Monday, December 6, 2010

Hijrah dan Polis Raja Di Malaysia



Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan - Al Ajiba, Lagu Tema Maal Hijrah

Petikan lirik lagu tema Maal Hijrah bukan semata-mata lirik lagu sahaja. Semangat di sebalik lirik tersebut semalam dizahirkan di hadapan Masjid Negara.

5 Disember 2010, barangkali satu lagi tarikh bersejarah yang menandakan kebangkitan semula anak muda dan rakyat jelata menuntut hak mereka. Umpama suatu kisah Maal Hijrah, suatu kisah peperangan di antara rakyat dan penguat kuasa Negara, kami menyaksikan bagaimana pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat, mengancam dan menindas mereka tanpa perasaan.


Bagaikan sudah dirasuk semangat jahat, pihak polis mengejar, memukul dan mengherdik rakyat yang telah berhimpun secara aman untuk melahirkan bantahan terhadap usaha-usaha menswastakan air.

Kami bagai tidak percaya melihat polis berbaris rapi di perkarangan Masjid Negara tidak berani untuk menapak di perkarangan tanah suci itu.

Bagaikan robot tidak berakal mereka berbaris dan menunggu rakyat untuk menapak keluar supaya boleh dibaham dengan baton-baton FRU dan kasut-kasut polis yang berat.

Di dalam Masjid Negara kelihatan rakyat pelbagai agama dan bangsa mengambil perlindungan daripada kekejaman Polis. Sesungguhnya kami telah meyaksikan apa itu pengorbanan, apa itu perjuangan, apa itu persaudaraan, dan perpaduan di dalam rumah suci itu.

Penguatkuasa telah menembak air beracun, dan gas pemedih mata untuk memecahkan perpaduan rakyat berbilang agama dan bangsa, namun mereka hanya mampu sehingga ke perkarangan Masjid Negara.

Satu pihak dilindungi Kerajaan Persekutuan (termasuk eksekutif, kehakiman dan legislatif) dan satu lagi pihak berlindung di rumah Tuhan.

Laungan kalimah "Allahhu Akhbar!", "Hidup Rakyat!", "Mahasiswa sudah bangkit!" bergema di perkarangan tanah suci itu. Laungan-laugan yang menerima sambutan daripada satu generasi rakyat Malaysia yang sudah menjangkau jauh daripada sifat perkauman, korupsi dan kezaliman.

Mereka bersatu demi Negara, demi masa depan anak cucu-cucu mereka. Pada perhatian kami, tidak ada yang lebih patriotik daripada mereka yang berani bertembung dengan apparatus Negara yang zalim lagi kejam. Terasa seperti satu kisah perjuangan untuk kemerdekaan yang berlaku di hadapan mata.

Pada perkiraan kami, Polis telah melakukan sesuatu yang sangat bertentangan dengan kehendak rakyat dan parti pemerintah akan menanggung akibat kesilapan besar pihak Polis ini.

Selama ini kami fikir Barisan Nasional masih mampu untuk memperbetulkan kesilapannya, tetapi semalam kami sendiri menyaksikan rakyat yang langsung tidak menyebut Barisan Nasional, kemudiannya menyumpah-serapah parti yang telah lama berkuasa itu setelah diprovokasi keras oleh pihak Polis.

Ada juga yang menangis dan menyumpah pegawai-pegawai Polis Di-Raja Malaysia yang bagai tidak berakal dan mekanikal.

Barangkali sumpahan rakyat sudah berkesan? Adakah pihak Polis sudah tidak boleh bezakan baik dan buruk? Apakah kenaikan harga air tidak akan membebankan pihak Polis?

Apakah gaji dan jumlah rasuah yang diperas oleh mereka menyebabkan mereka tidak merasa keperitan kenaikan harga air? Mengapa mereka tidak menyertai rakyat dalam perjuangan? Sanggup mereka mengkhianati sumpah mereka untuk menjaga rakyat.

Apakah Polis Di Raja Malaysia mengharapkan orang ramai menghormatinya sedangkan mereka langsung tidak menghormati rakyat? Menembak sesuka hati, memukul sesuka hati, memeras wang sesuka hati, bagaimana rakyat mahu hormat?

Polis harus ingat, mereka milik rakyat, mereka berketuanan rakyat, bukan Perdana Menteri, bukan Ketua Polis, tetapi rakyat. Oleh yang sedemikian mereka harus menghormati rakyat, bukan dengan menembak gas pemedih mata, bukan dengan meriam air, bukan dengan memeras rasuah, tetapi dengan memberi perlindungan kepada rakyat, menjaga keselamatan rakyat, dan bersama perjuangan rakyat.

Kami percaya Polis Di Raja Malaysia bukan Polis Singapura, bukan juga Polis Israel, dan juga bukan Polis Myanmar. Mereka harus menyedari bahawa mereka bukan lawan dalam perjuangan ini, mereka juga mangsa kerakusan pihak-pihak yang korup dan tidak segan merampas hak rakyat. Tempat anda dalah bersama rakyat, jangan jadi tali barut mana-mana pihak yang tidak parwah akan masa depan Negara.

Anda juga minum air, anda juga punyai keluarga, anda juga berakal seperti kami, anda juga merasakan sakit kenaikan harga barang, jangan khianati kami, jangan zalimi kami.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meyambut maal hijrah kepada semua muslimin dan selamat menghayati maal hijrah kepada rakan-rakan yang lain.
Berhijrah ke lokap..

Bekas pemain Red Warriors puji kerajaan PAS Kelantan, kesal dengan Presiden KAFA, Anuar Musa..

Masih terngiang2 lagi di benak fikiran penulis, Umno dengan para blogger gerombolannya menuduh kerajaan negeri Kelantan lepas tangan dan tidak membantu sukan bola khusus di negeri Kelantan...

Dakwa mereka lagi, Umnolah yang banyak berjasa menyumbang itu dan ini kepada pasukan bola Kelantan..Najib dan Anuar Musa diangkat menjadi hero setelah Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim yg lalu...

Tak cukup dengan itu, dipolitiknya isu bola ini ketahap yg menjijikkan..piala diarak di dalam kempen Umno semasa berlangsung Pilihan Raya Kecil Galas, konon kemenangan Kelantan adalah dari sumbangan Umno...



Hari ini, bekas penyerang Kelantan sendiri mengakui kerajaan negeri Kelantan telah berjasa kepada mereka dengan sumbangan bonus sebanyak RM200,000..dlm masa yg sama melahirkan kekesalan terhadap presiden KAFA yang telah memungkiri janjinya sebelum ini...fikir2kan..


AKMAL RIZAL PUJI KERAJAAN PAS KELANTAN & KESAL DENGAN KAFA

KOTA BHARU – Bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli Amengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana memberikan bonus RM200,000 dan kesal dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwanya tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.

Akmal mendakwa, dia bersama lima lagi pemain tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.



“Saya bersama Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose, Nor Farhan Mohamad dan Syed Adney Syed Hussin tidak mendapat bonus sedangkan kami berada dalam skuad utama.

“Pada masa yang sama, saya mendapat tahu pemain yang kekal telah diberikan bonus kemenangan itu mengikut kadar tertentu tetapi saya berharap Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa akan dapat menyelesaikannya selepas pulang daripada luar negara nanti,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Difahamkan, pembayaran bonus mengambil kira persembahan dan gaji pokok pemain yang rata-rata dipercayai antara RM3,000 hingga RM20,000.

Sepanjang musim lepas, pasukan Kelantan dilihat sebagai skuad yang mantap tanpa sebarang masalah membabitkan pemain, bagaimanapun sebaik sahaja menjulang Piala Malaysia beberapa tonggak dikatakan akan berhijrah ke pasukan lain.

Dua pemain iaitu Akmal Rizal dan Hairuddin sah akan beraksi dengan Perak serta Negeri Sembilan, bagaimanapun kedudukan kapten pasukan, Indra Putra, Azizi dan Syed Adney masih belum diketahui biarpun desas-desus mengatakan mereka akan berhijrah ke T-Team.

Ku Li anggap Tuanku Ismail masih Sultan Kelantan sah

Tengku Razaleigh Hamzah semasa sidang akhbar mengenai penarikan dua darjah kebesaran beliau di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini. – Foto Bernama
Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Tuanku Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah sambil menegaskan, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan September lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, Tengku Razaleigh mahu Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan supaya campur tangan untuk menangani masalah tersebut.
“Saya setia kepada Sultan Ismail. Kalau ikut Perlembagaan ada tiga sebab yang boleh menyebabkan Pemangku Sultan ditabalkan jadi Sultan, yang pertama Sultan sedia ada mangkat, Sultan turun takhta dan ketiga Sultan meninggalkan negeri selama 12 bulan tanpa sebab munasabah,” kata beliau ketika sidang media di sini.
Ia sidang akhbar pertama selepas Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada Tengku Razaleih berkuat kuasa 2 Disember lalu.
Sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V.
“Kalau ikut Perlembagaan ada, memang begitu tapi saya tidak tahu sekiranya ada pindaan baru yang dibuat.
“Kalau ada sesiapa yang boleh pinda Perlembagaan saya rasa tiada Sultan yang akan kekal,” tambah Tengku Razaleigh lagi.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menegaskan bahawa Tuanku Ismail Petra adalah Sultan Kelantan yang sah selepas Sultan Yahya Perta mangkat.
“Sultan Ismail adalah Sultan yang sah yang ditabalkan selepas Sultan Yahya Petra mangkat ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.
“Sultan Ismail sudah beransur pulih dan doktor juga mengatakan baginda boleh buat keputusan.
“Sultan Ismail adalah Sultan yang masih ada,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata kini Kelantan seolah-olah mempunyai dua Sultan sehingga menyebakan rakyat keliru.
“Sekarang Kelantan ada dua Sultan, rakyat jadi bingung, saya sendiri pun keliru.
“Rakyat masih lagi berkelakuan baik dan sabar tapi timbul kegelisahan tentang apa yang berlaku,” katanya.
Menurut Tengku Razaleigh, sekiranya krisis yang berlaku tidak dapat diselesaikan kemungkinan besar ia akan memberikan kepada terhadap institusi diraja di negeri-negeri lain.
“Kalau situasi di Kelantan berterusan dan berlaku di mana-mana, ia boleh menimbulkan huru-hara, kalau Sultan boleh dibuang dengan senang inikan pula dibuang oleh pemangku.
“Ia kemungkinan boleh terjadi di negeri-negeri lain juga, kestabilan boleh tergugat.
“Jadi Majlis Raja-raja, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (Kelantan) perlu campur tangan dalam perkara ini. Ini sesuatu yang serius,” katanya.
Tambah Tengku Razaleigh lagi, masalah akan timbul dalam pelantikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya kedudukan Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan tidak sah.
“Sekarang ini Yang di-Pertuan Agong adalah Terengganu, selepas ini Kedah dan kemudian Kelantan. Kalau tidak diselesaikan ia akan menimbulkan masalah,” katanya.
Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang dikeluarkan Sultan Ismail Perta tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut perlembagaan.
Kenyataan bertarikh 27 November lalu diedarkan supaya dapat memberikan gambaran sebenar kedudukan Sultan Ismali Petra.
“Inilah titah beta kepada rakyat Kelantan dan kepada seluruh duni. Peristiwa dan perkembangan sejak mutakhir ini telah menimbulkan beberapa keraguan terhadap darjat dan taraf diri serta kedudukan beta. Maka dengan ini beta menjelaskan kedudukan sebenar.
“Beta adalah Sultan dan pemerintah yang berdaulat bagi negeri Kelantan Darul Iman. Ini adalah hak beta menurut perlembagaan dan perjanjian-perjanjian yang dicapai antara kerajaan British di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan di bawah Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Kedudukan beta sebagai Sultan adalah hak peribadi beta untuk menjadi pemerintah dan raja yang berdaulat sehingga akhir hanya beta,” kata Sultan Ismail Petra dalam kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu turut tertulis tiada mana-mana pihak dan sesiapa yang boleh mendakwa menjadi Sultan.
“Beta tidak kehilangan keupayaan untuk terus menjadi Sultan dan pemerintah yang berdaulat bagi negeri Kelantan Darul Naim untuk terus menjalankan tugas Perlembagaan beta menurut hak Perlembagaan.
“Dengan demikian maka beta dengan ini mengisytiharkan bahawa tiada mana-mana pihak dan sesiapa pun selain daripada beta yang boleh mendakwa menjadi Sultan dengan menderhaka kepada beta dan tradisi serta adat dan melanggar hak-hak sejarah para waris raja yang kini sudah merupakan bahagian yang mutlak dalam Perlembagaan Kelantan,” kata Sultan Ismail Petra lagi.
Mengenai dua pingat yang dilucutkan, Tengku Razaleigh berkata, ia bukan menjadi persoalan yang besar kerana yang penting adalah rakyat bukan darjah kebesaran.
“Sebenarnya soal penarikan pingat yang diberikan bukan menjadi persoalan yang penting, apalah saya kalau tidak ada darjat kebesaran.
“Rakyat pun tidak persoalkan, ia bukan masalah. Saya tidak beri pandangan serius pun kerana saya sudah 30 tahun dapat darjah kebesaran tetapi saya tidak pernah gunakan pun.
“Ramai yang sudah pun, bagi saya tidak penting kerana yang penting adalah sumbangan kepada rakyat,” katanya.
Malam tadi, Istana Kelantan mengesahkan Sultan Muhammad V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.
Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) (Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I).
Ketika mengumumkan perkara itu di Istana Balai Besar di sini malam tadi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuat kuasa 2 Disember lalu.
Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.
Mohd Aiseri juga mengumunkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’’ Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) daripada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, serta pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.), juga berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Tengku Razaleigh, 73, yang juga ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Difahamkan Tengku Razaleigh dikatakan mengeluarkan kenyataan menyingung perasaan Tuanku melalui siaran akhbar berbahasa Cina pada 14 September lepas kerana meragui pelantikan Tuanku sebagai Pemangku Raja.

Malaysia diminta hentikan hukum rotan


logo%20amnesty%20internationalJAKARTA: Amnesty International menganggarkan  sekurang-kurangnya 10, 000 tahanan dan 6.000 pelarian  dirotan setiap tahun di Malaysia.
Pemerintah Malaysia mengatakan hukuman rotan sah  dan efektif untuk menghentikan tindakan jenayah.
Namun Amnesty mengatakan hukuman rotan di negara itu sudah masuk kategori kejam dan tidak berperikemanusiaan yang membuat pesalah mengalami trauma secara fizikal dan psikiologi.

Itulah sebabnya, mereka meminta hukuman rotan dihentikan.
"Di Malaysia,  pemerintah secara berkala mencederakan para tahanan dengan tongkat rotan dengan kecepatan 160 kilometer  sejam. Rotan  itu membuat luka dan meninggalkan bekas luka kekal," ungkap Amnesty Internasional dalam laporannya.
Dianggarkan terjadi hingga 1, 200 hukuman rotan di setiap penjara sebulan.
Hukum rotan  dikenakan kepada pesalah dadah, pelaku kekerasan seksual dan pendatang haram.
Pada mulanya menurut Amnesty International, hukum rotan  dipraktikkan oleh pemerintah kolonial Inggeris pada abad ke-19, yang kemudian dipertahankan oleh pemerintah Malaysia.
"Hukum rotan ini adalah peninggalan masa lalu," kata pegiat Amnesty Sam Zarifi.
"Kebanyakan yang terkena hukuman ini adalah para pendatang haram," tambahnya.
Beberapa  laporan menyebutkan, kebanyakan orang yang terkena hukuman rotan  ini terus dihantar pulang.

PRU-13: BN belum pasti boleh menang dua pertiga, kata Ku Li

Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya “sukar” kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa.
Bulan lalu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN boleh memperoleh balik satu dua negeri tetapi kemungkinan tidak majoriti dua pertiga di Parlimen.
Justeru Tengku Razaleigh (gambar) mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar.
Kini wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan.
“Susah saya nak kata kerana saya bukan ahli nujum, saya juga tiada maklumat.
“Tapi, pada pemerhatian saya bukan senang nak menang... kalau kita tengok di Galas, bukan senang untuk kita menang.
“Keadaan sekarang sudah berubah dan bukan senang rakyat nak bagi sokongan kepada BN,” kata beliau pada sidang media di sini.
Pemimpin veteran Umno itu juga menegaskan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi bukan kayu ukuran bahawa rakyat sudah kembali menyokong BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
“Kemenangan di Galas dan Batu Sapi bukan petanda lampu hijau bahawa rakyat sudah kembali kepada BN.
“Kalau kita lihat kemenangan di Batu Sapi bukan kerana BN dapat sokongan tapi kerana pengundi tidak suka kepada parti lain selain bersimpati terhadap calon BN yang bertanding,” kata Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.
Tambah beliau, rakyat negara ini masih belum “gembira” terhadap kepimpinan Najib ekoran berlaku banyak birokrasi dan amalan rasuah di bawah pemerintahan beliau.
“Rakyat tidak berapa gembira, rakyat lihat perkembangan yang berlaku jadi mereka tidak gembira.
“Jadi, saya rasa masih perlu banyak dilakukan BN sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat kerana rakyat tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan birokasi yang berlaku,” katanya.
DUN Galas menyaksikan BN merampas semula kerusi tersebut daripada PAS apabila Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.
Di Batu Sapi Linda Tsen berjaya mengekalkan kerusi tersebut.

Pakatan Rakyat tidak punyai banyak masa

 
PILIHAN Raya Umum ke-13 sudah semakin hampir. Ramai yang menjangkakannya berlangsung bulan Mac atau April 2011.

Mac dipilih kerana ia bertepatan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang sudah cukup tempoh lima tahun.

Barisan Nasional nampaknya tidak berani untuk bargain. BN tidak mempunyai keyakinan sepenuhnya kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengekalkan kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

BN jelas bimbang, jika hasilnya tidak baik, ia akan menjejaskan peluang BN untuk terus berkuasa di Kerajaan Pusat.

Lalu disebut-sebut pilihan raya Sarawak harus diadakan serentak dengan pilihan raya di peringkat federal.

Lagi pun dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, Umno menangguhkan pemilihannya dalam tempoh 18 bulan, menandakan mereka sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke-13.

Penangguhan dibuat kerana Umno bakal menghadapi pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi parti secara terus menerusi cawangan dan bahagian. Mekanisme pemilihan seakan-akan sama dengan cara Parti KeADILan Rakyat, baru-baru ini.

Maka sudah tentu pemilihan secara ini, akan mencetuskan ketegangan, bantahan dan krisis di kalangan pemimpin yang bertanding.

Ketegangan dan krisis ini kebiasaannya membawa perpecahan. Oleh itu, Umno mengambil keputusan menangguhkan pemilihan bagi mengelakkan perpecahan dalamannya, diambil kesempatan oleh musuh politik.

Apa pun Pakatan Rakyat tidak harus berpandukan kepada penangguhan perhimpunan Umno. Pakatan Rakyat juga Jangan menunggu, jangan berharap Umno-BN masih memerlukan masa untuk bersedia menghadapi PRU.

Memang sebagai sebuah entiti politik Umno-BN masih belum bersedia kerana mereka mempunyai banyak masalah dalaman.

Walau tidak sedia bagaimanapun mereka, Umno-BN tetap akan dibantu dengan media dan jentera-jentera kerajaan. Masalah dalaman mereka boleh ditutup dan ditampung oleh jentera kerajaan.

Justeru dalam PRU ini, Pakatan Rakyat bukan sahaja berhadapan dengan parti komponen BN, tetapi jentera kerajaan dan media yang akan dipergunakan untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.

Harus diperingatkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang menguasai negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, usah dipercayai pegawai kerajaan negeri seratus peratus, kerana sebahagian besar mereka adalah balaci-balaci Umno-BN, yang mungkin melakukan sabotaj semasa PRU nanti.

Walaupun dari segi perbandingan, pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat diberi kepujian kerana lebih cekap dan telus daripada kerajaan negeri pimpinan BN, namun semua itu tidak banyak diketahui rakyat.

Pagi petang siang malam media tali barut Umno-BN dipergunakan sepenuhnya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Tiada yang baik dari Pakatan Rakyat, semuanya buruk dari sisi media Umno-BN.

Mereka bukan sahaja memfitnah Pakatan Rakyat, malah berusaha keras untuk memecahbelahkan pakatan PAS, KeADILan dan DAP dengan menimbulkan pelbagai isu sensitif.

Isu-isu sensitif ini dilontar, sama ada berpunca daripada kelemahan Pakatan Rakyat dan juga berpunca daripada manipulasi media di atas kenyataan pemimpin tertentu.

Di atas kesempatan yang diambil media talibarut Umno-BN ini, jelas mereka berjaya memalitkan persepsi buruk kalangan tertentu terhadap Pakatan Rakyat.

Dalam soal politik, Umno-BN nampaknya seakan-akan berjaya memalit persepsi buruk bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai kestabilan politik, tidak bersatu padu dan tidak mempunyai polisi yang jelas. Rakyat yang 'beriman' kepada media massa akan mempercayainya, walaupun hakikat sebenarnya tidak begitu.

Begitu juga dalam soal ekonomi, Umno-BN mempunyai kelemahan yang cukup besar. Mereka gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik, penuh dengan rasuah dan ketirisan serta salah laku.

Namun, menerusi manipulasi media talibarut, ada kalangan rakyat yang terpedaya sehingga mempercayai bahawa ekonomi negara sedang pulih dari kemelesetan.

Inilah masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat sebenarnya. Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang berkredibiliti, telus, transparen dan memerintah dengan adil, tetapi kebanyakan rakyat tidak mengetahuinya.

Kita harus disedari, persepsi sebegini amat berbahaya. Sebabnya orang yang menjadi ahli kepada parti politik yang bergabung dalam Pakatan Rakyat tidak ramai berbanding orang yang di luar sana.

Dalam erti kata lain pengundi atas pagar memainkan peranan amat penting dalam PRU ke-13. Mana-mana parti yang dapat 'catch' minda mereka, menerapkan persepsi baik, parti itulah yang akan diundi menerajui negara.

Persepsi ini adalah fenomena sementara yang boleh memberikan impak yang besar. Walaupun mungkin pengundi atas pagar sudah mengetahui Umno-BN mempunyai puluhan salahlaku, tetapi mungkin hanya dengan satu kebaikan sahaja, boleh menenggelamkan puluhan kesalahan Umno-BN.

Setakat ini berdasarkan kajian yang dibuat Merdeka Centre, trend rakyat yang cenderung terhadap Pakatan Rakyat dan BN masih 50:50. Ianya adalah paras berbahaya bagi kedua-dua pihak.

Tetapi harus diingat bahawa sokongan terhadap BN boleh menokok kerana ada kalangan rakyat yang cenderung kepada stail kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kerana ada tinjauan yang mengatakan populariti Najib menokok sehingga 70 peratus.

Walaupun Najib tidak banyak berbeza berbanding bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun ada persepsi yang cenderung bahawa Najib lebih baik daripada Mahathir dan Abdullah.

Oleh itu, ada penganalisis yang menjangkakan bahawa keyakinan pengundi terhadap populariti Najib, boleh memberi kelebihan kepada Umno-BN, walaupun kebanyakan rakyat cenderung menolak Umno-BN.

Persepsi baik terhadap Najib ini amat membahayakan Pakatan Rakyat. Najib dilihat baik kerana beliau tidak sekeras pendekatan Mahathir dan tidak selembap cara Abdullah.

Pakatan Rakyat juga harus memperhalusi beberapa kesan daripada keputusan pilihan raya kecil seperti di Bagan Pinang, Manek Urai, Hulu Selangor dan Galas.

Sebabnya ada andaian yang mengatakan terdapatnya fakta yang jelas bahawa ada di sekitar 5-7 peratus orang Melayu 'sudah kembali' menyokong BN. Angka-angka ini tidak semestinya accurate. Namun, ia cukup untuk dijadikan garis panduan yang kritikal.

Harus dikaji juga bagaimana trend kaum India dan Cina, supaya jika penurunan undi dari kalangan Melayu misalnya, dapat ditampung.

Ada juga tinjauan yang membimbangkan dari kalangan pengundi-pengundi muda. Dikhabarkan wujud pertambahan sekitar 10-20 peratus pengundi baru.

Trend pengundi-pengundi baru ini sukar dijangka. Mereka barangkali tidak menganggotai parti politik, atau mungkin juga tidak minat politik.

Selalunya sokongan golongan muda ini bersandarkan kepada populariti personaliti tertentu. Kuasa politik bukan sahaja harus disandarkan kepada akidah dan komitmen perjuangan, perlu diketengahkan bakal-bakal pemimpin atau personaliti tertentu yang dikenalpasti boleh menarik sokongan pengundi baru.

Pada hemat penulis, inilah di antara rangka program penting yang harus diperhalusi Pakatan Rakyat pada konvensyen kedua yang akan diadakan pada 19 Disember 2010 di Pulau Pinang.

Persediaan yang rapi harus dibuat bagi menghadapi pilihan raya. Masing-masing pemimpin harus merendahkan ego mereka, mengetepikan kepentingan peribadi dan meletakkan matlamat menumbangkan BN sebagai yang paling utama.

Harus dibincangkan bagaimana Pakatan Rakyat menangani fitnah. Bagaimana Pakatan Rakyat boleh mengelak daripada menimbulkan isu-isu yang kontroversial, yang boleh menjejaskan persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Oleh itu, jangan sesekali dijadikan konvensyen nanti sebagai 'funfair' untuk menghimpunkan ahli dan penyokong mendengar yang positif sahaja mengenai Pakatan Rakyat.

Ambillah kesempatan untuk bermuhasabah diri, ambillah peluang untuk memperkukuhkan kesatuan, agar mendapat kepercayaan majoriti rakyat untuk menerajui negara selepas PRU ke-13 nanti.

Pakatan Rakyat sudah berbincang pembahagian kerusi pilihanraya

Pakatan FlagPara pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat negeri sudah mula berbincang mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Menurut sumber, perbincangan itu di kalangan pemimpin dimulakan sejak beberapa minggu lalu dan dijangka selesai awal tahun depan.

Pakatan Rakyat merupakan gabungan PAS, PKR dan DAP dibentuk bagi menghadapi pilihanraya umum 2008 dan memenangi 81 kerusi Parlimen.
"Memang perbincangan mengenai pembahagian kerusi sudah dibuat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi belum selesai.
"Mereka berbincang mengenai kerusi yang akan ditandingi tetapi berpegang kepada persetujuan 2008 iaitu jika kerusi PAS, ia kekal kepada PAS.
"Mengikut persefahaman 2008, kerusi majoriti pengundi Melayu akan ditandingi oleh calon PAS. kerusi majoriti  Cina untuk DAP manakala kawasan bercampur terutama di bandar merupakan milik PKR," katanya.
Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu, berapa kerusi Parlimen yang kini diwakili PKR akan ditandingi oleh PAS  dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya, salah satu kerusi tersebut ialah  Parlimen Machang di Kelantan yang kini diwakili oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
"PAS mahu bertanding di kerusi itu dengan alasan Machang  merupakan kerusi tradisi PAS. Penyokong PAS mahu kerusi itu ditandingi oleh calon mereka.
"Kerusi itu ditandingi oleh Saifuddin kerana ketika waktu itu beliau setiausaha pengurus besar Yayasan Tok Kenali yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
"Satu perkara lagi kerana PAS meragui mengenai jentera pilihanraya PKR di Machang kerana dalam pilihanraya umum lalu, petugas PAS lebih ramai dari petugas PKR," katanya.
Sementara itu difahamkan PAS juga mahu mengambll semula kerusi parimen Dungun yang ditandingi ketua AMK, Shamsul iskandar Md Akin dalam pilihanraya umum lalu.

Shahidan saran Facebook disekat jika terus gugat keselamatan

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara.
Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.
“Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini hari ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang.
Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.
Shahidan berkata penghinaan terhadap kedua-dua pemimpin negara itu di laman sosial terbabit disedari oleh anggota persatuan berkenaan pada 29 Nov lepas kira-kira 10.30 malam.
Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun laman sosial itu.
Selain SKMM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negara juga perlu mengambil tindakan ke atas pemilik akaun yang menghina agama Islam.

Hijrah: Tegak negara, daulat syariat

Perutusan Hijratur Rasul 1432 Hijrah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Hijratur Rasul 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi.
Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam.
Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.
Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.
Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini.
Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas.
Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan Hijratur Rasul ini tidak disuruh oleh Nabi s.a.w. tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi s.a.w. dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
1 Muharam 1432 bersamaan 7 Disember 2010

Khir Toyo hanya 1% dari kes jerung

Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.
Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu.
Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.
"Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.
"Kita ada pengalaman zaman Mr Clean (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ke atas Khir Toyo, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.
Selain Khir, seorang lagi yang didakwa adalah Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni.
"Saya harapkan satu perbicaraan adil dan telus, itu sahaja. Apa yang berlaku pada Khir Toyo ini jangan terhenti di sini sahaja.
"Kita bimbang ini juga trend sama berlaku sekarang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Dalam pendakwaan hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah.
Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ezam dijulang setelah Khir didakwa?

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd Noor diletak di posisi tinggi dalam Umno Selangor dikatakan sebagai balas budi selepas beliau berjaya mengaibkan bekas ketuanya dengan pelbagai tuduhan.

Sumber Umno memberitahu, kehadiran Ezam di Perhubungan Umno Selangor direstui pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, kini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemimpin PKR terbabit.

“Ezam disebut-sebut sebagai tokoh Umno di Selangor kerana tiada tokoh lain lagi yang dipercayai Najib, lagi pun Datuk Seri Noh Omar lebih perlu diperlukan Najib di peringkat persekutuan.

“Jadi dalam projek menawan Selangor daripada Pakatan Rakyat, tugas besar diletakkan kepada Ezam kerana beliau mempunyai ramai kenalan dalam PKR,” katanya di sini.

Difahamkan nama Ezam dijulang berikutan bekas Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo diseret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah atas tuduhan isu rasuah.

Hari ini, Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Shamsuddin Hayroni, 54, dihadap ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mendapat dua lot tanah dengan cara yang meragukan.

Lot banglo itu dibeli dengan harga RM3.5 juta pada 2007 melalui Shamsuddin yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, sedangkan hartanah tersebut dibeli syarikat tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

Sumber Umno terbabit memberitahu kemungkinan Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Selangor dalam masa terdekat bagi membantu Noh.

“Tidak dapat dinafikan Najib akan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjelang pilhan raya nanti bagi memberi peluang kepada Noh dan Ezam merangka strategi merampas Selangor.

“Selangor cukup penting kepada BN memandangkan sumber ekonominya boleh membantu menguatkan Umno,” katanya.

Sumber lain pula mendakwa Umno dan BN Selangor akan menggunakan pengundi pos bagi membolehkan projek merampas negeri terbabit benar-benar menjadi kenyataan.

Katanya, pengundi pos bukan lagi di kalangan anggota polis dan tentera, sebaliknya anggota Rela juga akan disenaraikan sebagai pengundi pos di Selangor.

Menurutnya, biar pun perkara itu dinafikan berkali-kali kerajaan, namun proses menyerapkan anggota Rela sebagai pengundi sedang dilakukan secara sulit.

“Perkara itu berjaya dilakukan di Terengganu pada 2004 apabila peratusan keluar mengundi begitu luar biasa sekali sehingga ada yang mencecah 95 peratus,” katanya.

Penganalisis politik tempatan mendakwa usaha Noh melenyapkan karier politik Khir kini semakin menjadi kenyataan apabila kes rasuahnya dihadap ke mahkamah.

Misi SSDE berjaya: Bekas Menteri Besar kebanggaan Umno Selangor berjaya dibawa kemuka keadilan!


Anda tahu apa yang dimaksudkan dengan SSDE? SSDE adalah nama singkatan 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan'..gerakan atau kumpulan yg menggelarkan diri sebagai SSDE ini diilhamkan oleh Umno Selangor...

Penulis petik salah satu kenyataan yang diambil di dalam blog pro-Umno:

Spy kagum dengan semangat yang ditunjukkan Umno Selangor yang diterajui oleh DS Khir, Datuk Noh dan juga kepimpinan lainnya yang berkerjasama dengan seluruh jentera maya termasuk bloggers dan portal KMU bagi melakukan gerak saraf menghentam kerajaan PR.

Gelombang SSDE yang terhasil bermula dari isu pasir telah berjaya mengucar kacirkan dan mendedahkan perilaku sumbang kerajaan PR yang diterajui oleh Khalid Ibrahim.
Ya...gerakan ini diterajui oleh pemimpin2 Umno Selangor dan dibantu oleh barisan bloggernya...nampaknya misi SSDE utk menyelamatkan Selangor hampir berjaya..

Permulaannya, ketua misi SSDE iaitu Dr Khir Toyo didakwa ke mahkamah..dilaporkan juga ada beberapa lagi 'jerung' yang bakal ditahan dan dihadapkan ke mahkamah..mereka inilah penjanayah, perompak harta rakyat selama dibawah pemerintahan kerajaan Umno/BN yg lalu..



Inilah keberkesanan SSDE..semoga Selangor berjaya dibersihkan dari pemimpin2 seperti ini..bersama gerakkan misi Selamatkan Selangor Darul Ehsan...harap2 blogger Umno tak sakit hati..;)

Akhir kalam, sama ada mereka berjaya disabitkan kesalahan, atau terlepas dari pertuduhan, sama2 kita tunggu dan saksikan...wallahua'lam...

Dana Pendidikan PAS sasar kumpul RM1 juta

Dana Pendidikan PAS mensasarkan untuk mengumpul RM1 juta bagi membantu pembiayaan para pelajar dan prasarana sekolah agama rakyat (SAR).
Timbalan Pengerusi Lembaga Amanahnya, Datuk Abu Bakar Chik berkata, objektif penubuhan dana itu untuk membantu SAR dalam usaha melahirkan para ulama dan petugas parti.
Ini, katanya kerana walaupun negara telah lebih setengah abad mencapai kemerdekaan tetapi urusan pendidikan Islam masih menjadi tanggungjawab rakyat.
Menurutnya, tidak ketinggalan kedaifan prasarana SAR serta tidak ada pembelaan terhadap sekolah pondok.
Justeru, ujarnya dana itu juga bertujuan membantu institusi pendidikan rakyat merangkumi keperluan prasarana dan pengurusan di samping memberi bantuan kebajikan guru dan pelajar serta pelaksanaan program berorientasikan pendidikan.
“Dana Pendidikan PAS ini akan dikawal selia oleh Lembaga Pemegang Amanah (LPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS sementara pengurusannya diamanahkan kepada Lembaga Pengurusa Dana (LPD) yang dianggotai oleh profesional berkelayakan di dalam parti,” ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, memulakan langkah bagi pengumpulan dana, satu program dengan konsep makan malam bersama Mursyidul Am dan Presiden PAS akan diadakan pada 29 Januari depan di Shah Alam.
“Kami mensasarkan untuk mendapat sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat serta para penyumbang untuk mengumpul RM1 juta bersempena dengan program makan malam itu,” ujarnya yang turut disertai pengarah program, Dr Azman Ibrahim.
Tambahnya, dengan dana RM1 juta yang diizinkan Allah dapat dikumpulkan dengan sokongan dan dukungan para penyumbang, LPD akan mula mengorak langkah bagi melaksanakan pelan tindakan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan.
"Kepada Allah kami berserah dan memohon semoga diberkati setiap usaha dan sumbangan yang disumbangkan demi untuk kebaikan bersama," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

Kes Khir Toyo: Peluang Umno bersih imej hadapi PRU 13

Tindakan yang sedang dikenakan ke atas Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memberi gambaran lebih jelas kepada jangkaan pilihan raya umum awal dan memberi peluang Umno meletakkan muka baharu di Selangor.

Perkembangan ini membuka peluang kepada Umno untuk membersihkan imej parti itu di Selangor dan meletakkan calon yang lebih muda dan muka baharu di negeri yang dirampas Pakatan Rakyat pada 2008 itu.

Kes Khir memberi gambaran bahawa pemerintah serius memerangi rasuah, tanpa mengira kedudukan.

Ini akan membolehkan Umno kelihatan lebih bersih dalam pilihan raya umum akan datang, berdepan dengan PR yang sedikit terjejas akibat pergeseran dalaman dan pelbagai masalah lain, terutama yang dicetuskan kempen Umno.

Tindakan terhadap Khir juga memberi kesan positif terhadap kumpulan pesaingnya dalam Umno Selangor, yang ada antaranya mempersalahkan bekas menteri besar itu dalam kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

Pesaing Khir tidak mahu beliau berperanan dalam dalam Selangor, terutama sekiranya Umno berjaya merampas negeri kaya itu.

Tindakan ke atas Khir akan membuka peluang kepada tokoh-tokoh Umno lain untuk berperanan lebih besar di Selangor, termasuk Senator Mohamad Ezam Mohd Noor.

Air paip sama bahaya dengan ISA?


Aduh sakitnya kaki...lenguhnya yang amat sangat!! Ku jenguk Abah Suhaib di ruang tamu, televisyen yang sedang tengok dia mendengkur diatas sofa rotan.Letih sangat lah tu.... Apa tak letihnya, siang tadi kami berjalan hampir 4 kilometer..dari stesen LRT Pasar Seni hingga ke Masjid Negara dan baliknya dari Masjid Negara ke Masjid Jamek untuk menaiki LRT ke stesen Titiwangsa kerana kereta kami ditinggalkan disitu.
"Best ke Bah" tanya Suhaib kepada ayahnya. "Boleh lah....tapi kita sampai dah lewat, orang pun dah berapa ramai...tapi sempat gak tengok bom asap dan pancutan air asid dari lori merah polis.." terang Abah (Mat Sah) panjang lebar.


Biar lambat asalkan hadir.... walaupun lewat, kami masih bernasib baik kerana masih sempat menyaksikan babak drama pancutan air asid, lontaran gas pemedih mata serta berlari dari dikejar polis yang nampaknya terlalu marah kepada semua mereka yang berhimpun aman di hadapan Masjid Negara petang Ahad.
Abah menyaksikan dari dekat, perangai dan tindakan polis-polis FRU ,beruniform dan SB berpakaian biasa "mengerjakan" beberapa lelaki yang "di tanda" untuk ditangkap sebagai satu contoh supaya orang lain segera beredar dari tempat itu.Macam mana rakusnya mereka(polis )di tempat awam, begitulah sikap mereka ditempat tertutup sepertimana yang telah dilalui oleh semua tahanan ISA seperti beliau. Bagi tahanan 7 tahun, peristiwa tadi hanyalah satu aksi kecil dari pelbagai aksi ganas polis kepada mereka yang ditahan 60 hari di Police Remand Center di K.L
Walaupun jam menunjukkan hampir tiga petang, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat masing-masing.Semua seolah-olah tidak berpuas hati dengan himpunan tersebut.Polis akhirnya menunjukkan "kuasa' nya bila kelihatan lori merah bergerak kearah orang ramai yang berkumpul di tepi jalan. Jika sebelum itu gas pemedih mata tidak meinggalkan kesan, kehadiran lori merah memang tidak digemari oleh para demonstran.Semua cabut lari......

Mungkin ada yang berkata, "ramai giller" orang di Masjid Negara siang tadi.Namun , bagi demonstrator veteran seperti kami ini, jumlah itu tidak lah besar sangat. Dalam sejarah, ada banyak lagi demo yang lebih besar salah satunya demo anti-ISA yang diadakan pada tahun 2009.Ketika itu lebih 600 orang ditahan dan 29 orang di caj di mahkamah termasuk seorang kanak-kanak berusia 16 tahun.
hari Ahad.Demo air SYABAS ni rasanya agak "mild" kerana sepatutnya, lebih ramai penduduk Selangor yang turun ke K.L untuk menyatakan tidak redhanya mereka dengan harga air yang bakal naik tidak lama lagi. Tidak dapat dipastikan , dimanakah pengguna air Selangor yang lain. Mungkin juga mereka tidak mengetahui mengenai isu air ini atau takut ditahan polis atau amat khuatir ditahan dibawah ISA....Terlalu banyak kemungkinan ketidakhadiran itu...
Walau apa pun, tahniah diucapkan pada semua yang telah menghadiri DEMo tersebut. Sebenarnya, penyampaian memo oleh MB pada YDP Agung bukanlah perkara utama.Perkara yang paling penting ialah rakyat memberi pesanan ringkas kepada kroni penguasa ISA @ penguasa UMNO/BN supaya lebih berperikemanusiaan dan perihatin dengan keperluan asas rakyat .Kenaikan barangan asas seperti gula, petrol,diesel amat berat untuk ditelan,dan pastinya kenaikan harga air bakal mengundang kesengsaraan yang lebih kepada orang ramai.
"Buat apalah susah-susah berdemo kerana air paip..." saya terdengar seseorang berkata demikian.Mungkin rakyat negara ini terutama di Selangor, ramai yang hidup senang dan tidak kisah dengan kenaikan 37 peratus tersebut.....Namun, tidak salah untuk mengambil tahu,kenapa MB Selangor beria-ia benar untuk menyekat kenaikan tersebut.....
Jika bukan rakyat yang memperjuangkan hak mereka, siapa lagi???

Muhyidin Takut Kejahatan Bn Terbongkar.


Parti Islam Semalaysia  Pas  mendakwaTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang penyelewingan kerajaan BN akan terbongkar sehingga   beliau mengingatkan  pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang.
Tan Sri Muhyidin bercakap seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap media pembangkang jika ada unsur fitnah. Berapa banyak Akta yang ada di Malaysia, seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh bertindak.


Nampak sangat kerajaan BN pada hari ini takut dengan bayang-bayang.i. Tan Sri Muhyidin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewingan umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui.
Siapa tidak tahu Malaysia negara rasuah. Siapa tidak tahu Malaysia mempunyai khazanah negara yang banyak tetapi dibolot oleh pemimpin sehingga rakyat derita.   Rakyat akan dapat tahu lebih banyak setelah kerajaan BN tumbang nanti, sebagai mana yang telah diselongkarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini
Timbalan Presiden Umno buat-buat lupa, pada hal media umno yang melemparkan fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti memfitnah Dato’ Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak, memutarkan berita bacaan doa kepada YAB Lim Guan Eng dalam khutbah, wang untuk warga emas yang beragama Islam difitnah daripada wang judi.Tan Sri Muhyidin hanya membuang masa bercakap kepada orang yang cerdik di kalangan pelajar.
 Mereka ini dengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pelajar bukan orang yang bodoh, mereka golongan terpelajar. Segala tuduhan,pelajar tidak telan bulat-bulat, dan mereka tidak rela untuk diperbodohkan oleh pemimpin umno.
 Mereka pergi dengar kerana dipaksa rela, bukan suka rela. Timbalan Presiden umno boleh berleter apa sahaja yang beliau mahu, apabila pelajar balik membuka internet untuk menyaring apa yang didengar tadi. Inilah untungnya zaman multimedia, dunia tanpa sempadan.
 Tetapi  zaman langit terbuka ini menjadi mimpi ngeri pada pemimpin umno, kerana dalam sekelip mata segala fitnah yang mereka lemparkan kepada pembangkang akan mendapat jawapan sebenarnya

Selamat Tinggal Datuk Seri S.Samy Vellu


"Yang ditunggu sudah tiba" Itulah ungkapan dari rakan MR dalam telefon tadi semasa teruja memberitahu bahawa Datuk Seri S.Samy Vellu telah secara resmi melepaskan jawatannya sebagai Presiden MIC dan menyerahkan kepada Timbalannya Datuk G.Palanivel manakala Datuk S. Subramaniam sebagai Timbalan Presiden.

Seharusnya masyarakat India Negara ini tidak merayakan atau berwail-wail-wail berhubung pengunduran DS S.Samy Vellu kerana beliau bukannya dewa untuk kekal selama-lamanya sebagai Presiden MIC.


Samy Vellu akhirnya sedar bahawa kuasa ini berada di tangan rakyat. Kaum India negara ini juga seharusnya sedar bahawa suara mereka sudah didengar dan mereka seharusnya kembali menyokong MIC dan menguburkan Hindraf yang tidak mampu membawa apa-apa harapan kepada mereka. Hanyalah nyanyian-nyanyian kosong yang hanya sedap didengar seperti dalam filem Tamil tetapi realitinya tidak ada.

Usahlah membazir masa menunggu wang pampasan RM1juta seorang daripada Kerajaan Inggeris seperti yang dijanjikan oleh pemimpin Hindraf itu, kerana hakikatnya ia adalah janji pemimpin berlidah biawak yang sanggup berbohong untuk mengutip dana bagi kepentingan peribadi mereka.

Realitinya, mereka harus bersatu berjuang bersama MIC kerana bukan sahaja perjuangan MIC telah terbukti menaikkan kaum mereka tetapi telah memerdekakan mereka dari taraf paria kepada taraf Datuk, Tan Seri dan Tun. Hasil perjuangan MIC juga mereka sudah ada bandar sendiri, LittleIndia di Brickfield sama seperti China Town di New York dan Canada.

Kepada DS S.Samy Vellu, MR mengucapkan SELAMAT BERSARA DARI DUNIA POLITIK dan isikanlah persaraan tuan dengan aktiviti-avtiviti yang tuan suka dan tidak dapat melakukannya dahulu.

Paling utama dan penting jangan pula tuan komen atau mengeritik successor tuan seperti Tunku mengeritik Che Det, Che Det mengeritik Pak Lah/ Najib dan Lim Kheng Yaik mengeritik Khoh Tsu Khoon. Rehat lah sepuas-puas hati tuan.

Propaganda BN selama ini punca DAP tak boleh dekati PAS

Adun Teratai, Jenice Lee Yin Ha antara pemimpin muda DAP yang dipilih masyarakat untuk membawa hala tuju dan perubahan. Bukan sahaja terbuka, tetapi melihat politik baru memerlukan PAS sebagai rakan strategik untuk bekerjasama. Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan Harakah, NYZA AYOB dan SALMIYAH HARUN menelusuri pandangan beliau tentang hubungan PAS-DAP yang kian segar dan dibimbangi Umno-BN, dalam satu interbiu


Tertarik dengan keputusan Pilihan Raya Umum 2008. DAP dan PAS terpaksa bekerjasama atas kehendak rakyat pada waktu itu. Ini berlaku di Perak sehingga terbentuknya Pakatan Rakyat. Bagaimana YB melihat perkembangan ini, sedangkan PAS-DAP sukar duduk semeja sebelum 2008?

JENICE LEE: Sebelum 2008 kita tidak boleh duduk bersama tetapi yang penting kita sudah bekerjasama. Sebagai contoh di kawasan parlimen Pandan kita sudah bekerjasama menubuh satu gabungan DAP, KeADILan dan PAS. Kita juga telah melancar program bersama-sama  contohnya pendaftaran pengundi dan program Bersih. Kita memang sudah bekerjasama di kalangan akar umbi walaupun di kalangan pemimpin parti masing-masing nampak seperti tidak bekerjasama. Pada masa itu, kerjasama daripada segi taktik dan strategi saja... sebab ada silap faham antara DAP dan PAS. Mungkin pada masa itu tidak bekerjasama adalah sesuai. Tetapi selepas PRU 12 kita nampak rakyat boleh terima dan kita boleh berkawan baik dalam banyak aspek. Jadi kita boleh bergabung bersama.

DAP pernah meninggalkan Barisan Alternatif (BA) sebelum itu, gara-gara pelbagai tuduhan atas kerjasama dengan PAS, antaranya. Apa yang tak kena, pada pandangan YB tentang hubungan PAS-DAP waktu itu?

Pada waktu itu, daripada segi kertas undi nampak kurang dan ahli akar umbi juga bertanya kenapa bekerjasama dengan PAS dan kenapa kita kalah dalam beberapa kerusi? Pada masa itu kaum Cina misalnya tidak dapat terima apakah itu PAS. Timbul difikiran mereka apakah PAS hanya mengutamakan pengundi Islam sahaja? Begitu juga di kalangan pengundi Melayu mereka tertanya-tanya apakah yang pemimpin DAP lakukan. Apakah perjuangan untuk orang Cina sahaja atau DAP hendak mengambil kuasa? Pada masa itu boleh dikatakan tidak sesuai untuk kita bekerjasama. Ketika itu ahli-ahli DAP ramai yang mendesak agar DAP berpecah daripada BA supaya kita (DAP) boleh mengekalkan kerusi yang ada. Situasi itu menyebabkan DAP terpaksa membuat pilihan. Tetapi sekarang rakyat makin faham dan kita tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan PAS atau KeADILan. Boleh dikatakan keadaan ini 'natural develoment'. Walau bagaimana pun, kita di kalangan (peringkat) akar umbi sudah pun bekerjasama sebelum 2008 lagi.

Baik... Isu 'Negara Islam' sering menjadi 'hantu' yang menakutkan beberapa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Bagaimana YB melihat isu ini memberi kesan buruk kepada pengaruh DAP?

Sebahagiannya ada memberikan kesan buruk. Sebab kita mempunyai tradisi dan budaya masing-masing. Kita boleh terima kalau Islam itu 'moderate' dan tidak terlalu agresif seperti terorist atau Taliban. Perkara seperti ini menakutkan orang ramai termasuk orang Islam sendiri. Jika agama digunakan untuk 'dictatorship' kita tidak boleh terima sebab kita selalu fikir negara kita sekular. Kita boleh terima apa-apa agama tetapi daripada segi imej hendaklah agak 'moderate' dan sekular boleh diterima orang ramai. Ini kerana mereka takut kehidpan mereka terancam dan harus ditukar kerana harus menerima agama ini. Sebenarnya kita ingin menganjurkan satu dialog bagi membolehkan antara kaum dan agama memahami. Tetapi apabila kita ingin cuba buat di kalangan 'civil society', selalu dihentikan oleh BN sebab BN tidak mahu kita faham antara satu sama lain.

Selepas PRU 2008, hubungan PAS-DAP cukup intim dan sihat sekali sehingga ke hari ini. Apa yang mendorong DAP boleh menerima dasar-dasar PAS yang sebelum ini cukup menakutkan DAP?

Ada beberapa perkara yang menakutkan kami seperti hukuman hudud. Kita sudah ada banyak kes, mangsa difitnah dan dihukum. Jadi,  jika ini dijalankan mengikut hukum hudud, bagaimana kita boleh sifatkan itu sebagai keadilan? Kita boleh terima jika hukuman lain dikenakan dan bukan dengan potong tangan. Tetapi, daripada segi ekonomi Islam, saya dapat terima kerana segala keuntungan dikongsi bersama, itu memang bagus. Saya rasa ini untuk menjaga mereka yang berpendapatan rendah serta memelihara keharmonian. 

Pendapat YB sendiri, tentang Islam yang diperjuangkan PAS sekarang? Bagaimana?

Pada pandangan saya di dalam PAS terdapat dua bahagian. Satu bahagian dia sekular dan moderate dan satu bahagian lagi mempunyai pandangan berlainan. Saya berharap jika kita ingin mendekati hati semua rakyat tidak kira bangsa, kaum atau agama, jalan sekular itu harus diutamakan. Sebab dalam negara kita bukan hanya satu kaum dan agama. Ada pelbagai kaum dan agama termasuk Iban dan Kadazan. Jika kita hanya memilih jalan ekstrim, kita mungkin tidak dapat undi dan hanya mendapat sebahagian undi. Sekarang ini kita mempunyai banyak informasi dalam globalisasi. Semua rakyat boleh akses bagaimana rakyat negara lain memajukan negara mereka. Jika kita masih kekalkan minda kita dalam aspek yang kecil, sukarlah untuk kita memimpin seluruh negara. Kenapa negara kita boleh maju begitu cepat pada tahun 70an? Ini kerana kita dapat menerima apa-apa agama dan budaya pada masa itu. Selepas 80an keadaan berubah. Saya rasa jika kita ingin menjadikan sebuah negara maju, polisi dilaksanakan haruslah 'moderate'.

Sebelum DAP-PAS bekerjasama, apa persepsi YB terhadap PAS walaupun sama-sama pembangkang...

Secara peribadi, saya memang tidak mempunyai masalah daripada segi kerjasama ini. Tetapi mungkin orang ramai tidak faham. Sebab jika kita lihat media, terutama media berbahasa Cina melaporkan berkenaan orang Cina dan agama Budha atau Kristian. Akhbar berbahasa Melayu pula lebih menonjolkan masyarakat Melayu dan Islam. Media sepatutnya memainkan peranan penting menyemarakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Jika ia dapat digabungkan, ia membawa mesej jelas kepada rakyat. Tetapi saya melihat media Cina amat dinamik selepas  PRU ke-12. Laporannya telah menunjukkan masyarakat berbilang kaum. Akhbar berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris agak lambat sedikit.

Kejutan beberapa pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming membaca surah al-Quran sehingga menimbulkan kontroversi dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Situasi ini membuka lembaran baru politik Malaysia. Apa reaksi YB ketika itu?

Bagi saya ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Saya boleh pergi ke masjid, ke gereja  atau ke tokong. Saya rasa sebagai ahli politik saya mewakil semua agama.  Saya selalu cakap kepada  orang ramai, walaupun saya berbangsa Cina, saya selalu mengatakan saya berbangsa Malaysia. Sebab saya lahir di sini. Kenapa kita perlu ada perbezaan bangsa dan agama? Bagi saya jika kita asingkan seperti Islam untuk Islam sahaja dan Kristian untuk Kristian sahaja, 10 tahun atau 100 tahun pun orang tidak akan faham. Itulah punca orang tidak faham dan akan timbul konflik. Sebagai contoh orang Islam dan Yahudi tidak makan babi manakala orang Hindu tidak makan lembu. Jadi kita kena faham perkara ini. Isu seperti membaca surah al-Quran ini tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada DAP.

Ramadan lalu, timbul isu "Guan Eng ganti doa Agung" dan "YB Teo masuk surau". Ini percubaan Umno-BN nak laga-lagakan PAS-DAP. Nak burukkan PAS pada mata orang Islam. Apa reaksi masyarakat Cina terhadap isu ini?

Saya sendiri sudah berapa kali masuk masjid dan surau termasuk bekerjasama dengan sekolah agama. Saya rasa langsung tidak timbul masalah. Hanya sesetengah pihak sahaja mempolitikkan perkara ini.  Jika saya ingin menjadi seorang muslim, saya haruslah memahami tentang Islam. Barulah saya boleh masuk Islam. Begitu  juga dengan Kristian. Jika saya tidak mengetahui dan memahami, bagaimana saya boleh menjadi pengikut agama tersebut. Isu doa untuk Lim Guan Eng timbul kerana Umno yang manipulasi. suatu ketika dahulu sewaktu Teresa Kok ditahan ISA, saya juga bekerjasama dengan masjid melakukan solat hajat. Sebab saya rasa untuk semua agama, sembahyang dan doa itu 'blessing' tidak mengira kaum. Bagi saya jika seseorang itu berbakti kepada masyarakat, tidak ada salahnya untuk kita mendoakan untuknya. Perkara ini hanya dipolitikkan BN sahaja.

YB ada mengatakan YB turut masuk ke masjid dan surau. YB sendiri juga terpalit dengan isu "merasmikan musabaqah al-quran" di Dun Teratai. Apa yang Umno cuba bangkitkan terhadap YB dalam isu ini?

Pada masa itu memang ada kain rentang yang mengajak orang ramai menyertai musabaqah tersebut. Umno melalui surat khabar rasminya Utusan Melayu ambil gambar kain rentang itu serta menimbulkan persoalan bagaimana bukan Melayu boleh merasmikan program musabaqah? Kononnya dia hendak 'provoke' tetapi tidak menjadi kerana saya rasa orang ramai sudah faham. Saya bagi sumbangan dan saya harapkan masyarakat menyertai program tersebut.  Umno juga ada hantar "SB" mereka dan ada yang merakamkan program tersebut. Memang tidak timbul isu cuma Umno sahaja menjadikannya satu isu bagi menunjukkan kehebatan mereka dalam membela Islam.

Adakah YB bersetuju generasi muda seperti YB Teo Ning Ching, YB Nga Kor Ming, YB Tony Pua dan lain-lain, lebih terbuka dan boleh menerima PAS berbanding beberapa pemimpin tertinggi DAP sebelum ini? Kenapa?

Dalam satu parti, terdapat pelbagai pemikiran dan pandangan. Sebab kita generasi baru dan generasi reformasi, saya berpendapat sebagai rakyat Malaysia saya tidak mempunyai sebarang masalah. Mungkin seorang dua sahaja dalam parti tidak boleh terima. Tetapi Lim Kit Siang sendiri baik dengan Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat) serta Anwar Ibrahim. Saya rasa kerjasama mereka lebih efisyen.  Seperti isu pemimpin DAP masuk ke surau, Nik Aziz juga mengeluarkan kenyataan perkara tersebut tidak menimbulkan masalah. Sebagai contoh apa yang berlaku pada Dato' Seri Nizar (Jamaluddin) di Perak, kita juga membantu beliau dalam kemelut tersebut.

Tapi PAS  juga terus terusan dituduh 'Boneka DAP' dan ia semacam sukar ditangkis... YB rasa macama mana? 

Akhbar Melayu mengatakan PAS boneka DAP. Akhbar berbahasa Cina pula mengatakan DAP anak suruhan KeADILan. Sebab itu saya katakan media yang memainkan peranan penting membangkitkan perkara seperti ini. Akbar cuba 'brainwash' orang ramai. Saya rasa untuk mengatasi perkara ini, akhbar alternatif seperti Harakah perlu memainkan peranan ini supaya mereka tahu pihak mana yang benar.

Apa harapan saudari terhadap hubungna PAS-DAP yang kian utuh, initp dan mesra bagi iklim politik baru yang segar di negara ini pada masa depan?

Pada masa ini kita dalam formula satu budaya Pakatan Rakyat. BN sudah mempunyai satu budaya iaitu kronisma dan koropsi. Budaya parti itu 'duit boleh melakukan apa sahaja'.  Tapi di kalangan Pakatan Rakyat apa yang saya pentingkan ialah 'filosophy' politik. Adakah pemimpin kita faham halatuju kita dan cara-cara kita hendak menjadi kerajaan.  Walaupun pembangkang, kita (PR) mempunyai hala tuju yang jelas untuk rakyat. Adakah kita bersedia apabila dilantik sebagai YB, kita membawa 'filosophy' untuk Pakatan Rakyat?

Najib fikir rakyat mudah lupa ?

Tok Jib dan Tok Din seakan membaca naluri rakyat bahawa kenaikan harga barangan keperluan utama tidak akan mencetuskan kegusaran rakyat. Lima sen atau lima duit kata orang utara tidak nampak membebankan rakyat, lantaran itu mereka tergamak melemparkan batu kepada rakyat.
Tok Jib anggap dirinya bijak dan rakyat tidak menyedarinya kerana menaikkan harga bahan bakar itu lima sen sahaja tiap kali. Sebelum inipun sudah dinaikkan lima sen bagi harga petrol RON95, Diesel dan Gas petroleum cecair (LPG) mungklin tidak ramai digunakan rakyat kecuali peniaga dan tokeh.


Namun gula dinaikkan 20 sen adalah kononnya bagi mengelakkan rakyat memakan benda manis yang akhirnya akan terdedah pada kencing manis. Namun kenaikan pada kali ini adalah bukti jelas kerajaan UBN pimpinan Tok Jib mulai menzalimi rakyat marhaen.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus sambil melahirkan rasa terkejut dan menyifatkan sebagai 'gila' berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.
Harga Petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel juga 5 sen menjadikan RM1.80 seliter, begitu juga LPG juga menjadi RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen ke paras RM2.10 sekilogram.

Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ia bagi menyelaraskan subsidi. Kelmarin, petrol RON 97 naik 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.

Ia terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat. Rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya.

Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang. Kesan kenaikkan itu juga akan memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.

"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat."

Tiada Kenaikan Harga Gandum, Beras Dan Minyak Masak Sekarang..ha..ha..notis nak naik harga la tuuu...!!

Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail SabriYaakob.
Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.
"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.
"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini, Isnin.
Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.
"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagimenangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna,"katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.
Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.
Ismail Sabri berkata anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.
"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai-kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.
"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya. -

ADA APA DENGAN 1Rosmah Mansor...


darah sape gomen isap? darah Tan Sri Rozali yang gaji setengah juta tu ke?

Beza Ron95 dan 97
"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.

RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km

Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.

RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km

Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.

Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?

Persoalannya kini... Bila GOMEN tarik subsidi yang sememangnya hak kita minyak apa kita pakai tak rugi duit kita..?

TERBONGKAR!! SYABAS guna aset Kerajaan Selangor bernilai RM10.9 billion secara percuma

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.


Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.