Monday, July 29, 2013

Kenapa calon PAS kalah di Kuala Besut?



ANALISIS BERITA: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.
Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.
Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.
Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.
Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.
Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?
Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.
Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.
Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.
Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.
Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.
Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.
Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?
PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.
Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?
Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.
Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.
Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah. 

NGO antara kaum, gaduh dah, Zulkifli cabut lari!!


MiracPERKASA, kumpulan pendesak Melayu katanya, bergabung dengan NGO mewakili kaum Cina dan India dalam sebuah gabungan baru dikenali MIRAC -Majlis NGO Antara Kaum Malaysia. Persatuan Amal dan Kebajikan India Baru (Perinbam) mewakili kaum India. Ia dilancarkan petang tadi.

Belum pun apa-apa, semasa majlis pelancarannya dah gaduh dah, bahasa lembutnya “salah faham”. Ia berlaku apabila, Zulkifli Noordin, Naib Presiden PERKASA, dalam sidang media sebelum itu yang menyatakan sokongan untuk membela dan mempertahankan GB Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor seperti dilaporkan Malaysiakini.
Akibat kenyataan tersebut, beberapa orang ahli Perinbam kelihatan tidak berpuas hati dan meminta beliau menjelaskan apa yang dikatakannya dalam sidang media yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Zulkifli mempertahankan kenyataan dan cabut sebelum sempat berbuka puasa di majlis yang dianjurkan PERKASA.
Ibrahim Ali terpaksa memujuk Presiden Perinbam U Thamotharan untuk terus bersama di majlis tersebut.

Apabila Kuasa Magik miliknya.......Malaysia selamat!

 
Setelah kalah PRU 13 dan tiada kerusi Menteri untuknya melainkan pemandu teksi
kini, beliau dianugerah satu kuasa magik
Ianya satu bonus untuk rakyat Malaysia.

Satu keringanan buat PM kita.
Tiada lagi rasis di sana
Tiada lagi perkauman di sini
Ini semua berkat anugerah yang didapatinya
Sekadar....pussh kanan...pussh kiri
Lima minit je....rasis dan perkauman menjadi
sifar di bumi Tanah Melayu
hebat kan?

Bukan itu sahaja....
selepas ini kita bakal menyaksikan
krisis rumahtangga sifar di Malaysia 
harimau boleh duduk sekandang dengan lembu
anjing dan kucing menjadi sahabat dunia akhirat 

Tapi katak tetap katak...tidak boleh ubah walaupun
dengan magiknya........

Apabila Kuasa Magik miliknya.......Malaysia selamat!"
 

Perkasa - MIRAC Satu Lagi Muslihat Politik Perkauman



Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 26/7/2013 di Ipoh
 
Perkasa mahu mewujudkan hubungan baik dengan NGO bukan Melayu. Dua pertubuhan bukan Melayu telah menandatangani satu piagam untuk menjalin hubungan dengan Perkasa, sebuah organisasi kontroversial yang tebal dengan semangat perkauman. Kumpulan ini telah menubuhkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia dengan nama singkatan MIRAC.

Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia sebagai satu kumpulan ekstrimis dan menjadi alat UMNO untuk permainan perkauman yang kotor. Banyak isu- isu kontroversial telah ditimbulkan oleh Perkasa yang telah menggugat perpaduan kaum di negara ini. Kumpulan ini sengaja menimbulkan perasaan marah dan salah faham diantara kaum supaya UMNO mendapat memperolehi manfaat daripada isu tersebut.

Pemimpin-pemimpin utama Perkasa seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin adalah watak-watak pelampau yang sentiasa menyuntik racun perkauman di dalam minda rakyat Malaysia. Mereka ini tidak pernah memikirkan atau mempunyai agenda perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara kita. Segala gelagat atau tingkah laku mereka itu adalah bertujuan menghancurkan perpaduan rakyat untuk kepentingan politik UMNO.

Kenyataan-kenyataan Zulkifli Nordin yang menghina orang-orang India dan agama Hindu masih lagi dalam ingatan rakyat Malaysia. Pendirian Perkasa yang mahu mengekalkan novel Interlok yang menghina kaum India dan Cina juga tidak dilupakan lagi. Tambahan pula, Perkasa juga membela akhbar Utusan Melayu yang terang-terang mengkritik kaum Cina dengan ungkapan 'Apa lagi Cina mahu' sebaik sahaja selepas PRU13.

Tiba-tiba Perkasa mahu mengubah watak antagonisnya dengan mendapatkan sokongan bukan Melayu. Pelik dengan strategi Perkasa yang kini mahu mengadakan hubungan baik dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu semata- mata untuk membuktikan bahawa ia bukanlah satu organisasi rasis. Penubuhan MIRAC adalah satu lagi usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan startegi halus untuk mencapai agenda politik perkauman yang sudah sebati dengan Perkasa.

Adalah sungguh memalukan apabila terdapat juga NGO- NGO yang sanggup mengadai maruah mahu menjalin hubungan dengan Perkasa ini. Mereka telah melupakan segala kerja- kerja kotor Perkasa dengan menghina dan memalukan kaum-kaum yang lain selama ini. Perkasa mewujudkan MIRAC dengan niat yang tidak baik. Perkasa akan memperalatkan NGO-NGO bukan Melayu yang bersekongkol dengannya untuk menyokong tindak-tanduk perkauman yang bakal dilaksanakan. Pertubuhan-pertubuhan ini akan dijadikan sebagai senjata untuk menikam kaum masing-masing. 

Sebagai contoh, sebaik sahaja menandatangani piagam Majlis NGO Antara Kaum Malaysia, Naib Presiden Perkasa Zulkifli Nordin dalam kenyataan medianya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur telah mengatakan bahawa Perkasa akan membela dan memberi sokongan penuh kepada Guru Besar SK Seri Pristana, Mohd Nasir Mohd Nor. Ini membuktikan bahawa Perkasa tidak pernah dan tidak akan menjaga hati dan kesejahteraan kaum bukan Melayu di negara ini. 

Kenyataan Zulkifli Nordin telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan perasaan marah dikalangan ahli-ahli Majlis itu. Tetapi, jika ahli-ahli Majlis itu masih lagi mahu menjalin hubungan dengan pertubuhan pelampau itu, maka mereka wajib bersiap sedia untuk mengadai maruah dan harga diri untuk kepentingan material dan perkara-perkara lain yang dijanjikan.

Malaysia memang aman, tapi untuk penjenayah


Penjenayah memang bermaharajalela sekarang. Kedai emas ini cuma 200 meter dari Balai Polis Mantin, namun macam pekan koboi, tembak menembak berlaku ketika rompakan. Sedangkan Mantin ialah kampung asal Ketua Polis Negara sendiri. 

Adakah perompak ini sengaja nak sakitkan hati Ketua Polis Negara ketika umat Islam sibuk bersiap solat Jumaat di bulan Ramadan? Kalau dekat balai polis pun tak selamat macamana yang jauh dari balai?

Kedai emas dirompak, perniaga rugi RM500,000
26 Julai 2013
SEREMBAN - Lima lelaki bersenjatakan pistol nekad melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai RM500,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari Balai Polis Mantin dekat sini semalam. Pemilik kedai emas itu yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian pukul 1 petang itu, dia bersama tiga lagi pekerjanya berada di dalam premis berkenaan sebelum muncul kumpulan suspek memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol.
Perompak Dan Pemilik Kedai Emas Saling Lepaskan Tembakan
26 Julai 2013
NILAI: Lima lelaki yang dikatakan bersenjatakan pistol melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai hampir RM500,000 dari sebuah kedai emas di Pekan Mantin dekat sini kira-kira 1 petang Jumaat. Perompak dikatakan turut melepaskan tembakan amaran sebelum merompak sementara pemilik kedai emas itu juga melepaskan tembakan sehingga mengejutkan para perompak dan menyebabkan mereka melarikan diri.

Daripada merajuk dengan Najib, kini menjadi Perkasa 1Malaysia



Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan itu dalam perjuangannya yang selama ini memperjuang kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam. Melalui penggabungan dengan Perinban atau Persatuan Amal dan Kebajian India Baru dan Percisma atau Persatuan Cina Era Baru, Mirac kini menjadi landasan baru perjuangan Perkasa.

Dengan bergabung dengan pertubuhan Cina dan India, tidak dipastikan setebal mana perjuangan Melayu, Bumiputera dan Islam yang akan diperjuangkan oleh Perkasa.

Sikap dan keterbukaan yang secara tiba-tiba ditunjukkan oleh Perkasa ini menimbulkan persoalan ramai, apa sudah jadi dengan perjuangan Perkasa sekarang ini? Kenapa secara mengejut menukar hala tuju perjuangannya?

Walaupun beliau bertegas bahawa Perkasa akan terus memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi ramai yang ragu-ragu dengan keupayaannya untuk terus bertahan sekiranya timbul isu yang menggugat kepentingan Melayu selepas ini.

Lebih-lebih lagi kerapuhan benteng pertahanan Perkasa itu amat terserlah apabila belum pun apa-apa lagi sudah tercetus perbalahan kecil di hari pertama penubuhan Mirac ini berikutan Perinban tidak setuju dengan kenyataan Zulkifli Nordin, Naib Presiden Perkasa mengenai sokongannya terhadap guru besar Seri Pristina berhubung isu murid makan di bilik persalinan sekolah.

Ia berakhir dengan Zulkifli meninggalkan majlis manakala Ibrahim pula terpaksa memujuk Perinban supaya terus berada di majlis berbuka puasa itu. Zulkifli pula mungkin hanya berbuka puasa di dalam kereta atau di gerai tepi jalan berikutan tiada sesiapa yang memujuknya.

Hanya dalam isu kecil seperti isu kantin pun mereka sudah berbalah, bagaimana nanti jika timbul isu lebih besar yang memerlukan suara Perkasa lebih lantang? Mungkin selepas ini suara Perkasa akan menjadi seperti kebanyakan pemimpin Umno juga yang semakin hilang aura kemelayuannya berikutan Najib lebih cenderung kepada perjuangan bercorak 1Malaysia.

Selama ini ramai orang Melayu terpana dengan perjuangan Melayu dan Islam yang dibawa oleh Perkasa sehingga ramai ahli Umno yang menjadi ahlinya walaupun Ibrahim Ali yang menjadi presidennya bukanlah ahli Umno, malahan pernah menentang UMNO dengan bertanding atas tiket Bebas dan juga PAS.

Namun atas keyakinan terhadap perjuangan Melayunya, mereka menyertai Perkasa. Tambahan pula dengan menyertai Perkasa, mereka merasakan dapat meneruskan perjuangan untuk Melayu berikutan Umno sejak dipimpin oleh Najib lebih gigih melaungkan semangat 1Malaysia berbanding untuk kepentingan Melayu, selain menunjukkan sikap tolak ansur dan lunak terhadap tuntutan kaum lain.

Walaupun tindakan Najib itu dilihat untuk kepentingan undi dan sokongan, namun dalam banyak hal sikap yang ditunjukkan beliau dilihat berlebih-lebihan dan di luar kewajarannya. Lantaran itulah Perkasa menjadi pilihan.

Perkasa sendiri, sebaik pilihan raya berakhir pernah meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang lebih memberi muka kepada kumpulan yang membuat tuntutuan secara mengugut seperti Dong Ziong dan Hindraf dengan sedia mengadakan pertemuan serta memenuhi permintaan mereka sedangkan pandangan Perkasa langsung tidak diberi perhatian.

Ibrahim yang pernah mencadangkan untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu sebagai protes terhadap penggunaan kalimah Allah, juga kecewa dengan Najib kerana menjemput paderi untuk berdialog di Seri Perdana sedangkan Perkasa tidak pernah dilayan sebegitu rupa.

Sebelum pilihan raya, walaupun menyokong Umno dan Najib, Ibrahim dan Perkasa tetap lantang memperjuangkan isu Melayu dan Islam. Suara mereka jarang ketinggalan dalam kebanyakan isu yang berbangkit.

Selepas pilihan raya dan hampir diketepikan Najib sebagai calon dan kemudian kalah di Pasir Mas, Ibrahim tidak menyimpan lagi rasa kecewanya dengan Najib. Selain mengungkit bahawa Najib lebih memberi perhatian kepada tuntutan kaum lain dan mengabaikan padangan Perkasa, Ibrahim juga seperti mengugut mahu mengambil sesuatu langkah yang dianggapnya drastik terhadap kepimpinan Najib.

Tidak lama selepas itu pula, Perkasa mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir dan mengumumkan mereka kini mengambil sikap berkecuali dan tidak lagi terikat dengan UMNO, kerajaan atau Najib. Ternampak bahawa Perkasa benar-benar kecewa dengan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tiga hari lalu, Ibrahim dan 10 pimpinan tertinggi Perkasa dijemput ke Seri Perdana oleh Najib untuk bersemuka dan meluahkan pandangannya. Sebaik selesai, Ibrahim dilaporkan berpuas hati dengan pertemuan itu serta melahirkan rasa gembiranya dapat bertemu dengan Najib.

Semalam tiba-tiba Ibrahim mengumumkan penubuhan Mirac yang menandakan arah baru perjuangannya selepas ini. Walau apa pun penafian Ibrahim mengenai kaitan penubuhan Mirac dengan pertemuannya dengan Najib, kesimpulan ramai ialah "takkan burung tempua tiba-tiba bersarang rendah". Di sebalik mee yang sedap selalunya ada udang galah atau ketam tersorok dibawahnya.

Itulah pandangan atau tanggapan ramai mengenai Perkasa dan Ibrahim Ali sekarang ini.

Luahan kata-kata kecewa, ugutan untuk melakukan sesuatu tindakan yang drastik kononnya dan mengumumkan sikap berkecuali kemudiannya, rupa-rupanya hanyalah "langkah silat pengantin" untuk lebih dekat dan rapat dengan Perdana Menteri.

Perkasa kini, melalui Mirac, bukan saja semakin mendekati hala tuju perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh Najib, bahkan Perkasa kini sudah boleh dikenali sebagai Perkasa 1Malaysia. – shahbudindotcom@blogspot.com, 27 Julai, 2013. 

Kekal lah PAS sebagai parti yang berakhlak


Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah PAS. Parti yang memperjuangkan Islam sejak sebe,um Merdeka ini lagi dikenali samada oleh kawan atau lawan sebagai sebuah parti orang baik-baik, keranan bukankah sepatutnya begitu lantaran yang diperjuangkan parti ini adalah Islam.

Parti ini bermula dari sekecil-kecil gerakan, yang dipandang rendah dan lekeh, dijangka tidak panjang usianya kerana kurang diyakini dapat menambat minat dan sokongan rakyat berbandin Umno yang seakan usianya.

Tetapi lantaran istiqomah ahli-ahli dan pimpinannya yang didokong kuat oleh para ulamak PAS kekal dipersada politik tanahair sehinggalah ke hari ini. Malah kalau dikira usianya menjangkau Umno, kerana Umno dikira mati dan hidup semula akibat diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu.

PAS jatuh dan bangun dalam politik Malaysia tetapi tetap tegap berdiri malah hari ini merupakan salah sebuah parti politik yang terbesar keahliannya dan paling tersusun organisasinya.
Walaubagaimanapun seperti parti-parti lain PAS tidak sunyi dari berbagai cabaran, dugaan dan krisis. Presidennya pernah meninggalkan parti, ada wakil rakyatnya yang pernah melompat meninggalkan parti, Presidennya ditahan ISA dikenakan tindakan sehingga tidak layak bertanding, namu PAS terus relevan bukan kerana kehebatan individu, bukan kerana kekuatan kewangan, tetapi PAS kekal bernafas saya yakin kerana ia tetap berpegang kepada Islam sebagai prinsip dan dasar perjuangan.


Jika ada usaha untuk membawa PAS keluar atau melonggarkan prinsip dan dasarnya itu, jangankan pimpinan, ahli-ahli PAS yang berkorban bermati-matian dan sentiasa istiqomah itu pasti akan bangkit dan memperbetulkan kembali keadaan.
Saya membangkitkan hal ini kerana melihat seakan ada atu arus atau gerakan untuk menggugat kestabilan dalam PAS sedang membara kebelakangan ini lebih-lebih lagi memandangkan parti itu akan menghadapi proses pemilihan dalam parti tidak berapa lama lagi. 

Pemimpin naik dan pemimpin turun melalui proses pemilihan adalah satu perkara biasa termasuklah dalam PAS. Tetapi yamg menjadi luar biasa adalah apabila parti Islam ini turut melalui proses kempen memburuk-buruk dan menjatuhkan individu dan kumpulan tertentu melalui fitnah, tohmahan dan adu-domba. Proses seumpama ini tidak boleh ada di dalam PAS kerana ianya jelas bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangannya.
Satu artikel dalam sebuah portal berita hari ini bagi saya adalah permulaan proses kotor ini dan perlu di bendung dan diberi perhatian oleh ahli-ahli. Di bawah tajuk:

Another son in law rises this time in PAS
Atau dalam Bahasa Melayu nya:
Kebangkitan pengaruh menantu kali ini dalam PAS
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kebangkitan-pengaruh-menantu-kali-ini-dalam-pas

cuba memberikan gambaran buruk secara spesifik kepada pemimpin nombor satu PAS iaitu Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Kononnya PAS kini diganggu oleh pengaruh menantu Tuan Guru dan cuba menyamakannya dengan Khairy Jamaluddin ketika Dollah Badawi Presden Umno satu ketika dahulu.Dan dalam ruangan komen artikel berbahasa Inggeris itu dimuatkan komen berikut:

Hadi and this son-in-law are selfish people, always thinking about themselves and always thinking that they are right. Of course they are wrong! These kind are not what Malaysia needs. The Rakyat must always be careful of them - they do not have a Malaysian agenda but rather they own inward, selfish agenda.
(Hadi dan menantunya mementingkan diri sendiri, sentiasa memikirkan tentang diri mereka sahaja yang betul. Tetapi mereka sebenarnya salah! Orang seumpamam ini tidak diperlukan oleh Negara (Malaysia). Rakyat mesti berhati-hati dengan mereka, mereka tiada agenda Malaysia sebaliknya hanya mementingkan agenda peribadi mereka.)

Bukannya saya taksub atau fanatik pada Tuan Guru tetapi apabila dihamburkan fitnah dan tuduhan melulu ke atas seorang tokoh yang telah banyak menyumbang ke arah kebangkitkan semula PAS sejak awal 80an lagi (sedang ketika itu ada diantara pimpinan PAS hari ini tak kenal pun PAS lagi), saya merasakan ahli-ahli PAS yang istiqomah dan cintakan dasar dan perjuangan parti perlu bangkit mempertahankan yang hak.Cegah unsur-unsur sekular yang mengizinkan politik adu-domba dan fitnah dari meresap ke dalam parti dan merosakkannya.

Rakyat mahu kepada PAS lantaran ia konsisten dalam memperjuangkan Islam, jangan sampai rakyat lihat tiada beza antara kita dengan yang lain.Semoga Allah swt terus mempertahankan PAS dan pemimpinnya yang ikhlas.

Gambar Ini Pemimpin UMNO Dan MCA Tak Suka Lihat



Gambar ini sudah tentu tidak disukai oleh pemimpin dan pendokong Umno serta juga pimpinan MCA. Parti-parti rasis dan pelampau bangsa memang tidak suka gambar-gamabr macam ini. Sebab mereka berjuang bangsa bukan berjuang untuk agama.


Gambar ihsan fb Saudara Mazlan Aliman.


Mazlan menulis dalam FB 

.......Bersama YB Wong Su Qi, ADUN DAP Senai, Sdr Hisham Mohd Zin dan pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya. Selesai berbuka puasa di Bandar Putra, Kulai.


Seronok tengok YB DAP ni pakai baju kurung. Beliau selalu bertanya mengenai perjuangan PAS. Anak muda DAP yg belajar lama di Taiwan. Terpelajar tapi merendah diri.


Alhamdulillah...

Adakah Anda Tahu Mukjizat Telaga Zamzam?



Adakah anda tahu mukjizat Zamzam?

Paras air telaga Zamzam adalah sekitar 10.6 kaki di bawah permukaan. Ia adalah keajaiban Allah bahawa apabila air Zamzam telah dipam secara berterusan selama lebih daripada 24 jam dengan kadar mengepam 8,000 liter per kedua, paras air menurun kepada hampir 44 kaki di bawah permukaan.

TETAPI APABILA Pam dihentikan, tahap segera dinaikkan sekali lagi kepada 13 kaki selepas 11 minit. 8,000 liter sesaat bermakna 8000 x 60 = 480,000 liter seminit 480,000 liter per minit bermakna bahawa 480,000 x 60 = 28.8 Juta liter sejam Dan 28.8 Juta liter jam bermakna 28800000 x 24 = 691.2 Juta liter sehari.

Jadi mereka dipam 690 jutaan liter Zamzam dalam masa 24 jam, tetapi ia telah dibekalkan semula dalam 11 minit sahaja. Terdapat 2 mukjizat di sini, pertama yang telaga Zamzam dilantik semula diisi dengan segera, & yang kedua ialah Allah yang Memegang tambahan ordinaril y berkuasa Akuifer untuk tidak membuang telaga Zamzam tambahan daripada baik, jika tidak dunia akan tenggelam. Ia adalah terjemahan daripada Telaga ZamZam perkataan, yang bermakna Henti!!! Hentikan!!!! dikatakan oleh Hajirah Alaih Sebagai Salaam.

[Baca seterusnya...] "
 

Guan Eng: ancam sekat internet, cubaan jahat BN kekalkan kuasa

DAP menentang keras langkah BN untuk menyekat penggunaan internet yang dilihat sebagai cubaan mengekang kebebasan maklumat demi mengekalkan kuasa.

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.

Beliau menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.

“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah.

“Ini jelas menunjukkan BN tidak memahami kemahuan rakyat yang sentiasa menginginkan kebenaran, kebebasan dan pencarian ilmu tanpa ditapis oleh propaganda, perkauman dan ideologi pelampau,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan, menyifatkan langkah ke arah menyekat internet dan media sosial oleh BN itu tiada bezanya daripada kerajaan yang bercorak diktator autokratik.

“BN melihat internet sebagai satu ancaman kerana kebebasan dan kebenaran dalam internet membenarkan pembohongan, benci dan takut akan cepat terdedah.

“Sebagai contoh, BN sebelum ini memfitnah dengan mendakwa anak lelaki saya mencabul rakan perempuan sekelasnya, namun pembohongan berniat jahat itu berjaya didedahkan melalui internet, kita dapati beliau adalah juara catur Hong Kong yang tidak pernah ke Pulau Pinang, tidak pernah bertemu dengan saya atau anak saya.

“Adakah ini sebenarnya yang menakutkan BN?, takut pembohongan, kebencian dan rasuah mereka didedahkan dengan kebebasan internet?,”

Zahid Hamidi akui indeks jenayah di New York lebih rendah?


"Nampaknya Malaysia terpaksa belajar dari Amerika Syarikat cara untuk menangani jenayah yang semakin menjadi-jadi.

Apakah kenyataan Zahid Hamidi di bawah secara tidak langsung mengakui indeks jenayah di Kuala Lumpur lebih tinggi dari kotaraya metropolitan New York?

Malaysia Kukuh Kerjasama Dengan AS Untuk Kurangkan Indeks Jenayah
29 Julai 2013

Malaysia akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan dan mengurangkan indeks jenayah di negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak aspek yang boleh dipelajari dari AS terutama dari segi latihan.

"Jenayah yang berlaku sekarang adalah berkenaan jenayah indeks yang telah berjaya dikurangkan terutamanya oleh Jabatan Polis New York (NYPD).

"Inilah yang kami cuba pelajari kerana New York pada suatu ketika merupakan satu tempat yang mempunyai indeks jenayah tinggi tetapi dapat dikurangkan melalui beberapa tindakan drastik oleh NYPD," katanya.

BEKAS PESERTA RATU CANTIK DIAJAK TUKAR AGAMA DEMI CAPAI CITA-CITA!!!


Sara Amelia (kanan)
Sara mendakwa fatwa pada tahun 1996 itu sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan pada zaman ini...

beliau juga sedih dan kecewa kerana pada tahun 2013 ini bangsa terbesar di negara ini (melayu) dilarang menyertai pertandingan ratu cantik Malaysia.

Beliau juga cuba membandingkan keputusan fatwa di negara ini dengan kemenangan pertama seorang gadis Muslim di Amerika dalam pertandingan Miss World USA pada tahun 2010 dan menegaskan bahawa kelonggaran yang sama juga di UK beberapa tahun lalu...

Dalam keadaan Sara Amelia sedih  dan terkeliru dengan hukum Allah yang nampaknya beliau tidak fahami lantaran kehidupan beliau yang agak modern dan bebas itu, maka beberapa rakan FB beliau yang bukan Islam mengambil kesempatan ini dengan mengesyorkan Sara Amelia supaya meninggalkan agama Islam..


 Lagi saranan rakan beliau yang meminta Sara meninggalkan agama Islam..



Perkara-perkara ini melibatkan akidah..

kita tak boleh memandang remeh perkara yang sebegini..

Sara dan 3 orang gadis yang kecewa di gugurkan itu mungkin akan dirapati oleh pihak agama lain supaya meninggalkan Islam demi mencapai cita-cita menjadi ratu cantik Malaysia...

Kalau mereka tu kuat akidahnya kita tidaklah begitu bimbang apabila ada pihak lain datang menghasut..

Tapi kalau dah sanggup sertai pertandingan ratu cantik yang mendedahkan tubuh badan sana sini di hadapan orang ramai,dah tentulah kita boleh agak tahap mana agamanya mereka semua tu..

Lebih-lebih lagi dalam keadaan fikiran mereka yang lemah pada saat-saat seperti ini...

Individu-individu yang memegang jawatan besar dalam dalam bidang agama Islam di negara ini perlulah mengambil tindakan menjelaskan secara baik kenapa beliau tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik ini yang banyak memaparkan aurat seorang wanita yang sangat-sangat di larang dalam Islam..

Penjelasan harus dilakukan dengan teliti sehingga Sara Amelia ini faham sepenuhnya akan hukum Islam..

Menurut Sara lagi, Datin Anna Lim,penganjur pertandingan tersebut yang kini sedang berusaha keras supaya beliau dapat disenaraikan kembali ke pertandingan Miss Malaysia ini sudah pun cuba mengaturkan pertemuan dengan Mufti Wilayah,Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di manakah bahagian dalam Al Quran yang menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik..

Namun menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..

Jika benarlah bagai apa yang dinyatakan oleh Sara tersebut,maka bagi aku Datuk Wan Zahidi telah gagal tanggungjawab beliau sebagi Mufti dalam menjelaskan ayat-ayat dan hukum-hukum Allah apabila ada insan yang mahukan penjelasan..

Jangan apabila mereka berempat ini murtad kerana tidak memahami Islam demi cita-cita mereka,waktu tu baru kita nak menyesal..

Buat Sara, ini ada petikan ayat Al Quran dari Surah An Nur ayat ke 31..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak
mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."



Bagi aku,mereka membantah kerana mereka tidak memahami Islam dan mungkin kehidupan mereka terlalu jauh syariat islam..

jadi tanggungjawab kitalah menerangkan kepada mereka... 

bukan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa penjelasan.. 

Dan pihak agama juga haruslah adil dalam mengeluarkan hukum dan fatwa..

sepertimana yang dipertikaikan oleh 4 orang peserta ini..

"bagaimana dengan sukan gimnastik yang melibatkan peserta melayu Islam yang mendedahkan aurat..?"

seperti di dalam gambar ini..





Kalau kita bersikap adil dalam semua hal dan perkara nescaya orang tidak akan salah faham terhadap Islam..

tapi bila hukum dikeluarkan mengikut sesedap rasa..

yang itu boleh.. yang ini tak boleh,maka yang tak faham Islam akan semakin keliru... 

lianglahad

MAKANAN ADA DNA BABI DIKESAN



Haram dimakan-sila share kepada semua.


Apa itu Chikuwa?
Chikuwa (seasoned Fish Roll)

Filament Fish Sticks



Oleh : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mendapat maklumat dari pihak berkuasa di pintu masuk sempadan Malaysia- Thailand mengenai sampel makanan, kategori ikan dan hasilannya yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi iaitu produk Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP). Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

 AWAS!!!

Kalau orang dah biasa dengan negeri Perlis mesti dia akan mencari sejenis makanan yang famous di Perlis.. Selain ikan bakar, Laksa dan Makanan siam.. Tak kurang famous juga SteamBoat dan Lok Cheng.. Kedua-dua inimakanan berasakan seperti Filament Fish dan Chikuwa.. Jadi kalau nak makan tu hati-hati lah.. Kalau boleh elak kan.. sebab rata-rata makanan nie terus datang dari siam.. 

Lok Cheng



SteamBoat

Siapa pernah makan LokCheng atau SteamBoat Perlis?


pakat-pakatkalih

WANITA MENGAKU KERAT TEKAK,KEMALUAN DOKTOR


Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis. Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah bungkusan.

Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra. Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.

"Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.
“Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003. “Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual,” katanya.

Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.

“Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.

Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau bedah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. “Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat,” katanya.

INIKAH MOTIF PEMBUNUHAN PENGASAS ARAB MALAYSIAN BANK?

Pembunuhan Hussain Ahmad Berkaitan Wang RM300,000?

Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu Mynewshub, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.

“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu.

“Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya.

(Baca – SEGERA: Pengasas Arab-Malaysian Bank Mati Ditembak Lelaki Tidak Dikenali, Isteri Parah)

Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari
arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.

Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian.

Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger

Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

“Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.

RM44 juta: Rosmah dan Najib berjoli sakan duit rakyat


Najib belanja mewah RM44 juta lawatan ke luar negara.
RM44 juta: Rosmah dan Najib berjoli sakan duit rakyat
Kos lawatan luar negara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya dalam tempoh lima tahun terakhir bernilai RM44.1 juta.

Perkara itu dinyatakan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Taping, Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nilai itu untuk lawatan antara Mac 2008 hingga Mei 2013.

Bagaimanapun, ditanya sama ada ia mungkin turut melibatkan perbelanjaan pendahulunya sebelum itu – Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nga berkata, beliau percaya semua itu perbelanjaan Najib.

Najib menggantikan Abdullah pada 3 April 2009.

“Mungkin ia termasuk perbelanjaan ketika beliau (Najib) masih Timbalan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Kawal internet: Bagai batuk diberi ubat sakit perut

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan Internet diselar PAS hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) menyifatkan cadangan penyelesaian bagaikan orang sakit batuk diberi ubat sakit perut.

Sebelum kerajaan mencadangkan untuk mengawal internet, kata Tuan Ibrahim, kerajaan harus mencermin diri apakah tindakan dwi standard mereka yang menyebabkan warga internet sering terkeliru dengan tindakan kerajaan dalam sesuatu perkara.

“Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara. Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata sikap dwi-standard kerajaan juga ketara di dalam soal sensitiviti antara kaum.

“Kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain,” katanya.

Dari sudut media, Tuan Ibrahim berkata pihak kerajaan dilihat bertindak dwi standard dan tidak telus apabila tidak membenarkan sebarang peluang untuk berita negatif mengenai kerajaan mahupun berita positif mengenai pihak pembangkang disiarkan.

“Ini mendorong rakyat kepada penggunaan internet yang tinggi untuk menyebarkan maklumat yang lebih adil dan saksama.

"Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet,” tegas beliau.

Bagi beliau, internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat berlaku.

“Dalam Islam, keadilan adalah perkara paling asas dituntut pada pemerintah. Kegagalan bertindak adil adalah punca rakyat bertambah keliru bukan kerana keberkesanan internet untuk menyebarkan maklumat. Menyalahkan internet tapi bukan tindakan kerajaan sendiri adalah perkara yang paling dangkal.

"Rakyat perlu dididik menggunakan internet secara bertanggungjawab dan bukannya dengan mengawal akses internet,” tambah beliau lagi.