Sunday, November 3, 2013

APS: Penganggur berdaftar masih gagal dapat kerja

Malaysia menghadapi masalah pengangguran yang serius tetapi kerajaan bersikap seolah-olah mencapai guna tenaga penuh.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, penganggur yang mencari kerja akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memperolehi perkerjaan mengikut cita rasa dan kelayakan yang dimiliki.

Katanya, salah satu kaedah yang popular di negara kita ialah mencari pekerjaan melalui agensi pekerjaan.

“Agensi pekerjaan swasta sering menjadi pilihan kepada penganggur walaupun terdapat bayaran tertentu dan beberapa syarat yang perlu dipenuhi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mengikut statistik Jabatan Tenaga Kerja (JKT) sehingga 30 September 2013 terdapat 2502 buah agensi telah berdaftar sebagai Agensi Pekerjaan Swasta (APS) di bawah peruntukan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

Katanya, daripada jumlah itu hanya 1,178 APS yang bergiat aktif pada masa ini.

Walaubagaimanapun, ujarnya pihak kerajaan telah menerima 81 permohonan baru dan 663 pembaharuan lesen APS dari bulan Januari hingga September 2013.

“Adakah APS yang sedia wujud memainkan peranan atau tanggungjawab dengan berkesan?” tanya beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Katanya, statistik yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia tidak memberi satu gambaran yang baik berhubung dengan APS ini.

Beliau menambah, didapati 279,348 pendaftaran pekerjaan dibuat di keseluruhan APS negara kita dari bulan Januari hingga September tahun ini.

Daripada jumlah besar itu, kata beliau hanya 14,802 orang yang berjaya ditempatkan oleh APS.

Ini, ujarnya hanyalah 4.97% daripada jumlah yang didaftarkan oleh APS, sementara lebih 95% yang didaftarkan tidak dapat ditempatkan lagi.

“Kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah APS negara kita tidak cekap?

“Ataupun ada alasan-alasan lain berhubung dengan perkara ini?” ujarnya

Justeru, katanya lagi kerajaan harus mengkaji semula peranan APS dan mencari jalan untuk mempertingkatkan kemampuan APS supaya dapat menempatkan orang-orang yang berdaftar di bawahnya secara efektif.

Jika tidak, kata beliau APS tidak akan diberi kepercayaan  oleh orang yang berdaftar mahupun pihak majikan.

“Kerajaan harus mengkaji semula undang-undang yang sedia ada untuk mempergiatkan lagi industri ini.

“Kewibawaan APS ini adalah penting untuk menyelesaikan masalah pengangguran di negara kita,” ujarnya lagi.

Katanya, kategori kerja yang paling banyak ditempatkan oleh APS ialah profesional iaitu 3,189 daripada 56,997 yang didaftarkan, manakala yang kedua perkeranian iaitu 3,156 daripada 42,085 yang didaftarkan untuk tempoh Januari hingga September 2013.

“Statistik-statistik yang diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia adalah amat menakjubkan kerana terdapat ramai dari kalangan rakyat negara kita mencari pekerjaan tetapi pada masa yang sama warga asing pula telah melanda di bumi ini,” katanya.

Peneroka Felda bakal ditipu lagi

Undi menyokong menjual 51% saham KPF adalah pengkhianatan, kata Presiden Anak, Mazlan Aliman.

PETALING JAYA: Tindakan ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang mengundi menyokong usul cadangan penjualan 51% ekuiti milik KPF di dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) seumpama pengkhianat yang mahu membunuh koperasi terbaik di Malaysia itu.Demkian kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan dalam kenyataannya berkata, ini kerana KPF telah dibina 30 tahun dan tiba-tiba kepentingannya hendak diserahkan kepada FGVH.
“FGVH, syarikat yang hidup atas ihsan peneroka, pajak tanah Felda Plantation, pinjam duit KWSP, rugi pelaburan di luar negara dan sahamnya merudum rudum jatuh,” kata Mazlan dalam kenyataannya.
KPF adalah pemegang saham utama (ultimate shareholder) dalam syarikat Kumpulan FHB dengan kadar pemilikan ekuiti seperti berikut:-
1. Felda Holdings 112,200 (unit) 166,582 (juta pelaburan) 51% (ekuiti)
2. Felda Transport Services 14,700 6,770 49%
3. Felda Marketing Services 8,330 3,565 49%
4. Felda Engineering Services 4,900 2,450 49%
5. Felda Security Services 1,411 353 49%
6. Felda Vegetable Oil Products 25,000 34,500 33.3%
7. Felda Rubber Industries 12,000 6,000 28.6%
8. Felda Palm Industries 56,557 58,052 28.0%
9. Felda Agricultural Services 15,000 55,500 23.1%
10.Felda Prodata Systems 2,500 16,825 20.0%
11.Felda Kernel Products 4,000 3,000 16.7%
Jumlah 256,598 353,597
Ahli KPF 207,913 orang

Sehingga tahun 2010, KPF mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion. 87.81% keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.
Pelaburan dalam Syarikat Kumpulan FHB adalah asas kepada penubuhan KPF. Perolehan dividen daripada pelaburan tersebut adalah penyumbang utama kepada keseluruhan perolehan KPF, membolehkan KPF mengekalkan prestasi bayaran dividen dan bonus yang baik semenjak lebih 30 tahun penubuhannya.
Usul yang akan dikemukakan ialah menjual keseluruhan 112,199,99 unit saham milik KPF di dalam FHB bersamaan 51% modal berbayar dan diterbitkannya kepada FGVH pada nilai RM2.20 bilion ataupun RM19.61 sesaham.
“Saya telah mengulas hal ini beberapa kali. Jika lulus, risikonya terlalu amat besar. Ingat, perolehan tahunan daripada FHB adalah 15 bilion. Ia bakal menjadi milik FGVH,” kata Mazlan dalam kenyataannya itu.
Menurut Mazlan, prestasi semasa FGVH yang tidak stabil, kini ia mahu merampas ekuiti milik KPF pula dan dicadang pula 10% daripada pemilikan KPF diguna untuk melanggan saham FGVH.
“Ini suatu pertaruhan yang saya anggap hidup mati KPF. Bukan itu sahaja, kebun peneroka yang diurus oleh Felda Techno Plant juga berada dalam kawalan FGVH.
“Apa-apa risiko yang melanda FGVH, syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia ini, akan mengorbankan sepenuhnya kehidupan 112,635 orang peneroka. 95% adalah orang Melayu!” kata Mazlan.

Sg Limau: SPR jangka lebih 90% pengundi akan keluar mengundi esok

 (Pemimpin BN sedang mengedarkan habuan PRK...)



 
Lebih 90% daripada 27,222 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka keluar mengundi esok berbanding 89% pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.
"Kempen PRK DUN Sungai Limau lebih mesra keluarga, tenang dan aman. Peningkatan kadar mengundi adalah kerana semangat setia kawan dan kekeluargaan," katanya kepada pemberita selepas menyemak peti dan peralatan undi, di Dewan Dato' Madi, di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata daripada 27,222 pengundi, tiga daripadanya ialah undi pos membabitkan seorang pelajar di Mesir dan dua orang yang bekerj masing-masing di Permatang Pauh dan Sabah.
Katanya sebanyak 499 pegawai SPR, 116 anggota polis serta 58 ketua tempat mengundi (KTM) terlibat semasa hari pengundian esok, yang membabitkan 58 saluran dan 17 tempat mengundi.
"KTM akan mengambil peralatan untuk hari mengundi ke lokasi masing-masing, manakala dakwat kekal dan kertas undi akan tinggal di dewan sehingga 6 pagi esok. Polis akan mengawal peralatan itu dan dewan akan disita supaya tidak dicerobohi mana-mana pihak," kata Abdul Ghani.
Beliau turut menasihati pengundi untuk keluar secara berperingkat mulai 8 pagi hingga 5 petang serta membawa bersama kad pengenalan dan memeriksa tempat mengundi masing-masing.
Abdul Ghani berkata SPR menjangka keputusan PRK DUN Sungai Limau akan diketahui selewat-lewatnya 10 malam esok dan pusat penjumlahan undi adalah di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. - Bernama

Sg Limau: Penentu kelangsungan “Mahathirisme”..!!!

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bakal menjadi penentu kepada kelangsungan "Mahathirisme" kata Lim Kit Siang, yang mana akan menyaksikan sama ada ia akan menemui kegagalan atau kejayaan esok.
"Pilihanraya kecil Sungai Limau esok akan menjawab persoalan: Apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu?" kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.
Veteran DAP itu menegaskan kemunculan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kempen Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau turut bakal menyaksikan sama ada Mahathirisme akan kekal atau tewas selepas "kekalahan ketiga untuk tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya 2013."
"Inilah yang akan terjadi jika calon PAS dan Pakatan Rakyat Mohd Azam Samat mampu mempertahankan kawasan itu, terutama dengan perbezaan undi lebih besar.
"Kemenangan calon Pakatan Rakyat itu akan menjadi berita terbaik bagi negara ini," katanya.
Dr Mahathir sendiri jelas ahli Parlimen Gelang Patah boleh dianggap mewakili puak pelampau yang menjadikan “kumpulan majoriti yang moderat” sebagai tebusan dengan segala pembohongan mereka sehingga menjejaskan usaha pembinaan dan pembangunan negara serta penyatuan warga.
"Dr Mahathir berkata kumpulan pelampau sedang menguasai Malaysia pada ketika Barisan Nasional sedang bergelut untuk menangani masalah kemerosotan sokongan orang ramai terhadap pakatan parti pemerintah itu walaupun ia masih menguasai kerajaan.
"Benar dakwaan Mahathir bahawa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lemah dan ia merasa perlu untuk melayan 'tuntutan-tuntutan tidak munasabah' daripada puak pelampau untuk mengekalkan sokongan orang ramai," katanya.
Dr Mahathir dan Mahathirisme dakwa Kit Siang (gambar) menanggung kegagalan sejak enam bulan lalu dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila para pengundi Melayu tidak termakan dengan pembohongan dan dusta.

Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 3-11-2013 (A)

















Kempen PRK Sungai Limau paling aman, kata polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang akan berakhir lewat malam ini, sebagai yang paling aman ketika ini.
Beliau berkata hanya enam laporan polis dibuat dan tiada kesalahan serius yang dilaporkan sepanjang proses kempen dijalankan.
"Melalui tinjauan yang dilakukan, keadaan terkawal dan kami akan pastikan keadaan ini kekal berterusan sehingga berakhirnya PRK ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu polis mengingatkan pengundi berdaftar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan polis yang bertugas di 17 pusat pengundian di DUN itu esok.
"Saya minta penyokong dari kedua-dua parti agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan dan memarkir kenderaan sesuka hati sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Berhubung laporan polis yang dibuat Barisan Nasional (BN) semalam tentang patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerjaparti itu, Khalid berkata polis masih menyiasat kejadian tidak bermoral itu.
"Kami sudah terima maklumat tetapi siasatan lanjut masih dijalankan sehingga kini. Bagi saya ini perbuatan tidak elok," katanya.
Khalid turut mengingatkan pengundi DUN itu supaya keluar ke pusat mengundi awal pagi bagi mengelakkan kesesakan selain mengingatkan pengundi agar sentiasa patuh kepada arahan polis bagi melancarkan proses pengundian.

"Kami melantik tiga pasukan pemantau terdiri daripada polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil parti untuk mengawal sebarang kejadian tidak diingini di setiap pusat pengundian," katanya.
Ditanya kemungkinan berlaku penutupan jalan di sekitar pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Khalid berkata tiada arahan penutupan jalan dikeluarkan.
Pilihan raya kecil DUN itu menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.
Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995, pada 26 September lepas. – Bernama

Kita bising minyak naik sebab kesiankan rakyat marhaen

SIAPA KATA RAKYAT BERANG KERANA KENAIKKAN HARGA PETROL RON95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN?????


Inilah rakaman gambar dimana sehelai kain rentang dipasang dengan ayat tertar ditulis ....HADIAH PM ... SEMPENA HARI KEMERDEKAAN ... MINYAK PETROL NAIK 20 SEN ... BN = BARANG NAIK ... I LOVE PM .

Kalau ada rakyat tak faham-faham akan maksud ayat-ayat kain rentang ini lebih baik berhenti jadi manusia dan pergi terjun lombong.

Jangan terkejut jika ada para pembela Najib akan berhempas pulas memutarkan ayat-ayat ini sebagai tanda rakyat amat bersetuju langkah Najib menaikan harga petro sebanyak 20 sen mulai hari ini.

Puak-puak ini bukan boleh buat kira, janji pertahankan Najib at all cost walaupun maruah diri tercalar teruk. Omakkau

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan....

Kenapa harga sebenar RON95 lebih mahal berbanding harga sebenar RON97?

Info menarik utk di fikir bersama.... Adakah rakyat ditipu?

Harga terkini minyak RON95 RM2.10 seliter dan diberitakan kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap liter.

Harga minyak yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter, tiada subsidi kerajaan.

Dengan kata lain Harga RON97 = RM2.70
Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?

Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter dan semua rakyat dapat menggunakan RON97?

Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap liter?

logikkah RON95 lebih mahal berbanding RON97? kegilaan apakah ini?

Fikirlah jika kamu ada otak!

Kenapa RON97 lebih murah daripada RON95 - Fomca
Selangorku,
04 Sep 2013
SHAH ALAM: Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan harga Petrol RON97 yang lebih murah berbanding RON95, tegas Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

Menurut Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, rakyat keliru keadaan itu berlaku kerana harga RON 95 sepatutnya lebih murah jika kerajaan serius untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam pemberian subsidi bahan api itu.

“Keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak telus dalam penstrukturan subsidinya,” kata Mohd Yusof ketika dihubungi TVSelangor.

Sebelum ini, harga bagi RON95 selepas dinaikkan sebanyak RM0.20 ialah RM2.10 seliter dicampur dengan subsidi sebanyak RM0.63 seliter, jadi jumlah harganya ialah RM2.73 seliter.

Manakala RON97 pula berharga RM2.70 seliter lebih berkualiti tapi lebih murah sebanyak RM0.03 seliter yang akan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM0.03 bagi seliter minyak diberikan subsidi.

Mohd Yusof berkata, tindakan kerajaan BN menaikkan harga sebanyak RM0.20 secara mendadak menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi sehingga menjejaskan kos sara hidup rakyat.

Katanya, kerajaan boleh melakukan secara berperingkat pada waktu tertentu agar kesannya tidak terlalu besar kepada kehidupan rakyat.

Tambah beliau, cadangan kerajaan memperkenalkan semula penggunaan RON92 adalah tindakan terkebelakang kerana jenis RON itu mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

“Kerajaan perlu mengekalkan RON95 dengan cara kerajaan mengambil langkah untuk mencari jalan penyelesaian agar harganya tidak menyusahkan rakyat memandangkan bahan bakar tersebut digunakan oleh kenderaan dari golongan berpendapatan rendah,” kata beliau.

Minyak Naik 2 Kupang ; Edisi "Nak Kereta Murah..Minyak Kena Mahai laarr"

huhuhu..minyak naik 2kupang..dont wori..perodua ada penyelesaianya..ini dia kereta baru...mampu milik..huhuhu


Gomen tukaq pakai Honda..xda masalah pon..huhuhu

huhuhu..minyak naik 2kupang..dont wori..esok lusa 'ada la kot' Ron 93 ka..Ron 91 ka..Ron bla bla bla bla ka..88 ka..86..ka..bla bla bla.. dijamin murah dari Ron95..dijamin kualitinya oleh JAKIM.huhuhu ...lagi power dari Minyak Gas..Minyak Tanah ...

huhuhu..minyak naik 2kupang..syukurlah gaji geng gomen xkena potong lagi... harap2 ada la bonus utk geng gomen ujung taun nie...jgn plak kepala geng gomen nak kata "nak stabilkan fisikal-basikal ekonomi Malaysia" sbb tue gaji geng gomen kena potong bonus habuk pon tarak huhuhu.. mana nak bari BR1M lagi...

huhuhu..win-win situation larr ... standard la.. Nak kereta murah..minyak kena mahai laarr..huhu

RON 95 akan dinaikan harganya sehingga RM 2.70 seliter?

Mengapa BR1M diumum RM 1200 dalam akujanji BN yang lepas?
Kos untuk melaksanakan ini adalah melibatkan peruntukan hampir RM 11 Billion.

Setiap kenaikan 20 sen ron 95 n diesel kerajaan akan dapat RM 3 Billion.

Maknanya kerajaan akan melakukan 3 kali lagi kenaikan 20 sen untuk mendapat rm 12 billion bagi menjayakan akujanji mereka untuk bagi BR1M rm1200.

Maka kita sudah boleh jangka, RON 95 nanti harganya adalah RM 2.70 seliter dan diesel RM 2.60 seliter.....

Logik tak????

Semalam Yang Miskin Dah Kena, Malam Ni Si Kaya Pulak Kena

Edisi Berita Tak Pelik
Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dipercayai RON97 juga akan naik. Ini bertujuan untuk menyeimbangkan kadar kenaikan RON95 yang telah dipertikai rakyat kerana lebih mahal 3 sen dari RON97. Selain dari itu rundingan juga di buat untuk mengulingkan NAJIB Mongol tanpa kehadirannya.


Menteri dan bekas menteri kaya nak mampos. Yang baru join UMNO dan dapat jadi wakil rakyat setengah mampos kipas bontot dan pertahankan pemimpin atasan kerana takut tidak diberi jawatan lain selain wakil rakyat. Jalan mudah nak kaya agihan wang dari pusat di sulamkan untuk kepentingan sendiri. Rakyat yang bodoh dan dibodohkan terus memberi sokongan. Itulah politik Malaysia. - Macai kata oooyehhh babay i like Barisan Nasional.

Malaysia kita sudah berjaya....
Mudahnya rakyat ditipu... -King Jason

Subsidi gula, diabetes dan ketentuan Allah

Saya masih lagi tidak mendengar kenyataan rasmi daripada sohibul fadhilah ustaz-ustaz daripada Ulama Muda Umno tentang isu pengurangan subsidi gula (kalimat berhantu menggantikan kenaikan harga gula). Mungkin isu ini tidak sehebat pengurangan subsidi petrol RON95 yang mana mendapat respons cepat daripada ILMU lantaran perlunya meredakan kemarahan marhaen terhadap pimpinan tertinggi negara. Atau mungkin juga boleh saya keluhkan bahawa bingkisan "kenaikan harga ketetapan Allah" itu sebagai kuih penganan sahaja untuk melariskan populariti dalam Pemilihan Pemuda Umno 2013 yang lalu. Oh, berdosakah saya kerana syak wasangka ini?

Saya terkejut apabila mendengar perkara 161 Ucapan Bajet 2013. Benarkah itu yang termaktub atau saja-saja memanda perdana menteri menokok?  Oleh kerana tidak berpuas hati, saya menyemak semula teks ucapan bajet 2014. Memang benar, ada nas ditulis bahawa 2.6 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun keatas mengidap penyakit diabetes lantas langkah pengurangan subsidi (menaikkan harga) gula akan dilaksanakan serta merta selepas lapan jam pengumuman itu dibuat. Sungguh hebat. Saya tidak menyangka perkara ini tertulis dalam ucapan bajet. Pasti Perdana Menteri UK David Cameron terpaksa di-nyah-penyakit sindrom Angelman selepas mendengar ucapan tersebut sebelum benar-benar bersedia menerima lawatan DS Najib yang dijadualkan berlangsung dua hari selepas Ucapan Bajet 2014.

Menurut International Diabetes Federation (IDF), jumlah pesakit diabetes di Malaysia pada tahun 2012 adalah seramai 2.1 juta orang daripada 371 juta orang pesakit dari seluruh dunia. Sebelum menulis artikel ini, saya telah mendapatkan khidmat nasihat tentang diabetes daripada sahabat-sahabat yang berlatar pendidikan perubatan. Menurut mereka, diabetes berlaku bukan hanya disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan tetapi boleh juga disebabkan oleh faktor keturunan dan gaya hidup individu. Saya tidak mahu membahaskan tentang diabetes kerana tidak mempunyai kelayakan yang cukup tentangnya. Biarlah para cerdik pandai perubatan yang menerangkan punca-punca berlakukanya diabetes agar masyarakat awam faham dan mengambil pengajaran awal tentang kesannya yang sangat mengerikan.

Saya tidak kesali akan penyataan gula penyebab diabetes kerana memang jelas terdapat kaitan yang signifikan antara keduanya berdasarkan pandangan sahabat-sahabat yang berkelayakan dalam bidang perubatan. Namun saya berasa sangat kecewa kerana hal itu menjadi alasan ampuh kerajaan dalam menghalalkan tindakan mereka mengurangkan subsidi (menaikkan harga) gula. Jika kita menggunakan saluran tidak berhikmah, kita sebagai warga negara Malaysia yang cintakan kesihatan dan anti-ketirisan boleh sahaja menyoal kerajaan kenapa perlu menggunakan kereta baru Honda Accord 2.4L dan 2.0L sebagai kereta rasmi di saat harga minyak melambung tinggi dan bebanan hutang negara meningkat? Walhal bukankah dengan menaiki kenderaan awam lebih menjimatkan kos jika dibandingkan dengan alasan kerajaan bahawa kereta honda Accord tersebut lebih murah kos petrol dan servisnya? Ataupun bukankah dengan berjalan kaki atau berbasikal boleh menyihatkan badan berbanding hanya duduk di dalam kereta?

Namun kita tidak se'kelakar' kerajaan dalam membangkitkan persoalan dan alasan. Walaupun kita dididik dengan 'hanya duduk diam' dan 'kalau tidak setuju keluar sahaja dari Malaysia', kita masih berhikmah dalam menyoal. Apakah alasan ini wajar?

Kembali kepada isu gula, perlu difahami oleh semua warga Malaysia bahawa proses pengeluaran gula di Malaysia adalah bermula daripada peringkat mengimport gula mentah adripada luar negara. Gula mentah ini ditapis oleh syarikat-syarikat gula seperti MSM dan beberapa syarikat yang dibenarkan kerajaan. Bunyinya seperti oligopoli tetapi ada logiknya kerana kos pengeluaran mampu dikurangkan. Selepas ditapis, gula ini akan dipasarkan di pasaran domestik melalui peruncit dan pengedar ataupun pemain industri. Pengguna biasa (baca marhaen) pula akan mendapatkan gula yang ditapis secara langsung melalui peruncit dan pengedar ataupun menggunakan gula yang ditapis secara tidak langsung melalui produk industri seperti minuman dan makanan ringan yang ada dalam pasaran. Tahun 2012 menyaksikan permintaan gula di Malaysia adalah dipelopori oleh sektor perindustrian iaitu sebanyak 60 peratus manakala isi rumah menggunakan 40 peratus.

Menurut statistik data Bank Dunia, harga gula global pada Januari 2011 adalah sebanyak USD0.297 bagi setiap paun. Harga ini kemudian turun kepada USD0.24 bagi setiap paun pada Januari 2012 seterusnya turun lagi kepada USD0.189 bagi setiap paun pada Januari 2013. Namun begitu, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Januari 2012 telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian jangka panjang (LTC) bersama pengeksport dunia selama tiga tahun bagi mengimport gula mentah dengan harga tetap USD0.26 bagi setiap paun yang bermula pada tahun 2012 sehingga tahun 2014. Keyakinan ini adalah disebabkan oleh kejayaan kerajaan menjimatkan RM2 bilion hasil perjanjian harga gula mentah sebanyak USD0.175 bagi setiap paun yang memeterai melalui perjanjian jangka panjang (LTC) 2009-2011 dengan pengeksport dunia.

Sekali imbas, ketidaktentuan harga pasaran gula mentah dunia telah menyebabkan kerajaan bertindak memeterai perjanjian jangka panjang (LTC) 2012-2014 dengan kadar pembelian tetap sebanyak USD0.26 per paun. Hal ini kerana kerajaan bimbang sekiranya harga gula mentah dunia naik secara mendadak melebihi paras USD0.26 per paun dan sekiranya hal ini berlaku, maka kerajaan akan mendapat manfaat kerana telah membuat perjanjian harga yang tetap dengan pengeksport dunia.

Akan tetapi, hakikatnya kerajaan telah pun diingatkan tentang pengeluaran gula mentah melebihi permintaan yang menyebabkan harga gula mentah turun ke satu paras sangat kurang daripada USD0.26 per paun. Bahkan pada tahun 2012, Ahli Parlimen DAP Tony Pua telah membangkitkan rasa tidak puas hati dan bertanyakan apakah rasionalnya penetapan USD0.26 per paun sedangkan harga gula mentah dunia pada waktu itu hanyalah USD0.24 bagi setiap paun dan menunjukkan trend menurun. Telahan Tony Pua itu ternyata benar apabila harga gula mentah dunia turun menurut data Bank Dunia sehinggalah mencapai USD0.176 pada bulan September 2013.

Sebagai memudahkan kefahaman, saya senaraikan harga gula yang telah ditapis/diproses (yang ada dalam pasaran tempatan) dalam dua keadaan iaitu mengikut harga gula mentah menerusi perjanjian LTC 2012-2014 dan mengikut harga sebenar gula mentah. Andaikan kos pengeluaran menjadi gula yang ditapis adalah konstan iaitu sebanyak USD0.18 per paun (merujuk kepada kos pengeluaran MSM - 2012). Oleh itu, harga satu paun gula yang telah ditapis (mengikut harga  mentah LTC) adalah USD0.44 per paun manakala harga gula yang telah ditapis jika menurut harga gula mentah semasa pada bulan September 2013 hanyalah sebanyak USD0.356 per paun. Jika ditukar mengikut unit mata wang Ringgit Malaysia (katakan USD1 = RM3.06) dan unit kilogram (100 paun = 45.3592 kg), maka kita akan mendapati harga gula yang telah ditapis menurut LTC 2012-2014  adalah RM2.96 sekilo atau sekitarnya kerana perubahan USD ke RM yang tidak konstan sepanjang masa. Manakala harga gula yang telah ditapis mengikut harga gula mentah September 2013 pula hanyalah sebanyak RM2.40 sekilo.

Bayangkan betapa besarnya negara kita mengalami kerugian dek kerana ramalan kerajaan yang tidak tepat berkenaan harga gula mentah dunia. Adakah kita tidak boleh menyalahkan kerajaan walhal kerajaan (dengan adanya cerdik pandai ekonomi dan industri) sangat mampu menggerakkan satu jabatan didalam yang berfungsi membuat kajian dan pembangunan (R&D) dalam memastikan harga yang paling sesuai sebelum ianya digazetkan dalam perjanjian?

Tambahan lagi, menurut laporan tahunan MSM 2012, MSM sebagai pemain terbesar industri gula di Malaysia telah berjaya mencapai jumlah pendapatan sebanyak RM2.3 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM202 juta. MSM telah mengeluarkan kira-kira 900,620 tan metrik gula halus pada 2012 yang merupakan 57 peratus daripada jumlah pengeluaran gula di Malaysia. Apakah kerajaan akan mengarahkan MSM mengurangkan pengeluaran (yang mengakibatkan keuntungan pada tahun berikutnya berkurangan) sebagai langkah sokongan kepada kempen anti-diabetes dan kempen pengurangan pengambilan gula seperti yang dihikayatkan dalam Bajet 2014? Sudah tentu tidak. Bahkan MSM sendiri meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengeluaran gula sehingga 36 peratus kepada 1.5 juta tan menjelang 2016.

Jadi apakah maksud perdana menteri menyatakan penyakit diabetes perlu dibendung dan sehubungan dengan itu kerajaan memansuhkan subsidi gula dalam perutusannya? Tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar satu penghinaan kepada intelektualisme kami rakyat marhaen Malaysia. Apakah kerajaan berasa sangat mudah menipu kami rakyat jelata? Mungkin pada pandangan kerajaan,kami  rakyat yang telah lama ditindas tidak pandai mengira harta berjuta-juta kerana hanya ada syiling-syiling lama dan habuk debu sahaja dalam poket seluar kami. Namun, kami warga marhaen mengingatkan kerajaan, kami mungkin boleh ditindas, tetapi kami tidak sesekali boleh ditipu dan dipermainkan!

Sangat jelas di sini bahawa punca utama yang menyebabkan pengurangan subsidi (kenaikan harga) gula bukanlah disebabkan kebimbangan serius kerajaan terhadap peningkatan jumlah pengidap diabetes di Malaysia. Apa yang sebenarnya berlaku adalah lebih kepada mengambil kesempatan ke atas alasan tersebut bagi menutup segala kebodohan dalam mentadbir urus harta kekayaan negara. Mungkinkah selepas ini harga kereta akan dinaikkan dengan alasan bagi mengurangkan kesesakan yang melimpah di jalan raya? Tidak mustahil ini akan berlaku kerana kerajaan langsung tidak menyebut tentang janjinya mengurangkan harga kereta dalam Bajet 2014. Ya, semuanya boleh berlaku di Malaysia. Andai marhean tidak suka, wajarlah mengambil buku merah dan terbang ke benua lain sebagai penutup segala cerita.

Bagi saya, alasan diabetes adalah satu pembodohan dan kelakar. Tetapi lebih kelakar lagi, saya tidak dapat melihat taring ulama muda Umno yang pada sangkaan saya sentiasa berjiwa kental dalam memberikan komen. Saban hari selepas ucapan 25 Oktober 2013, saya menanti respons mereka di hadapan TV3 dengan harapan ada berita yang bertajuk "kenaikan gula ketentuan Allah (baca Tuhan bagi non-muslim Semenanjung)". Di manakah mereka tatkala pemimpin mereka mengatakan diabetes disebabkan gula dan penawarnya adalah menaikkan harga? Sikap berdiam diri ini menyebabkan saya tertanya-tanya, apakah kemenangan dalam pemilihan telah menggadaikan segala prinsip yang selama ini dipegang? Maafkan saya wahai ILMU, bukan niat ingin menyindir, hanya sekadar terkenangkan "harga naik ketentuan Tuhan".

Penulis merupakan calon ijazah doktor falsafah dalam bidang Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

BN guna premis awam, pemuda PAS lapor polis

Dewan Pemuda PAS Kedah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dan juga calon BN Dr Sohaimi Lazim kerana didakwa melanggar peraturan pilihan raya.

Kedua dua mereka didakwa telah dan akan menggunakan Sek Men Keb Dulang sebagai tempat berkempen dalam program Berani Hijrah yang dijadual diadakan semalam.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, tindakan berceramah, meletakkan lambang parti dan bertemu penyokong BN dalam kawasan sekolah tersebut adalah bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 24 b (7), yang melarang penggunaan premis awam untuk kempen pilihan raya.


"Saya dengan ini mahu pihak polis mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang acara kempen yang salah ini," katanya.

Laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini semalam.

Turut serta ketika membuat laporan polis tersebut termasuk Pengarah Jabatan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, dan exco pusat yang lain.

Replika patung provokasi cetus kemarahan penduduk

Kurang 24 jam hari pengundian, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, dicemari dengan insiden replika patung yang dipotong  kaki di beberapa tempat sekitar Dun Sungai Limau.

Walaupun sebelum ini kedua-dua belah pihak berjanji memastikan kempen ini berlangsung secara damai namun terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mencemari suasana tersebut dengan melakukan tindakan itu.

Dalam laporan yang disiarkan Sinar Harian semalam, keluarga Azizan akan mengambil tindakan atas provokasi tersebut.

Malah jelas Muhamad Rafi'ie Azizan beliau cukup kecewa, marah dan sedih atas penghinaan yang dilakukan terhadap ayahnya serta sengaja memprovokasi PAS dan Umno pada PRK ini.

Sementara itu Barisan Nasional turut membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Dalam pada itu, PAS dijangka akan membuat sidang media pada jam 11 pagi ini untuk mengulas isu itu.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati penduduk tidak senang dengan perkara itu dan melihatnya satu penghinaan kepada Allahyarham Ustaz Azizan yang banyak berbakti kepada mereka.

Tinjauan turut mendapati dua lokasi yang telah digantung dengan patung tersebut dan yang paling ketara adalah di Kampung Simpang Tiga, Sungai Limau Luar yang mana ia berhampiran dengan Markas Induk PAS dan juga di kawasan Bukit Besar.

Betullah Anwar ditolak di Sg Limau, terhangat

Artikel blog bertajuk “Wah! Betullah Anwar ditolak penyokong PAS di Sg Limau” menjadi artikel paling diminati para pembaca Harakahdaily bagi minggu ke-43, 2013.

Gambar-gambar warga Sungai Limau membanjiri ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk menjawab dakwaan sebuah blog pro-Umno kononnya penyokong PAS Sungai Limau menolak kehadiran beliau.

Artikel itu turut mengalahkan berita mengenai Ustaz Azhar Idrus yang biasa mengungguli carta terhangat berita Harakahdaily.

Artikel “Ustaz Azhar Idrus baru pulang dari Mekah” terpaksa akur di tempat kedua diikuti dengan “Rakaman gambar yang bakal diputar” mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Berikut ialah 10 artikel pilihan pembaca Harakahdaily bagi minggu ke-43, 27 Oktober hingga 2 November.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Replika potong kaki permainan politik keji

PAS menyifatkan tindakan pihak tertentu mengantung replika patung dipotong kaki sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai tindakan tidak beradab.



Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyedihkan seluruh penduduk di sini, malah paling terasa adalah ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak sendiri.


"Saya sangat sedih, ini tidak bertanggungjawab, pokitik keji, tidak bermoral serta memburukkan orang yang telah meninggal dunia. Kita mahu kekalkan politik damai ini.


"Tan Sri Muhyiddin sebelum ini juga sudah mintak maaf. Keluarga Allahyarham pun sudah maafkan. Kedua-dua pihak berjiwa besar," katanya pada sidang media hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung pendirian PAS terhadap isu replika patung kaki yang dipotong yang mencemar kepen hari-hari terakhir di Sngai Limau ini.


Mengulas lanjut, Mahuz berkata PAS bersetuju untuk membuat laporan polis, namun akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu.


Ditanya berhubung kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tindakan  tersebut strategi "reverse psychology" pihak lawan untuk memburukkan Umno, Mahfuz berkata hanya orang yang biasa dan berpengalaman berbuat demikian tahu perkara itu.


"Saya tak tahu siapa yang buat, tapi saya hairan dia kata reverse psychology. Hanya orang pernah buat dan berpengalaman sahaja tahu," katanya.


Mukhriz jangan bermuka-muka


Dalam pada itu, Mahfuz turut membidas Datuk Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar yang bermuka-muka.


Beliau merujuk kepada kenyataan Mukhriz yang menggambarkan Allahyarham Ustaz Azizan tidak berbuat apa-apa pembangunan sepajang sepenggal memerintah Kedah.


"Saya gembira semua orang ucap simpati pada Allahyarham.


"Tapi Mukhriz kononnya simpati, tapi di belakang, menghina Ustaz Azizan," katanya.


Beliau berkata, rekod menunjukkan bagaimana Allahyarham Ustaz Azizan sebelun ini berjaya menarik pelaburan ke Kedah dengan rekodnya yang baik.


"Dia (Mukhriz) sebelum ini timbalan menteri waktu dia jadi Ahli Parlimen Jerlun, apa yang dia bawa (pembangunan) di Jerlun.


"Mulut dia jangan celupar sangat," tegas Mahfuz.

Drama ahli PAS masuk Umno dibongkar

Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya.

Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.

Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS.

Anak muda Sungai Limau tolak politik umpan

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri – pepatah Melayu

Sungai Limau mempunyai keunikan demografi dan sosioekonomi yang tersendiri. Dari jauh, tersergam indah Gunung Jerai yang berketinggian 1,217 meter menjadi puncak tertinggi di utara Semenanjung. 

Bongkahan tinggi yang menganjur ke Tanjung Jaga di Selat Melaka ini sejak berabad menjadi panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini malah sering dikaitkan dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. 

Sebahagian besar lanskapnya dilatari jelapang padi yang menhijau seluas mata dan berjajaran dengan laut Selat Melaka yang membiru. Cuaca panas di sebelah pagi dan hujan di sebelah petang bukan sahaja sesuai dengan aktiviti pertanian, perikanan dan perusahaan kecil masyarakat di sini, malah dapat menyamankan suhu kempen bersempena Pilihanraya Kecil N20 Sungai Limau. 

Pekan kecil ini berada di dalam daerah Yan dan terletak di pertengahan dua bandar yang menjadi nukleus pentadbiran dan perniagaan di negeri Kedah, iaitu Alor Star dan Kulim/Sg Petani. 

Walaupun begitu, rentak aktiviti ekonomi dan kehidupan di ‘pekan singgahan’ ini dilihat seperti tidak terkesan dengan limpahan kerancakan aktiviti ekonomi di antara kedua-dua bandar tersebut. 

Namun, pekan senyap ini berubah wajah dengan kehadiran menteri dan pengumuman projek yang menjangkau jutaan ringgit dalam sekelip mata. 

Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dipetik dengan menyatakan lebih RM15 juta peruntukan segera telah diumumkan untuk pekan kecil ini sepanjang tempoh PRK kali ini. 

Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama, RM1.2 juta kepada 12 buah sekolah lain, program Bantuan Azam Tani Mara (RM802,700), bantuan zakat Agrobank (RM19,700), pinjaman Tekun (RM30,000), peruntukan Masjid Simpang Empat (RM300,000), sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain (RM118,000), bantuan baiki rumah (RM1 juta), pemberian cermin mata (RM1.18 juta), peruntukan jeti perikanan (RM500,000), peruntukan tukun tiruan (RM2.5 juta), dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 

Selain itu sumbangan dan pemberian percuma dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara, gula, minyak masak dan sabun juga diberikan kepada pengundi-pengndi di Sungai Limau. 

Malah pada hujung minggu ini, dilaporkan dua kontena topi keledar diberi percuma pada anak-muda kampung, manakala gula (yang dikatakan ‘ubat’ kencing manis), tepung dan susu dilelong dengan harga seringgit dalam program-program kempen, malah ada rumah-rumah yang telah diziarahi petugas kempen PAS akan dituruti dengan lawatan oleh petugas kempen UMNO untuk membalas dengan pemberian barangan dan tunai kepada tuan rumah. Jalan-jalan yang berlopak segera dibaiki dengan menabur batu dan pasir untuk diturap dengan kadar segera, tanpa menghirau cuaca hujan setiap hari. 

Pastinya bukan ini yang dikehendaki oleh rakyat dan anak muda yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan kerisauan terhadap keselamatan anak-anak daripada peragut dan pencuri. 

Anak muda sedar bahawa peruntukan segera one-off ini sebahagian besarnya hanya tinggal janji kosong yang tidak ditunai, dan jika ada projek yang dilaksanakan, semua itu akan diagih pada kontraktor-kontraktor kroni yang mengaut laba daripada peruntukan bajet dan kos pembinaan yang tidak munasabah. Integriti dan akauntabiliti menteri, apatah lagi.

Anak muda kini makin cakna dengan realiti apabila maklumat berada di hujung jari. Janji boleh datang dan pergi, sebagaimana menteri juga boleh datang dan pergi. Anak muda semestinya bijak mengundi, demi kesejahteraan hidup setiap hari. 

Apa yang pasti, anak muda Sungai Limau akan mengajar pak menteri, bukan umpan yang ditagih kami, tetapi kesungguhan kepimpinan membangun generasi. Mereka anak sungai, kenal siakap senohong gelama ikan duri. Selamat mengundi anak Sungai Limau! 

Penulis adalah Pengarah Kajian Polisi Pemuda PAS.