Monday, January 4, 2010

PAS: Bukan Islam Boleh Guna Perkataan ‘Allah’




KUALA LUMPUR, Jan 5 : PAS mengambil pendirian ‘terbuka’ dalam isu kontroversi terbaru dengan menegaskan penggunaan perkataan “Allah” adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.




Bagaimanapun parti itu menegaskan penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
Pendirian itu diputuskan dalam mesyuarat khas Lajnah Politik yang diadakan di sini malam tadi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolak, Herald pada Khamis lalu.
Pertemuan yang bermula 9 malam berakhir 11.45 malam. Ia dihadiri oleh 25 wakil.
“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
“Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan dikeluarkan tengah malam tadi.

Kenyataan itu dibacakan oleh ketua penerangan PAS Pusat Idris Ahmad.
Hadi menambah PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yabg boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
Oleh itu katanya PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
Oleh G Manimaran
 MalaysiaInsider

No comments:

Post a Comment