Thursday, November 28, 2013

Hudud antara agenda pertemuan PM, MB Kelantan


Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata isu hudud antara agenda muzakarah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Mohd Fadzil berharap pertemuan yang bakal diadakan dalam "masa terdekat" itu, akan menjadi titik tolak merealisasikan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam di negeri itu melalui ketetapan perlembagaan.

NONE"Perlaksanaan hukum hudud bergantung kepada kelulusan (kerajaan) pusat, sebab ini dah ditetapkan perlembagaan, jadi kita kita sangat-sangat sambut baik sekiranya kerajaan Pusat membenarkan hukum hudud di Kelantan.

"Setakat ini yang kita tahu (muzakarah) dalam masa terdekat, tapi belum ada tarikhnya (tarikh untuk muzakarah)," kata Mohd Fadzli yang juga ADUN Temangan.

Kelmarin Najib dilapor menyatakan kesediaannyabertemu dengan Ahmad bagi membincangkan cadangan muzakarah antara kedua-dua pihak. Beliau bagaimanapun meminta PAS menghuraikan lanjut berhubung muzakarah itu.

Sementara akhbar News Straits Times semalam melapor Ahmad sebagai berkata kerajaan negeri itu bercadang membangkitkan mengenai pelaksanaan hukum hudud dengan Najib, sekiranya presiden Umno bersedia untuk menerima pertemuan tersebut.

59th pas muktamar 2013 2Muktamar PAS minggu lalu pula menerima sebulat suara usulmendesak kerajaan memindaperlembagaan negara untuk membolehkan pelaksanaan undang-undang Jenayah Islam selepas dibahas perwakilan dalam persidangan tahunan parti itu.

Pada 1993 kerajaan Kelantan meluluskan enakmen hudud tetapi pelaksanaannya ditangguhkan kerana penguatkuasaan dianggap memerlukan pindaan perlembagaan.

Kanun keseksaan Islam itu meliputi hudud, qisas (pembalasan), takzir (budi bicara) dan diyyat (ganti rugi).

No comments:

Post a Comment