Wednesday, April 9, 2014

PELIK KALAU DAP SOKONG HUDUD, HAIRAN UMNO TOLAK HUDUD

Kita sudah tentu berasa pelik jika DAP sebuah parti yang dipimpin oleh orang bukan Islam menyokong pelaksanaan hudud. Ini kerana mereka tidak faham akan kehebatan dan keadilan hudud. Sebab itu mereka terus menentang hudud. Pemimpin DAP yang paling lantang menentang hudud ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu Karpal Singh. 

Namun begitu apa yang lebih menghairan dan memelikkan kita ialah keengganan pimpinan Umno tertinggi Umno menyokong dan membantu ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan yang mana undang-undang hudud telah diluluskan di Kelantan sejak era 90-an lagi. Walaupun pemimpin-pemimpin bawahan khususnya dari Kelantan menyatakan kesediaan mereka menyokong pelaksanaan hudud namun pemimpin tertinggi terus berdiam diri malah mereka tidak menarik balik kenyataan-kenyataan mereka yang menghina hudud tidak berapa lama dulu. Malah mantan pimpinan yang mereka puja juga masih kekal menentang pelaksanaan hudud tidak pernah menarik balik semua kenyataan yang jelas menghina Islam, hudud dan Rasulullah S.A.W.

Hari ini media menyiarkan kenyataan Karpal yang menentang pelaksanaan hudud. Ianya sedikitpun tidak menghairankan kita semua. Namun kita hairan jika Ahli Parlimen Umno dan BN yang beragama Islam tidak menyokongnya jika nanti ia dibentangkan di Parlimen.

Media hari ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen DAP tetap tidak akan menyokong usaha Kelantan memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada negeri itu melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh berkata, mengikut perlembagaan, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini.

Menurutnya, Dun Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kelulusan enakmen ini dari pada Parlimen.

"38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha Pas ini atas dasar kepentingan negara.

"Saya telah berkata berkali-kali, dan saya ulangi, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini," katanya.

Beliau berkata, dalam isu ini Umno dan Pas seperti mahu mencari sokongan politik bagi merealisasikan hudud.

"Ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menegaskan Pas akan mendapatkan sokongan Parlimen untuk merealisasi hudud di negeri tersebut.

"Ia disokong oleh kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan Ahli Parlimen Umno dari Kelantan menyokong usaha itu," katanya.

Katanya, walaupun Parlimen meluluskan hudud sebagai undang-undang jenayah yang terpakai bagi seluruh negara atau negeri yang seperti Kelantan, ia bermakna Parlimen telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan.

"Jika ini berlaku, bermakna undang-undang akan memusnahkan salah satu struktur asas perlembagaan," katanya.

No comments:

Post a Comment