Wednesday, September 1, 2010

Nilai RM1.3 juta Syarikat Hanya Hantar RM400,000

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/skandalatapbiru.gif
KUALA TERENGGANU
- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencehgahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dua program kerajaan yang didakwa terlibat dengan unsur-unsur penylewengan dan salah urus.

Setiausahanya, Wan Faizul Wan Abas berkata, laporan dibuat berkaitan syarikat Top IT Industries Sdn Bhd ekoran pendedahan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkenaan program E-Book pada minggu lalu.

"Kita membuat satu laporan kepada pihak SPRM berkenaan dua isu, satu projek (berkait dengan program) E-Book (dan) satu lagi projek atap biru, yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu,"ujarnya ketika ditemui di pejabat SPRM selepas menyerahkan laporan tersebut, disini, semalam 1 September.

Katanya, kilang E-Book dibawah syarikat Top IT Industries Sdn Bhd didapati bermasalah, diantaranya kebocoran dan retakan-retakan yang besar yang jelas kelihatan melalui gambar yang diambil.

Beliau berkata, yang lebih penting adalah terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam projek E-Book dari segi pengendalian dan perbekalan kompuiter E-Book kepada para pelajar.

Selain itu, menurutnya, satu lagi laporan adalah berkait dengan skandal projek bantuan atap biru yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu,

"Sepatutnya (projek) atap biru ini diberikan kepada satu-satu syarikat secara tender terbuka, tetapi dibuat secara runding terus oleh pejabat Mnteri Besar yang bernilai RM1.392 juta,"jelasnya.

Beliau yang juga bekas pegawai tadbir negeri Terengganu berkata, menurut peraturan sepatutnya satu-satu tender yang melebihi nilai RM500,000 mestilah ditawarkan secara tender terbuka.

Oleh itu, tegas beliau, tindakan kerajaan negeri memberikan kontrak perbekalan atap biru kepada sebuah syarikat secara runding terus itu amat dicurigai ketelusannya

"Kita amat curiga terhadap projek ini yang dibrikan secara runding terus, lebih-lebih lagi aprojek ini apabila berjalan, atap biru yang sampai kepada rakyat sebanyak 7 treler sahaja,

"kos nilaiannya (hanya) RM426,360.00 sedang projek bernilai RM1.392 juta,"katanya.

Justeru beliau berharap, dengan membuat laporan tersebut pihak SPR dapat membuat siasatan secara telus dan menyeluruh kerana ia melibatkan wang rakyat.

Sajak : Pesaka Merdeka

PESAKA MERDEKA

Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah

Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka

Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah



Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu

Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !

Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka

Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita

Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu


Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Lambaian Merdeka buat seluruh anak bangsa yang turun ke I City Shah Alam 30 August menanti detik 12 tengah malam meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke 53 . Alhamdulillah dihadapan ribuan hadhirin , saya diberi kepercayaan untuk mendeklamasikan sajak berjudul Merdeka : Sebenarnya Untuk Siapa ? secara berduet dengan Sdr Shamsul Iskandar [ Ketua AMK Pusat] , sdr Jonah [ Ketua AMK Selangor ] dan Ustaz Hasbullah [ Ketua DPP Negeri Selangor ] . Sementara secara solo saya mendeklamasikan sajak bertajuk Pesaka Merdeka yang saya cipta Khas buat seluruh warga Malaysia terutama buat anak - anak muda.
Ustaz Asyraf [ Imam Muda Realiti T 9 ] mengimamkan solat Isyak dan Terawih di tapak sambutan Penghayatan Ramadhan dan Kemerdekaan Negara [ i city Seksyen 7 Shah Alam ]. Sungguh merdu suara dan lunak tertib bacaan imam muda ini .
Anak - anak muda yang mula memisahkan diri dari sambutan kemerdekaan yang bergelumang dengan maksiat dan mungkar . Nyata kini jiwa yang kosong mula mencari sentuhan ruhani yang mampu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat .
Biarpun disambut dengan nilai spiritual dan hiburan sederhana yang dibenarkan oleh syara' , ia tetap meriah dengan semangat patriotik anak - anak muda yang beralih kepada bentuk sambutan alternatif . Syabas Kerajaan Negeri Selangor dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor .

Ramli Sarip yang juga dikenali dengan Papa Rock tidak canggung menyapa saya dibilik persalinan selebriti [ di belakang pentas ] biarpun datang dari benua atau planet [ pinjam kata - kata Aqil Hayy ] yang berbeza . kami mula berkenalan dan kini berputik satu jalinan 2 hala antara kami .
Orang ramai yang teruja menyertai program alternatif Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke 57 dan Penghayatan Ramadhan . Tiada peleseran dan pergaulan bebas kecuali mereka yang berada di luar tapak persembahan . Sejurus selesai persembahan sambutan ulangtahun kemerdekaan , Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneruskan aktiiti dengan dakwah dan kempen Anti Zina [ edar risalah ] , qiamulail dan kuliah subuh di I City Shah Alam.
A Samad Said turut mendeklamasikan sajaknya


Mawi menyampaikan beberapa buah lagu terbarunya
Ustaz Asyraf Imam Muda mengibarkan Jalur Gemilang .


Talibarut Umno dalam Mais, Jais mesti letak jawatan


Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Dato' Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Mohamad Khusrin Munawi seharusnya melepaskan jawatan yang mereka sandang kerana rakyat Selangor meragui kewibawaan mereka.
Kewibawaan mereka tercemar kerana mereka berdua tidak dilihat bertugas untuk menjaga kesucian agama Islam, sebaliknya lebih mirip menjadi agen Umno dalam Kerajaan Negeri Selangor.
Tanpa harus dinafikan, keseluruhan pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tidak menyenangi mereka berdua, kerana cara mereka memimpin Mais dan Jais, bagaikan cawangan Umno.
Di atas kapasiti Kedua-dua mereka adalah memegang jawatan tertinggi dalam institusi agama, di mana Sultan Selangor selaku Ketua Agama Negeri.
Maka mereka mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai larangan terhadap institusi agama, khususnya masjid dan surau, kononnya Sultan tidak membenarkan, kononnya Sultan murka dan sebagainya.
Khusrin secara spesifiknya dalam suatu majlis meraikan Tokoh Maal Hijrah, Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi di Masjid Negeri Shah Alam, melarang Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berucap.
Walhal, Anwar bukan hendak berceramah agama, beliau hanya dijadualkan berucap untuk menerangkan latar belakang mengenai ketokohan Dr Yusof yang dikenalinya puluhan tahun.
Perangai Khusrin bukannya baru. Beliau menjadi Pengarah Jais sejak sekian lama. Di zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo, beliau adalah dalang Umno.
Ada banyak kes, antarannya perobohan Surau Jubli Perak, Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahimah, Shah Alam, Surau Kampung Berembang dan lain-lain.
Banyak kes Jais menghalang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berceramah di masjid dan surau, pengepungan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, ramai tokoh ulama PAS dilarang. Terbaru, bekas Mutfi Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, didakwa berceramah tanpa tauliah.
Jelas, karenah kedua-dua mereka, secara langsung mengganggu pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sekali gus redundant tugas Exco Agama, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali.
Terbaru, Adzib berkata, Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan Surau al Huda, Taman Kajang Central yang membenarkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ.
Beliau mengarahkan Mais mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta-merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.
Tindakan Adzib ini mendapat reaksi segera Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.
Mahfuz membuat suatu teguran keras terhadap Mais, berhubung tindakan pantas badan tersebut yang kelihatan begitu marah, dengan lawatan Ahli Parlimen Serdang ke Surau al-Huda.
Mahfuz turut membidas akhbar Utusan Malaysia, dalam laporannya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".
Katanya, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.
Mahfuz dengan tegas mendakwa Umno telah mendalangi Mais dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku didakwa murka.
Tiada sebarang tazkirah yang didakwa disampaikan Nie Ching,  melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh AJK surau.
"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.
"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut.
Katanya, tindakan Umno mempengaruhi Mais amat merugikan Islam apabila masyarakat bukan Islam mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.
Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.
"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada Ahli Parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.
Maknanya, dari sudut Islam, tidak salah golongan bukan Islam memasuki masjid atau surau. Ini jelas tiada pertikaian.
Merujuk hal ini penulis mengimbau kembali, tatkala menghadiri program ceramah pendakwah terkenal al-Marhum Sheikh Ahmad Deedat, di sebuah universiti beberapa tahun lampau.
Dalam ucapannya Sheikh mempertikaikan peranan institusi masjid. Beliau mempersoalkan mengapa masjid-masjid (termasuk surau) di Malaysia, menyukarkan golongan bukan Islam untuk memasukinya.
Kata Sheikh, masjid adalah tempat yang baik untuk berdakwah dan seharusnya kita (umat Islam) memberi ruang seluas-luasnya kepada bukan Islam untuk masuk, sekali gus membuka ruang kepada kita untuk berdakwah.
Merujuk isu Nie Ching. Barangkali beliau membuat kesalahan kerana tidak menutup kepalanya, tetapi melemparkan pelbagai kecaman, tuduhan dengan kata-kata nista terhadap beliau adalah amat tidak islamik.
Kecaman terhadap Nie Ching adalah amat salah. Kita harus membuka ruang kepada bukan Islam untuk mendekati masjid dan surau kita. Selain daripada mengharapkan hidayah Allah, sekurang-kurangnya golongan bukan Islam akan merasakan kebaikan umat Islam dan ini akan mendorong mereka lebih hampir kepada Islam.
Apa yang dilakukan oleh Umno dan Mais ini hanya menunjukkan Islam itu buruk dan tidak toleran. Tindakan ini hanya akan menjauhkan golongan bukan Islam dengan masjid dan surau.
Jika selepas ini Nie Ching dan rakan-rakannya akan takut mendekati masjid dan surau kerana takut dengan kecaman Umno. Jelas, tindakan tidak rasional ini telah menyebabkan peluang untuk berdakwah tertutup.
Salahnya di sini adalah Mais. Mereka cuba menjadi lebih Umno daripada Umno. Mais menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah cawangan Umno di Selangor
Di Selangor, selama lebih dua tahun, rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat cukup meluat dengan cara Adzib dan Khusrin mentadbir Mais dan Jais.
Kedua-dua institusi ini, bukan sahaja menjalankan peranan Umno mereka, malah dalam beberapa ucapan mereka sering membuat pelbagai larangan terhadap masjid dan surau atas nama Sultan.
Apa yang didakwa Mahfuz relevan dengan keadaan semasa di Selangor. Jelas Mais dan Jais memperalatkan golongan Istana untuk kepentingan Umno.
Sehingga wujud persoalan di minda rakyat, apakah Pengerusi Mais atau Pengarah Jais memberikan nasihat yang salah kepada Sultan Selangor.
Nasihat yang salah kerana sepatutnya mereka menasihati Sultan berdasarkan hukum agama, bukan kehendak politik Umno-BN. Sebagai Ketua Agama Negeri, sudah tentunya Sultan akan mematuhi semua hukum hakam yang ditentukan Allah SWT dalam al-Quran.
Secara spesifik dalam kes Nie Ching, jelas Adzib telah salah menasihati istana. Adzib tidak menjalankan tindakan mengikut hukum Islam, tetapi beliau dengan jelas mengikut telunjuk Utusan Malaysia yang menjadi akhbar talibarut Umno.
Adzib dan Khusrin dalam banyak kes sebelum ini menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah alat Umno yang menjadi 'duri dalam daging' dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ada banyak kes yang membabitkan keduanya direkodkan dan akan disenaraikan satu-persatu, buat menjadi bukti salahlaku mereka dalam menjalankan urustadbir institusi agama.
Oleh itu jika Khalid Ibrahim dan Hasan Ali tidak mahu terganggu, demi keharmonian Islam serta rakyat di seluruh Selangor, kedua-dua Adzib dan Khusrin, harus diminta melepaskan jawatan dengan segera!

Guan Eng Ni Tak Faham Islam Langsung!


Hok aloh!
Kenapa la Guan Eng ni degil sangat!
Tak puas ke kena tuduh pengkhianat dengan UMNO?
Tak puas ke kena maki P*kimak dengan UMNO?
Tak puas ke kena bakar gambar dengan UMNO?
Tak puas ke tuduh Bangs*t dengan UMNO?

Lagi buat hal!!

Ni yang bagi bonus kat Guru KAFA Penang ni apahal?
Yang tiba-tiba masuk campur hal Islam ni apahal?

Cuba tengok UMNO Johor jaga cikgu KAFA dia.. rilek je..
Cuba tengok UMNO Perak jaga cikgu KAFA dia.. gelap je..
Cuba tengok UMNO Terengganu jaga cikgu KAFA dia.. sonyappp jo!

haa.. itulah cara Islam sebenar!!
Bukan dengan cara Guan Eng nih!!
chisss!! pengkhianat Agama, Bangsa dan negara betul!!

Kena ngadu kat Armand PERKASA ni.. nak buat demo kat Tropikana!

-Ikhlas daripada pencacai UMNO

sunsnake 01092010

RM100 lagi bagi kakitangan awam Pulau Pinang
Sep 1, 10 1:26pm

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500.
“Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500. “Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini. Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

Perak Calon Mustaffa Untuk Jawatan Timbalan Presiden KEADILAN

SHAH ALAM 1 Sept - Mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak semalam sebulat suara bersetuju untuk mengesa Pengerusi MPN, Mustaffa Kamil Ayub bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada November nanti.
Menurut Anuar Zakaria, Setiausaha MPN Perak dalam satu kenyataan media, kepimpinan peringkat negeri serta semua 24 Ketua Cabang di negeri itu menyatakan Mustaffa merupakan tokoh yang paling layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN memandangkan beliau mempunyai asas serta kualiti kepimpinan yang cemerlang semenjak berada dalam parti pada 1999.
"Saudara Mustaffa Kamil Ayub berpengalaman memimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum ini sebagai, Pemangku Ketua Pemuda selama 2 tahun, Setiausaha Agung selama 3 tahun dan Naib Presiden selama 6 tahun.
"Beliau juga diberi kepercayaan yang tinggi oleh Presiden dan kepimpinan parti mengetuai negeri Terengganu dan Sarawak sebagai Pengerusi Keadilan Negeri dan berjaya menyelesaikan kemelut kedua-dua negeri ketika dilanda masalah.
"Saudara Mustaffa Kamil Ayub juga turut diberi kepercayaan oleh Presiden dan kepimpinan parti menjadi Pengerusi Biro Antarabangsa dan Biro Latihan," tegas kenyataan itu.
MPN Perak berkata Mustaffa seterusnya dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Negeri Perak pada November 2009 dan berjaya menyelesaikan konflikdan kemelut yang melanda negeri itu suatu ketika dahulu.
Melalui kepimpinan beliau, satu perubahan besar telah dilakukan melalui gagasan Memimpin Agenda Perak (MAP) yang diilhamkan oleh Mustaffa sehingga menjadikan KEADILAN Perak disegani oleh rakan dan digeruni pihak lawan.
"Majlis Pimpinan Negeri Perak yakin sekiranya Saudara Mustaffa Kamil Ayub bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau mempunyai keupayaan yang tinggi memberi sumbangan yang bermakna kepada KEADILAN untuk menjadi sebuah parti yang unggul di negara ini.
"Majlis Pimpinan Negeri Perak juga memutuskan dan menyatakan sokongan kepada YB Dr Lee Boon Chye, Naib Presiden  dan Ahli Parlimen Gopeng dan Dr Mohd Nur Manuty, Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang juga  Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan yang akan datang," ujar kenyataan itu lagi.
MPN Perak juga mengumumkan calon bagi jawatan anggota MPP yang mewakili negeri itu:
1. Madzi Hassan, Naib Pengerusi MPN Perak
2. Zulkify Ibrahim, Ketua Penerangan MPN Perak
3. Ismail Yusof, Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak
4. Usaili Alias, Ketua Cabang Parit
5. YB S Kesavan, Naib PengerusI MPN Perak & ADUN  Hutan Melintang
6. YB Tai Sing Ng, Bendahari MPN Perak & ADUN Kuala Sepetang
7. Muzaffar Shah Khairuddin, Exco AMK Pusat & Negeri Perak
8. Siti Aisyah Shaik Ismail, Ketua Srikandi Pusat
Sehubungan itu, MPN Perak meminta supaya  pimpinan Cabang dan ahli di peringkat akar umbi untuk mencalonkan kesemua nama yang tersenarai semasa proses pencalonan MPN kelak.

Apakah kita sudah benar-benar merdeka?


Assalammu'alaikum dan salam sejahtera....

Tanggal 31 Osos 1957, 1 Malaysia tahu dan menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai cara. Pemimpin dengan cara pemimpin, rakyat dengan cara rakyat, remaja dengan cara remaja manakala kanak-kanak pula sudah pasti teruja dan seronok dengan letupan bunga api.


Namun begitu, jika menonton di media arus perdana, Media pro BN mereka sering utarakan mengapa sambutan Kemerdekaan seolah-olah begitu hambar, terlalu sedikit kenderaan yang sanggup memasang bendera Malaysia. Begitu juga di pejabat-pejabat mahupun di rumah-rumah.

Mungkinkah rakyat sudah bosan dengan kerajaan BN yang ada dan sudah bersedia untuk menukar kerajaan pusat pada PRU13?

Mungkinkah juga rakyat sudah sedar bahawa terlalu banyak kes rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi UMNO dan BN menyebabkan rakyat tidak mahu menyambut kemerdekaan?


Mungkinkah rakyat juga sudah bosan dengan media arus perdana yang memang tidak pernah merdeka kerana masih menyampaikan berita yang berat sebelah? Pendek kata semuanya baik dan elok buat UMNO dan BN tetapi semuanya busuk dan buruk buat Pakatan Rakyat.

Sebagai seorang politikus pro Pakatan Rakyat sudah pasti itulah jawapannya. Namun sharpshooter ingin fokus lebih jauh daripada jawapan politik.

Walaupun dikatakan negara telah mencapai 53 tahun merdeka, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya.

Apakah ini dikatakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Tidak sayukah hati kita melihat kegilaan ini ? Yes. Negara Merdeka !! Tetapi anak-anak muda (bukan semua) HANCUR!!! Erti kemerdekaan bagi generasi muda kini sebenarnya sudah luntur dan lusuh di jiwa mereka serta tidak dihargai lagi.

Ini terbukti apabila berlakunya kes-kes jenayah yang membabitkan golongan ini sepertimana disebut di atas. Apa yang mereka tahu pada 31 Ogos setiap tahun adalah cuti umum kemerdekaan.


Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin.

Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Di zaman teknologi ini, penjajahan datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata. Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita.
Oleh itu marilah kita menghayati kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?
Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:
Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
  • Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
  • Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.
Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
  • Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
  • Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.
Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
  • Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
  • Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.
Justeru itu, kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam. Wallahu ‘Alam…

Pekung UMNO Terdedah. Tatarias Pengantin Dalam Surau


Umno 'Arif' Agama Anjur Pertandingan Menghias Pengantin Dalam Surau

Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.

Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada 9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.

Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.

Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.

Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melabelkan Nie Ching sebagai orang bukan Islam yang 'kotor'.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pimpinan Umno sebagai jahil agama apabila menghalang orang bukan Islam untuk datang ke surau dan masjid bagi tujuan baik, sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang kedepan sekali mencemar kesucian tempat ibadah tersebut.

"Ini membuktikan Umno tidak menghormati kawasan atau ruang orang Islam melakukan ibadat. Bagi mereka semuanya halal dan boleh belaka," kata Abdullah Sani.

Apa yang mengejutkan program Juara Rakyat anjuran Umno itu menjadikan ruang solat surau tersebut sebagai tempat bagi pertandingan mendandan sekumpulan gadis yang mengambil bahagian dalam pertandingan menghias pengantin itu.

Klip video itu turut memaparkan beberapa wanita Islam yang tidak memakai tudung menutup aurat dihiasi serta dikenakan mekap oleh pendandan lelaki.

Pada montaj klip video tersebut dipaparkan persoalan untuk renungann, 'Umno Kecam Teo Masuk Surau Kerana Tidak Menutup Aurat Dan Membawa Isu Politik Ke Dalam Surau, Tetapi Tahukah Anda Puteri Umno Tidak Menutup Aurat Dan Mereka Membawa Isu Politik Ke Dalam Masjid?'.

"Jika benarlah rakaman video tersebut, tindakan inilah yang sebenarnya menghina rumah ibadat," tambah Abdullah Sani.

Beliau berpendapat Umno-BN akan terus memainkan isu sensitif perkauman dan agama, terutamanya apabila sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun.

Baginya tindakan tersebut merupakan usaha bagi memecahbelahkan masyarakat di negara ini.

"Memang inilah budaya Umno. Kepada mereka, semuanya halal. Judi halal, rasuah halal dan menyalah gunakan rumah ibadat pun halal. Nampaknya Umno ingin mengatasi hukum agama," tegas Abdullah Sani. -SK

Tunggakan cukai pintu MBAS turun RM10 juta...Pas tak perintah kot..!!!

Hanya dalam tempoh dua tahun, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah berjaya mengurangkan tunggakan cukai pintu daripada RM27 juta kepada RM17 juta.

Pengurangan sehingga RM10 juta itu dikaitkan dengan kejayaan strategi yang digunapakai majlis berkenaan termasuk memperkenalkan kaedah pembayaran secara ansuran dalam usaha mencapai sasaran tunggakan sifar.

Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, berkata kejayaan itu kerana sistem yang digunakan majlis mendapat sambutan penduduk dan beliau yakin sasaran tunggakan sifar akan tercapai.

"Walaupun jumlah tunggakan semakin kurang, namun saya kesal kerana ada pemilik premis yang tidak membayar cukai pintu melebihi 30 tahun," katanya di Alor Setar.

Khazali berkata, paling ramai pemilik premis yang tidak menjelaskan tunggakan itu adalah bagi tempoh kurang dua tahun.

Sehubungan itu, MBAS akan menghantar notis segera kepada mereka meminta menjelaskan tunggakan secara ansuran dan tidak akan berkompromi dengan individu yang engkar.

13 Mei: Racun pun Umno sangka ubat

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Umno kini umpama diserang wabak kencing tikus sehingga racun pun disangka ubat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Umno sudah tidak tentu arah lagi untuk mencari formula ubat bagi menyembuhkan wabak kronik yang kini dideritainya hingga ubat luput tarikh seperti pandangan Zam (bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin) pun dilahap dengan penuh rakus oleh parti itu.
"Ubat Zam tak ubah seperti botol kicap yang bukan sahaja luput tarikh malah sudah ke peringkat menjadi racun," kata beliau.
Zam menuduh PAS meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969.
Menurut Mahfuz, apa yang dituduh oleh Zam itu amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku di mana Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei itu terbukti paling aman.
"Sebab itulah saya kata 'ubat' Zam itu sebenarnya racun yang akan memburukkan lagi wabak yang kini dideritai oleh Umno.
"Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Zam kerana bersungguh-sungguh menyumbat racun ke dalam mulut Umno yang kini bagaikan dibelasah wabak kencing tikus," katanya sambil membangkitkan kembali dokumentari RTM mengenai Kelantan ketika Zam menjadi Menteri Penerangan.
"Dokumentari itu akhirnya terbukti penuh pembohongan dan menjadi bahan ketawa rakyat Kelantan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Harakahdaily tahun lalu pernah menceritakan apa yang berlaku di Kelantan ketika peristiwa 13 Mei di mana memang tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra.
Menurut bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita".
Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.
Sebaik sahaja mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR 10.
Ketika di bawa ke JKR 10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu.
"Mereka dijamu dengan mi dan nasi lemak," kata Salahuddin.
Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam.
PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam.
Bekas Presiden PAS itu menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.
Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang terlibat dengan projek-projek membuat jalan di Kelantan, Chua Say Paw, tiba-tiba datang ke JKR 10.
Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.
Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan.
Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.
Sambil memandang Chua, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.
Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.