Friday, January 3, 2014

Tiada kenyataan mengenai kereta k’jaan P Pinang - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin merujuk kepada laporan media oleh beberapa portal berita yang menyatakan SPRM telah memulakan siasatan pembelian Mercedes-Benz oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa SPRM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media berhubung perkara ini kepada mana-mana pihak,” jelas SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut kenyataan itu, sebarang kenyataan media rasmi SPRM hanya akan dikeluarkan melalui portal SPRM di alamat www.sprm.gov.my.

No comments:

Post a Comment