Wednesday, April 9, 2014

Prestasi kewangan anak syarikat PKINK memuaskan

Ketua Audit Negara berpuas hati dengan prestasi kewangan syarikat Prokel Management Sdn Bhd (PMSB) milik penuh  Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Prestasi kewangan PMSB bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah memuaskan kerana memperoleh keuntungan bersih dan keuntungan terkumpul semakin meningkat.
Selain itu, nisbah kewangan menunjukkan peningkatan bagi tahun 2012 berbanding tahun 2011.
Keuntungan sebelum cukai PMSB meningkat sejumlah RM11,874 atau 11.8%  daripada RM101,027 pada tahun 2010 kepada RM112,901 pada tahun 2011.
PMSB mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM125,060 pada tahun 2012 iaitu peningkatan sejumlah RM12,159 atau 10.8% berbanding tahun 2011.
Keuntungan terkumpul PMSB meningkat sejumlah RM0.07 juta atau 13% daripada RM0.54 juta pada tahun 2010 kepada RM0.61 juta pada tahun 2011.
Keuntungan terkumpul terus meningkat sejumlah RM0.07 juta atau 11.5% kepada RM0.68 juta pada tahun 2012.
Laporan Ketua Audit Negara 2013 menambah, pertambahan bayaran perkhidmatan pengurusan bangunan serta komisen kutipan sewa telah menyumbang kepada peningkatan keuntungan terkumpul syarikat.
Prokel Management Sdn. Bhd. (PMSB) ditubuhkan pada 30 0ktober 1986. PMSB merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Modal dibenarkan PMSB berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM100,002.
Aktiviti utama PMSB adalah pengurusan bangunan, pengurusan sewa dan pengurusan projek bagi bangunan milik PKINK/Permodalan Nasional Berhad.
Antara objektif utama PMSB adalah meningkatkan hasil pendapatan melalui kutipan sewa kepada PKINK, mengurangkan tunggakan sewa ke tahap minima, memastikan keadaan bangunan sentiasa selamat digunakan dan mencadangkan kos penyenggaraan pada tahap minima.

No comments:

Post a Comment