Saturday, February 1, 2014

Cadang Chong Wei calon BN PRK Kajang idea karut – DAP

KUALA LUMPUR: Cadangan Umno agar pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang disifatkan idea mengarut.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim berkata, cadangan Umno itu dianggap mengarut sehingga sanggup menjadi Chong Wei sebagai alat politik mereka.

Ahli Parlimen Seputeh itu juga mengecam Barisan Nasional (BN) kerana tidak menghargai Chong Wei yang ketika ini sibuk membawa nama negara ke kejohanan badminton serata dunia.

Baginya, cadangan itu membuktikan BN ketandusan pemimpin.

“Cadangan itu bukan sahaja membuktikan BN dan MCA gagal mencari calon yang sepadan dan mampu menyaingi Anwar, sehingga sanggup menggunakan populariti Chong Wei sebagai alat politik menyelamatkan mereka pada PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas cadangan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin kelmarin dengan alasan MCA tidak memiliki tokoh yang mampu menandingi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding pada PRK Kajang.

No comments:

Post a Comment