Sunday, January 12, 2014

Kesihatan pemimpin Ikhwan Muslimin terus merosot

KAHERAH: Kesihatan pemimpin Ikhwan Muslimin yang ditahan di penjara oleh kerajaan Kudeta Mesir dilaporkan semakin merosot sejak mengadakan mogok lapar.

Salah seorang dari mereka, Mohamed al- Beltagi didakwa semakin lemah selepas mengadakan mogok lapar lebih 22 hari lalu.

Perkara itu dimaklumkan isteri beliau Sanaa Abdel- Gawad kepada media semalam.

"Dia enggan minum dan berkeras meneruskan mogok lapar.

"Dia hanya mahu layanan biasa serta hak kebebasan, maruah dan keadilan rakyat Mesir dikembalikan," kata Sanaa.

Al- Beltagi telah ditahan bersama beberapa yang lain oleh tentera kudeta pada Ogos tahun lalu atas tuduhan palsu mencetus keganasan dan diletakkan di dalam tahanan di penjara Al- Aqrab di selatan Kaherah.

Beliau juga adalah bapa kepada Asmaa, yang syahid ditembak tentera kudeta ketika cuba menggempur himpunan pro Morsi sebelum ini.

Bulan lepas , pemimpin Ikhwanul Muslimin itu berikrar untuk mengekalkan mogok lapar sehingga pihak berkuasa Mesir berhenti mengambil langkah " dendam " terhadap mereka.

Beliau dikatakan dikurung secara bersendirian dan dilarang daripada dilawati oleh keluarga mahupun peguam.

No comments:

Post a Comment