Saturday, March 8, 2014

Terkini!!! Dua Lagi Penumpang Eropah Dengan Identiti Meragukan Dalam Pesawat MH370.. Jom Terjah!!!

Pasukan keselamatan yang bertugas di KLIA bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal sepanjang tempoh krisis mengenai kehilangan pesawat MH370. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2014.

Pasukan keselamatan yang bertugas di KLIA bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal sepanjang tempoh krisis mengenai kehilangan pesawat MH370. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Mac, 2014.Pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti dua orang lagi penumpang Eropah dalam penerbangan MH370 dan menambah dua lagi individu yang menggunakan pasport curi bagi mengikuti penerbangan dengan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di sempadan maritim Malaysia-Vietnam sejak pagi Sabtu.
The Malaysian Insider difahamkan keempat-empat individu berkenaan membeli tiket penerbangan dari China Southern Airlines, rakan kongsi kod MAS bagi laluan Kuala Lumpur- Beijing.
"Pemeriksaan latar belakang dengan kedutaan sedang dilakukan tetapi kedua-duanya masih belum disahkan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, sambil menambah mereka dari negara sama.

Wartawan The Daily Telegraph di Beijing, Malcolm Moore menulis di dalam laman mikro Twitter bahawa syarikat penerbangan China menjual tiket kepada penerbangan yang membawa 239 orang penumpang  termasuk 12 krew apabila ia hilang.
Lebih separuh daripada penumpang  atau lebih tepat lagi, 153 adalah warganegara China. Terdapat 13 warganegara lain dalam pesawat Boeing 777-200, termasuk 38 orang rakyat Malaysia.
Pihak berkuasa Malaysia memandang ringan individu yang didapati menaiki pesawat dengan pasport curi, dengan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata malam tadi, mereka tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat berhubung soal keselamatan.
"Kami melihat rakaman video televisyen litar tertutup berkaitan penumpang dan bagasi mereka."
"Setakat ini, kami berpuas hati dengan segala-galanya," kata Aziz sambil, menambah pihak berkuasa tidak menolak sebarang kemungkinan pada masa ini.
Ketua Pegawai eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya maklum terhadap spekulasi ke atas identiti suspek.
"Ini adalah laporan yang kita perlu buat. Setakat apa yang kita maklum, ia hanya satu laporan.
"Kami sedang berusaha dengan kedutaan asing untuk memastikan kita boleh mengesahkan laporan itu.
"Spekulasi bermula sejak pagi ini dan setiap spekulasi itu berjaya dipatahkan," kata beliau yang dipetik daripada portal Malaysiakini.
Pesawat Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan dijangka mendarat di Beijing pada jam 6:30 pagi iaitu perjalanan sejauh 3,700 km tetapi ia tidak tiba.
Pada masa kehilangan, pesawat berkenaan membawa kira-kira bekalan bahan api bagi perjalanan selama 7.5 jam, menurut kenyataan rasmi MAS.
MAS dianggap sebagai salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia, dipandu juruterbang berpengalaman.
Berusia 53 tahun, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai 18,365 jumlah jam penerbangan dan menyertai MAS pada 1981.
Pembantu juruterbang, Fariq Ab.Hamid , 27, pula mempunyai jumlah penerbangan sebanyak 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007.
Pesawat berusia 11 tahun, B777 -200 ini adalah salah satu daripada 15 pesawat yang dimiliki MAS.
CNN melaporkan jika pesawat ini terhempas, ia akan menjadi satu tragedi dahsyat sejak November 2001 apabila kapal terbang milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Airbus A300 terhempas di Belle Harbor, Queens, tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK.  Ia mengorbankan 265 orang termasuk lima penduduk di daratan.

TMI

No comments:

Post a Comment