Friday, October 24, 2014

'Tinggal 3 solat Jumaat berturutan boleh dipenjara'

'Tinggal 3 solat Jumaat berturutan boleh dipenjara'Exco Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata lelaki Islam yang berakal baligh yang dikesan meninggal solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut di negeri itu boleh dihukum penjara sehingga setahun.
Katanya, mereka yang tiada alasan munasabah meninggal solat itu boleh didakwa mengikut Seksyen 104 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, lapor Berita Harian hari ini.
"Hari Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan sekali seminggu.
"Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu," kata exco pembangunan Islam, dakwah dan hubungan seranta Kelantan itu seperti dilapor akhbar tersebut.
Beliau menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) dalam sidang DUN Kelantan berhubung tindakan kerajaan negeri terhadap remaja yang lalai menunaikan solat fardu dan Jumaat. 

No comments:

Post a Comment