah jumpa enjin jet???


KUALA LUMPUR, Jan 4 — Peguam Negara Tan Sri Gani Patail (gambar)mengesahkan hanya kakitangan peringkat bahawa terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Mereka akan dihadapkan ke mahkamah dalam waktu terdekat, kata beliau di sini hari ini.
Rabu lalu polis telah hantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik TUDM kepada Jabatan Peguam Negara semalam setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.
Musa berkata tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.
Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah TUDM ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.
Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.
Gani menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai “perkara serius”, dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.
themalaysianinsider

Posted By zul mamak png to ™ kaasii peecaahhh laaa...® at 1/04/2010 07:06:00 PM 


No comments:

Post a Comment