Saturday, March 8, 2014

Penghakiman bermotif politik – Pemuda PAS Wilayah

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan simpati terhadap keputusan mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.
Ketuanya,  Ir. Khairil Nizam Khirudin (gambar) dalam satu kenyataan media tidak menolak kemungkinan penghakiman dibuat tiga hakim itu bermotifkan politik.

“Kami berdoa agar Dato’ Seri, Datin Seri Wan Azizah yang baru saja dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Pakatan Rakyat sempena Hari Wanita Sedunia, serta keluarga seluruhnya sentiasa diteguhkan iman untuk mendepani cabaran-cabaran yang mendatang.
“Sesungguhnya, Allah akan memberikan keadilan sepenuhnya di Mahkamah Rabbul Jalil kelak,” ujar beliau.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, tegas Khairil dan seluruh pencinta keadilan akan meneruskan legasi perjuangan menentang ketidakadilan, kezaliman serta penyelewengan yang berlaku.
“Tiang besi penjara tidak akan mendiamkan ruh perjuangan ini. Perjuangan menegakkan kebenaran tiada noktah sehingga berpisahnya nyawa dari badan,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment