Friday, January 3, 2014

MCA semakin hilang pengaruh di Kelantan

Dahulu orang Tionghua yang berminat dengan PAS terpaksa menyatakan sokongan secara sembunyi-sembunyi kerana takut disisihkan masyarakat Cina.

Namun sekarang semuanya sudah berubah. Sebaliknya hari ini penyokong MCA pula seperti malu-malu untuk muncul di tengah-tengah masyarakat di Kelantan.

Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, beliau masih ingat lagi orang Cina di kampung-kampung yang mendekati program PAS terpaksa dilakukan dengan sembunyi.

“Tidak boleh hendak cerita kepada orang lain. Orang Cina sokong PAS hanya di belakang tabir takut disisih masyarakat Cina.

“Tidak ada orang Cina yang berani bawa bendera PAS. Hendak pakai baju lambang bulan jauh sekali. Tekanan dan tomohan terhadap PAS begitu juga ketika itu.

“Bagaimanapun keadaan itu berubah sama sekali. Hari ini orang MCA pula kelihatan seperti malu-malu untuk muncul di tengah masyarakat di sini,” katanya.

Menurutnya perubahan itu berlaku selepas usaha-usaha PAS mendekati masyarakat Cina secara berterusan, di samping keterbukaan kerajaan Kelantan.

Kata beliau ramai masyarakat Cina sudah faham dan dapat melihat sendiri pentadbiran kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Lau yang juga bekas guru besar sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri mendakwa MCA Kelantan seperti ketandusan penyokong sekarang sehingga jarang program parti itu diadakan di Kelantan berbanding sebelum ini.

“Orang Cina di kampung-kampung lebih ramai sokong Gerakan berbanding MCA. Orang Cina di kampung tidak faham bahasa Mandarin yang digunakan ketika mesyuarat MCA.

“Sedangkan dalam perjumpaan anjuran Gerakan mereka menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu, jadi Cina yang tinggal di kampung lebih faham,” ujarnya.

Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan. 

Beliau juga memberitahu masyarakat bukan Islam di Kelantan bangga berada di bawah kepemimpinan ulama yang lebih cakna terhadap kehidupan rakyat.

No comments:

Post a Comment