Saturday, February 6, 2010

Bersedia untuk kesedihan kali ke 3-DSN

Tazkirah DSN di Markaz Pas Kg Kerunai Grik
Antara yang hadir bagi mendengar kuliah dan penerangan dari DSN

DSN berceramah di Kg Supitan Lenggong
Rakyat yang memenuhi ruang yang ada bagi mendengar dan melihat pemimpin mereka.

Rakyat yang saar menanti kehadiran Pemimpin Rakyat ini

4.2.2010 Lenggong : Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi keputusan siapa Menteri Besar yang SAH akan diumumkan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya selepas ia berlanjutan selama 3 bulan dari tarikh akhir penghujahan yang dibuat pada penghujung tahun lalu.

Dato Seri Nizar didalam ceramahnya turut menyatakan kepada rakyat agar bersedia bagi mengalami satu lagi waktu tempoh kesedihan yang mana kali ini dijangkakan lebih panjang dan teruk dari dahulu.Beliau menyatakan bahawa sekiranya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat pada 9 haribulan ini maka sudah pastilah UBN tidak akan senang membiarkan kemenangan itu diterima oleh pakatan Rakyat.Semestinya pelbagai taktik-taktik kotor mula dirancang dan segala macam kerja buat pasti akan dilakukan bagi menidakan kemenangan tersebut.

Namun Dato Seri Nizar turut menyatakan bahawa Rakyat tidak seharusnya berputus asa teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar kemenangan yanga akan dikecapi dan apa jua rintangan seterusnya dibawah kekuasaan Allah swt akan mendatangkan kebaikan dan melindungi semuanya.

No comments:

Post a Comment