Monday, August 30, 2010

Panas!! Seorang lagi ADUN Wanita DAP memasuki Masjid!!

Soalnya Apakah Puak-Puak UMNO Akan Terus Meracau Melihat Aksi Terbaru YB Ini?

Dan adakah beruk-beruk peliharaan mereka akan terus menangkap dan memasukkan ke dalam mulutnya isu ini? Ala.. macam beruk telan mercun tu lah yang Mat Sabu kata di SINI

******************************************

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Panas! Itulah yang boleh diperkatakan terhadap gambar wakil rakyat pembangkang ini. Biar pun isu panas susulan kes Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching berada dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral belum berakhir. Kini satu lagi kejutan berlaku, gara-gara tindakan wakil rakyat DAP. Namun, sekali ini ia agak berbeza dan pastinya memberi tamparan hebat kepada puak-puak UMNO BN sebenarnya.

Kini heboh dilaman facebook gambar YB Hannah Yeoh (foto), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya pula masuk ke dalam sebuah masjid di ibu negara. Menurut sumber beliau dipercayai hadir untuk program Iftar Ramadhan disamping menyampaikan sumbaangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah dekat sini.

Apa yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk bersama rakyat disitu.

Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini.

Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah itu.

Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?


YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir

Sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati kesucian agama Islam itu sendiri.

Melihat aksi YB Hannah ini, terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada masalah dengan Islam.

Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya.


Pahang Daily

Sunday, August 29, 2010

Umno seolah rela kutip dosa di Ramadhan

http://2.bp.blogspot.com/_2pBFabFf0pc/Svhb0clO3CI/AAAAAAAAEXg/CsaY-wCkhSo/s320/DSC09890.JPG

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kepimpinan Umno lebih rela kutip dosa daripada pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan dengan melemparkan fitnah semata-mata supaya rakyat terus memarahi kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno juga sengaja mencari publisiti murahan mengaibkan individu yang dilihat janggal selama ini apabila berkhutbah dengan menyebut nama bukan Islam untuk mendapatkan hidayah.

Selain itu, ujarnya mereka sanggup pula menyanggah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Agama Islam Malaysia yang mengharus kemasukan pelancong bukan Islam ke masjid dan ruang solat asalkan mendapat persetujuan jawatankuasa dengan perlakuan dan tingkah laku tidak mencemarkan kesucian masjid serta sentiasa terkawal dan beradab.

"Kepimpinan Umno lebih nampak dosa dari pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan. Sepatutnya mereka tidak bertindak begitu seandainya mereka bijak," tegasnya ketika berucap di majlis Ihya Ramadhan Perdana anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Ujar beliau lagi, pemimpin Umno memang ketandusan idea sehingga melakukan kesalahan yqang disifatkan memberikan bola tanggung untuk pembangkang membidas dengan sepakan kuda sepertimana aksi pemain sepak takraw Thailand.

Katanya, segala tuduhan terhadap dua isu terbaru itu jelas menunjukkan kejahilan para pemimpin Umno sendiri malahan menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian ahli Umno yang bijak menggunakan fikiran.

Sebenarnya, kata beliau tindakan itu yang dianggap Umno boleh memerangkap PAS dan Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya menjatuhkan maruah parti asobiah itu sendiri yang kononnya mewakili serta mementingkan orang Melayu selama memerintah melebihi 53 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Umno supaya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' dalam gelanggang politik dengan tidak mencampuradukkan isu perkauman dan agama untuk meraih simpati orang Melayu.

"Persilakan jika Umno 'anak jantan' berada dalam gelanggang sebenar, jangan pula kerana terlalu terdesak mereka gunakan orang luar untuk menyerang dan memukul Pakatan Rakyat," ujarnya.

Turut berceramah pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik.

Strategi Khatib Pak Ya Mat Mengena!


SUKAR untuk saya mengesahkan apakah khatib bernama Zakaria Ahmad (Pak Ya Mat) yang kini berjaya meneggelamkan Mat Maslan yang cuba memberi tahu rakyat bahawa Felda adalah sebuah institiusi kerajaan yang berjaya dan banyak membantu orang Melayu, ada strategi politik ataupun tidak apabila beliau membaca doa untuk kesejahteraan dan kemakmuran kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guang Eng.

Sekiranya Pak Ya Mat ada strategi tersendiri dan mahu menenggelamkan populariti Mat Maslan, semisalnya, ternyata strategi itu berjaya dan mengena.

Sejak Pengerusi Umno Pulau Pinang, Ahmad Zaid Hamidi cuba memberi imej buruk kepada Pak Yat Mat dan kerajaan Pulau Pinang, nama Pak Yat Mat menjadi sebutan di mana-mana. Gara-gara tindakan Zahid itu juga menyebabkan rakyat Malaysia tidak tahu kewujudan Pak Ya Mat di dunia ini, menjadi tahu dan kenal padanya.

Nama Pak Ya Mat disebut sepanajng masa sehari dua ini dan tindakannya itu dilihat dengan berbagai tafsiran. Yang nyatanya dia popular. Bukan saja Pak Ya Mat boleh menimbuskan kehebatan dan populariti ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sering muncul dengan isu-isu kontroversi entah-entah yang menyerabutkan kepala, tetapi nama Mufti Perak, Harussani Zakaria juga terpinggir. Untuk kembali menjadi popular Harussani nampaknya kena cari idea baru dan merekasakan macam-macam lagi untuk mengejutkan orang ramai.

Orang melihat tindakan Pak Ya Mat itu sebagai berani dan sihat. Ia lebih sihat daripada tindakan Mutfi Perak yang cuba meletakkan kesalahan atas kelemahan Melayu kini kepada Pas dan PKR. Bahkan, kehebatan Pak Ya Mat itu juga mengatasi presiden Pas sendiri, Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana mungkin mereka tidak akan tergamak mendoakan kesejahteraana untuk kerajaan Pulau Pinang tetapi dilakukan Pak Ya Mat. Saya berani berkata kalau Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz diundang membaca khutbah di Pulau Pinang mereka tidak berani melakukan apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, mendoakan kesejahtraan kerajaan Lim Guan Eng.

Justeru apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, menunjukkan dia berani. Beliau telah menambahkan nota baru dalam kitab-kitab siasah politik negara. Mengharuskan yang dirasakan haram sebelum ini. Tindakan ini sebagai hebat. Seseorang ustaz atau ulama seharusnya sedia membuka minda dan membawa pemikiran baru dalam usaha menyemarakkan agama.

Saya tidak sedia untuk mempertahankan tindakan Pak Ya Mat itu dengan turut mengcari hadith atau ayat Quran yang sewajarnya. Cuma saya nak katakan kalau Pak Ya Mat mendoakan untuk kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang di dalam masjid ia tidak akan menjadi persoalan. Sudah tentu bukan saja Zahid dan Mat Maslan menyokongnya tetapi, Najib dan Rosmah juga bersetuju.

Apa juga yang saya suka dan syoknya bila mana Pak Ya Mat tidak mudah mengaku kalah. Dia tidak gentar dengan gertakaan Zahid. Dia mengakui apa yang dituduhkan ke atasnya dan mempertahankan sebagai tidak salah, cuma tempat saja tidak sesuai. Itupun dijawabnya selamba saja seperti orang memamah sireh. Inilah agamawan yang kita mahu, tegas dan tidak mengubah setiap apa yang diijtihadkan. Bila kita sudah yakin dengan ilmu yang kita pegang maka ia hendaklah diyakini sampai ke peringkat kul haqku yakin.

Pak Ya Mat juga juga tidak gentar bila Zahid terus cuba memanipulasikan kejadian itu dengan meminta Pak Ya Mat memohon kepada Yang Dipertua Agung. Kata Zahid siasatan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ke atas Pak Ya Mat tidak cukup. Ia terlalu ringkas saja. Bila Zahid berkata begitu ia seakan mahu membuka semula balutan pekung di dadanya. Saya setuju kalau Zahid mendesak MAIPP buat siasatan semula, tetapi beliau juga harus meminta polis membuat siasatan semula ke atas laporan motoris bernama Amir Badzli yang didakwa dipukul oleh menteri itu.

Pak Yat Mat tidak pun takut dengan ugutan Zahid itu. Sebaliknya dengan tegas dia bertanya untuk apa dia memohon maaf kepada Yang Dipertua Agong kerana dia tidak bersalah. Iya tak iya juga macam mana Zahid nak suruh orang melahirkan anak daripada orang yang tak mengandung? Mat Maslan pun ketawa ayat ini, he he he...

Pernyataan Pak Ya Mat itu itu menempelak Zahid. Khatib itu tidak takut pun kepada menteri pertahanaan itu. Nampaknya Zahid bukan saja tampil untuk mempertahankan keselamatan negara, tetapi telah obius mempertahankan partinya Umno. Mungkin Zahid sedar selepas keris lucah Umno tidak mampu mempertahankan Umno, selepas C4, bom M 16, sterling dan sebagainya tidak boleh diguankan untuk mempertahankan Umno maka beliau cuba mengheret sultan agar memancung Pak Ya Mat.

Keberanian dan ketegasan Pak Ya Mat itu saya tegok bukan berhenti di situ saja. Orang seperti beliau diperlukan dalam membangunkan negara ini. Kerana itu saya rasa Pas atau PKR wajar kalau menyediakan kerusi untuk Pak Ya Mat dalam pilihan raya akan datang. Saya rasa kalau dia menentang Abdullah Badawi di Kepala Batas pun boleh menang. DAP tentu akan menyokong penuh Pak Ya Mat yang mendoakan kesejahteraan ke atas kerajaannya. Dan kalau ini berlaku maka satu lagi keajiaban politik Malaysia yang mana keajaiban ini menyebabkan Umno akan tumbang.

Pak Ya Mat adalah lambang kepada ustaz, ulama, saik, pemukul beduk, khatib dan para imam yang menentang Umno. http://msomelayu.blogspot.com/

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0y03RQK2u

Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena begaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0y03FxPNB

Media Umno takkan siar foto ni

Orang Bukan Islam masuk masjid

Oleh: albangi
"UMNO dan media BN menipu rakyat dan Sultan Selangor siang dan malam kerana nak rampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat. Paling terbaru tentang YB DAP masuk Surau Al-Huda di Kajang. Heboh macam ayam bertelor sebiji riuh sekampung. Cuba tengok foto di atas ini, berapa banyak orang bukan Islam masuk surau dan tidak tutup aurat termasuk penceramahnya. The photo speaks for itself. The photos is better than 1000 words. Media BN tak akan siar photo ini.

Rakyat jangan lupa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Apakah media BN buat-buat lupa? Memang UMNO anti-dakwah Islam, anti-orang suka Islam, anti-orang Islam dekati bukan Islam.

Muzakarah ini telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Orang bukan Islam masuk masjid/surau ni sebenarnaya bergantung kepada jawatankuasanya.

Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan banyak masjid2 lain, orang bukan Islam, yang lelaki perempuan bukan Islam pun masuk, dibenarkan masuk, bukan suka-suka boleh keluar masuk. Di Surau Huda tu, YB tu dibenarkan masuk. Dia masuk pakai baju kebaya, ada muslimat bersama hari tu.

Tapi isu ini bukan isu agama, jelasnya ia isu politik. UMNO tengah lemas sekarang. Macam-macam kurap dan sopak dah nampak kat kulit tubuh badan UMNO-BN. Duit billion-billion hilang. Injin jet hilang. Harga barang naik.Kapal selam tak boleh selam. Duit saman nak kutip juga dari rakyat sebab duit negara dah kering. Subsisidi nak tarik sebab duit kerajaan dah kering. Macam-macam hancur. Sime Darby hancur. Maka nak elak rakyat terus tengok kurap dan sopak tu, maka UMNO carilah jalan untuk untuk kalih pandangan rakyat terhadap kurap dan sopak UMNO-BN.

Meskipun begitu, orang PAS-PKR pun satu, hati-hatilah sikit dalam bab yang sensitif pada setengah orang Melayu yang tak faham agama Islam dan tak faham tasawwur Islam secara menyeluruh. Janganlah buat benda-benda yang sensitif walaupun benda tu tidak salah pada sisi agama, berpada-padalah. Bila kita bawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid atau surau, jaga batas-batasnya; tak perlu buat dalam tempat atau ruang solat. Buatlah kemah di luar supaya dapat mengelak fitnah. Fitnah yang akan dibuat oleh orang Melayu Islam yang tidak faham Islam dan musuh dalaman umat Islam yang mengaku Islam. Jadi orang Melayu Islam yang tidak reti bab agama Islami ni tidaklah melenting sangat. Mereka itu jahil, mereka melenting sebab mereka jahil, kalau mereka faham mereka tidak melenting. Kita yang faham Islam janganlah bergaduh dengan orang jahil, jangan melayan bangat dengan orang jahil atau bodoh, nanti kita jadi bodoh.

Kesimpulannya hati2 dan waspada selalu tindakan kita kerana ada orang tak faham tasawwur Islam yang menyeluruh

Friday, August 20, 2010

Tahniah' DS Nizar dgn Datin Seri' dpt gelaran datuk lagi.


DSN Nizar baru dikurniakan cucu kedua beliau yang mana anak sulong beliau Fatihah Nizar telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 3.12 petang tadi di Pusat Rawatan islam Ar Ridzwan ipoh.Syukur dan tahniah diucapkan kepada DSN dan Datin Seri.











Alhamdullillah..insyaAllah,
Makin ramai pemimpin seperti DSN akan mendaulatkn Islam di Malaysia..Amin..Takbir...

Wednesday, August 18, 2010

Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Dinaiki Air-Jom Kita Bantu



YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar sedang meninjau Rumah Anak Ayatim yang digenangi air.Turut kelihatan Wan Basher anggota Unit Amal Kawasan yang berada di situ untuk membantu.
Rumah Jagaan Anak Yatim Perempuan diniaki air malam kelmarin.Seramai 27 anak yatim perempuan tinggal di situ.Setakat malam tadi 12.00 malam mereka masih tidak berpindah.
Kawasan Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah yang dinaiki air.Kita bersama YDP Bukit Gantang,Setiausaha Fadhil Idris pergi meninjau keadaan rumah anak yatim yang dinaiki air. Hujan lebat sepanjang malam menyebabkan beberapa tempat dalam Parlimen Bukit Gantang banjir.Antara kawasan yang terlibat Pekan Bukit Gantang,Kg Pauh.Padang Gajah,Sungai Nyior dan Kg Jarum Mas.

Menurut Penyelia Asrama Anak Yatim Sdr Karim Mat Isa, banjir kerap berlaku kerana sungai agak sempit dan tidak lurus.Bagi mereka yang ingin membantu boleh menelefon Karim Mat Isa 05-8544170

Bagi mereka yang ingin membantu melalui Pusat Khidmat Bukit Gantang boleh menelefon o5-8483950 waktu pejabat.

Tuesday, August 17, 2010

Jul & Aug Musim Menetas , Dec Musim Mengawan

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya . Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .
Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .
Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .
Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]
Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .
Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .


SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .
KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.
GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.
TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .
MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu Sidang Meja Bulat di Anjung Rahmat Gombak pada 22 hb August 2010 [ jam 2 pm hingga 5.30 pm ] bagi membincangkan isu Jenayah rogol , zina dan buang bayi serta jalan penyelesaiannya . Sidang meja bulat ini akan turut mengundang parti - parti politik , ngo - ngo dan tokoh - tokoh tertentu .

Program Sumbangan Ramadhan Dan Ceramah Perdana


Sumbangan Ramadhan Dan Ceramah Perdana
Pada: 27 - 29 Ogos 2010
Tempat: Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang.
Masa: 6.00ptg - 12.00mlm


---------------------------------------------------------

Penceramah Pada: 27 Ogos 2010

1- Tim Presiden PAS

2- YB Chan Meng Kai

3- YB Ustz Firdhaus Jaafar

4- YB Ustz Salleh Man


Penceramah Pada: 28 Ogos 2010

1- YB Dato Mahfuz Omar

2- YB Mujahid Yusof Rawa

3- YB Ustz Salleh Man


Penceramah Pada: 29 Ogos 2010

1- YB Dato Seri Anwar Ibrahim

2- YAB Lim Guan Eng

3- YB Mohd Sabu

4- YB Ustz Salleh Man


Program:
Sumbangan Ramadhan (kepada fakir miskin).
Majlis Iftar (berbuka puasa).
Gerai-Gerai Jualan.

Solat Tarawih.
Iman Solat Tarawih: Sheikh Abd Kader Rahmoune Al Hafiz
(dari: Algeria)




Semua Dijemput Hadir...


Anjuran: Luj Penerangan PAS Pulau Pinang.

Sunday, August 15, 2010

Ds Nizar..15hb.ogos



DS di surau Al Irsyad Jelapang

15hb ogos ,5 Ramadan.YB Ds Nizar telah melawat Parlimen beliau bermula 10Pagi,Kuliah Duha di dunia trong dan majlis sumbangan Fakir Miskin.
selepas asar.program beliau bersambung didun Changkat jering dan Kuala Sepetang.
buka puasa saya bersama SB dari taiping,tapi yang lucunya ada petugas..minta air minuman untuk DS dekat SB lagak macam ahli Jemaah dengan pakaian orang Kampung,kain baju melayu dan songkok..
Terburai kami gelak lihat gelagat petugas dan SB..SB tercengang,petugas keliru kenapa permintaan nya tidak dilayan..kami kat Tepi gelak sakan..

kenangan YB bersama tetamu bukan Muslim dan Yb Nga.

.umno tengok juling biji Mata..cina mana boleh masuk surau.cina mana boleh masuk masjid,tapi beli perkakas untuk buat surau dan masjid,dari cina,yang siTukang buat surau dan masjid Cina,buat boleh masuk takboleh BODOH PIANG siUMNO


Taskirah selepas Isyak,sekali lagi UMNO keliru Otak.ingat dia selepas Isyak wajib solat terawikh..oooi mamat umno Terawaikh itu sunat....

melawat seorang penduduk TMN Damai yang dah tak damai selepas dibuang usus akibat barah.


BT *8 bendang siam baru .perasmian surau baru bt 8..makan dah 3 kali dah..

Nizar sampaikan Tazkirah Ramadhan

Malam ke-2 Ramadhan saya berkesempatan menunaikan solat Tarawikh dan mendengar tazkirah dari YAB Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Surau Taman Soon Choon, Ipoh. DS Nizar ahli Parlimen Bukit Gantang serta ADUN Pasir Panjang dan ketua Pakatan Rakyat Negeri Perak. Berketepatan seorang pemimpin yang berkaliber hingga kedatangan jemaah dari jauh hingga melimpah ke tangga untuk bersamanya.

Mengimbau kembali 2 tahun lalu sebelum rampasan kuasa Negeri Perak, sepanjang ramadhan DS Nizar membuat pengisian menjadi iman tarawih, tazkirah dan kuliah subuh dari kunjungan ke Masjid-masjid serta Surau-surau di Jabatan Kerajaan. Sementara di Dataran Bandaraya Ipoh diadakan khemah berbuka puasa dan solat fardhu berjemaah dan sunat tarawih di sepanjang Ramadhan.

Malam ini selesai solat sunat tarawih DS Nizar menyampaikan tazkirah:
“Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Al Baqarah 183.

Inilah satunya ayat al-Quran yang menyeru umat Islam beriman agar berpuasa rukun Islam ketiga. Perintah Allah dari satu ayat ini masyarakat Islam Malaysia sangat menitik-beratkan dan amat bersungguhan menunaikan puasa.

Ada kalangan mereka yang cuma sembahyang seminggu sekali atau berpakai singkat-ketat sanggup berpuasa penuh. Ibu-bapa turut menggalakan anak-anak yang belum lagi aqil baligh berpuasa. Berduyun-duyun memenuhi masjid-masjid dan surau-surau untuk solat sunat tarawih. Suasana program di Radio dan TV yang padat dengan pengisian ceramah dan rancangan berunsur Islam. Pesta makanan di segenap kota dan pakej berbuka di hotel-hotel. Pihak berkuasa mengenakan peraturan kepada penjual makanan dan tindakan kepada yang tidak berpuasa. Masyarakat Islam Malaysia begitu dikenali hebat dengan amalan puasa jika dibandingkan Negara-negara Islam yang lain.

Tetapi umat Islam Malaysia, amat sedikit umat Islam yang menjaga solatnya dimana mengikut bancian cuma 15% menunaikan solat 5 waktu. Sedangkan terdapat lebih 60 ayat Al-Quran yang memerintahkan umat Islam mendirikan solat,. Suasana dan keadaan menyebabkan ramai umat Islam ambil ringan dan sering mengabaikan sembahyang.

Kebanyakan beranggapan puasa adalah ukuran keimanan dan ketakwaan. Tetapi sedarlah solat keutamaan ibadat tiang ugama dan rukun Islam ke-2. Solat wajib didirikan di mana-mana dan keadaan samada sakit, tua, musafir dan kanak-kanak berumur 10 tahun boleh dipukul jika enggan bersolat.

Sedang puasa tidak mengapa ditinggalkan untuk orang kurang upaya, sakit, kanak-kanak dan musafir. Yang meninggalkan puasa boleh diganti dan dibayar fidyah.

Bimbang apa kemungkaran di kalangan umat Islam dan kepincangan masyarakat adalah kerana mengabaikan solat. Pihak berkuasa adalah bertanggungjawap memberi kesedaran dan berusaha mencegah program-program yang melalaikan. Umpamanya ketika waktu solat terutamanya Maghrib dan Isya’ terlalu banyak program TV disiarkan yang sengaja melalaikan umat Islam menjauhi masjid-masjid dan surau.

DS Nizar menyentuh sedikit apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak 3 Ogos lalu terpaksa menempuh kawalan ketat polis. Tidak dibenarkan membawa laptop, camera dan telefon serta menghadkan wakil media masuk. Mengbenarkan perbahasan dari Pakatan Rakyat hanya beberapa minit dan menutup pembesar suara.

Suara lantang DS Nisar boleh kedengaran jelas tanpa pembesar suara hingga mengarahkannya keluar Dewan. Dato’ Ganesan speaker kontroversi tidak memahami peraturan mesyuarat hingga menunggu arahan bertulis dari S/U Dewan. Perolehan ‘ExtraOrdinary’ berjumlah RM117juta yang tidak diperjelaskan sumbernya. Rang Undang-undang Perbekalan berjumlah RM80juta diluluskan pada persidangan kurang 1 hari.

Petaka ke-2 ?

Menteri sharizat jalil seorang senator, menteri gila glamour, yang mana terlebih banyak sekular dari islamnya. hukuman yang di bawa ke kabinet sekali pandang nampak bagus dah hebat cuma uncle chua soi lek je yang tak setuju. 

maklumlah kerja uncle chua ialah penguji keberkesanan pil viagra dan boleh disaksikan dalam video lakonannya yang diedarkan secara percuma dijohor. sharizat sesekali tak akan membenarkan islam bertapak walaupun seinci bagi dirinya walaupun dia kata di solat ditetap tak akan memberikan imej yang baik kepada hukuman islam. 

hukum islam akan menyelesaikan semua masalah sosial yang sharizat jalil yang duk perjuangkan siang malam. walaupun sharizat mengatakan hukuman yang dia bentangkan ke kabinet mampu menyekat dari aktiviti pembuangan bayi tapi percayalah walaupun sekejam mana hukuman yang dibuat bukan berdasarkan hukuman allah ia tidak akan menyelesaikan masalah manusia.

hukuman kepada pembuang bayi, kenapa yang membekal benih tidak dikenakan sekali dalam hukuman itu jika sharizat benar benar peka kepada keadaan semasa dan melalui pemikiran kunonya itu. jelas sekarang hukuman hanyalah kepada ibu sahaja, padahal yang sedapnya kedua duanya. kenapa hanya ibu saja yang menerima padahnya. ini lah ketidakadilan dalam hukuman rimba yang dipersembahkan oleh sharizat. hukuman yang tidak menyeluruh. selaras hukuman agar nampak sikit kebaikannya walaupun jauh panggang dari api, ikan tetap tak masak dan akan menjadi buruk kerana kegagalan api membakar ikan. walaupun pelbagai kempen yang telah dibuat gejala sosial ini amat menakutkan semua pihak. buang bayi seolah dah jadi trend masa kini dan ianya disokong oleh pihak kerajaan kerana menyediakan tempat istimewa kepada pembuang bayi. memberi tempat kepada pembuang bayi seolah menyediakan tempat khusus dan menyenangkan kepada pembuang bayi dan kerajaan bersetuju dengannya.

kerajaan sepatutnya peka, jika hanya ibu bayi yang tertangkap, kerajaan dengan kerjasama polis sepatutnya mencari bapak kepada syaitan yang mana pandai menabur benih tapi tak mahu bertanggungjawab. dakwa mereka ini sebagai tindakan yang akan menakutkan sedikit. saban hari hanya ibu yang didakwa. bapak syaitan tidak didakwa kerana polis pun tak mahu campurtangan dan hanya senang kerja dakwa ibu kepada bayi yang dibuang. dimanakah keadilannya. cari kepada penabur atau perogol yang dibawah umur dakwa dan sumbat mereka kedalam penjara. jangan biarkan mereka bersenang lenang dengan angkara mereka. kerajaan terlepas pandang nampaknya walaupun memang diketahui kerajaan umno tak pernah ambik cakna pun dengan keadaan ini.(freetgnzone)

Gambar Majlis Makan Malam Dan Ceramah PKR Cabang Bayan Baru