Sunday, September 4, 2011

Zina Terang-terang, Pihak Berwajiib Tak Tahu Ke?



MASALAH...meskipun kerap kali diserbu namun operasi pusat urut ‘maksiat’ sukar dibendung. 

Tahniah kepada wartawan Metroplus yang menyamar sebagai pelanggan di beberapa pusat urut di sekitar Lembah Klang. Mereka mendapati di sesetengah lokasi, khidmat urutan batin dan khidmat seks disediakan tanpa berselindung lagi. Kebanyakan tukang urutnya yang terdiri daripada wanita warga asing berusia awal 20-an.

Selain menawarkan urutan, kebiasaannya mereka turut menawarkan khidmat sampingan kepada pelanggan termasuk khidmat seks.
Menurut mereka, "Dalam kunjungan pertama di sebuah rumah urut di Kepong, seorang tukang urut dari Thailand berusia 25 tahun melayan kami dan bayaran yang dikenakan di antara RM50 dan RM90 sejam bergantung kepada khidmat diberikan. "
Berikut temu bual wartawan bersama gadis urut itu dikenali sebagai Ling Ling yang mampu berbahasa Melayu:
Wartawan: Sudah lama kerja di sini?
Ling Ling: Baru dua setengah tahun.
Wartawan: Berapa gaji tauke bayar? Dia tu orang Malaysia ke Thailand?
Ling Ling: Tak mahal bang...Ada la, tapi bergantung pada pelanggan la. Bos saya orang Malaysia, tapi dia pandai cakap Thai.
Wartawan: Baguslah, selain urut tak de apa-apa ke...?
Ling Ling: Jangan macam tu bang... Saya tau bang punya maksud. Kalau mau tambah lagi RM50, tapi tak boleh *** Pegang-pegang saja boleh la.
Dalam perbualan dengan pengurus pusat urut itu yang berusia lewat 60-an, dia memberitahu menggaji enam wanita dari Thailand dan mereka pakar dalam urutan Thai.
“Mereka ada permit dan tak ada orang kacau kerana kami ada lesen sah. Malah, ramai yang datang ke sini untuk pulihkan badan mereka.
“You (awak) juga boleh datang bila-bila masa termasuk hari minggu kerana kita buka jam 11 pagi dan tutup jam 12 tengah malam,” katanya yang turut mendakwa premisnya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Dalam penyamaran ke sebuah pusat urut di Damansara Perdana pula, seorang tukang urut wanita Thailand berusia 26 tahun dikenali sebagai Ren berkata, di Bangkok, Thailand dia bekerja tujuh hari seminggu. Menurutnya, upah urut biasa cuma RM40 tapi jika mahu melakukan hubungan seks, bayaran dikenakan ialah RM180.

Beromen Dalam Kereta, Nyaris Maut.



KERETA dinaiki Qiao Hou dan kekasihnya merempuh penghadang tempat letak kereta di sebuah bangunan di Changsa baru-baru ini. 
CHANGSA: Satu pasangan yang berasmara (beromen) dalam sebuah kereta nyaris maut kerana mereka tidak mematikan enjin kereta, lapor sebuah akhbar semalam. Pasangan itu pada mulanya berasmara dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan di sini, selatan China baru-baru ini.
Mereka tidak mematikan enjin kerana mahu menikmati hawa dingin ketika berasmara. Namun, si lelaki, Qiao Hou tertolak gear menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan merempuh penghadang tempat letak kereta.
Kereta itu tidak terjatuh sebaliknya bahagian belakang kenderaan tersebut tergantung pada ketinggian 18.28 meter. Kekasih Hou menjerit menyebabkan beberapa orang bergegas membantu mereka keluar dari kenderaan itu. – Agensi
Gambar di bawah ini lain pula, berlaku kira-kira sebulan lalu di China juga. dan menjadi sensasi di internet China. Seorang isteri menyerang suaminya yang sedang berasmara dalam kereta juga, dengan seorang perempuan simpanan. Kejadian itu dirakamkan oleh CCTV. Peristiwa ini mungkin akibatnya tidak nyaris maut seperti kisah di atas, tetapi.. ah, bayangkan sendiri le... (IH)


Majalah Lucah Untuk Orang Buta.. Ini Dia!

Di Kanada, sebuah majalah pornografi telah dilancarkan khas untuk orang buta. Majalah itu ditulis dalam tulisan braille dan lukisannya dalam lukisan yang tertimbul memaparkan gambar wanita dan lelaki berbogel.

Majalah itu diberi nama Tactile Minds hasil karya Lisa Murphy. Majalah ini lengkap dengan ayat-ayat yang lucah dan gambar bogel lelaki dan perempuan yang dijual dengan harga RM 675 senaskhah.

Terdapat sebanyak 17 keping gambar ditampilkan. Antara lukisan timbul yang terdapat dalam majalah ini ialah perempuan bogel yang menari disco, perempuan dengan 'perfect breast' dan 'male love robot'.

Antara tahun 1970 dan 1985 Playboy mencetak salinan majalah terkenal itu dalambraille -tetapi tanpa gambar-gambar yang timbul.
Menurut Lisa, dia menghasilkan buku ini kerana dia merasakan bahawa golongan buta seperti telah ditinggalkan dan dipulaukan oleh gambar-gambat yang seksi.

Lagi gambar-gambar menarik: 
(IH)