Friday, October 24, 2014

Rakyat terus ditipu oleh kerajaan UMNO

Sudah sepatutnya rakyat menjatuhkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata sekiranya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal untuk menurunkan harga RON97 selaras dengan pasaran minyak antarabangsa, ini membuktikan  bahawa rakyat sering ditipu oleh mereka.
Katanya, rakyat sepatutnya melakukan tindakan dengan menjatuhkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Seri Islamil Sabri Yaakob yang mengulas kenaikan harga minyak RON97 selaras dengan kenaikan harga minyak antarabangsa.
“Inilah yang sering ditegaskan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN),” kata Fadhli
Menurut laporan akbhar lidah rasmi PAS, Harakah, ketika minyak RON97 dinaikkan harga 10 sen pada 5 Januari 2011 kepada harga RM2.40 seliter, harga minyak di pasaran dunia pada masa itu ialah USD90.3 se tong.
Pada 4 September 2013, harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada harga RM2.85 seliter, harga minyak dunia pada masa itu ialah US114.85 se tong.

Pada 9 September 2014, RON97 diumumkan turun 10 sen kepada harga RM2.75 seliter. Mengikut rekod, harga minyak dunia pada masa itu ialah USD99.9 se tong.
Ujar beliau, harga minyak dunia ditutup pada 17 Oktober 2014 dengan harga USD82.75 se tong.
Menurutnya, berasaskan kepada rekod kenaikan dan penurunan sebelum ini, harga minyak RON97 sewajarnya berada di paras RM2.20 seliter.
“Jika ada yang berhujah bahawa tukaran USD ke Ringgit Malaysia tidak sama, suka diingatkan bahawa ketika ini USD1 bersamaan RM3.27, kadar ini tidaklah jauh berbeza dengan kadar tukaran USD ke Ringgit Malaysia pada Januari 2011 iaitu pada kadar RM3.0668,” katanya..
Harga minyak negara kita jelas sekali tidak sama dengan harga yang ditetapkan antara antarabangsa ini merupakan bukti rakyat terus ditipu oleh kerajaan UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment