Sunday, April 20, 2014

Muslimat PAS doa Norzula cepat sembuh


Dewan Muslimat PAS Malaysia mendoakan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Norzula Mat Diah cepat sembuh dan bersabar menghadapi dugaan Allah di atas pemergian isterinya, Datin Maziah Din dalam kemalangan jalan raya semalam. 

Ketua Penerangannya, Mastura Mohamad berkata, Muslimat PAS seluruh negara mendoakan Norzula segera sembuh dan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Dun Paloh, Kelantan. 

Menurut beliau, Muslimat PAS turut mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Bendahari Dewan Pemuda PAS Machang, Mohd Zainal Abidin Mat Lazim yang meninggal dunia pagi Jumaat lalu. 

Katanya, seluruh ahli dan pemimpin Muslimat PAS berkongsi kesedihan dan mengharapkan kedua-dua keluarga terlibat bersabar dan redha dengan ujian daripada Allah. 

Beliau berkata, Muslimat PAS mendoakan semoga arwah Maziah dan Mohd Zainal Abidin di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan pejuang agama Allah.

"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan," beliau memetik firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 35.

No comments:

Post a Comment