Thursday, November 28, 2013

Ucapan Dasar Presiden Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59

Mukaddimah
Yang dihormati Dato' Pengerusi Tetap, YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Mursyidul 'Am, Sohibul Fadhilah Dato' Timbalan Mursyidul 'Am, Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato' Setiausaha Agung, Ketua-Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,  seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, sahabat-sahabat pimpinan dari Pakatan Rakyat, pimpinan NGO, Wakil-wakil Kedutaan Asing, semua para jemputan, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.
Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan taulan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat,  serta para pemerhati yang sudi memeriahkan Muktamar PAS kali ke 59 ini.
Pertamanya marilah sama-sama kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita anugerah Islam yang sempurna  yang kita imani,  menjadi penyelamat kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan rahmat Allah SWT. Dengan Iman dan Islam inilah kita mesti beristiqamah di atas jalan perjuangan yang dirintis oleh para Nabi dan Rasul A.S. sejak zaman berzaman, berdepan dengan cabaran dan dugaan yang menguji iman kita sehinggalah kita bertemu dengan Allah SWT nanti. Marilah kita sama-sama menghayati firman Allah SWT :
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar ternyata yang Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." [Muhammad :31]

No comments:

Post a Comment