Wednesday, April 9, 2014

S’gor tubuh pasukan pakar kaji persempadanan p’raya

Satu jawatankuasa yang terdiri daripada pasukan pakar ditubuhkan bagi mengkaji usaha persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan terbabit juga akan memberikan nasihat kepada unit ekonomi sebagai sekretariat bagi menentukan perkara yang perlu dalam pilihan raya akan datang seterusnya menyelaras kehendak demokrasi negara.
Katanya, cadangan mengikut piawaian antarabangsa satu rakyat satu undi satu nilai juga diperbincangkan namun sebarang keputusan muktamad masih belum dibuat oleh kerajaan negeri.
“Adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan persempadanan ini mahupun Parlimen.
“Tiap-tiap 10 tahun proses ini dijalankan, namun kerajaan negeri pada September 2013 memutuskan supaya memahami dan mengkaji isu ini dilakukan.
“Ia dilakukan ekoran kerana jumlah penduduk meningkat tinggi oleh itu ada usaha untuk menyelaras perkara ini,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian semasa menjawab soalan persiapan atau cadangan Selangor dalam proses persempadanan semula kawasan Dun sekiranya SPR mengemukakan cadangan persempadanan oleh dari Haniza Talha (PKR-Taman Medan).
Abdul Khalid berkata jawatankuasa terbabit terdiri dari badan bebas dari kongkongan kerajaan supaya dapat melihat dari semua perspektif.
“Perkara ini bukan dibincangkan oleh negeri sahaja tetapi dibincangkan untuk seluruh negara, jawatankuasa akan terus lakukan kerja mereka.
“Sekiranya ahli dewan undangan negeri bercadang untuk melibatkan diri dalam perbincangan saya tiada halangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment