Sunday, April 24, 2011

KETUANAN MELAYU BERSEDIA UNTUK JADI BARUA

BARUA PUN BARUALAH
MCA MINTA PULAU UTUSAN, APA KATA PEMUDA UMNO – harakah daily

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia.

Gesaan ini dilaporkan oleh laman web berita dalam talian Malaysiakini pada 23 April 2011.

Ini ekoran rencana yang ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan minggu lepas yang mencadangkan agar digerakkan kempen ‘1Melayu, 1Bumi’.



PERKASA SIFAR GESAAN BOIKOT UTUSAN SEBAGAI SUARA SUMBANG – berits hairan

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Perak hari menyifatkan gesaan beberapa pemimpin MCA supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia sebagai suara daripada golongan yang terdesak mencari sokongan.

Yang Dipertua PERKASA Perak, Ahmad Zaini berkata kumpulan yang hebat menghentam akhbar tersebut adalah kalangan pemimpin yang tidak lagi diterima di kalangan orang Cina sendiri.

"Mereka kini cuba mencari pelbagai cara termasuk memainkan isu sensitif tanpa mempedulikan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN) bagi tujuan menarik semula sokongan di kalangan orang Cina...tidak perlu layan desakan tersebut, sedangkan mereka sendiri sudah tidak laku lagi di mata kaum mereka sendiri," katanya di sini.

Beliau mengulas gesaan MCA supaya rakyat memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dianggap oleh parti itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok, berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

2 Tok Guru aset umat Islam, bukan sekadar PAS



Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.

"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.

"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.

Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.

"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai.

"Di peringkat nasional, rakyat sudah muak dengan fitnah hodoh seperti diperlakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga anak-anak kecil kebingunan dengan apa yang dilaporkan di media.

"Di Pasir Puteh ini, media digunakan untuk menyebar berita palsu kononnya berduyun-duyun ahli PAS masuk Umno," katanya.

Di sebelah pagi telah diadakan mesyauarat agung muslimat PAS kawasan Pasir Puteh di tempat yang sama.

"Pagi ini kita adakan masyuarat (agung) muslimat di sini, perwakilan yang hadir hampir 600, ini membuktikan segala dakwaan bahawa orang kawasan ini begitu ramai masuk Umno satu pembohongan," ujar beliau.(hrkhdaily)

JOSTOR BAKAR QURAN DIARAH BAYAR BON DAMAI


Pastor kontroversial dari Florida dikehendaki menyediakan ‘bon damai’ sebelum menganjurkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan di depan masjid terbesar Amerika Syarikat di sini, demikian diputuskan oleh juri.


Panel tujuh juri — empat wanita dan tiga lelaki — memutuskan demikian lewat Jumaat (pagi ini, waktu Malaysia).

Pastor Terry Jones merancang untuk mengadakan protes sekitar 5 petang (waktu tempatan).

Selain itu, Jones yang menjadi perhatian kerana protes terhadap Islam termasuk membakar al-Quran bulan lalu juga dikehendaki bertanggungjawab ke atas kos keselamatan dan tugasan pihak yang akan dikerah jika protes diadakan di pekarangan masjid Pusat Islam Amerika di sini, lapor msnbc.com.

Jones berkata dia tidak akan menyediakan bon dan juga tidak akan mengubah lokasi protes.

MAJLIS FATWA... ROSMAH POCO-POCO KAT DATARAN HARAM DOK?


Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.


Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

... Rosmah pulak bepoco-poco amacam... ke puak-puak Majlis Fatwa nak skodeng bxxxt puak-puak...