Saturday, February 6, 2010

Kenyataan Yang Meragukan oleh Saiful

Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.


Berikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.



Saiful berkata doktor di Pusrawi mecadangkannya supaya ke hospital kerajaan untuk diperiksa.
Saiful berkata dia kemudiannya ke hospital Kuala Lumpur dan memberitahu seseorang yang dikenali sebagai Dr Daniel yang dia diliwat oleh tertuduh.Doktor itu memberikannya sekeping nota dan dia dirujuk ke wad kecemasan bagi membuat laporan polis. Superintenden Jude Pereira adalah antara pegawai polis yang membantunya membuat laporan.


Kupasan Pembicaraan Liwat Anwar ke atas Saiful (Kenyataan Mahkamah 4 Feb 2009 - Sebahagian Malaysiakini):


Pada 28 Jun 2008 (Sabtu) jam 13:00 (1 tengahari) beliau ditemani bapa saudara beliau Tuah Mohd Halim pergi ke Hospital Tawakal untuk mendapatkan rawatan kerana liwat. Tapi malang hospital tersebut buka separuh hari.


Setahu saya hanya terdapat sebuah hospital Tawakal di Kuala Lumpur iaitu Jalan Pahang Barat off Jalan Pahang hampir dengan HKL. Hospital dikendalikan oleh Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1984. Setahu saya juga hospital ini mahupun hospital swasta yang lain tidak mengamalkan kerja separuh hari atau cuti pada hari-hari tentu terutama sekali kes-kes kecemasan. Jika kita perhatikan, jabatan kecemasan hospital Tawakal beroprasi 24 jam 7 hari seminggu 365 hari setahun dan kes-kes jenayah termasuk kes isteri bertumbuk dengan suami selalunya dirujuk ke Jabatan Kecemasan. Hospital Tawakal boleh mengemukakan saman ke atas Saiful kerana menjatuhkan reputasi hospital tersebut kerana kenyataan dalam mahkamah tersebut boleh dikategorikan sebagai fitnah. Itupun kalau lembaga pengarah hospital tersebut berani.


Kemudian beliau ke Hospital Pusrawi dan beliau dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan beliau disyorkan untuk membuat rawatan lanjutan di HKL. Hospital Pusrawi berada di Jalan Tun Abdul Razak dan hampir dengan HKL. Kemudian beliau ke HKL dan memberi tahu kepada Dr Daniel yang beliau diliwat. Dr tersebut memberikan dia sekeping kad dan beliau di rujuk ke wad kecemasan.


Kenyataan ini mengelirukan, setahu saya dalam bentuk atau kes jenayah seorang mangsa boleh melakukan pemeriksaan di mana-mana hospital samada milik kerajaan mahupun swasta. Yang penting semasa di hospital tersebut kenyataan atau laporan kes boleh dibuat. Persoalan di sini kenapa Dr Mohd Osman Abdul Hamid menyuruh beliau ke HKL sedangkan beliau adalah seorang Dr yang berkelayakan. Dalam kes-kes jenayah pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan oleh Dr biasa kalau tak percaya pergi jabatan kecemasan PPUM ataupun PPUKM, adakah Dr yang berada di situ semuanya pakar? Adakah beliau mengatakan yang beliau telah diliwat pada Dr Mohd Osman Abdul Hamid?


Saiful telah terkena check mate yang kedua untuk hari ini. Setelah semalam beliau telah menunjukkan yang beliau rela diliwat. Beliau diliwat tanpa paksa jika itu yang terjadi.


Tentang rakaman tempat kejadian, mahkamah telah ditunjukkan bukti kehadiran Saiful itupun CCTV di lift tempat parkir kereta. Beliau keluar semula setelah 1 jam. Adakah bukti ini sudah cukup kuat? Kerana adakah CCTV itu menunjukkan tingkat berapa Saiful pergi dan adakah mana-mana CCTV yang merakamkan Saiful memasuki kawasan kejadian iaitu apartment tersebut. Adakah CCTV juga menunjukkan Anwar memasuki kawasan tersebut. Jika tiada mungkin Anwar ke bilik tersebut melalui bumbung. Kita jangan lupa kes culik, rogol dan bunuh oleh pekerja MAS ke atas seorang wanita. CCTV telah menunjukkan bahawa perempuan itu diculik di tempat parkir kereta sebuah pusat membeli belah dan beliau juga dirakam oleh CCTV Tol. Ini yang meyebabkan mamat tersebut tidak dapat melepaskan dirinya. Sehingga hari ini CCTV hanya menunjukkan Saiful berada lift di tempat parkir kereta sahaja. Mungkin Isnin nanti kita akan melihat bukti lain pula. Tunggu.....



No comments:

Post a Comment