Sunday, January 12, 2014

Selangor beku kenaikan gaji MB, Exco, Speaker


Malaysiakini yang memetik sumber China Pressmelaporkan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Ean Yong Hian Wah(gambar) memaklumkan kenaikan gaji Ahli Dewan Negeri (Adun) bagaimanapun kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.

Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas.

Keputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus.
Menurut China Press, pembekuan itu berkuatkuasa sehingga penilaian semula kenaikan gaji itu selesai dibuat.
Bagaimanapun beberapa pemimpin kerajaan negeri yang dihubungi enggan mengulas butiran terperinci keputusan itu.
Sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat Pejabat Menteri Besar berhubung perkara tesebut.

No comments:

Post a Comment