Saturday, February 6, 2010

Kenyataan Media Isu Tindakan Penguatkuasa MPPP & MPSP


Kenyataan Media
Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan
Dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau Pinang
Pada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang

KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN
DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN
Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.
Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.
(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT
Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun
Melayu
Cina
India
Tidak Diketahui
2008
3
2
1
2
2009
4
3
2
4
2010
2
0
0
0
Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.
Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi ditangguhkan.
Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town.
Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya.
Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3 N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan dimulakan.
(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA
Tahun
Melayu
Cina
India
Tidak Diketahui
2007
1
0
0
0
2008
0
0
0
0
2009
0
5
2
0
Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.
(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang Undang Kecil.
(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

Tahun
Melayu
Cina
India
2006
84
58
16
2007
65
35
11
2008
132
110
17
2009
152
84
17
Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan perobohan gerai.
(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat

Tahun
Melayu
Cina
India
2009
23
3
2
(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)
Tahun
Melayu
Cina
India
2006
106
46
16
2007
106
51
21
2008
50
13
12
2009
38
21
15
Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain.
Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.
(d) Kacau Ganggu - Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam
Tahun
Melayu
Cina
India
2006
3
1
26
2007
3
1
13
2008
4
0
14
2009
6
0
8
(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974
Tahun
Melayu
Cina
India
2008
1
16
1
2009
9
40
5
(f) Notis Keluar - Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP
Tahun
Melayu
Cina
India
2008
219
103
46
2009
78
52
26
(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)
Tahun
Melayu
Cina
India
Jumlah
2008
785
1,082
196
2,063
2009
815
1,727
247
2,789
Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.
Jenis Lesen
Tahun 2008
-
Melayu
Cina
India
Jumlah
Pasar
369
1,724
118
2,211
Kompleks
627
741
78
1,446
TPS
422
1,826
104
2,352
Jenis Lesen
Tahun 2009
-
Melayu
Cina
India
Jumlah
Pasar
391
1,660
119
2,170
Kompleks
464
538
62
1,046
TPS
449
1,843
105
2,397
Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis notis kepada premis yang tidak mematuhi mana mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.

Tahun 2008
Tahun 2009
Establishment Makanan
1,661
1,325
Tred Perniagaan/Industri
488
566
* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.
Rumusan
1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan dasar untuk mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.
(2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan tidak pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas pertimbangan kaum.
(3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan. Isu sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman ( non compliance ). Di seluruh Negeri Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih belum ditangani.
(4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan tidak benar.
Bilangan kontraktor Bumiputera/Bukan Bumiputera bagi Tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut:
Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmata n/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2008
Bil.
Kontraktor
Sebut Harga
Tender
Bumiputera
Bukan Bumiputera
Bumiputera
Bukan Bumiputera
1.
Bekalan
29
5
-
-
2.
Perkhidmatan
26
26
-
1
3.
Kerja
23
4
1
-

Jumlah
78
(69.03%)
35
(30.97%)
1
(50%)
1
(50%)
Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmata n/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2009

Bil.
Kontraktor
Sebut Harga
Tender
Bumiputera
Bukan Bumiputera
Bumiputera
Bukan Bumiputera
1.
Bekalan
33
5
8
4
2.
Perkhidmatan
29
2
34
-
3.
Kerja
27
12
3
2

Jumlah
89
(82.4%)
19
(17.6%)
45
(88.23%)
6
(11.76%)

* p/s - kepada komentar, blogger pro-ameno-beer end, toksah dok serbu tak tentu hala laa.. tengok sama dan paham statistik yang dok ada...GPMS dan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang jangan dok provokasi lebih lebih sangat...
Pasai apa masa wakil hangpa ada dalam ahli Majlis MPPP tak mau pertahan habis habisan peniaga Melayu? Akai ada kaaa...???

No comments:

Post a Comment