Saturday, January 15, 2011

Duit Rakyat : Lawatan (pm) Rosmah Ke Oman...!!!

Lawatan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai Ahad akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia.

Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman.

Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat.


Bercakap kepada wartawan Malaysia menjelang lawatan Rosmah di sini, beliau berkata: "Kerajaan Oman begitu memilih dalam memberikan layanan seumpamanya. Ini bermakna layanan yang diberikan kepada Datin Seri Rosmah adalah satu gambaran hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara Islam ini."

Katanya jemputan Oman kepada isteri Perdana Menteri melakukan lawatan ke negara ini sebagai satu pengiktirafan kepada usaha tidak mengenal penat beliau dalam bidang yang amat dekat di hatinya iaitu pendidikan awal kanak-kanak menerusi Program Permata serta peranannya memperkasakan kaum wanita di Malaysia.

Mohamad Norhisyam berkata beliau melihat peranan Rosmah sebagai suatu yang melengkapi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam memperkenalkan dasar-dasar dan pendirian kerajaan Malaysia.

Rosmah dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad bin Mahmood Al-Said.

Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa bint Khalfan Al-Yahya'eyah dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), akan diiringi anggota badan berkenaan semasa lawatan itu.

Malaysia dan Oman menjalin hubungan diplomatik pada 1983. Mohamad Norhisyam berkata terdapat kira-kira 900 rakyat Malaysia di Oman, kebanyakannya bekerja dalam sektor petroleum.

"Mereka tidak sabar menunggu kedatangan Datin Seri Rosmah di Muscat," katanya.

Kuasa Usaha Malaysia di Oman itu berkata dagangan dua hala antara Malaysia dan Oman berjumlah hampir RM500 juta bagi tempoh Januari-Oktober 2010, dengan eksport utama Malaysia ke Oman adalah minyak masak, jentera, peralatan dan alat ganti, produk perkayuan serta barangan elektrik dan elektronik.

Katanya terdapat banyak peluang bagi syarikat-syarikat Malaysia di Oman dalam projek infrastruktur seperti jalan raya dan lebuh raya, pembinaan lapangan terbang dan juga bidang pendidikan.

Mohamad Norhisyam berkata Malaysia merupakan destinasi popular bagi rakyat Oman.

"Jumlah pelancong Oman ke Malaysia meningkat pada tahun kebelakangan ini. Pada 2010 sahaja, kita menerima seramai 18,300 pelancong dari Oman, satu peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding pada 2009," katanya.

Beliau berkata peningkatan angka ketibaan pelancong dari Oman pada 2011 diunjurkan antara 15 hingga 20 peratus berbanding 2010.

Lebih 400 penuntut dari Oman melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia pada tahun lepas, katanya.

"Harapan utama saya adalah lawatan oleh Datin Seri Rosmah ini membawa kepada lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia dan Oman serta memperkukuhkan hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi," katanya.

KENYATAAN bangang PM DAN TPM

Malangnya rakyat Malaysia kerana ……
Belum pernah berlaku lagi, isteri seorang PM ……..



“Jika  Pakatan Rakyat memberi  imbuhan khas RM500 kepada guru ..negara akan muflis” …memetik kata-kata Muhyiddin(TPM),  yang cuba nak memperbodohkan rakyat,  ….padahal kerajaan BN yang berbelanja terlalu boros selama  inilah yang boleh membuat negara  menjadi muflis.   
“Debat tidak memberi apa-apa faedah, saya tak nampak ia memberi hasil”  kata Najib,… padahal kerajaan sendiri mengadakan pertandingan debat  merebut piala Perdana Menteri dan Piala DiRaja dikalangan sekolah Asrama Penuh dan IPT.

Sendiri punya piala rebutan pun Najib tak tahu?...hai !  macam ini punya PM pun ada!!  . Kan lebih baik Najib mengaku saja takut berdebat dengan Anuar ?  daripada memberi alasan bodoh yang menampakkan sangat kedunguan atau kebangangan seorang PM !!

Setahu teman, sejak teman di sekolah rendah lagi pertandingan debat ni bagus. Bagus sangat-sangat terutama bagi pelajar-pelajar yang petah dan pintar !  Sebab itulah hingga diperingkat IPT pun ia masih dipertandingkan!.  Malanglah kita,. kalau PM sendiri mengatakan  debat itu tak berfaedah.  Terjelepoklah imej Malaysia  kerana mempunyai seorang PM yang tak berapa cerdik !

Teman juga nak tanya !... Merelakan bini masuk campor urusan rasmi kerajaan itu wajarkah? . Membiarkan isteri mengambil alih tanggungjawab kementerian lain yang menterinya masih hidup dan tercongok didepan mata itu patutkah? Memang sangat-sangat tak patut!. Tapi yang punya diri buat selamba je,   seolah-olah mahu meneruskan kerakusannya !

Belum pernah berlaku dalam sejarah, di mana isteri perdana menteri bersikap over,mengada-ngada dan meminta-minta. Belum pernah berlaku lagi,  isteri seorang  perdana menteri menunjukkan taring dan belang dengan begitu ketara sekali!.  Mungkinkah beliau suka dipanggil iron lady?  Mungkin suka kut!, tapi yang pasti dia mengidam lady yang lagi satu tu.   Ini yang teman nak cerita…

Agak menyedihkan !  dan mungkin juga menyayat hati rakyat ! bila isteri Perdana Menteri merampas gelaran  "First Lady of Malaysia" milik Raja Permaisuri Agong yang kita kasihi.   Bini PM dengan bangganya  meletakkan dirinya sebagai "first lady" ! …Amboi-amboi ! dah terlebih perasaan kut?  Nasib baiklah  kita mempunyai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang tinggi tahap kesabarannya!...kalau tidak,  tak tahulah apa nasib si debab tu.

Dan yang terakhir, belum pernah berlaku lagi, isteri seorang perdana menteri membuka pejabat "First Lady of Malaysia" nya sendiri  lengkap dengan kakitangan di Jabatan Perdana Menteri. Bukankah ini kes melampau! kes syok sendiri?  Bukankah ini satu lagi pembaziran?  

Harap-harap  Datuk Seri Utama Rais Yatim, menteri yang paling pandai bercakap dan bijak berbahasa boleh memberi respon.  Mungkinkah  ini jawapannya ..…MALAYSIA BOLEH!!

WANITA PENGKHIANAT TIBA-TIBA GIAN !

Dia yang masih andartu gian dan ghairah nak recycle kes liwat ‘98
Dia buat-buat berani  atau buat gempak nak cabar Anuar berdebat !
Dia sekali lagi mahu diperkuda  sebagai  talian hayat Najib/Umno


Bermula kisahnya  apabila   DS Anuar mencabar Perdana Menteri DS Najib berdebat tentang “program 100 hari Pakatan Rakyat”   Tak pasal-pasal AP Rembau, Khairy Jamaludin yang khabarnya nak berundur dari politik tiba-tiba tunjuk sibuk nak cabar DS Anuar pula berdebat!  Kemudian datang seorang lagi, iaitu Nazri Aziz menteri yang jaga hal ehwal parlimen,..  juga nak cabar DS Anuar berdebat !   Apa ni ?  dua-dua bikin sibuk !   kacau daun betul !

Agaknya kedua-dua Ahli Parlimen ini nak ambil peluang!   Nak jadi perisai kepada Najib !  Nak tunjuk kepada umum bahawa merekalah hero Najib !!.  Khairy yang beria-ia nak bela Najib ni kenapa?  Ada terhutang budi dengan Najib kah?  Atau cuba nak menabur budi?  Kalau tak apa-apa masa kan tempua bersarang rendah!... Tentu ada udang disebalik mee,..Tak usahlah nak berlakun!  satu dunia pun dah tahu!

Terbaru,.. ribut tidak ! angin tidak,  tiba-tiba datang pula satu berita gempak!!  Umi Hafilda betina pengkhianat no.1  negara yang dah lama menyepi  gatal nak cabar Anuar berdebat juga!   Ish !  ishh ishh !... perasan dirinya hebat !    Cerminlah muka tu dulu !  Orang sibuk nak berdebat pasal masa depan negara !  pasal nak membantu rakyat,  pasal nak maningkatkan taraf hidup rakyat !,   kamu pula sibuk nak berdebat pasal kes liwat.  Apa ni ?  dalam kepala otak kamu memang tak boleh fikir benda lain ke ?

Cerita kotor, yang dah basi itu juga yang kamu nak recycle, cerita fitnah yang meloyakan tekak itu juga yang kamu nak tayang semula.  Aduuhh !  inilah dunia Melayu warisan Umno,  kerana wang sanggup buat apa saja !!  Kerana harta dan kebendaan sanggup khianati darah daging !   sanggup putus keluarga.

Oh Umi Hafilda !  kamu memang hebat!,  Kamu kata perjuangan kamu semata-mata kerana nak membela agama, negara dan bangsa konon !   tetapi perbetulkanlah diri dan keluarga kamu dulu!....  Dan kamu kata kamu kecewa kerana Anuar dan PKR sudah gadaikan semangat “Ketuanan Melayu”  sedangkan kamu sendiri sangat sayangkan “ketuanan Melayu”…… Sah !... memang kamu orang UMNO !... Confirm ! kamu adalah pengikut setia  UMNO parti berkarat biru itu.

Umi!  Tahukah kamu ? bahawa  perjuangan menegakkan agama itu mesti berlandaskan Islam  dan islam  sangat menitikberatkan “hubungan ukhwah” sesama keluarga dan juga orang lain.  Semangat yang hendak dipegang ialah semangat “ketuanan Islam” ,…BUKAN  semangat  “ketuanan Melayu”  seperti yang kamu agong-agongkan!  

Apa-apa pun kalau kamu gian sangat nak berpolitik masuklah menjadi ahli UMNO,  kemudian bodek sikit Najib kut-kut dapat jadi calun pilihanraya !  Tapi ingat ! Wan Azizah maupun Nurul Izzah bukan saingan kamu !!

JOM KITA BERSUMPAH!!

Dulu kita ada Raja Sesumpah – Ezam Mohd.Nor …. 
Kini kita ada pula Ratu Sesumpah – Umi Hafilda Ali

Bersumpah lagi!! Tak habis-habis dengan sumpah!  Betina ini cabar Azmin, Anuar dan Wan Azizah bersumpah !   Begitulah nampaknya… Puak-puak Melayu jenis UMNO ni suka sangat main sumpah-sumpah.  Mereka suka pegang Alsumpah,.. bukan perpegang dengan AlQuran. Selain bersumpah khabarnya betina ini juga nak buat saman bernilai 700 juta !  Aduhh !  hebatnya dia !
 

Bersikap terbuka terhadap kuasa ketiga: Tapi gelanggangnya di pedalaman Melayu

Politik bukan sekadar angka dan matematik, tetapi juga persepsi dan sentimen.  Agak mustahil untuk mengekalkan keghairahan rakyat selama-lamanya, lebih-lebih lagi apabila sebagai pembangkang yang terpaksa menongkah arus persepsi negatif yang membadai.
Selepas tsunami politik 8 Mac 2008, sesetengah pengamat politik menganggap gelanggang pertarungan yang bakal menentukan lanskap politik masa depan Malaysia ialah kawasan campuran kaum, berdasarkan perkiraan matematik pada undi yang diperolehi.  Mana-mana parti politik yang berjaya menawan hati pengundi kawasan tersebut, maka merekalah yang menguasai tampuk kerajaan persekutuan.
Namun demikian, beberapa pilihan raya kecil selepas itu menunjukkan pola yang membimbangkan Pakatan Rakyat.  Kawasan pedalaman, desa Melayu, FELDA yang terasing dari maklumat media bebas atau alternatif, gagal ditembusi PR.  Malah, Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim yang dibelenggu dengan pelbagai isu, kini berdepan dengan musuh politik yang lebih "kejam" dan "kasar", sebagaimana yang disifatkannya.
"...Najib (gambar kiri) tu ruthless (kejam).  Najib punya kasar... Cara dia rampas, cara dia kasar, cara dia guna media, cara dia beli orang... Maksud saya, betul... Pada hakikatnya kami dah katakan, itu pertarungannya (battle).  Itulah yang harus rakyat faham.  (Cara) dia senang, boleh pukul, pukul; tak boleh pukul, beli...."
Demikianlah luahan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 6 Januari 2011, di pejabatnya.  Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Najib lebih sukar ditangani sebagai musuh politiknya, berbanding dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.  Sambil berseloroh Anwar menyifatkan Abdullah sebagai "hardly anything", sebelum mengakui bahawa Najib lebih kasar untuk mencantas musuh politiknya.
Enggan jawab isu yang bukan isu
Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan pengamatan wartawan bahawa PR kini kelihatan berada pada kedudukan bertahan untuk menjawab pelbagai tuduhan, padahal BN yang berada di situ untuk menjawab isu seperti pembunuhan Altantuya, komisen pembelian kapal selam Scorpene, Lingam Tape dan sebagainya - sebelum 8 Mac 2008.
"Itu sebabnya... Kalau saya layan, saya akan layan.  Kamu adalah pengecualian.  Saya layan kamu bila kamu tanya.  Saya tak layan (kalau orang lain tanya).  Saya tak pernah layan isu-isu sebegini.  Mengapa?  Mengapa harus saya layan isu seperti sama ada kamu pro-Raja, anti-Raja?  Sama ada kamu kuasa ketiga, kuasa keempat... Kita bergerak ke depan saja... Sama ada kamu tutup Sivan Temple (di Bukit Gasing), saya langsung tak jawab!... (Isu ini) soal masa saja.  Selepas tu (kebenarannya) akan timbul ke permukaan.  (Ia) jadi isu pada dua minggu pertama...," katanya.
Sebelum mengakhiri wawancara yang mengambil kira-kira 90 minit, Anwar meluahkan keresahan dirinya, bahawa PR berdepan dengan masalah di Malay rural heartland (tanah pedalaman hati perut Melayu).  "Ramai daripada kita yang lupa tentang ini.  Tiga perempat soalan yang kita bincangkan tidak berkaitan dengan mereka.  Malay rural heartland, yang mana adalah gelanggang pertarungan yang utama.  Dari segi angka, kerusi, dan isu."
Beliau menceritakan pengalamannya ketika lawatan ke kawasan FELDA Tenang, "Yang cakap pasal media alternatif, tiada seorang pun yang tahu.  Seorang saja yang kata, anaknya beritahu.  Itu masalah besar.  Cuma apa yang baiknya adalah bila kita pergi dia keluar dengar.  Tetapi berapa lama boleh kita boleh (bertahan dengan) pergi (dari kampung ke) kampung?"
Seandainya PR kalah dalam PRU ke-13?
Wartawan kemudian membangkitkan soalan, "Bagaimana kalau PR kalah dalam PRU ke-13?" 
"Jangan bagi kalah, kita bagi dia menang.  Kalau nak menang mestilah berfikir secara positif, janganlah ungkit persoalan Anwar Presiden ke tidak... Lihat, kita layan isu yang dipaksakan orang terhadap kita.  Untuk saya, kita yang seharusnya menentukan isu.  Kalau tidak, tak boleh.  Kita guna setengah masa kita, membalas isu yang bukan isu, sama ada kita tutup Sivan temple atau tidak....masalah yang ditimbulkan UMNO!"
Bagaimanapun, Anwar jelas kelihatan lebih ingin menumpu kepada usaha menggerakkan PR ke depan.  Sebelum wawancara berakhir, beliau diminta untuk mengulas, sama ada kontradiksi 1Malaysia oleh Najib dengan Ketuanan Melayu oleh Timbalannya, Muhyiddin Yassin sekadar strategi untuk mengaut undi kedua-dua golongan yang perkauman dan bersifat terbuka; atau disebabkan pergelutan kuasa antara kedua-dua pemimpin tersebut.
"Dia (hubungan mereka) baik tak baik saya tidak tahu.  Saya tidak peduli.  Tapi yang pentingnya dia tidak konsisten.  Maknanya pembohongan.  Kamu cakap 1Malaysia, kamu guna (cara) ini.  Kamu baca UtusanUtusan tu di bawah kawalan terus Presiden (UMNO)...," katanya sambil bangkit dari tempat duduknya, setelah wawancara itu mengambil masa yang terlebih.
Berunding terus dengan RPK
Sebelum ini, ketika dibangkitkan isu "Kuasa Ketiga", iaitu sama ada PR atau PKR secara khususnya akan memberi laluan kepada mereka, seandainya kumpulan yang diketuai Haris Ibrahim ini mampu menawarkan calon yang lebih berkualiti berbanding calon PR, misalnya Malik Imtiaz Sarwar, peguam hak asasi manusia, yang juga mewakili kerajaan negeri Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock?
"Kita belum bincang isu ini dalam PR, mahupun PKR.  Belum, kita belum bincang.  Raja Petra (gambar kanan) sebut kepada saya, tapi kita kena tahu apa pendirian dia, apa cadangan spesifiknya, siapa yang dia fikir sebagai calon, itu belum dikemukakan," jawab Anwar.
Apabila wartawan cuba bertanyakan sejauh manakah kemungkinan PR memberi laluan kepada mereka, Anwar berkata, "Biar ia terbuka.  Kita juga terikat dengan Pakatan Rakyat, biar kita bincang dulu.  Sama ada ia membantu untuk memperkasa kuasa itu, atau ia melemahkan kuasa itu, atau mereka benar satu kuasa...itu kita kena bincang."
"Kerana ada yang kata, kita bukan kuasa ketiga... Jadi kita perlu jelas dengan pendirian mereka.  Sebab ada yang kata kuasa ketiga, ada yang kata bukan...ada yang kata, hanya MCLM (Malaysia Civil Liberties Moverment).  Tetapi saya akan berhubung dengan mereka."  Untuk Anwar, banyak lagi yang perlu diperjelaskan sebelum keputusan dibuat, dan beliau enggan berunding dengan mereka melalui media.
Malah, beberapa perkara yang perlu diteliti, termasuk kesesuaian calon, kerusi mana, perwatakan calon, dan sebagainya.  Beliau mengakui belum ada perbincangan yang serius dalam hal ini, melainkan Raja Petra Kamaruddin yang pernah menyebut sepintas lalu kepadanya.
Secara terus-terang Anwar mengakui bahawa wujudnya calon yang kurang berkualiti, dan menyatakan bahawa bukan semua wakil rakyat yang terpilih pada penggal tahun 2008 akan kekal sebagai calon pada PRU akan datang.
Kejadian sepanjang tempoh ini mungkin menyentuh hatinya, "Pengalaman kita mengajar bahawa kita mesti letakkan calon yang lebih wibawa.  Teruji.  Yang layak, ada integeriti, yang konsisten...," Tiba-tiba beliau meninggikan suaranya, "Dan bekerja sebagai pasukan!"
"Ada orang yang boleh... Tapi dia solo.  Itu pun bahaya.  Sebab itu dalam Pakatan Rakyat, ini juga pertimbangan utama.  Kerana kalau pandai, dan berintegriti, tapi kerja seorang-seorang dia, jadi dia bergaduh dengan yang lain.  Dia tak boleh buat keputusan bersama.  Kita dalam Pakatan Rakyat, ini satu cabaran besar.  Mampu untuk bekerja sebagai pasukan, dan mampu untuk memahami sentimen Melayu, sentimen Cina, India, Iban dan Kadazan... Ini penting.  Kita tak mampu untuk memuaskan semua orang..."
Suara Anwar semakin rendah, "Kalau kamu rasakan kamu pandai, kamu ada idea kamu sendiri, fair enough... Then kamu tubuhlah parti kamu sendiri.  Kamu perlu bekerja sebagai pasukan.  Sesetengah dasar negeri, bukan saya setuju sepenuhnya.  Tetapi kita berkomunikasi."
Ketika dibangkitkan kritikan Raja Petra kepada dirinya, Anwar berkata, "Dia communicate ok, Raja Petra, Raja Petra-lah.  Dia nak cakap dia cakap, nak lepas dia lepas.  Tak semestinya semua dia betul.  Kadang-kala dia duduk situ (London) pun terpisah juga dengan realiti.  Tetapi sesuatu yang ada padanya adalah dia (sanggup) berkomunikasi.  Dia kekal... dan saya respon."
Anwar menegaskan bahawa tiada perbincangan yang serius dalam isu beri laluan dalam sesetengah kerusi untuk kuasa ketiga.  "Kalau itu rundingan, kamu hanya kata, saya nak letak orang ini.  Ini bukan rundingan.  Ini perintah (dictating).  Dalam Pakatan Rakyat ni, muafakat itu penting." 

Media Baru: Peranannya Terhadap Gerakan Islam

Oleh Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengenalan 1Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai ‘media baru’ adalah digital, seringkali memiliki karakteristik dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh adalah seperti internet, website, blog, facebook, computer, multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Media baru bukanlah television, filem, majalah, buku atau publikasi berasaskan kertas. (Wikipedia)


Pengenalan 2

Gerakan Islam adalah istilah yang dimaksudkan bagi satu amal Islami berterusan yang bersifat massa, berkumpulan dan tersusun demi mengembalikan hak agama Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh kehidupan. (al Qaradhawi)

Pengenalan 3

Khalayak pengguna facebook agak tergamam, kecewa dan keliru apabila dikhabarkan bahawa pengasas facebook, Mark Zuckerberg akan menutup media jaringan sosial paling popular itu pada pertengahan Mac 2011 nanti. Khabar angin yang sentiasa mewarnai alam media baru itu mungkin sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk melihat sejauh manakah kebergantungan masyarakat dunia terhadap peranan media baru di dalam kehidupan mereka.

Ini adalah satu contoh keadaan kalut yang menggambarkan betapa besarnya peranan media baru dalam mencorak pemikiran dan pergerakan manusia moden hari ini. Hakikatnya, seluruh dunia begitu terkesan dengan peranan media baru terutama di dalam menggerakkan golongan ‘middle class’ untuk merobohkan tembok penguasaan kelas atasan/pemerintah di dalam menentukan politik dan hala tuju sesebuah negara.

Sebagaimana media baru telah menjadi senjata ampuh yang mencabar dan mengancam kerajaan dan anti establishment, ia juga turut mengundang isu yang sama terhadap gerakan Islam yang berada di tengah-tengah medan pertarungan merebut teraju kepimpinan manusia.
Kertas ini ditulis secara sepintas untuk melihat bagaimanakah peranan dan cabaran media baru terhadap oleh gerakan Islam dan langkah-langkah yang perlu diambil demi memastikan media baru bertindak sebagai senjata yang menghunus untuk mereka, bukan ke atas mereka.

Cabaran Media Baru Terhadap Gerakan Islam

Berikut adalah beberapa cabaran yang bersifat ancaman yang akan memberikan kesan buruk dan negatif terhadap misi dan momentum gerakan Islam di persada masyarakat. Ia juga turut memalit pandangan negatif terhadap para pekerja gerakan Islam;

Lahirnya kelompok muslim yang merajakan kefahaman liberal dan kebebasan hidup mengikut perspektif barat. Ia adalah kesan daripada sekurang-kurangnya dua faktor: Pertama, rasa bosan dan ingin bebas daripada budaya politik mengongkong pemerintah. Kedua, rasa kagum dan terima kasih terhadap dunia barat yang mempromosikan hak dan kebebasan hidup melalui media baru.

Lahirnya kelompok muslim yang secara bebas, terbuka dan tidak terkawal di dalam mengkritik, bahkan mempersendakan perkara-perkara pokok dan suci di dalam ugama. Fenomena kotor ini begitu mempengaruhi tahap sensitiviti umat Islam yang semakin rendah, terutama di kalangan golongan muda dan pertengahan yang begitu terpengaruh dengan budaya baru canangan media baru tersebut.

Menambahkan kekeliruan masyarakat non-muslim terhadap agama Islam dan para pejuangnya, terutama pengenalan mereka terhadap agama Islam yang disalah ertikan. Ini juga disebabkan oleh dua faktor utama; Pertama, mereka lebih rapat kepada rakan-rakan muslim berfahaman liberal yang salah. Kedua, mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat mengenai Islam daripada sumber-sumber yang salah.

Hilangnya populariti terhadap media baru dan alternatif Islam disebabkan paparan dan hasilan ‘kurang menyengat’ oleh pengamal media baru muslim. Fenomena ini begitu dilihat apabila portal – portal berita faham liberal jauh mendahului saingannya dari portal – portal berita bersifat Islamik.

Patern ‘sentiasa terkebelakang’ atau ‘memegang ekor kerbau’ yang sinonim dengan umat Islam pastinya menambah burukkan lagi persepsi massa terhadap keupayaan Islam untuk memimpin.

Hilangnya minat, pengaruh dan sokongan golongan muda terhadap gerakan Islam dan programnya disebabkan minat mendalam mereka terhadap media baru yang begitu dikuasai kumpulan bukan Islamik. Ini dapat dikesan melalui kurangnya populariti ikon dan qudwah islami di mata golongan muda hari ini.

Budaya akhlak yang agak liar dan buruk yang mewarnai amalan interaksi di dalam media baru akibat pengaruh budaya kebebasan bersuara acuan barat melaluinya. Budaya tidak berakhlak mulia ini akhirnya telah menimbulkan polemik, caci maki dan fitnah yang boleh memporak perandakan institusi kehidupan masyarakat Islam.

Kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan Islam yang begitu mudah, cepat dan meluas. Walaupun fenomena ini melampaui tidak hanya ke atas gerakan Islam sahaja, bahkan kepada seluruh pertubuhan dan kerajaan (contohnya fenomena Wikileaks), tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan Islam yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jamaah.

Kegagalan kumpulan Islam untuk mengelak diri atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan di antara mereka melalui media baru, samada ianya bersifat perselisihan individu di dalam jamaah ataupun di antara kumpulan yang berlainan. Jika sebelum ini perselisihan dalaman hanya pecah di dalam dan mudah diuruskan, tetapi kini ia dilihat agak sukar akibat ‘kegatalan’ pengamal media baru untuk sentiasa mendahului di dalam penyampaian berita dan maklumat sensasi.

Goncangnya ‘keperibadian muslim’ gerakan Islam dengan lahirnya ahli-ahli yang agak longgar ikatannya dengan adab dan akhlak pekerja gerakan Islam. Lahirnya, melalui media baru, budaya mengkritik kepimpinan yang agak melampau, hilangnya budaya thiqah di antara pemimpin dan anak buah, tersisihnya keluhuran budaya wala’ dan taat dan melebarnya jurang perselisihan di antara individu jamaah pasti akan mengakibatkan binaan Islami yang semakin merapuh di dalam gerakan Islam.

Cabaran – cabaran yang bersifat ancaman dari media baru ke atas gerakan Islam sebagaimana di atas menunjukkan betapa besarnya peranan media baru dan hubungannya di dalam memastikan momentum gerakan Islam di dalam menguasai massa dan seterusnya mencapai misi menerajui kepimpinan negara.

Justeru adalah menjadi tuntutan yang begitu mendesak ke atas gerakan Islam dan pekerjanya untuk menutupi segala kekurangan dan kelemahan yang dikesan akibat kelahiran media baru, seterusnya menjadikannya pula sebagai senjata ampuh bagi gerakan Islam di dalam meraih pengaruh dan sokongan masyarakat terhadap mereka.

Gerakan Islam Dan Peranan Media Baru

Berikut adalah beberapa cadangan yang menjadi cabaran positif untuk gerakan Islam yang perlu dinilai, seterusnya dilaksanakan demi memanfaatkan kemudahan teknologi media baru demi kebaikan dan kekuatan Gerakan Islam.

Melahirkan atau memanfaatkan tenaga mahir daripada kalangan aktivis gerakan Islam yang berupaya mengurus dan mencipta sesuatu melalui media baru yang mampu menarik masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam, seterusnya mendapat sokongan mereka.

Mewujudkan beberapa tapak di laman sesawang yang sempurna dan menarik untuk kunjungan ramai para pengguna media baru, terutama generasi muda di dalam mendapatkan maklumat tepat, terkini, alternatif, interaktif dan menarik. Ini pastinya menuntut komitmen dan sumber kewangan yang besar, tetapi itu sepatutnya tidak boleh menjadi halangan yang besar kepada sebuah gerakan yang masih ketinggalan di dalam bidang penting ini.

Mengendalikan Facebook atau twitter bersifat portal berita yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat menarik dalam genre dipelbagaikan. Juga, kempen-kempen yang berterusan untuk menarik jumlah ‘fans’ yang mencecah ratusan ribu. Sebagai contoh, facebook ‘Pemuda PAS Malaysia’ dan ‘harakahmuda’ yang telah diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS

Malaysia hendaklah diperkasakan dengan pemberitaan yang segera dan pelbagai. Ini memandangkan minat dan ‘kegilaan’ yang begitu ketara di kalangan anak muda terhadap penggunaan kedua-dua tapak tersebut.

Sentiasa mampu menyediakan jawaban yang segera daripada sudut pandang Islam terhadap segala isu msyarakat dan negara yang sentiasa dinantikan. Maka media baru akan menjadi instrument dakwah yang cukup berkesan.

Tenaga amilin (sepenuh masa) yang khusus untuk menumpukan sepenuh masanya untuk mengendalikan projek media baru.

Menyebarkan maklumat dan aktiviti lapangan gerakan Islam secara berterusan dan menarik. Di antara aktiviti yang perlu ditonjolkan adalah yang bersifat kebajikan dan hiburan Islam, selain aktiviti dan pendirian politik Islam.

Sentiasa menonjolkan akhlak Islam yang konsisten di dalam penyebaran maklumat dengan menjauhi penyebaran fitnah, penghinaan terhadap individu, humor melampau dan sebagainya.

Sentiasa menyebarkan akhlak Islam dan berpesan agar pengguna media baru terdidik dengan budaya Islam yang mementingkan akhlak yang cemerlang.

Dengan melaksanakan tuntutan di atas ke arah penggunaan media baru secara berkesan oleh gerakan Islam, segala ancaman dan serangan ke atas Islam akan dapat diatasi dengan lebih baik dan terkawal. Ia menjadi cabaran besar ke atas aktivis gerakan Islam untuk menyempurnakan kewajiban tersebut yang menuntut pengorbanan harta, tenaga dan pemikiran.

Penutup

Peranan besar media baru di dalam mencorak pemikiran masyarakat haruslah dilihat secara positif oleh gerakan Islam. Kita terpaksa mendepani kemajuan sains dan teknologi maklumat secara lebih berani dan bersedia. Di hujungnya, kita berharap untuk melihat media baru akan menjadi senjata utama memartabatkan perjuangan gerakan Islam untuk mengembalikan hak Islam sebagai ugama rasmi dari langit untuk menyusun kehidupan manusia, khalifah Allah di bumi ini.

Media baru mestilah dianggap senjata Allah untuk khalifahNya di medan juang.


Murnikan Perjuangan
Maknakan Kemenangan

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah DPP Pusat
(Dibentangkan untuk Himpunan Dunia Media Baru oleh DPP Malaysia)

Bubar Umno Terengganu... Ikut Pas!

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Tahniah. Baru kini Datuk Ahmad Said mengiktiraf PAS. Setelah dilantik menjadi Pengerusi baru Perhubungan UMNO Terengganu akhirnya beliau mengaku kelebihan PAS berbanding UMNO. Betapa pekung UMNO cukup membarah. Perang PRU dah nak bermula… nampaknya pimpinan UMNO masih dok berbalah. Masih dok cah keting…
Kita ingatkan pimpinan UMNO, jangan sibuk kat padang bola le… kita dah nak lawan bola, dia duk sibuk bertumbuk tepi padang sama sepasukan. Menyusahkan referee aje dok tiup wisel… bukan kerana off-side, tapi bertumbuk kat padang..


Kita syorkan pimpinan UMNO ni pi main boxing atau tinju lagi baik… meluat betul. Cah keting..10X. Takdak ayat lain ke???? Nak berbalah hal dalam rumahtangga UMNO, cakaplah dalam kelambu. Baru ni dah konvensyen. Kata dan settle. Semua dah bersatu. Datuk Mat Said dah dilantik jadi pengerusi perhubungan UMNO Terengganu, kata semua Ketua Bahagian dan pemimpin UMNO berdiri teguh dan bersatu… Hari ini keluar berita cah keting lagi????

Munasabahlah ketika penulis bercakap dengan orang kuat Datuk Idris Jusoh. Beliau mengatakan: kalau berjumpa dengan Mat Said… jangan ke nak layan. Tonyoh pala dinding lagi baik. Jenis orang asli. Bodo do’oh lalu. Penulis hanya ketawa sahaja… dalam hati bertanya juga? Ye ke Abg Eid ni?... Guane puok deis marah sangat???

CHUKAI – Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan pemimpin UMNO agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.
Beliau berkata, jika masih terdapat pemimpin UMNO yang bersikap sedemikian ia akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.
“Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.

“Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini, semalam.
“Sekarang kita memiliki jentera yang kuat, bagaimanapun ia tidak akan memberi makna sekiranya terdapat pejuang UMNO sendiri yang sanggup ‘cah keting’, bersikap api dalam sekam atau duri dalam daging.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, Pas bukanlah sebuah parti yang boleh menjadi tempat kepada orang Melayu untuk dijadikan tempat bergantung, justeru rakyat diingatkan agar tidak terpedaya dengan tipu daya parti pembangkang tersebut.
“Meskipun ketika ini Pas sedang ghairah menaikkan poster ‘Pas Ganti UMNO’ di beberapa kawasan tetapi bagi kita UMNO tetap di hati,” katanya. Katanya, kubu kuat Pas di negeri ini hanya di dua kawasan iaitu di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan Rhu Rendang, Marang. Justeru beliau berkeyakinan kawasan lain yang dipegang Pas termasuk di Bukit Payong, Marang boleh dimenangi semula UMNO pada PRU13 akan datang jika semua pejuang dan pemimpin UMNO bersatu hati.

Dalam kempen PGU (PAS Ganti UMNO) ni… kenyataan Mat Said itu bonus buat PAS. Terimakasih Abang Eid. Sepatutnya Datuk Ahmad Said cadangkan bubar sahaja UMNO Terengganu dan cadangkan seluruh rakyat menjadi ahli PAS. Main apa contohi PAS ni. Tak mainlah tiru-tiru ni. Sememang pun UMNO dah lama tiru PAS. Mula-mula apabila kerajaan PAS buat, merekalah duk kutuk seperti cuti dua hari seminggu, cuti wanita bersalin, pemisahan kaunter lelaki perempuan… tetapi sekarang UMNO pula buat.

Mungkin Datuk Ahmad Said sudah semakin berusia. Beliau mungkin diberi oleh Allah Swt pengamatan yang dapat membezakan antara baik dan buruk. Yang Haq dan Batil. Kini mungkin beliau sudah Nampak bahawa Pas lebih baik daripada UMNO. Dan memangnya PAS kena Ganti UMNO.

Nampaknya mood rakyat khususnya dikalangan anak muda sudah bangkit. PGU sudah jadi kalimah keramat yang kini ditakuti oleh UMNO. Kain rentang yang mencatatkan PGU (Pas Ganti UMNO) telah dipecat. Bendera yang dipasang untuk menanti ketibaan himpunan kebangkitan rakyat dicabut. Kenapa??? UMNO nampaknya takut? Sama takut Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Kalau pemimpin tertinggi pun penakut begitulah ekor-ekornya.

Semasa Pas memerintah Terengganu dan mereka berarak, menampal poster, menggantung bendera dan pelbagai dilakukan, Pas sebagai kerajaan ketika itu tidak melarangnya. Tetapi kini, kenapa berlaku sebaliknya??? Kerana UMNO sedar mereka akan ghuyub dalam PRU akan datang.

Kepada pemuda. Kepada Rakyat. Ayuh!!! Sekaranglah masa untuk berubah. Jangan terlambat nanti merempak. Suarakan kehendak rakyat. Suara rakyat suara keramat. Tegakkan Islam. Terengganukan selamat. Ayuh semarakkan PGU!!!

Hantu Tenang : Sekurang – kurangnya 20 pengundi Cina dikesan di Felda Tenang.

LABIS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa sangsi dengan nama pengundi Cina dalam senarai pemilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin.
“Peneroka Felda Tenang sendiri tidak mengenali mereka. Peti Undi Felda Tenang ialah antara peti undi dalam DUN  Tenang.” kata beliau  dalam blognya.
Blog tersebut menyenaraikan beberapa nama pengundi Cina  berkenaan. Menurutnya, sekurang – kurangnya  20  pengundi Cina dikesan di Felda Tenang.
“Jika ia senarai lama yang ‘tersilap’ tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda.
“Apa sebenarnya yang berlaku ? Suruhanjaya Pilihanraya (SPR harus tampil memberikan penjelasan,” katanya yang lebih dikenali dengan panngilan Chegu Bard di kalangan kenalannya.
Badrul Hisham berkata, penemuan senarai pengundi Cina ini berdasarkan lawatan dan perjumpaan dengan 10 pengundi Felda Tenang pada Khamis lalu.
Menurutnya, beliau turut disertai beberapa petugas Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) dan pasukan SAMM.
Pilihnaraya kecil DUN Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha akhir tahun lalu.

PAS tidak buang perkataan Islam kerana kalau buang, Islam tiada makna bagi PAS.

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan  parti Islam itu  tetap tegas dan  tidak pernah kendur menegakkan Islam dalam perjuangannya.
“Dulu semasa kita membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), DAP memberi amaran kepada PAS supaya menggugurkan perkataan Islam.
“DAP memberi amaran kalau PAS tidak gugurkan perkataan Islam, DAP akan keluar dari APU. Kita kata tidak boleh buang Islam. Kalau kita buang Islam, tiada makna bagi PAS.
“Dia (DAP) kata nak keluar, kita kata nak keluar, keluar lah. Kita tegas dalam menegakkan  Islam. “Di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bulan Disember lalu, Karpal Singh tidak kata lagi untuk buat undang-undang Islam kena `langkah mayat dia,” kata Menteri Besar Kelantan itu  di ibu negara malam tadi.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dalam pertemuan dengan blogger di ibu negara malam tadi yang dihadiri kira-kira 70 orang dan beberapa exco kerajaan negeri.
Blogger penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS bertanya mengenai pendirian parti  Islam yang didakwa  semakin kendur dalam menegakkan Islam tidak seperti  sebelum ini.
“PAS bersekongkol dengan DAP ia tidak memberi sebarang kesan kepada PAS  kerana PAS tidak perlu mengambil hati siapa-siapa.
(Tetapi) Umno tolak Islam kerana hendak jaga hati MCA,” tambah Nik Aziz. Tokoh PAS itu juga menjelaskan mengapa parti itu gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun telah memerintah selama 20 tahun.
NIk Aziz berkata, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengancam mengambil tindakan jika PAS melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
“Kalau hanya Hudud satu kita (Kelantan) kena undang-undang Mageran, jadi tidak cerdk kalau  kita buat Hudud. “Setahun lalu saya mengirim surat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)  mengapa Umno lolak Islam, mengapa Umno lawan PAS
sampai hari ini tidak jawab” katanya.
Menurut Nik Aziz, orang DAP pandai membaca Quran tetapi orang MCA tidak pandai kerana Umno tidak ajar mereka.
“(Orang) DAP Perak telefon saya tengah-tengah malam beritahu kerana hendak baca Quran,” tegasnya.

Dasar Islam: Jika tak boleh bawa seguni ambil secupak, kata Nik Aziz


Nik Aziz berkata PAS tetap berpegang kepada pelaksanann dasar Islam. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini seolah-olah ia sudah mula takut dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS kekal berpegang kepada pendiriannya, malah dasar parti itu juga sudah mula diterima oleh DAP.
Kata Nik Aziz, perkembangan itu sudah mula kelihatan sejak kebelakangan ini termasuk ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang bulan lalu.
Kata Nik Aziz, DAP pernah meminta PAS menggugurkan dasar Islam lebih dua dekad yang lalu tetapi sudah mula memahami dan menerima pendirian parti itu.
“Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.
“Tetapi pada konvensyen Pakatan (di Pulau Pinang) DAP sudah berubah, mereka terima (pendirian dasar PAS)... Karpal Singh sudah tidak kata langkah mayat saya (Karpal),” kata Nik Aziz secara berseloroh menjawab soalan pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar di sini malam tadi.
Seorang peserta mengemukakan soalan bahawa dia mula khuatir kononnya PAS sudah tidak lagi lantang dalam memperjuangkan dasar Islam berbanding masa lalu dan sama ada perubahan itu ada kaitan dengan pengaruh atau desakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat.
Nik Aziz juga menggambarkan pendekatan PAS ialah bertindak “langkah demi langkah” dalam mentadbir negeri Kelantan walaupun kesemua yang dirancang dan dihasratkannya tidak tercapai khususnya berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.
Malah Nik Aziz juga menjelaskan, pihaknya menggunakan pendekatan “sederhana” sedemikian bagi mengelakkan kemungkinan tindakan darurat yang pernah dikenakan ke atas Kelantan lebih tiga dekad lalu.
Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
Malah ketika itu juga PAS berada dalam Barisan Nasional (BN).
“Kalau kita tidak boleh buat sekali gus, mengapa tidak kita guna cara sedikit demi sedikit, kalau tidak boleh buat hudud, kita dah cuba, mengapa kita hendak kehilangan kuasa mentadbir, macam tindakan Mageran dulu.
“Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah,” kata Nik Aziz merujuk kepada pentadbirannya selepas PAS memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990.
Sejak itu PAS menguasai Kelantan dan beliau bertindak sebagai menteri besar.
PAS bersama PKR dan DAP menjalin kerjasama di bawah perikatan Pakatan Rakyat dan menguasai empat negeri sekarang.
Kata Nik Aziz, kerajaan pimpinannya tidak melaksanakan hukum hudud kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada pentadbiran negeri.
Bagaiamanapun Menteri Besar Kelantan itu bekata walaupun tidak melaksanakan hukum hudud, namun kerajaan negeri Kelantan berjaya menyatukan keseluruhan rakyat berbilang kaum di Kelantan.
“Dulu Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) datang ke Kelantan, beliau beri amaran kepada PAS kalau laksanakan hudud kerajaan persekutuan akan ambil tindakan.
“Kalau berkenaan dengan hudud kalau Kelantan kena serangan kerajaan persekutuan tak cerdik.
“Kita tak laksanakan hudud tapi sekarang kita bersatu Melayu, Cina dan India di Kelantan,” katanya lagi.
Beliau juga berkata, orang bukan Melayu di Kelantan tidak lagi takut akan Islam kerana pentadbiran berjaya menerangkan maksud Islam yang sebenar.
“Kita tiada beza antara Melayu, Cina dan India, kita juga ada buat masjid yang macam tokong di Rantau Panjang.
“Kita tidak ikut masjid dari Mekah tapi kita ikut masjid dari Cina kerana tak mahu bezakan kemelayuan dan kecinaan.
“Dulu Umno kata kalau PAS memerintah lu punya barang kena potonglah (disunatkan)... takut Cina. Sekarang tidak, banyak perkara yang kita dah buat di Kelantan,” kata Nik Aziz.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata hukum hudud adalah satu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan.
“Kandungannya (hukum hudud) berteraskan undang-undang hudud yang berlandaskan Islam ia termasuk hukum bunuh bagi penzina dan sebagainya.
“Memang enakmen ini sudah jadi undang-undang dan belum dimansuhkan, undang-undang masih jadi undang-undang dan tak dibatalkan tapi juga tak dilaksanakan,” katanya.
Selain Kelantan, Terengganu juga melaksanakan hukum hudud ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 sebelum tewas kepada BN pada 2004.
PAS selama ini mahu melaksanakan negara Islam termasuk hukum hudud yang menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP.
Bagaimanapun kedua-dua PAS dan DAP kini sudah terbuka untuk berbincang isu yang dianggap sensitif itu.

Negri Pakatan leaders stage Lekas toll hike protest

Getting wind of a move to increase the Kajang-Seremban Expressway toll, several opposition members vent their anger.

SEREMBAN: Negri Sembilan Pakatan Rakyat leaders and supporters today gathered at an interchange here to protest the expected hike in the Kajang-Seremban Expressway (Lekas).
Stretching from Kajang Selatan to Paroi, the highway is 44.3km long and cost RM1.8 billion to build. It was opened on Sept 20, last year.
The Paroi interchange is the ending point of the Kajang stretch.
Many motorists passing by the Paroi interchange also showed their support by honking and waving at the protesters.
About 50 state Pakatan leaders and supporters chanted slogans: “Hancur Barisan Nasional”, “Hidup Rakyat”, “Hidup Pakatan Rakyat” and “Reformasi”.
They also carried a giant banner which read: “Turunkan Kadar Tol” and “Tolak Kerajaan Barang Naik”.
The coordinator of the protest, Loke Siew Fook, who is also the state DAP chairman, told reporters he received information that Lekas might increase the toll rate this year.
The toll concessionaire can increase the toll rate by 10% every three years similar to the toll hikes imposed by major toll concessionaries like PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan).
Loke said that Lekas was maintaining the current toll based on the 2008 rate and was expected to raise it this year according to the concessionaire agreement.
But what irks me is that the current toll rate imposed by Lekas was higher than PLUS. For Class 1 and Class 2 motorists, Lekas charged 14.96 sen per km and 22.43 sen per km. PLUS only charged 13.60 sen per km and 20.39 sen per km for Class 1 and Class 2 respectively.
The Lekas toll rate is expensive, so there is no reason for the company to increase it again this year. Instead, Lekas should review the current rate and reduced it,” said Loke, who is also Rasah MP.
‘Don’t just think about profit’
Loke said that if the 10% toll hike came into effect, the toll from Setul Toll Plaza to Kajang Toll Plaza would go up from RM4.90 to RM5.40.
The toll rate at the Ampangan Toll Plaza which connects Seremban to Ampangan and Paroi will increase from RM1.90 to RM2.10 per entry.
Loke said that if Pakatan took over Putrajaya, the tolls would be abolished
Meanwhile, State DAP deputy chairman and Senawang assemblyman, P Gunasekaran, urged the people to do something drastic in the coming general election.
The price of petrol has gone up twice in less than two months since December last year. Everything has gone up including sugar, cooking oil and other groceries. If the toll is increased, it will be bad for the people.
My advice to the toll concessionaires is: don’t just think about profit but also consider your social commitments to the people.
These are the same people who are bringing cash and profit to the companies by using the expressway regularly,” Gunasekaran said to applause.

Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli

SHAH ALAM, 16 Jan: "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam.

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya adalah Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku ini.

Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddin abad ini," kata beliau.

Sementara itu, di majlis bersama bloggers yang dibuat di sebuah hotel dekat ibu negara, Nik Aziz terus memperingatkan betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Menurut Nik Aziz, beliau telah mengambil pendekatan berbeza.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata," kata beliau di majlis itu.

Bagi Dr Dzulkifli, Tuan Guru Nik Aziz terkenal kerana kesungguhan beliau untuk meluaskan sayap Islan ini kepada orang bukan Islam dalam konteks sekarang.

Kalau dahulu, dakwah Islam ini disebarkan kepada orang luar dari kawasan Islam melalui dakwah dan juga peperangan, tetapi orang Islam sekarang seolah-olah meminggirkan orang bukan Islam.

Antaranya dengan cara menghalang mereka memasuki masjid dan majlis orang Islam.

"Dalam dunia moden ini, Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang membuat pendekatan untuk merapati orang bukan Islam ini," kata Dr Dzulkefli.

26 pondok polis sepanjang p'raya kecil Tenang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 26 pondok polis di sekitar kawasan DUN Tenang bagi melancarkan proses pilihan raya kecil DUN berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kesemua pondok itu yang ditempatkan di pusat tumpuan orang ramai, dijangka mula beroperasi minggu ini dengan dikendalikan dua anggota polis bagi setiap pondok.

"Kita jangkakan pondok ini akan beroperasi tiga atau empat hari sebelum proses penamaan calon Sabtu depan dan dibuka sehingga selesai proses pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan mendengar taklimat persiapan pilihan raya kecil DUN Tenang, di Balai Polis Labis, hari ini.

Ismail berkata selain berfungsi sebagai tempat aduan dan pertanyaaan, orang ramai juga boleh membuat laporan polis di pondok berkenaan.

Dalam tinjauannya hari ini, Ismail berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh polis kontinjen Johor bagi menjamin keselamatan semua pihak sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

"Dalam mesyuarat, saya tekankan aspek lalu lintas diberi perhatian supaya penamaan calon terutamanya dapat berlangsung dengan lancar," katanya.

Beliau dalam masa yang sama menasihatkan semua pengguna jalan raya terutama pemandu bas dan lori supaya mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan 22 Jan ini manakala pengundian pada 30 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha daripada Barisan Nasional pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Perkasa nafi keluar risalah ugut pengundi Cina Tenang

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali, mendakwa ada pihak yang mengedarkan risalah kononnya dikeluarkan pertubuhan itu untuk menakutkan pengundi-pengundi Cina di kawasan Tenang menjelang pilihan raya kecil hujung bulan ini.
Risalah yang menggunakan lambang Perkasa antara lain menyebut, “Amaran!, kepada semua peniaga kaum Cina jangan menaikkan harga barang-barang keperluan dengan sewenang-wenangnya. Kepada semua pengundi kaum Cina pastikan calon Melayu menang.”
“Perkasa kutuk dan kecam perbuatan jahat dan keji puak yang terdesak, yang mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor kononnya mengugut pengundi-pengundi Cina DUN Tenang,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang diadakan 22 Januari manakala pengundian pula 30 Januari.
Pakatan Rakyat diwakili PAS akan mengumumkan calonnya malam ini manakala Barisan Nasional pula pada 19 Januari.
Syed Hassan berkata, orang yang waras sudah pasti tidak percaya dengan perbuatan itu dan tidak masuk akal bahawa Perkasa Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini.
“Individu atau puak yang buat ini sengaja mahu memburukkan nama Perkasa atau usaha penyokong pembangkang untuk menarik undi kaum Cina dengan menggunakan Perkasa sebagai alasan.
“Ia perbuatan tidak bermoral dan bersifat dajal,” kata beliau sambil menambah, Perkasa yakin pengundi kaum Cina di DUN Tenang tidak akan percaya dakyah seumpama itu,” katanya.
Syed Hassan menambah perkara seumpama itu pernah berlaku ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Ketika di Hulu Selangor, Perkasa menyokong calon BN.
“Perkasa Johor dan Pusat akan buat laporan polis supaya ia disiasat siapakah melakukan kerja durjana ini,” katanya.
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa sebelum ini menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkempen untuk BN, tetapi ahli-ahlinya boleh turun kempen atas kapasiti sebagai orang perseorangan.

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.
Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.
“Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai,” ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.
Sebab itu, beliau pernah mengeluarkan pandangan menyokong saudara blogger Milosuam bahawa blogger Pakatan Rakyat semacam tidak digembleng tenaga mereka secara terancang dan bersepadu untuk menghadapi gelombang blogger Umno yang nampak terancang dan dirancang.
“Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kerana itu, baginya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak sentuhan kerajaan negeri Kelantan dalam pertemuan malam tadi sangat bernilai bagi seorang blogger dan mereka bukan mahukan sanjungan, pujian dan upah.
Katanya, keiklasan mereka datang pada malam tadi dengan biaya poket sendiri dengan meninggalkan kerja masing-masing menuju ibu negara demi memenuhi jemputan dari Kerajaan Negeri Kelantan.
Tambahnya, tanpa disedari di sana ramai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dan sebagainya, namum para blogger sudah melupakan itu demi penghargaan yang lebih besar dari nilai wang ringgit.
Menurutnya, yang penting hak dan tanggungjawab yang dilakukan oleh masing-masing mengikut kedudukan.
“Bila ada pengumuman mengenai program tersebut saya cepat-cepat mendaftar diri untuk hadir dan mengosongkan jadual yang lain yang diatur lebih awal.
“Apabila saya menerima jawapan dari email Tarmizi Mat Jam yang mendaftar kehadiran, saya rasa sangat berbangga dan tidak sabar untuk hadir bersama dan memastikan berada di Kuala Lumpur malam tadi walaupun saya sepatutunya sudah di China untuk urusan perniagaan,” katanya.
Masa berjalan dengan cepat sekali, kerana itu beliau menyarankan perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mestilah melakukan program seumpama dilakukan Kelantan malam tadi.
Walaupun cuma datang tanpa makan dan minum, beliau yang juga Adun Titi Serong akan berusaha untuk hadir sekiranya mereka menganjurkan dalam masa terdekat.
“Kalaulah saya di luar negara dan sibuk dengan jadual yang diatur lebih awal, saya akan susun kembali untuk pastikan dapat hadir bersama.
“Selain bertemu pimpinan kerajaan negeri Kelantan, saya juga merasakan keseronokan bertemu dengan rakan-rakan media dan blogger sempena pertemuan malam tadi,” ujarnya.
Baginya, ternyata ia menjadi medan untuk merapatkan silaturrahim sesama blogger dan dengan pimpinan.
“Kamilah yang sedang mempertahankan Kerajaan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dengan pemberitaan di dalam dunia blogger.
“Oleh itu berilah sedikit kredit kepada kami sebagaimana yang dilakukan oleh Kelantan malam tadi,” ujarnya lagi.

Datuk Paduka Amar Rosmah, isteri PM paling kontroversial?

Isteri PM memiliki pejabat First Lady of Malaysia di Putrajaya dengan peruntukan RM111 juta dalam Belanjawan 2011 

PETALING JAYA: Malaysia dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap diharungi kontroversi yang tidak putus-putus.
Jika era PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama.
Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM Malaysia apabila bukan
sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.
Memetik lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), edyesdotcom dan beberapa blog lain, Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.
Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh Pegawai Khasnya Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.
Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.

Wanita Pertama Negara

Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang.
Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi ‘titik lemah’ Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.
Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.
Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam satu entri lama di awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Teng cadang Rosmah bertanding pilihan raya

Sementara itu, FMT pula dalam satu temu bual bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim sekitar Oktober tahun lalu, dengan nada sinis Teng turut mencadangkan agar Rosmah bertanding dalam pilihan raya itu nanti.
Selain itu keputusan Najib meletakkan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat sebelum ini juga ‘dibaca’ sebagai tindakan bagi membolehkan Rosmah lebih berperanan jauh dalam hal ehwal yang membabitkan kementerian tersebut.
Status Sharizat yang hanya sebagai Senator yang bukanlah dipilih rakyat sebaliknya dilantik PM telah memaksa Sharizat hanya bertindak sebagai timbalan atau penasihat kepada Rosmah.
Malahan Rosmah turut diberikan kuasa untuk mengendalikan program Permata yang sepatutnya lebih relevan diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baru-baru ini, ketika Rosmah di Arab Saudi, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud Royal Suite, Intercontinental Hotel di sana sekaligus seolah membelakangkan Muhyiddin.
Bagi kebanyakan penyokong PR, Rosmah dianggap menghina Islam apabila menjadi penaung Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo, Monaco yang memperagakan ‘busana muslim’ memaparkan nama Nabi Muhammad dalam keadaan terbalik dan mendedahkan aurat wanita.
RM100,000 satu malam bilik hotel (tajuk kecil)
Sementara itu dalam satu ceramah di Taman Bolton, Gombak Isnin lalu, Timbalan PKR, Azmin Ali mendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,000 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam.
Kontroversi tidak putus melibatkan Rosmah juga mungkin menambah rumitkan Najib apabila kos perbelanjaan isterinya itu ke luar negara dikatakan mempunyai signifikan terhadap peningkatan 40 peratus
peruntukkan perbelanjaan lawatan JPM ke luar negara seperti yang diumumkan dalam parlimen tahun lalu.
Keputusan Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada keputusan-keputusan Najib yang menyentuh isterinya itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihatnya termasuk syarikat penasihat komunikasinya yang penuh kontroversi itu atau pun terpaksa menolak nasihat tersebut bagi memberi laluan kepada isterinya itu

Status Betina Belakang Lorong Jer...



Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London. (ini kenyataan dalam mahkamah beb... perbicaraan kes liwat 1)

Dan pelacur murahan kelas D ini juga ingin memfailkan saman terhadap individu2 yang beliau namakan keseluruhanya berjumlah RM700 juta hengget.

Betina yang bernama ummi hafilda ini tak seharusnya di layan beb... dia ni tak lebih dari alat propaganda umnoapco yahudi laknatullah aka barisan nasional untuk PRK Tenang sahaja.

Hanya permainan politik bodoh puak2 yahudi laknatullah setelah kehabisan senarai pelakon2 tambahan dalam setiap PRK.... nak gunakan pelakon dari india.... eeeeeee... orang dah tau tahap lakonan diorang, nak pergunakan sesumpah dan pemuda2 jambu.... dah pupus... nak tak nak... pelacur murahan tahun 90an... pun boleh lahhhh.....

Lu orang percaya ke... yang betina ni nak saman RM700 juta tu...???

Percayalah... betina ni hanya cakap nak saman jer.... lalu di propagandakan oleh akhbar dan media pencacai.. nak bagitau 1Malaysia cerita dari mulut jahat dia ni..... supaya ramai orang percaya. Tetapi adakah beliau akan benar-benar memfailkan saman tersebut...??? Itu perkara kedua... hahahaha.....

Percayalah perkara ini akan senyap setelah keputusan PRK Tenang di umumkan nanti.... dan isu saman tu ntah kemana... hahaha... dan pelacur itu pun akan lenyap buat seketika sehingga di perlukan semula oleh mana jantan gersang dalam umnoapco... hahahaha....

Kah.. kah...kah.... kesimpulannya jangan di layan cerita pelacur murahan nih.... ianya tak lebih dari wayang politik cilanat puak2 umnoapco yahudi laknatullah yang terdesak....

Kalau lu orang tak percaya... doakan lah semoga ada YB yang bakal mati lagi contoh seperti baru2 ini di Merlimau, heheheh... PRK lagi beb..... dan gua yakin dan dapat meneka... siapakah pula pelakon yang akan diketengahkan nanti... hahahaha....

Nak teka siapa.... ????

Bila Jalang Keluar Kamar, Tandanya Pilihan Raya Sudah Dekat

BARANGKALI pilihan raya umum ke-13 sudah dekat benar. Walaupun Najib Razak tidak mahu mengakuinya namun sudah ada tanda-tanda jelas menunjukkan 'hari raya' bagi golongan politik itu sudah menjelang tiba. Wapnya sudah pun ada.

Sebenarnya sesiapa juga tidak akan dapat menyembunyikan sesuatu yang terbungkus di dalam hatinya. Rahsia itu akan terdedah juga akhirnya. Gelagat dan perwatakan diri manusia itu akan mendedahkan apa yang ada dalam hatinya. Manusia boleh berbohong dengan batang kayu tetapi tidak boleh menipu cermin di depannya. Manusia juga boleh meludah dalam air keruh tetapi buruk padahnya kalau meludah di air jernih.

Demikian juga dengan pilihan raya umum. Ia tidak menjadi rahsia lagi. Pihak pembangkang sudah membuat persiapan awal menanti kedatangan hari keramat berkenaan. Persiapan secara rasmi, dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan demi perbincangan tertutup telah pun dibuat. Manakala individu yang ingin bertanding atau pun wakil rakyat yang kini sedang menyandang jawatan itu sibuk turun ke kawasan masing-masing. Kekerapan mereka berjumpa rakyat sudah mula meningkat. Makin banyak wakil rakyat mula menghafal nama kampung dan juga tok ketua-tok ketua kampung di kawasan masing-masing.

Lobi melobi juga sudah berlaku. Orang-orang yang dapat 'atawa' dipercayai boleh mempengaruhi ketua parti menentukan calon sudah mula dihubungi dan diajak minum tea tarik malam dan siang. Ini antara tanda-tanda pilihan raya semakin dekat. Seperti burung pepaka kalau sudah hampir musim kemarau ia akan berkokok dan berkokok kerana di musim inilah ia suka mengawan. Musim sekarang ini adalah musim orang politik mengawan.

Dan sudah lumrah alam maya ini, bila pilihan raya makin dekat para wakil rakyat, bakal calon jadi makin kurang tidur kerana memikirkan untung nasib diri masing-masing. Kalau yang sudah ada kerusi bermimpi untuk menang lagi bagi menyambung jawatan itu sekali lagi. Kalau menang jika sebelum ini tidak dilantik jadi MB atau Exco maka boleh berkira ke arah itu. Kalau pun tidak layak jadi Exco kerana kurang kelulusan maka bolehlah bermimpin untuk jadi speaker. (Sebenarnya kalau jadi Exco tidak layak, speaker juga tidak layak).

Sayang kerusi oi... sapa nak bagi RM15,000 hingga RM20,000 sebulan sebagai ahli Parlimen atau Exco? Bukan itu saja jadi wakil rakyat banyak kemudahan. Naik kereta api pun tidak perlu tikit hanya waran saja. Dan siapa bagi pencen RM3,000 sebulan untuk bekalan hidup untuk buat beli tembakau dan sireh di hari tua. Inilah yang difikirkan siang malam. Berfikir untuk pertahankan kerusi dan dapat calon bukan berfikir bagaimana nak mengubah nasib ummah dan agama. Politician munafik zindik.

Sebenarnya wakil rakyat yang berfikir demikian bukan wakil rakyat. Dia hanya wakil dirinya sendiri. Orang seperti ini mementingkan kehidupannnya dan keluarganya. Yang menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai kerusi untuk hidup. Sebab itu ada sambung menyambung dalam hal ini, dari bapak kepada anak kemudian kepada cucu, ipai duai, mertua dan menantu. Kerusi wakil rakyat telah dijadikan syarikat sendirian berhad ataupun pesaka turun temurun. Pengundi diperbodohkan untuk memberi kesenangan dan kegahan kepada mereka. Lupa akan tugas dan kuasa yang ada kepada mereka bila dibayar dengan hanya kain pelikat sehelai atau kambing patah tanduk seekor atau wang RM50 bervisi baru.
Jangan pertidakkan hakikat ini. Di kampung atau pekan mereka bergaduh nak jadi wakil rakyat kerana nak pencen. Kerusi wakil rakyat telah diperdagangkan sebagai kerusi cari makan. Sudah dijadikan sumber rezeki. Kalau hendak dibilang lebih separuh wakil rakyat yang ada hari ini adalah mewarisi kerusi itu dari bapak atau datuk nenek mereka!

Sudah melalut... kembali kepada mauduk asal mengenai pilihan raya. Kenapa saya kata pilihan raya sudah dekat. Sebab sudah ada berbagai tanda-tanda dan petunjuk tadi. Kerana pihak yang menentukan pilihan raya ini pihak parti pemerintah maka petunjuk dari mereka yang jelas dan konkrit. Kalau pun pembangkang berusaha untuk membubarkan Parlimen mereka tidak ada kuasa, hanya setakat mendesak dan melalak cuma.

Ada beberapa tanda jelas dan nyata menunjukkan pilihan raya sudah hampir tiba. UBN nampaknya sudah nak maksimumkan penggunaan senjata mereka. Semua senjata dan modal politik sudah pun dikeluarkan. Selain Najib mengumumkan pelbagai peruntukan atau pun dana ataupun insentif sebagai senjata dan modal pilihan raya, ada beberapa perkara yang mengarah ke arah itu.

Misalnya UBN sudah menggunakan semua orang untuk menyerang Anwar. Sepertilah dalam pilihan raya ini UBN hanya takut kepada Anwar seorang. Tenguk semua macam manusia digunakan untuk menghentam Anwar. Golongan akademis, profesional, penulis, penyair, ulama separuh iman, teknokrat, agensi kerajaan, penyepak kertas jalanan dan termasuk juga betina jalang. Semuanya digunakan oleh UBN. Wakil rakyat selumbar juga turut sama dipergunakan.

UBN yang menerima dasar dan konsep demokrasi sekular akan menggunakan apa saja perkakasan dan manusi tidak kira halal atau haram asalkan matlamaya mencapai kemenangan tercapai. UBN atau politician demorkasi sekular tidak akan mengira apakah kemenangan itu dicapai secara halal atau sebaliknya yang penting menang dan dapat kuasa.

Segala perkakas itu mereka akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Misalnya kalau betina jalang jika perniagaan biasanya semalam hanya diperolehi RM5,000 sekali ditiduri datuk atau tan sri tua, tetapi kalau sedia jadi perkakas politik akan dibayar berlipat ganda sampai mencecah ratusan ribu bahkan jutaan ringgit. Bayaran bukan dengan note RM lagi tetapi menerusi porojek di luar negara termasuk mengusahakan projek pelancongan dan sebagainya.

Sebut saja berapa bayaran atau projek apa yang dikehendaki sedia dilunasi asalkan saja beitna jalang sanggup merekacipta fitnah yang boleh membelalakkan rakyat negara ini. Dan betina jalang itu pula kalau pun perlu telanjang dalam stadium, dia sanggup asalkan dapat wang. Beginilah busuk dan kohongnya dunia politik Malaysia. Ia bukan baru tetapi sudah berlaku sejak bermulanya dunia ini lagi. Perhatikan apa yang berlaku ke atas Hawa semasa didalam syurga, bagimana Hawa diperdaya oleh politik syaitan.

Kalau golongan ustaz yang berjubah carit atau pun kopiah lusuh pula bukan lagi diberi seratus dua seperti lazim diperolehi selepas menyampaikan kuliah atau ceramah di surau, tetapi direkmenkan projek perladangan di Kalimatan Indonesia dan sebagainya. Caranya menjadi ahli lembaga pengarah atau pun syarikat mengadakan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji, Felcra, Felda dan sebagainya. Sayangnya murid yang taksub dengan hamis jubah guru mereka tidak pernah tahu dan mengambil tahu akan hal ini.

Orang yang jadi perkakas ini makin lama makin ramai. Bukan saja yang sedia ada hari ini, tetapi lepas ini macam-macam orang lagi akan tampil. Mereka akan membuat kenyataan dan dakwaan yang bukan-bukan. Soal fitnah atau haram apa peduli yang penting mereka dibayar, wang dan wang akan mengalirkan ke dalam akaun mereka dengan tenang.

Nah, kerana tanda-tanda itu sudah ada, perkakas UBN sudah mula menguatkan kerja, ia memberi gambaran pilihan raya umum sudah tidak lama lagi. Bila masa dan tarikhnya ia dalam tilikan para bomoh dan ahli paranomal penipu. Pemimpin sangat percaya kepada paranomal dan tilikan bomoh penipu. Makanya kalau sesiapa nak tahu tarikh pilihan raya menyamarlah jadi bomoh penipu terkenal nescaya anda akan dikunjungi para pemimpin UBN nak minta tarikh pilihan raya.

Tamparan untuk BN

Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan UMNO/BN pada masa ini. Ketika Pakatan menggembleng tenaga untuk berkhidmat kepada rakyat melalui pelbagai program, UMNO/BN dilihat oleh rakyat hanya menjadi tukang cacat.
Mereka menidakkan kemampuan Pakatan. Mereka merendah-rendahkan kebolehan Pakatan. Mereka memperlekehkan usaha Pakatan. Namun demikian, kesemuanya dilakukan melalui salakan kosong di hadapan mikrofon. Maka jadilah kesemuanya sebagai propaganda yang kering dan usang.

Rakyat mahu melihat hujah kental dan mapan keluar dari mulut pemimpin UMNO/BN, bukannya tembakan dengan peluru kosong. Jika cara ini terus-terusan digunakan oleh UMNO/BN, imej mereka akan tercalar lebih teruk lagi. Mereka tidak akan mampu menipu rakyat yang majoritinya sudah bermaklumat. Orang kampung dan pedalaman yang masih ketinggalan dalam serba-serbi tergolong dalam kumpulan minoriti. Tiada gunanya berselindung di sebalik minoriti yang didaifkan itu. Besar kemungkinan UMNO/BN akan menggigit jari dalam PRU Ke-13 jika masih meneruskan strategi lapuk itu.

Rakyat tidak akan terima dakwaan UMNO/BN yang mengatakan Pakatan gagal mengotakan janji di negeri-negeri yang mereka kuasai. Hakikatnya para pemimpin UMNO/BN hidup bagai cacing kepanasan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Mereka kehilangan ruang untuk merampok harta rakyat seperti yang mereka lakukan semasa berkuasa dahulu. Hal ini berlaku kerana Pakatan memberi fokus kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ketiadaan rasuah dan penjimatan telah mengukuhkan kedudukan kewangan negeri kerana amanah dan keikhlasan menjadi tunggak kepada perkhidmatan yang diberikan. UMNO/BN terbukti tidak dapat melakukannya di negeri-negeri yang mereka kuasai. Banyak kecacatan yang dilaporkan oleh badan-badan berwibawa tentang hal ini. Mereka sepatutnya berasa malu dengan kegagalan itu. Rakyat seharusnya sedar akan hal ini dan mengalih sokongan mereka kepada Pakatan.

Kini Pakatan dilihat sebagai pihak yang berhemah tinggi. ADUN KOMTAR telah memohon maaf kepada orang yang dikatakan menjadi mangsanya. Adakah Ismail Sabri Yaakob memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menipu mereka tentang harga RON 95 yang dijanjikan tidak naik itu? Adakah pemimpin UMNO Pulau Pinang memohon maaf kepada warga emas yang didakwa dapat duit judi tetapi wang yang dikutip tidak pun dikembalikan kepada kerajaan negeri?

UMNO/BN hanya pandai bersandiwara. Sandiwara mereka semakin lemau dan hancur setelah Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat tidak mampu ditepis secara ilmiah. Rakyat tidak akan percaya kepada cakap kosong. Presiden UMNO ternyata penakut kerana enggan berbahas di pentas. Kalau takut, tidak payahlah bersusah-susah memperlekehkan pelan itu. Hasilkanlah pelan lain yang lebih canggih daripada pelan Pakatan itu dan berbahaslah di pentas seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di negara maju. Bukankah kita bercita-cita hendak menjadi negara maju selepas bankrap tahun 2019?

Tepuk dada tanya la hati dan minda masing2. Aku kat opis ramai yang sokong Umno/BN. Dan yang paling sedap aku nak habaq ramai mereka ni dah mula merungut pasai kos barang yg naik gila2..Last skali aku sound apa tau, "kalau rasa nak taraf idup kita ni berubah, kita pun kena ubah kerajaan yang tak pernah nak hargai kesusahan org2 macam kita"...haaa amik hangpa, tekedu makcik2 tu..tu pun masih nak sokong lagi. Dah la..cukup la...berubah la..bila lagi.....biaq kita tak kaya tapi kita buleh hidup senang dan tak bebankan sapa2..nie tak semua nak kena hutang,,,..abih camne nak rasa senang??

Selepas lebih 50 tahun, Rakyat berpeluang nikmati yang terbaik

"Dalam pentadbiran negara Malaysia, ini merupakan kali pertama rakyat dihidangkan dengan peluang menikmati keuntungan yang sama-rata dari hasil pendapatan negara. Rakyat yang waras tidakkan mudah menolak satu peluang yang cukup menguntungkan ini.
Malah selama ini rakyat selalu dibohongi oleh pemerintah dengan janji-janji palsu dan tidak menguntungkan kepada semua rakyat marhaen. Kerajaan sekarang telah menjanjikan pelbagai program seperti Koridor-koridor yang menelan belanja hampir RM200B dan mana hasilnya?
Dan pada 2008 rakyat dijanjikan pula dengan Model Ekonomi Baru kemudian diubah kepada Model Baru Ekonomi tetapi telah hampir 3 tahun program tersebut dicanang malangnya rakyat semakin menjadi mangsa. Harga barangan keperluan naik berkali ganda, bil-bil dibenarkan membuat penyemakkan dan petrol pula diberi penyelarasan, inilah ayat-ayat yang digunakan untuk mengaburi mata rakyat.
Tekanan hidup rakyat marhean semakin hari semakin meningkat, kerajaan pula mengira keuntungan bersih yang diperolehi negara. Apakah hasil keuntungan negara digunakan untuk meringankan beban rakyat sebalik mereka sibuk dengan menara 100 tingkat?

Maka terpacul satu idea yang telah digemburkan oleh segolongan pemimpin yang ingin melihat rakyat Malaysia mendapat kesamarataan dalam menikmati hasil pendapatan negara tanpa mengikut selera pemimpin-pemimpin. Janji yang menguntungkan semua rakyat dalam masa yang sangat singkat dan mengurangkan kesan kerugian kepada negara. Idea yang cukup berpaksikan kepada keperluan semasa rakyat yang tertindas. Idea yang tidak perlu berlandas musim piliharaya semata-mata dan dapat direalisasi dengan mudah.
1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Semoga dengan akal dan pemikiran yang waras, rakyat Malaysia dapat mengira keuntungan yang bakal diterima dari idea-idea pelaksanaan program 100 hari ini.
1. Rakyat seluruh Malaysia akan bebas dari membayar tol di lebuhraya.

2. Rakyat seluruh Malaysia akan membayar petrol dan segala bil-bil dengan harga yang rendah dari penyusunan semula subsidi sedia ada.

3. Rakyat Malaysia akan mendapat mutu pendidikan yang lebih baik dengan pengiktrafan yang tinggi diberikan kepada pendidik.

4. Rakyat Malaysia akan menikmati sumber air yang cukup murah dan terkawal dengan tanpa kawalan oleh pihak swasta yang mementingkan keuntungan.

5. Rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan suasana yang lebih selesa tanpa sekatan akta-akta yang primitif.

6. Rakyat Malaysia akan menerima satu keuntung tanpa membayar untuk melayari internet.

7. Rakyat Malaysia akan mendapat harga minyak masak dengan harga yang murah dari pengeluaran hasil kelapa sawit tanpa sekatan oleh syarikat yang mengaut keuntungan dari peladang.

8. Rakyat Sabah dan Serawak dapat membangun seiring dengan Semenanjung Malaysia.

9. Rakyat Malaysia akan menerima satu undang-undang yang cukup berkesan dan adil tanpa campurtangan pihak ketiga.

10. Rakyat Malaysia tidak lagi merasa risau kehilangan hak mereka kepada rakyat asing.
Jadi rakyat Malaysia yang celik dan berfikiran positif dalam mengharungi hidup ini dengan lebih selesa dan ceria. Jangan terlalu jumut dengan kehendak pemimpin-pemimpin yang risau rakyatnya selesa. Pastikan janji 100 hari ini menjadi realiti untuk kepentingan rakyat keseluruhannya."
Oleh: Farzu