Sunday, December 15, 2013

Kajian UKM Menunjukkan Ulamak Syiah Adalah Pendakwah Awal Datang Ke Nusantara Sebelum Sunni

Perangai sebenar ulamak Syiah
Tahukah Anda,menurut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM pada 2012 menunjukkan Syiah mula bertapak di Nusantara semenjak awal kedatangan islam lagi.

dalam kajian itu juga terbukti tanpa sedar orang melayu nusantara yang mengaku sunni masih lagi mengamalkan unsur-unsur syiah yang disangka sebagai ibadah


Kemunculan aj aran dan pemikiran budaya Syiah menj adi salah satu aspek perbahasan yang penting dalam  kajian  para  sarjana  mengenai  sejarah kedatangan Islam ke Alam  Melayu. Pemikiran  Syiah telah dibincangkan bersama pengaruh-pengaruh  lain  seperti Arab  dan  Parsi yang dianggap penyumbang terbesar dalam  pemikiran  keagamaan  dan budaya umat    Islam di rantau ini.  

Beberapa  sarjana cuba menjelaskan bahawa aliran Islam yang terawal diterima oleh masyarakat melayu di Alam Melayu  adalah  fahaman Syiah sebelum dikuasai  oleh aliran teologi Ashairah bermazhab Syafie.Kenyataan  ini telah cuba dinafikan oleh beberapa  sarjana yang menganggap  bahawa  Syiah tidak  memiliki  pengaruh  teologi selain hanya telah bercampur aduk dengan budaya Arab-Parsi yang telah meresap dalam pemikiran tasawuf  Sunni dan sastera Melayu klasik. Kajian ini dilakukan untuk membincangkan tentang kemunculan pemikiran budaya Syiah diAlam  Melayu.

Kajian  ini juga  akan  menyentuh  pengaruh  Syiah  dalam  budaya  Melayu,  khususnya  dalam bidang pemikiran tasawuf dan sastera Melayu. Kertas kerja ini akan membincangkan pemikiran budaya Syiah sejelasnya wujud di Alam Melayu bermula pada abad ke-12M, menerusi aj aran tasawuf falsafah. Pengaruh budaya   Syiah  in  sangat  ketara  terdapat  dalam  beberapa  amalan  ritual  dan  sastera  melayu  klasik  bersifat keagamaan  dalam  masyarakat  Melayu. 

Perkembangan  budaya  Syiah telah  dibantu  dan  diperkukuhkan  lagi oleh  peranan   pendakwah   golongan  berketurunan  Ahli  Bayt  dan  kegiatan   ahli tasawwuf    falsafah  yang dianggap mempunyai peranan yang sangat besar dalam penyebaran Islam di Alam Melayu.

Baca selanjutnya >> Download file disini:


Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Kajian UKM Menunjukkan Ulamak Syiah Adalah Pendakwah Awal Datang Ke Nusantara Sebelum Sunni http://ijoks2009.blogspot.com/2013/12/kajian-ukm-menunjukkan-ulamak-syiah.html#ixzz2nXXZEEqi
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Siapakah yang untung atas pemberian BR1M?

Ramai yang bergembira dan terasa lapang dengan pengumuman BR1M berjumlah RM650.00 untuk tahun 2014.

Permainan ini amat licik kerana apapun bentuk pemberian akan digambarkan sebagai satu nikmat.

Pada waktu yang sama pengumuman perlaksanaan GST 6% seolah terpadam dari oleh nikmat BR1M.

Saya sertakan pengiraan di bawah yang mana walaupun sukar untuk difahami.

Berapakan nilai RM650 (BR1M) berbanding 6% GST.

Untuk kerajaan mendapat kembali RM650 (BR1M) jumlah pembelian hendaklah bersamaan
RM650=6%(x)

RM650=6/100(x)
RM650x100=6x
RM65,000.00=6x
RM10,833.33=x

Maka x menggambarkan jumlah perbelanjaan yang perlu dibuat oleh isi rumah yang kemudian akan dikenakan GST sebanyak 6% menjadikan kerajaan memperoleh pendapatan RM650.00.

RM10,833.33 adalah perbelanjaan setahun dan jika dibahagi dengan 12 bulan maka isi rumah hanya perlu berbelanja RM10,833.33 /12= RM902.78.

Dengan kata lain hanya isirumah yang berbelanja kurang daripada RM902.78 sebulan akan benar-benar mendapat manfaat BR1M.

Bagi yang berbelanja lebih dari itu sebenarnya telah membayar lebih dari apa yang diberi.

Ramai yang berseronok dengan BR1M yang bakal diterima tetapi pada waktu yang sama tidak mengetahui yang tidak ada apa yang baik tentangnya setelah perlaksanaan GST.

Bagi yang ada hubungan yang baik dengan JKKK bolehlah mendapat BR1M lebih dari satu kali untuk satu isi rumah. Dan paling malang bagi mereka yang kurang celik dan tercicir dari senarai BR1M. Sudahlah mereka susah-tak pula menerima BR1M malah terpaksa membayar 6% GST walaupun untuk membeli garam.

Dengan kenaikan harga petrol dan terkini kenaikan tarif elektrik soalnya sekarang, siapakah yang untung atas pemberian BR1M?

Naik harga: Apa lagi kerajaan mahu?

Belum reda lagi kemarahan rakyat tentang tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik, kini telah terdengar desas-desus bahawa tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel pula akan dinaikkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.

Syed Hamid berkata, ini disebabkan faktor peningkatan tarif elektrik di samping bagi memastikan jangka panjang industri rel mapan serta mengurangkan kebergantungan sokongan kewangan kerajaan.

Tindakan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan harga tambang pengangkutan awam adalah rentetan 'penderaan' ke atas rakyat setelah pengumuman kenaikan tarif elektrik baru-baru ini.

Harga tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel ketika ini sudah cukup membebankan rakyat di ibu kota dan dengan harga baru yang bakal diumumkan nanti akan menambahkan lagi beban yang ditanggung.

Pemuda PAS menolak sekeras-kerasnya hasrat kerajaan melalui SPAD untuk menaikkan harga pengangkutan awam itu kerana ianya akan menambahkan lagi beban rakyat khususnya di yang tinggal di ibu kota.

Kenaikan ini akan meneruskan episod kesengsaraan rakyat apabila sebelum ini dibebani dengan kenaikan harga minyak petrol, gula serta harga barangan keperluan dan yang terbaru, kenaikan tarif elektrik.

Pengumuman pelbagai kenaikan ini menzahirkan betapa tidak bertanggungjawabnya kerajaan kepada rakyat. Kerajaan seolah-olah hilang pertimbangan apabila sewenang-wenangnya menaikkan pelbagai harga tanpa rasa belas kasihan kepada rakyat.

Kerajaan perlu mendengar serta merasai denyutan nadi rakyat marhaen yang sedang dibebani oleh kos kehidupan semakin meningkat.

Saya kecewa dengan sikap kerajaan yang hanya tahu 'merompak' wang rakyat tetapi tidak langsung berusaha meningkatkan taraf hidup dan pendapatan perkapita rakyat.

Kerajaan tidak sepatutnya meletakkan tugas mereka untuk menyelesaikan masalah di bahu rakyat. Kerajaan tiada nilai kemanusiaan apabila tidak prihatin dengan bebanan yang rakyat tanggung ketika ini.

Timbul persoalan, berbagai harga telah dinaikkan, tidak cukupkah? Apa lagi kerajaan mahu?

Penulis ialah Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Syiah: Jangan ketawa kuat sangat, nanti Umno malu (gambar)

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... NANTI UMNO MALU!!!! ..MAT SABU DIKATAKAN PENGANUT SYIAH SEBAB DIA KAGUM DENGAN AYATOLLAH KHOMEINI..

 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Isu Mat Sabu Syiah: KDN hanya bawa cakap-cakap orang

Pertama-tama ternyata Zahid Hamidi penipu besar. Beliau menyatakan sebelum ini beliau tak sebut nama Mat Sabu, hanya sebut pemimpin no.2 PAS. Hari ini KSU KDN menyatakan: "Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini". Bukankah itu PENIPU namanya?

Kedua, GB tertunggu-tunggu apa yang disebutkan "bukti" (evidences) dari KDN terhadap tuduhan Mat Sabu seorang Syiah.

Ternyata tiada lansung bukti kukuh yang disediakan. Yang aada cuma hasil wawancara dengan beberapa orang yang memang tidak sebulu dengan Mat Sabu.

Selawat Syiah? Bagaimana bunyinya? Bila Mat Sabu melafazkannya? Ada atau tidak rakamannya? Dituduhnya juga Mat Sabu pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper. Berapa biji batu leper yang digunakan? Mana batu leper itu sebagai bahan bukti?

Pergi membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. KDN sendiri yang men yatakan itu program "majlis ramah mesra". Bukan program Mat Sabu sertai Syiah.

Dituduhnya Mat Sabu menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah. Kenapa tak tangkap guru-guru berkenaan jika benar mereka mengajar ajaran Syiah?

Kalau memuji Ayotollah Khomeini & Hassan Nasrullah, apakah sudah menjadi Syiah lantarannya?

Sungguh mengarut. Menjatuhkan imej dan integritinya sebagai sebuah kementerian. Tidak memenuhi syarat paling asas pun untuk membuat sebarang pertuduhan di mahkamah. Lakukan pelbagai fitnah TANPA sebarang bukti.

Ayuh Mat Sabu, heret segera Zahid Hamidi dan KDN ke mahkamah!

Iran dan Khomeini: Apa kata Ibrahim Ali (video)

"Secara jujur ... Bahawa Muslim di luar Iran benar-benar memandang ke arah Iran, berharap untuk Iran ... Iran adalah harapan terakhir untuk Islam."
Apakah Kerajaan tidak bimbang bentuk pengaruh yang akan menular kepada staff UiTM dan pelajarnya jika Ibrahim Ali dibiarkan kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti itu?

Kenyataan Ketua Syiah Kedah yang amat mengecewakan Umno

 

Sebuah akhbar arus perdana telah jumpa dengan Ketua Syiah Kedah semata-mata nak mendapat pengesahan dan kepastian dari Ketua Syiah Kedah sama ada Timbalan Presiden PAS adalah menganut fahaman syiah sepertimana 10 "bukti kukuh padu" yang didedahkan oleh KDN.

Syamsul pengarah KL Gangster jumpa Ustaz Azhar Idrus

 GAMBAR SEMPOI !!! SYAMSUL PENGARAH KL GANGSTER ..JUMPA USTAZ AZHAR IDRUS

 

Syamsul Yusof, berbual dengan Ustaz Azhar Idrus dan diperhatikan oleh Pierre Andre..ini mungkin dari twitter beliau sebelum ini, yang telah jemu menerbitkan filem..
 
 

PAS Terengganu bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu membentuk jawatankuasa sesi 2013-2015 pada mesyuarat yang diadakan di pejabat perhubungan PAS negeri di sini, hari ini.

Pada mesyuarat yang dipengerusikan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat (gambar) itu, Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Abdul Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Yahaya Ali (Timbalan Pesuruhjaya 2) dan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (Timbalan Pesuruhjaya 3).

Yahaya dan Nik Zawawi adalah setiausaha dan ketua penerangan sesi lalu.

Muhyiddin Abdul Rashid dilantik sebagai Setiausaha sementara penolong-penolongnya ialah Zakaria Dagang, Abdullah Suhaimi Zakaria dan Adun Chukai, Hanafiah Mat.

Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, M Shukrimun Shamsudin (Bendahari) dan Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman (Pengarah Pilihan raya).

Bagi ketua dewan peringkat negeri pula terdiri daripada Datuk Husain Awang (Ulamak), Kamaruzaman Abdullah (Pemuda) dan Safinah Jusoh (Muslimat) yang dipilih pada muktamar masing-masing.

Mohd Amar, Husam kekal Timbalan P’jaya PAS Kelantan

Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, hari ini telah menyenaraikan jawatankuasa bagi sesi 2013-2015.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Timbalan Pesuruhjaya 2, Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Datuk Husam Musa.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada masa yang sama Badan Perhubungan PAS negeri telah melantik Zulkifli Mamat sebagai setiausaha, penolong setiausaha satu dan dua, masing-masing Nasir Daud dan Ustaz Asri Mohd Zain.

Katanya lagi, Bendahari pula, Datuk Hanifa Ahmad, Pengarah Pilihanraya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Datuk Nasaruddin Daud.

“Kita telah melantik tujuh orang anggota jawatankuasa, Datuk Dr Fadzli Hassan, Wan Nik Wan Yussof,  Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Nik Bahrum Nik Abdullah, Mumtaz Md Nawi, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Datuk Abdullah Yacob.,” ujarnya.

Mesyuarat perhubungan kali pertama itu telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri, Jalan Datuk Pati dekat sini petang ini.

Rombakan kepimpinan PAS Kedah

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sementara Dato’ Dr. Ismail Salleh dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi adalah muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.
Ketika mengumumkan senarai kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar selaku Pesuruhjaya memberitahu, lantikan dibuat adalah dengan mengambil kira bakal pemimpin akan datang yang perlu dipersiapkan dari awal.
Bekas Presiden Kulim Hi-Tech Park, Muhd Sobri Osman dilantik sebagai Bendahari dan Che Had Dhali sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.
Mereka berdua juga ialah muka baru dalam Dewan Harian.
 Ustaz Musodak Ahmad dan  Muhammad Sanusi Md Noor dikekalkan sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan.
Mahfuz turut mengumumkan tujuh ahli jawatankuasa tambahan yang terdiri dari Dato’ Abu Kasim Lebai Abdullah, Senator Dato’ Mohd Yusof Husain, Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman, Ustaz Ahmad Yahya, Ustaz Ahmad Izat Shauki, Taufek Baharom (peguam) dan Siti Rasazah Razak (peguam).
Sebanyak 23 lajnah/jabatan diwujudkan di bawah Badan Perhubungan PAS Kedah bagi melaksanakan semua aktiviti parti.
Mahfuz berharap, gandingan muka baru dan lama dari pelbagai profession akan memantapkan lagi kemimpinan PAS Kedah, khususnya untuk membuat persediaan menghadapi PRU14.

Isu Mat Sabu Syiah: Semua bukti diserah kepada Jakim

Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.

"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.

Beliau berkata sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.

KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.

Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.

Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah. - Bernama

Kes kematian jurutera: Hentikan operasi Lynas

Insiden kematian jurutera Lynas pada jumaat lepas sekali lagi menggemparkan masyarakat sekitar kilang kontroversi tersebut.
Mangsa yang di kenali sebagi Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33 di laporkan lemas apabila tergelincir ke dalam kolam pada jam 9 pagi dan hanya di jumpai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.40 petang.
Sehubungan itu Jawatankuasa Bertindak Anti Lynas yang di anggotai  Stop Lynas Coalition (SLC), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) serta Himpunan Hijau sekali lagi bertegas meminta kerajaan bertindak secara profesional dengan menghentikan segera  operasi di kilang tersebut.
Langkah ini difikirkan perlu  bagi membolehkan siasatan terbuka di jalankan oleh satu badan bebas dengan segera bagi keselamatan pekerja Lynas dan juga masyarakat setempat.
Menurut kenyataan media SLC yang dikeluarkan di sini,  insiden mati lemas itu adalah kejadian ketiga melibatkan kematian di kilang tersebut dalam tempoh dua tahun.
Jjusteru pihak berkuasa didesak supaya akur kepada tuntutan masyarakat agar siasatan terbuka di jalankan segera dan hasilnya didedahkan kepada umum.
Terdapat beberapa perkara yang menimbulkan persoalan berhubung insiden tersebut pertamanya bagaimana seorang jurutera yang terlatih boleh di katakan terjatuh ke dalam kolam tersebut?
Apakah tiada pagar keselamatan di sekeliling kolam dan adakah mangsa tidak di bekalkan dengan jaket keselamatan sewaktu pemeriksaan tersebut?
Masyarakat umum juga tertanya-tanya saiz  kolam tersebut dan berapakah jumlah kapasiti bahan atau air yang boleh di isi memandangkan mangsa hanya di temui selepas lima jam kejadian berlaku.
“Adakah Lynas tidak mempunyai peralatan yang mencukupi sehingga terpaksa menunggu ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat?
“Adakah mangsa terus meninggal sebaik terjatuh dan keadaanya tidak di pastikan sehinggalah Bomba sampai? Ataupun kolam tersebut mengandungi bahan-bahan cemar yang merbahaya ?
Bagaimanakah keadaan sekiranya berlaku insiden pada skala yang lebih besar seperti kebakaran atau tumpahan sisa ke dalam sungai dan paya yang hanya bersebelahan dengan kilang tersebut sedangkan seorang pekerja saja lemas tempoh masa yang di ambil hampir 5 jam,” soal SLC.
Menurut SLC, kolam-kolam di dalam kilang Lynas amat merisaukan hati penduduk setempat sewaktu banjir besar melanda tempohari.
Pelbagai gambar tersebar di alam maya antaranya gambar kawasan kilang dan kolamnya di limpahi air dan perkara tersebut amat sukar di nafikan memandangkan keseluruhan kawasan di situ di banjiri air pasang besar termasuklah sungai Balok yang merupakan jalan keluar bagi aliran air ke pantai Balok.
SLC juga kesal kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ataupun Agensi Lembaga Pelesenan Atom (AELB) berhubung situasi tersebut termasuk kejadian terbaru yang membabitkan korban.
“Mereka menyepi sebagaimana biasa apabila masyarakat terpukul dan hanya akan melenting apabila pihak pelabur di persoalkan sebagaimana tindakan pihak berkuasa menangani isu amang yang kelihatannya menunggu masa untuk ‘membunuh’ penduduk sekitar,” kesal SLC.


Jurutera Lynas ditemui mati lemas

Seorang jurutera kilang nadir bumi Lynas mati lemas di sebuah kolam di kawasan kilang itu di kawasan Perindustrian Gebeng di sini hari ini.
         
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam itu pada kira-kira 9 pagi.
         
"Seorang rakan mangsa, Sharizal Samsudin, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Gebeng sejurus kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
         
Beliau berkata polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di kolam itu pada 2.40 petang dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
         
"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya. - Bernama

Malaysia ‘jaguh rasuah’, wakil BN berang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini sekali lagi menyaksikan pertikaman lidah antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (gambar).
         
Insiden tercetus apabila Lim mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN) dan negara ini "jaguh rasuah".
         
Lim yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, berkata berdasarkan GFI, Malaysia di tangga keempat dari segi pengaliran keluar wang haram dan paling tinggi di dunia dari segi per kapita.
         
"Itulah sebab Wall Street Journal dan GFI menggelar Malaysia the most corrupted country (negara paling korup)... tahniah BN," kata Lim.
         
Katanya berdasarkan GFI, sejumlah RM1.2 trilion wang haram keluar dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

"Dari segi per kapita macam mana kita boleh tandingi China, India, dan Mexico sebab penduduk (Malaysia) tak ramai, tapi top ten (10 teratas). Malaysia apapun tak ada jaguh, tapi jaguh rasuah," kata Lim lagi.
         
(Laporan GFI itu menyenaraikan China di kedudukan pertama, diikuti Rusia, Mexico, Malaysia dan India).
         
Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendorong Jahara bangun mencelah dan mempertikaikan tindakan Lim mengaitkan perkara tersebut dengan BN.
         
Ini kerana katanya GFI menyenaraikan tiga faktor utama sebagai penyumbang aliran keluar wang haram iaitu aktiviti jenayah, lari dari cukai dan rasuah.
         
"Mengapa nak bebankan perkara seperti ini ke atas bahu BN, walhal kebanyakannya  berlaku mungkin berkaitan dengan jenayah komersial, berlaku adil lah ketika menuduh," kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Tawar itu.- Bernama

Dun Pulau Pinang lulus RUU Perbekalan 2014

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang bermula 9 Dis lepas, hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dengan meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dan dua pindaan enakmen.
         
Rang undang-undang Perbekalan 2014 itu memperuntukkan RM962.20 juta merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Jumlah itu turut mengambil kira RM120 juta untuk caruman kepada Kumpulan Pembangunan Negeri.
         
Turut diluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli  Dewan Undangan Negeri (Adun) (Saraan), 1980, bertujuan menambah jumlah faedah kena bayar bagi kematian biasa dan kematian atau hilang upaya disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan bagi Anggota Dewan Undangan Negeri kepada RM300,000, Ketua Menteri (RM1.875 juta) manakala speaker DUN dan ahli majlis mesyuarat negeri (RM1.25 juta).
         
Pindaan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Pulau Pinang bertujuan membantu kerajaan negeri menyelenggara jalan-jalan negeri. - Bernama

Syiah: KDN minta Mohamad Sabu tampil kemuka bukti

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini, Jumaat malam.

Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.

Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. - Bernama

Syiah: Pemuda PAS pastikan tekanan kuat kepada Umno BN

Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini.

“Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan,” ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan Umno BN kepada rakyat menjelang tahun baru.

“Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah Umno BN,” ujarnya.

Menurutnya, Umno BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

Tambahnya, tuduhan Syiah dalam PAS cuba didendangkan tanpa pembuktian yang kukuh.

“Lojikkah menteri kanan membuat tuduhan syiah terhadap Timbalan Presiden PAS sekadar berasaskan 'Abang Mat mengkagumi revolusi Iran dan Khomeini'? Ini gila namanya,” katanya.

Sedangkan, katanya satu dunia sudah tahu Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah bertemu Pope tidak lama dahulu.

“Apakah menteri yang sama boleh mendakwa Najib sebagai Kristian? Apa maknanya semua ini?” tanya beliau lagi.

Tambahnya, tidak lain hanyalah untuk mengaburi rakyat dari isu sebenar iaitu 'pemerkosaan' Umno BN terhadap kantung rakyat menerusi pelbagai dasar baru yang memiskinkan.

“Saya amat yakin rakyat semakin bijak. Bahkan rakyat menjadi bertambah-tambah bijak dengan melihat tindakan Umno BN yang semakin hari mentadbir negara menggunakan 'akal tiga suku'!” katanya.

Justeru, katanya sayap-sayap pemuda Pakatan Rakyat, mahasiswa, aktivis dari kalangan NGO/NGI, aktivis seni dijalanan, professional, akademia dan seluruh anak muda dari apa jua latar belakang akan digembleng bagi memastikan kesedaran rakyat serta arus penentangan terhadap polisi tidak menyebelahi rakyat yang dibuat Umno BN akan terus mendapat tekanan.

“Pemuda PAS serius. Bahkan kami sudah menyusun beberapa siri pertemuan dengan beberapa kumpulan mewakili anak-anak muda untuk merancang strategi.

“Kami akan pastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini,” katanya.