Friday, October 21, 2011

Opps! Ahli Parlimen PAS Sudah Pandai Maki "Memang Babi!" Di Dalam Dewan Rakyat


Hasil siasatan daripada pemilik Twitter hebat, @DearFirdaus dan @jee_abd, mendapati watak warak yang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin PAS di depan juak-juak mereka hanyalah lakonan sinetron semata-mata. Mereka mendapati di dalam "Hansard" parlimen bertarikh 20 October 2011, mukasurat 74, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor melaungkan "Memang Babi!" ketika gagal berdebat secara berhemah ketika YB Kulim Bandar Baru, mendedahkan Warta Kerajaan Negeri Selangor (Perkara 14), yang menyatakan tidak menjadi kesalahan seorang suami meliwat isteri sendiri. Petikan "hansard" berkenaan boleh dibaca di bawah:



Kita tidak hairan sekiranya makian ini datang dari Ahli Parlimen P"Gay"R kerana Ketua Umum sendiripun mengamalkan kelucahan melampau! Tidak bagi pemimpin PAS yang kaya dengan lakonan warak mereka. Inilah akhlak yang lahir dari pemimpin-pemimpin PAS setelah didakwah dan ditarbiyah oleh sekutu mereka DAP. Bukan PAS mencorakkan akhlak DAP, sebaliknya DAP berjaya menganjingkan dan mengkeldaikan akhlak pemimpin-pemimpin PAS.

Sebagai nota rujukan, perdebatan di atas berlaku apabila YB Kulim Bandar Baru mendedahkan petikan Warta Kerajaan Negeri Terengganu (Perkara 14), Enakmen Kesalahan Syariah, yang menyebut:

"Liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara lelaki dengan perempuan SELAIN DARIPADA ISTERINYA yang dilakukan di luar tabii iaitu MELALUI DUBUR."

Inilah Hudud yang diagung-agungkan oleh PAS. Bukan setakat Warta Kerajaan Negeri Terengganu malah Warta Kerajaan Negeri Kelantan (Perkara 16), Kanun Jenayah Syariah II juga menetapkan perkara yang sama! Ini bukan Hudud Islam, tapi ini Hudud PAS. Hudud Islam apanya kalau liwat tidak salah dilakukan ke atas isteri!

No comments:

Post a Comment