Friday, September 27, 2013

Kerana Keceluparan & Kebiadapan Mashitah, Sinar Harian Terpaksa Mohon Maaf


Kerana keceluparan dan kebiadapan Mashitah Ibrahim, akhbar Sinar Harian terpaksa mohon maaf kepada TGNA dan Mat Sabu kerana diri mereka difitnah!!!! 

Akhbar Sinar Harian dengan berjiwa besar akui akan kesilapannya menerbitkan suatu artikel bertajuk " SKANDAL SEKS, KRISIS POLITIK PAKATAN" mengaitkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS,  dalam kolum " LANGIT TERBUKA" tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang disiarkan oleh akhbar berkenaan pada 2hb Mac 2012

Akhbar Sinar Harian melahirkan rasa kesal atas penyiaran jijik, jahat fitnah itu dan memohon maaf kepada Dato' Seri Presiden PAS TGHA dan Timbalannya Tuan Hj Mohamad Sabu.

Kes saman fitnah oleh TGHA dan Mat Sabu keatas Dr Mashitah Ibrahim masih lagi berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-Omakkau 

Mukhriz Terpaksa Berdepan Lawan Bapanya, Kritikan Tun M Dianggap Keterlaluan

Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden Umno berhadapan pencabar bapanya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat agak lantang memberi tekanan kepada pemimpin dalam Umno.

Setengah pihak melihat negarawan negara itu berkempen untuk anaknya secara tidak langsung dengan menggesa supaya pemimpin lama Umno memberi laluan kepada muka baru.

Bagaimanapun, kelantangan Dr Mahathir bukan sesuatu yang diterima secara terbuka oleh perwakilan Umno, sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin dalam Umno.

Baru-baru ini, Dr Mahathir secara terbuka mengkritik Umno kerana pemimpin lama yang suka mencantas muka baru yang sedang naik, menyifatkan parti Melayu tersebut menjadi semakin "bodoh".

Mengenai pengaruh Dr Mahathir dalam parti, perdana menteri negara paling lama bekrhidmat itu bukan lagi pencorak suasana politik dalaman parti tersebut.

"Jangan kata ahli Umno adalah bodoh. Ahli Umno bijak dan boleh bekerja," kata Datuk Razali Ibrahim, yang juga Naib Pemuda Umno kepada The Malaysian Insider ketika mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini.

Pengaruh Dr Mahathir tidak lagi sehebat semasa berada dalam jawatannya dahulu kerana ketika itu beliau digeruni lawannya sebagai seorang yang tegas dan tidak teragak-agak menamatkan karier politik seseorang jika tidak berpuas hati.

Mukhriz mungkin tersilap sekiranya mengganggap status sebagai anak "Mahathir" akan membantunya untuk memenangi pemilihan parti kali ini, memandangkan percubaannya untuk menjadi Ketua Pemuda Umno juga gagal walaupun dibantu dengan kempen bapanya secara tidak nampak.

Sebaliknya, penganalisis berpendapat Mukhriz perlu menjadi diri sendiri kerana kematangannya yang semakin terserlah dalam arena politik negara.

"Bagi saya, Mukhriz ini tidak wajar dilihat sebagai kroni kepada Dr Mahathir. Beliau menunjukkan kematangan dan pengalamannya kebelakangan ini," kata penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Selain penganalisis, lawan Dr Mahathir yang juga pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai pandangan sama yang mengganggap bekas perdana menteri tersebut tidak lagi mempunyai pengaruh.

"Saya tidak lihat bapanya (Dr Mahathir) mempunyai pengaruh lagi, kita boleh lihat semasa cubaannya untuk kembali ke arena politik gagal selepas tewas dalam pemilihan bahagian di Kubang Pasu," kata Tengku Razaleigh semalam.

Namun, pemimpin Umno dilihat dilihat tetap dengan legasi untuk meneruskan kuasa, mempertahankan diri daripada kritikan Dr Mahathir dengan berkata gandingan baru dan lama penting untuk kesinambungan parti.

"Yang paling penting adalah apabila seseorang itu mampu memimpin, mereka perlu diberi peluang.

"Tempoh masa tidak penting, kredibiliti seseorang pemimpin adalah lebih penting," kata Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin, yang juga salah seorang ahli Majlis Tertinggi Umno penggal lalu.

Kehadiran Mukhriz dalam gelanggang persaingan tersebut menarik perhatian ramai kerana beliau merupakan calon termuda (49 tahun) dan baharu sahaja mencatat kejayaan cemerlang apabila memastikan Kedah kembali ke dalam genggaman Barisan Nasional (BN).

Mukhriz dalam misi untuk menewaskan salah seorang tiga penyandang Naib Presiden Umno, yang berusia melebihi umur 50 tahun ke atas iatu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (51), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (60) dan Datuk Seri Shafie Apdal (56). - 27 September, 2013.-TMI 

Apa sudah jadi dengan RTM?



Apa sudah jadi dengan kakitangan-kakitangan di belakang tabir stesen penyiaran di Malaysia yang banyak membuat kesilapan sejak akhir-akhir ini.

Gambar di atas adalah "screen shot" dari Berita RTM yang membuat kesilapan meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani! Kalau kakitangan RTM tidak mengenal Menteri sendiri susahlah!


Semalam juga dunia berita telah dikejutkan dengan kesilapan Astro Awani memaparkan mesej, "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan".

"Tahniah" dan "takziah" memberi maksud yang berbeza sama sekali dan boleh mengundang kontroversi. Walau bagaimanapun Astro Awani telah memohon maaf secara langsung selepas itu.
 
Kita harap pihak pengurusan di belakang tabir sesuatu Rancangan TV dapat lebih berhati-hati selepas ini terutama yang membabitkan rancangan secara langsung "live".

Ini kerana sebarang kesilapan kecil boleh memberi impak yang besar serta menjejaskan reputasi stesen TV berkenaan.
 
 

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Bunuh: Adakah jiwa pelatih PLKN memberontak?

Kerajaan wajar mengkaji semula keberkesanan Program Latihan Pusat Khidmat Negara (PLKN) berikutan berlakunya kes yang membabit kematian seorang pelatih di sebuah kem dekat Muadzam Shah baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad berkata, kes kematian itu menimbulkan persoalan tetang hala tuju PKLN kerana gagal membentuk akhlak pelatihnya yang sepatutnya dibentuk melalui modul yang disediakan. 

Katanya, Modul PLKN dilihat gagal membentuk nilai nilai murni.

“Dulu modul PLKN menimbulkan konstroversi kerana dilihat cuba menerapkan  propaganda pro-Umno, kini kes lebih buruk berlaku sehingga pelatih dibunuh.

“Adakah berbaloi bagi ibu bapa dipaksa menghantar anak ke PLKN secara paksaan dengan tindakan undang-undang akan diambil jika ibu bapa enggan menghantar anak mereka berlatih di PKLN?” soal Suhaimi.

Menurut beliau, di sebalik paksaan mengikuti latihan di PLKN, ibu bapa terpaksa menerika tiada jaminan keselamatan kepada anak mereka. Ini  bukanlah  kes pertama, sebelum ini terdapat kes di mana pelatih perempuan dirogol oleh jurulatih.

“Sebagai ibu bapa sudah tentu mereka merasa bimbang untuk menghantar anak mereka menyertai latihan PLKN berikutan kes bunuh ini,” katanya.

Suhaimi mewakili PAS negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa keganasan pelatih PLKN, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh.

Menurut laporan media, kes berlaku hanya disebabkan berebut makanan dan mangsa dikatakan memotong barisan untuk mengambil makanan.

“Jika disebabkan memotong barisan, adalah sangat tidak munasabah mangsa dibunuh. Ini menunjukkan jiwa pelatih PKLN berada dalam keadaan memberontak kerana mereka ke situ semata-mata kerana dipaksa oleh kerajaan,” ujarnya.

Harga petrol RON95 akan naik lagi?

 Baru sahaja dinaikkan sebanyak 20 sen awal September lalu, spekulasi harga petrol RON95 bakal dinaikkan lagi dalam masa terdekat mula tersebar.

Dikatakan pengumuman berkaitan kenaikan harga baru itu akan dibuat oleh kerajaan dalam masa dua minggu ini.

Menurut cakap-cakap di media sosial, sorang menteri di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika satu jamuan makan malam di sebuah hotel beberapa hari lalu, telah mengesahkan akan ada pengumuman penting oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Jika spekulasi ini benar, bermakna rakyat negara ini bakal bertambah lgi bebenan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sejak RON95 dinaikkan pada 3 september lalu, rata-rata rakyat merungut bukan sahaja terbeban kerana terpaksa membeli minyak lebih mahal, malah kesan berantai yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik.

Biarpun kerajaan memberi jaminan kenaikan tersebut tidak membebankan dan tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan, namun realitinya berbeza dengan apa yang terpaksa dihadapi rakyat bawahan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan orang ramai boleh menjangka kenaikan petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Laporan yang memetik kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman itu berkata, langkah kenaikan ini juga sebagai usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.

Negeri pengeluar petroleum ramai rakyat miskin

 Kerajaan disarankan mewujudkan mekanisme bagi menentukan keberkesanan peruntukan yang dibelanjakan kepada rakyat.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (PAS-Kuala Terengganu) berkata, kerajaan harus memberikan perhatian kepada peningkatan taraf hidup rakyat di luar bandar dengan bantuan yang diberikan.

"Sepatutnya laporan bajet diukur mengikut jumlah peruntukan dan juga jumlah yang dibelanjakan iaitu laporan mesti mengukur keberkesanan untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan.

"Oleh itu perlu satu mekanisme diwujudkan supaya menyentuh bagaimana berkesannya peruntukan yang telah dibelanjakan dan bukan hanya melibatkan statistik iaitu berapa ribu kilometer jalan yang telah dibina tetapi berapa berkesankan jalan telah dibina itu untuk manaikkan taraf hidup kemiskinan di kawasan luar bandar," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata, Majlis Penasihat Petroleum Negara perlu dihidupkan semula seperti dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Hal ini kerana katanya, negeri-negeri pengeluar utama petroleum seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak masih menunjukkan kadar kemiskinan tertinggi.

"Dari segi pengeluaran kekayaan hasil bumi iaitu negeri pengeluar minyak dan gas terutama Terenganu, Sabah dan Sarawak walaupun selepas 35 tahun menerima royalti tetapi masih di antara negeri yang mempunyai rakyat termiskin selepas 35 tahun diberi royalti.

"Di sinilah perlu diukur sampaikah matlamat atau sumber pendapatan daripada peruntukan kepada rakyat yang dihajatkan.

"Mungkin satu cara dengan mewujudkan majlis penasihat petroleum seperti yang diperuntukkan dalam Akta Petroleum 1974 supaya negeri ini dapat berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk menaikkan taraf hidup rakyat," katanya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasin dalam jawapannya berkata, soal keberkesanan bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat harus dibuat kajian.

"Antara kesannya kesan langsung dan tidak langsung. Kesan langsungnya ialah orang menghargai program yang dibuat kerajaan BN tapi secara tak langsung pihak pembangkang di kawasan yang kita bantu dapat keuntungan.

"Banyak di kalangan orang miskin lebih mudah menyokong pembangkang sebab pembangkang ni pandai. Dia datang hari akhir (kempen), BN datang awal," katanya.

Beliau juga mendakwa, terdapat rakyat miskin yang juga 'miskin minda' kerana tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan.

"Kalau orang miskin mempunyai minda yang kuat dan diajar bersyukur sudah pasti dia menyokong BN," katanya.

Raja Kamarul dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan bajet-bajet tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri termiskin tertentu di Malaysia.

Demi Mukhriz, Mahathir kata pemimpin Umno bodoh?

Bagaimana Tun Mahathir pula yang bercakap mengatakan pimpinan Umno sekarang semuanya pemimpin bodoh dan wajar mengundurkan diri untuk memberi mereka yang lebih muda untuk tampil ke hadapan.

“Adakah apabila Mukhriz anak bongsu beliau sekarang sedang mencuba nasib bertanding Naib Presiden Umno baru beliau hendak bercakap tentang peranan penting orang muda?” tanya Aspan Alias di dalam blognya, semalam.

Baginya, Khairy Jamaludin merupakan anak muda dan beliau merupakan ‘budding leader’ yang kini menjadi perhatian ramai tidak mendapat sokongan Mahathir sedangkan Khairy jauh lebih muda dari anak bongsunya sendiri.

Mengulas lanjut, ujarnya sekarang apabila anak bongsu Mahathir mahu mencelah untuk menjadi Naib Presiden Umno, maka Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammudin pun sudah tua.

Bagi Mahathir, kata beliau pemimpin muda yang layak hanyalah anaknya Mukhriz.

“Kita tidak menafikan Mukhriz itu ada sedikit kemampuan tetapi tidak payahlah mengata orang itu tua dan orang ini sudah lanjut usia dan sebagainya.

“Sekarang ini Mahathir baru mengatakan yang Umno itu dipenuhi dengan pemimpin bodoh,” tulisnya lagi.

Baca di sini

S'gor kaji naikkan elaun guru Kafa kepada RM1,500

 Kerajaan Negeri Selangor sedang mangkaji dan merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.


Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata, ianya akan diperincikan secepat mungkin sesuai dengan Belanjawan Selangor 2014 yang memberi tambahan peruntukan dalam bidang pendidikan bagi memperkasa institusi pendidikan dan latihan kepada belia.

“Jumlah itu selaras dengan gaji minimum yang sebelum ini dua kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.

“Lebih kurang 7,000 guru KAFA akan menerima manfaat,” katanya dipetik Selangorku.

Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri yang akan menaikkan had kelayakan bagi mendapat hadiah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Had kelayakan tersebut dinaikkan dari keluarga berpendapatan RM1500 sebelum ini kepada yang berpendapatan RM3,000.

Menurut Halimah, ia bagi memberikan peluang lebih ramai menikmati bantuan itu.

Antara 2008 hingga 2013, Halimah berkata seramai 40,000 individu memohon mendapatkan hadiah itu tetapi hampir 10,000 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat.

Beliau berkata, golongan belia pula terus dibantu bagi mendapatkan latihan kemahiran bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan sesuai.

“Kita mahu tahap pembelajaran di negeri ini dalam keadaan kondusif sebagai sebuah negeri maju,” katanya.

Lynas: Malunya timbalan menteri kata 'kilang kicap'


Kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohamed yang mengatakan kilang memproses nadir bumi, Lynas selamat seperti kilang kicap dianggap kenyataan memalukan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu berkata kenyataan seumpama itu tidak layak diucapkan oleh seseorang berpangkat menteri atau timbalan.

"Kalau seorang timbalan menteri tidak dapat membezakan emosi dengan profesionalisme, ia hanya memburukkan keadaan. Malah, kenyataan itu hanya menjadikan rakyat semakin tidak yakin dengan jaminan kerajaan berhubung isu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, turut mengingatkan Abu Bakar agar lebih memahami isu di sebalik pengoperasian kilang Lynas sebelum membandingkannya dengan kilang kicap.

"Beliau kena tahu Lynas ini berasaskan bahan-bahan yang berbahaya, tidak bolehlah nak disamakan dengan kilang kicap," tambah beliau yang kini berada di Mekah.

Semalam, Abu Bakar yang menerima memorandum daripada beberapa aktivis anti-Lynas cuba menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu "selamat seperti kilang kicap".

Kenyataan itu menyebabkan berlaku sedikit ketegangan antara beliau dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Kilang bernilai RM700 juta yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kontroversi tersebut berterusan apabila kerajaan meneruskan dan membenarkan operasi kilang tersebut, biarpun beberapa siri demonstrasi diadakan bagi membantah kilang Lynas tersebut.

Dendam: DAP cabar menteri tegur Mukhriz


DAP mencabar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.

Demikian penegasan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan.

Ini ekoran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam membidas dan menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan Persekutuan menghukum masyarakat Cina di kampung baru kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.

Katanya, walaupun Abdul Rahman menafikan bahawa rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baharu kepada majlis kerajaan tempatan hanya menambah masalah birokrasi, tetapi sebagai hakikatnya, rancangan beliau juga tidak disokong oleh MCA, salah satu parti komponen BN.

Beliau berkata, sekiranya rakan seperjuangan beliau juga tidak percaya bahawa rancangan beliau adalah berniat suci, bagaimana Abdul Rahman ingin seluruh masyarakat Cina percaya bahawa ini memanglah bukan satu hukuman atau balas dendam.

Menurutnya lagi, kalau BN, terutamanya Umno memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga perlu menjelaskan kenapa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini berkata bahawa kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Sekolah Cina dan mahu menumpukan bantuan Sekolah Kebangsaan berikutan perubahan undi Cina semasa PRU13 Mei lalu yang membelakangkan MCA dan BN.

“Sekiranya Datuk Abdul Rahman Dahlan memang ingin mempercayakan orang ramai bahawa beliau memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina, saya mencabar beliau untuk menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.

“Adakah beliau berani?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Insiden isteri Mat Yo, penjelasan Azman

Nama Azman Mohd Nayan tiba-tiba menjadi popular sejurus tersebarnya insiden pertengkaran antara beliau dengan isteri Norshahrul Idlan Talaha di laman sosial dan Youtube sejak Selasa lalu.

Azman, 49, seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) menjadi individu terbaru yang menjadi topik perbualan di laman sosial ekoran rakaman itu.

Dalam rakaman video selama 54 saat itu, Siti Aisya Adam iaitu isteri Nor Shahrul dirakam sedang berperang mulut dengan Azman.

Rakaman itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang dilihat menyaksikan pertengkaran itu.

Ketika ditemui Harakahdaily hari ini, Azman berkata beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengawal dan tiada niat langsung untuk berbalah dengan sesiapa.

"Ikut pada masa berlaku itu memang rasa nak hilang sabar, tapi fikir sebab saya menjalankan tugas, maka saya buat yang terbaik, saya cakap baik-baik," katanya.

Mengimbas kembali insiden itu, Azman berkata beliau paling sedih apabila dikatakan beliau akan disaman oleh pihak terbabit.

"Bila saya kena macam itu dan kata nak saman saya, saya sedih dan termenung, saya bukan orang senang, nak bayar dengan apa," katanya.

Menurut Azman yang berkerja di sini baru 10 bulan, beliau hanya mengetahui video tersebut selepas diberitahu oleh anaknya.

Tidak lama selepas itu katanya, ramai yang datang menyatakan simpati dan memberikan semangat kepadanya.

Ianya termasuk tawaran guaman percuma dari peguam-peguam yang bersimpati terhadapnya.

"Saya terharu dan sedih, ramai yang menyokong tindakan saya malah pihak majikan sentiasa bersama saya dalam hal ini," ujarnya.

Tambahnya, selain itu ada juga yang datang ke lapangan terbang tersebut mencarinya semata-mata untuk bergambar kenangan.

"Kepada orang di luar, kita kena kerjasama, jangan pandang hina kami yang bekerja seperti ini.

"Jangan menjatuhkan martabat kami, kami menjalan tugas untuk kesenangan semua, hormatilah kami sebagai pengawal," tegasnya.

Isytihar harta: Ayuh Najib, sahutlah cabaran Ku Li

Sebagai pemimpin veteran yang penuh pengalaman, Tengku Razaleigh Hamzah sedar bahaya dan impak buruk daripada rasuah itu. 


Kalau pun ia tidak menghancurkan Umno dan kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, lambat-laun bala daripadanya pasti akan tiba.

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta membuang persepsi rasuah itu, Tengku Razaleigh mencabar Najib Razak agar semua pemimpin dan bekas pemimpin, termasuk dirinya agar mengisytiharkan harta masing-masing supaya rakyat akhirnya boleh membuat penilaian.

“Dalam hal ini adalah wajar Najib menyahut cabaran Ku Li itu bagi membuktikan dirinya serta pasukannya dalam kerajaan adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar berwibawa, berintergeriti dan diyakini rakyat,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, dalam dunia moden yang menuntut ketelusan, pengisytiharan harta secara terbuka adalah kaedah paling baik menentukan bersih atau tidaknya seseorang pemimpin itu.

Baca di sini