Monday, January 10, 2011

Pelan 100 hari Pakatan ‘sumbat’ kebocoran, rasuah Umno

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata Pakatan Rakyat mampu melaksanakan janji yang dibuat dalam Buku Jingga, sekaligus menyelar bidasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap program 100 hari Pakatan rakyat itu.
Ini kerana, menurut Rafizi,  dasar yang digariskan dalam buku berkenaan adalah ‘menyumbat’ rasuah dan kebocoran yang dilakukan kerajaan BN, sekiranya Pakatan mengambil alih pentadbiran negara kelak.
“BN sentiasa kata banyak perkata tidak boleh diberikan atau ia akan memufliskan negara, terutama yang melibatkan bantuan langsung bagi orang ramai. Pada masa lepas negeri Pakatan memberi bantuan yang besar di Selangor dan Pulau Pinang yang mungkin tidak masuk akal di bawah BN, ketika mereka mendakwa kerajaan kekurangan wang,” kata Rafizi dalam respon awalnya berhubung kenyataan Najib itu.
Menurutnya, sejakmengambil alih Selangor, Pakatan Rakyat telah membelanjakan kira-kira RM150 juta setiap tahun untuk memberi bantuan kepada rakyat dalam bentuk skim air percuma, bantuan kepada pelajar Universiti, bantuan mikro kredit dan sebagainya.
“Sebab itu mengapa PR boleh lakukannya dan BN tidak pernah buat ialah kerana kita menyumbat kebocoran disebabkan oleh rasuah berleluasa,” kata Rafizi yang juga Pengarah Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Rafizi berkata, kebocoran di negara ini sangat besar di sebabkan rasuah seperti yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan negara kehilangan RM28 bilion setahun akibat gejala itu.
Manakala dalam isu pemberian subsidi pula, kata Rafizi, setiap tahun Petronas membayar RM19 bilion subsidi gas kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang menyebabkan keuntungan berbilion diberikan kepada syarikat kroni berkenaan.
“Petronas membeli gas dari blok Natuna dan JDA pada harga-harga yang jauh lebih tinggi,  kemudian menjual kepada jauh lebih tiga kali rendah dari nilai harga pasaran – ini berjumlah RM19 billion setiap tahun. Jika susunan ini dimansuhkan, terdapat RM19 bilion keuntungan tambahan yang boleh dibayar balik kepada kerajaan dan rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment