Wednesday, July 27, 2011

GARA-GARA KERJA YB NOH OMAR, POLIS DAN KETUK KETAMPI, WANG RAKYAT JUGA MELAYANG



Dikatakan sebanyak 53 pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis media hari ini mendesak Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu Datuk Noh Omar meletakkan jawatan kerana kegagalannya menangani isu wanita berbogel dan ketuk ketampi dalam lokap polis baru-baru ini.
Gambar Hiasan

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

Benggong Ke?? Pakai Baju Kuning Tanpa Logo BERSIH Pun Kena Tangkap!!




MEMANG SAH POLIS 1MALAYSIA BENGGONG DAN TERANG-TERANG TELAH MENYALAHGUNAKAN KUASA.MAMAT-MAMAT NI HANYA MEMAKAI BAJU BERWARNA KUNING TANPA LOGO BERSIH PUN..BAHKAN ADA MAMAT-MAMAT NI HANYA MEMAKAI BAJU KUNING BERLOGO MALAYSIA SAHAJA PUN KENA CEKUP..

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Mentewri Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.



Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.
Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki tren Express Rail Link, daripada Putrajaya menuju ke KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.
SUMBER

Hadiah bendera pada rakyat, Najib memang muka tidak malu.


Jika pada 9 Julai rakyat dihadiahkan dengan air mandian percuma iaitu air kimia berasid dan ubat sakit mata (gas pemedih mata), hari ini Najib Razak dan menteri kabinet terus bermurah hati dengan menghadiahkan bendera percuma sempena bulan kemerdekaan.

Memang muka pemimpin kerajaan ini tidak tahu malu, pada 9 Julai lalu mereka melayan rakyat sendiri bagaikan penjenayah dan perompak berbahaya. Mereka ditangkap sesuka hati malah ramai yang dipukul, ditendang dan disepak terajang. Mereka dilayan bagaikan pendatang haram tanpa bekas kasihan.

Hari ini dengan muka manis kononnya mereka hendak menyerahkan bendera Malaysia. Di mana maruah pemimpin kerajaan ini. Negara kita seolah-olah bukan sebuah negara yang merdeka walaupun hakikatnya kita sudah merdeka hampir 54 tahun. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Prof. Dr Shamsul Amri Baharuddin pada forum apa selepas 9 Julai di mana beliau berkata bahawa rakyat Malaysia masih dikongkong di negara sendiri.

Saya menggesa semua 10 rakyat yang ditangkap dibebaskan segera. Jangan tambahkan imej buruk negara kita di mata dunia setelah kekejaman 9 Julai dan peristiwa penangkapan Peguam William Bourdon.

TERSENTAK DENGAN ANGIN PRU 13, PERKASA KEMBALI MENGGILA

Pertubuhan Peribumi Pekosa sejak akhir - akhir ini kelihatan semakin tidak keruan dan menggila. Jika sebelum ini, panglima KATAK PASIR  Al Kataki menyalak dengan gah kononnya akan menggempur dan berdepan dengan peserta BERSIH pada tanggal 9 Julai yang lalu. Namun, akhirnya, kebodohan mereka terserlah apabila salakan yang lantang untuk " bersiar - siar " di Taman Tasik Titiwangsa pada 9 Julai lalu tak mampu dilaksanakan, mungkin sebab tak de duit kopi gamaknya, entah le.

Apapun, beberapa ketika kemudian, KATAK PASIR ni kembali menyalak bukit, dengan memberikan alasan kononnya trafic jam menjadi punca para katak - katak gila ini tidak dapat memasuki Kota Kuala Lumpur. Peserta BERSIH yang 100 000 lebih lepas je masuk, gila apa katak sesumpah ni. Nak tengok kuat tak kuat KATAK PASIR ni menyalak, tengok kat sini

Selama ini, lantang katak gila ni menghukum dan menghina PAS dan PAKATAN RAKYAT dengan cemuhan yang menggila. Tapi bila tersedar yang PRU 13 dah semakin dekat, mungkin lepas AGONG tak perkenan mengadap,baru perasan kot, puak- puak PERKOSA ni sedar yang Parti KETUAnan meLAYU , UMNgOk tak akan sama sekali menerima otai segala katak untuk dijadikan anjing taruhan mereka dalam PRU 13 kelak, maka makhluk suka menyalak bukit ni, pernah jugak di panggil DINASOUR mula la nak berbaik baik dengan PAS pulak nampak gaya nya.

Tapi puak juak katak gila ni pandai la jugak sikit - sikit, mungkin sama level dengan Bini Najib kot, maka hari ni, mereka pun dengan tak tahu malu dan tak ada keMALUan nya menyatakn yang mereka mencabar PAS untuk meletakkan lebih daripada 130 calon bagi kerusi Parlimen, bagi membolehkan Pas menguasai Parlimen, maka kata katak - katak gila ni, kalau PAS buat macam ni, maka Panglima Jihad KAtak PAsir akan mengarahkan katak - katak di bawah seliaan nya untuk menyokong PAS. Manis sungguh ayat puak - puak GILA ni,bak kata orang tua - tua, " KURANG AJAR NYA BERSOPAN SANTUN ". nak kata sokong, MALu,maka berkias kias la jalannya, ala - ala Panglima Jihad meLAYU tulen.

Cuba sama - sama kita teliti kekurang ajaran bersopan santun puak katak pasir ni. Tengok juga kat web PERKOSA ni.


Harapan katak Pasir ni, mungkin gamaknya dengan kenyataan " KURANG AJARNYA BERSOPAN SANTUN " ni akan melembutkan hati pimpinan PAS dan akhirnya, dapat la mereka bertanding lagi di kerusi Pasir Mas dalam PRU 13 nanti. Aku nak ingatkan katak - katak sesumpah sekali, TGNA dan saf kepimpinan PAS bukan bodoh, mereka bersandarkan hidup pada Al Quran dan Al Hadis, seperti  " seorang mukmin itu tidak akan dipatuk di tempat yang sama sebanyak 2 kali".

Jadi khas untuk katak - katak perkasa sekalian, pergi lah jilat UMNgOk sikit lagi, mana tau ada can adpat kerusi Pasir Mas untuk PRU 13 nanti, jadilah. Tapi komfem kalah la, harap maaf. Janji jadi calon, cukup la dak??hahahahaha. Moga kemungkaran dan kefasadan di atas muka bumi Allah s.w.t ini akan di sucikan tidak lama lagi. 

Wallah hu 'alam.

Penting!!! Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ke-2 2011

Portal PAS Perak melaporkan:
Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Perak sudah mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Ke-2 2011 (RDPT S1/2011) bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan bermula hari ini 27 Julai sehingga 2 Ogos 2011. Sehubungan itu pihak kawasan boleh memuat turun RDPT S1/2011 pada link di bawah :-
 
http://www.4shared.com/file/dptArJ_P/Rang_Daftar_Pemilih_Suku2_2011.html

Untuk makluman edaran Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Ke-2 2011 (RDPT S1/2011) yang dikeluarkan oleh pihak SPR kali ini menggunapakai format Microsoft Access. Justeru anda perlu menggunakan perisian baru SSDP yang disertakan bersama. Kata kunci (password) boleh didapati daripada Pengarah JPrK kawasan masing-masing. - PAS Perak.
Rang Daftar Pemilih datang lagi. Macam biasa aku harap individu yang bertanggungjawab di peringkat Parlimen dan Dun terutama sekali yang dalam jentera PAS nak kena ambil perhatian. bukan takat ambil perhatian saja tapi yang lebih penting lagi nak kena buat TINDAKAN SEGERA.

Aku nak ulang lagi apa yang selalu aku tulis kat blog aku ni tiap kali dibuka untuk semakan dan bantahan Daftar Pemilih Tambahan setiap 3 blan sekali.

Hangpa jangan buat-buat tak perasan pulak, tempoh tu bermula HARI INI (27 Julai 2011) sampai 2 Ogos 2011, cuma 7 hari untuk semua proses termasuk download data tu, proses data tu untuk diserahkan kepada Upu dan lokaliti.

Lepas tu pulak macam biasa hangpa kena pastikan jentera di peringkat Upu dan lokaliti semak nama-nama tu. Seboleh mungkin depa kena kenai semua nama-nama tu, sapa yang dimasukkan sebagai pengundi baru, siapa yang dipindah masuk, siapa yang dipindah keluar, sapa yang mati dan sapa yang nama dipotong atas macam-macam sebab lagi.

Depa nak kena pastikan semua status tu tak meragukan. Pengundi baru dan pengundi yang dipindah masuk  tu takdak ciri-ciri pengundi hantu. Kalau ada ciri-ciri pengundi hantu, kena pastikan dibuat BANTAHAN. Kalau tak buat, jangan kecewa kalau masa PRU13 nanti hangpa kalah dan tak payah la melalak kata kalah pasai pengundi hantu.

Macam tu jugak dengan nama yang akan dipotong tak kira la atas status apa pun, kalau ada mana yang kita cula PAS atau condong PAS, kita kena pastikan status tu memang betul. Kalau tak betul kita kena tolong penama tu buat BANTAHAN. Takut kita kalah pasai depa tak boleh mengundi.

Macam tu jugak, kena pastikan nama pengundi yang kita tolong daftarkan dari 1 April sampai 31 Jun lepas ada disenaraikan sebagai Pengundi Baru dalam rang kali ni. Kalau tak masuk hangpa kena tolong depa buat TUNTUTAN. Kena cari balik salinan borang A sampai jumpa pasai nak kena sertakan salinan tu masa buat TUNTUTAN.

Jangan ada yang malas/segan/malu nak buat BANTAHAN atau TUNTUTAN untuk Rang Daftar Pemilih Tambahan ni, pasainya kalau betul macam yang diramalkan banyak pihak, PRU13 akan diadakan hujung tahun ni, Daftar Pemilih yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2010 dengan tambahan suku pertama hari tu dan suku kedua ni.

Maksudnya kalau nama tak masuk atau dikeluarkan, memang sah depa tak boleh mengundi.

Akhir sekali, aku nak seru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, tolong buat semakan daftar rang ni di laman web SPR. Hangpa kena semak nama hangpa dan orang sekeliling yang rapat dengan hangpa yang sokong Pakatan Rakyat. Mana tau nama hangpa akan dibuang atau dipindahkan.

Kalau dibuang atau dipindahkan hangpa kena buat BANTAHAN. Jangan bila sampai hari mengundi tiba-tiba nama hangpa hilang, masa tu menangis air mata darah pun tak guna dah. Masa tu hangpa cuma boleh berdoa moga-moga calon Pakatan Rakyat kat tempat hangpa tak kalah 1 undi, kalau kalah 1 undi aku takut ada yang  kena pindah rumah, lari malam...

Semua tu kena buat dalam tempot 7 hari tu.

Untuk Parlimen Parit Buntar, kalau ada apa-apa masalah tolong terus hubungi aku. Untuk kawasan-kawasan lain hangpa boleh hubungi pengarah Pilihanraya kawasan masing-masing. Kalau depa tak boleh tolong, hangpa pi cari depa, hantuk kepala depa kat dinding.

Contoh hasil semakan
p/s. Akhir sekali aku nak ingatkan kepada semua jentera PAS, software SSDP tu tertakluk kepada bai'ah Akta Rahsia Rasmi PAS yang bermaksud untuk kegunaan ahli PAS dan kepentingan PAS sahaja kecuali dengan kebenaran Jabatan IT PAS Pusat.

Kenyataan media PR tolak biometrik vs hujjah blogger Umno tolak dakwat kekal

Pakatan Rakyat dah keluarkan satu kenyataan media yang menolak cadangan SPR nak guna sistem biometrik pada PRU13 nanti.

Kenyataan media tu dikeluarkan oleh sekretariat Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Dr. Hatta Ramli dari PAS, Liew Chin Tong dari DAP dan Hafizi Ramli dari PKR.

Kat bawah ni aku ringkaskan kenyataan media tu supaya mudah blogger Umno yang BANGANG tu faham.
  1. SPR mengakui keujudan pengundi hantu bila kata sistem biometrik tu boleh halang orang mengundi lebih sekali.
  2. Kos sistem biometrik tu menelan beratus juta sedangkan kerajaan kurangkan subsidi untuk mengurangkan perbelanjaan negara.
  3. Sistem biometrik menggunakan sistem komputer yang sangat mudah untuk dimanipulasikan.
  4. Kaedah perlaksanaan sistem tu berdasarkan pendekatan penggunaan kad pengenalan untuk layak mengundi, dikhuatiri ramai warga asing yang dibagi kad pengenalan semata-mata untuk mengundi.
  5. Sistem biometrik menghapuskan proses timbangtara yang selama ni dilakukan oleh polling agent parti. Polling agent takdak kuasa nak pantau database sistem tu.
  6. SPR wajib melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal yang lebih berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Kenyataan media tu boleh baca sepenuhnya boleh baca kat sini.

Kat bawah ni pulak 5 hujjah bangang blogger Umno pasai apa depa tak setuju penggunaan kaedah celup jari guna dakwat kekal
  1. Pengundi yang tiada tangan tidak boleh mengundi kerana tiada jari
  2. Pengundi kemungkinan akan ditangkap dan dicalitkan dakwat di jarinya , jadi tak boleh mengundi
  3. Pengundi akan ditangkap dan dipotong jari supaya tidak boleh mengundi
  4. Jika dakwat tumpah di pusat mengundi maka semua pengundi di pusat itu tidak boleh mengundi
  5. Dakwat kekal akan menyebabkan pengundi tidak boleh sembahyang
[Sumber imej: PASPB]

PAS patut gunakan sungguh peluru "pengundi klon" tekan SPR

Malaysiakini melaporkan:
PAS hari ini mendakwa parti itu memiliki senarai pengundi 'klon' dan ini melibatkan angka yang besar dan "mengejutkan".

Naib presidennya Datuk Husam Musa (bawah, baju hijau) berkata pendedahan akan dibuat secara berperingkat selepas penyerahan senarai 500 orang pertama kepada SPR baru-baru ini.

"Kita akan buat (majlis seperti) persidangan. Kita pamer pada semua orang dan media boleh semak," katanya.

Diminta menjelaskan anggaran jumlah terbabit, Husam bagaimanapun enggan berbuat demikian buat masa ini.

Bagaimanapun, katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS selepas ini, pihak media akan dibekalkan dengan senarai berkenaan. - Mkini.
Mungkin ada yang akan memperlekeh kalau aku katakan PAS ada tenaga pakar IT antara yang terbaik yang ada di Malaysia. Bukan maksud aku depa-depa ni makan gaji dengan PAS malah depa-depa ni sanggup buat kerja untuk PAS tanpa imbuhan.

Jadinya aku tak terkejut langsung bila didedahkan PAS berjaya kesan angka pengundi klon yang mengejutkan.

Bukan kerja parti politik nak tolong SPR bersihkan daftar pemilih macam yang Timbalan Pengerusi SPR minta sebelum ni. Anggota dan kakitangan SPR dibayar untuk buat kerja, dan antara kerja utama depa adalah untuk menyediakan Daftar Pemilih yang bersih dan telus.

Apa pun aku harap PAS gunakan peluru 'pengundi klon' ni untuk sungguh-sungguh tekan SPR. Kita tekan sungguh-sungguh sampai SPR setuju jugak guna kaedah celup jari tu.

Aku jugak harap PAS gunakan senjata ni untuk tekan SPR supaya bersihkan Daftar Pemilih dengan cara laksanakan pendaftaran automatik yang guna terus data dari database JPN.

Memang aku pun tak yakin SPR akan tunduk kepada tekanan PAS, pasai kalau SPR tunduk kepada tekanan tu dan laksanakan 8 tuntutan BERSIH2.0 termasuk gunakan dakwat kekal dan bersihkan daftar pemilih, Umno BN akan hilang 5% undi yang senang-senang depa boleh dapat dengan cara menipu. Umno BN tentu punya takkan benarkan SPR terima dan laksanaka 8 tuntutan BERSIH 2.0 tu.

Jadinya semua pendedahan tu kita kena pastikan sampai kepada semua rakyat Malaysia. Biar semua rakyat Malaysia nampak macamana sebenarnya rupa Daftar pemilih yang SPR bermati-matian kata bersih dan telus.

Seluruh rakyat Malaysia kena diyakinkan yang Umno BN melalui SPR memang menipu dalam pilihanraya dan takdak cara lain untuk ujudkan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ni melainkan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU13 nanti.

al-brangi Online: 'Cubit-mencubit'......'Kepit-mengepit'.....umno suka sangat

Apa jaminan biometrik bebas manipulasi?


Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, akhirnya bersuara menyatakan akan mengimplementasikan sistem biometrik untuk perjalanan proses pilihan raya di Malaysia.

Sistem biometrik ini, sekalipun belum diperincikan, tentunya kedengaran menarik dan mengujakan rakyat Malaysia secara amnya.

Sebelum kita pergi lebih jauh menerobosi kebarangkalian kejayaan yang bakal dicapai melalui sistem yang mengujakan ini, eloklah kiranya kita menahan gejolak nafsu kita yang sangat teruja dengan kita menggariskan beberapa perkara yang seharusnya menjadi pokok perbincangan, iaitu, masalah semasa yang dihadapi, gerak kerja inisiatif sendiri oleh parti-parti bertanding, matlamat yang ingin dicapai, dan cara atau sistem yang bakal digunakan.

Masalah semasa yang dihadapi

Salah satu masalah utama yang menghantui parti-parti politik di Malaysia, terutamanya parti-parti di luar koalisi Barisan Nasional adalah kewujudan pengundi hantu (phantom voters, dengan izin) yang berada dalam proses pilihan raya di Malaysia ini.

Dalam membincangkan masalah ini, adalah wajib untuk memahami bentuk kewujudan pengundi hantu yang disebut-sebut ini. Pengundi hantu wujud dalam beberapa keadaan, sama ada dalam keadaan yang disengajakan ataupun tidak:

1. Pengklonan data pemilih

Seseorang pemilih didaftarkan secara lebih daripada sekali sama ada melalui pertukaran alamat, pertukaran aksara-aksara tertentu dalam rekod pengenalan ataupun sekadar dengan meletakkan rekod individu yang sama di kawasan-kawasan pengundian yang berbeza.

2. Pengekalan kewujudan pemilih yang hilang kelayakan

Pemilih boleh hilang kelayakan melalui pelbagai cara. Salah satunya akibat kematian dan penghijrahan ke luar negara yang membatalkan kewarganegaraan seseorang pemilih. Sungguhpun demikian, terdapat keadaan-keadaan yang menunjukkan rekod pemilih yang hilang kelayakan ini kekal berada dalam daftar pemilih semasa yang digunapakai pada hari pengundian dan "diwakili" oleh pemililh yang lain.

3. Pemindahan pengundi ke kawasan-kawasan pemilihan yang lain

Wujud juga keadaan pemilih dipindahkan dari satu pusat pemilihan ke satu pusat pemilihan yang lain. Wujud dakwaan bahawa pemindahan ini dilakukan oleh semua parti yang bertanding dengan tujuan untuk menguatkan pengaruh dan mempengaruhi keputusan pemilihan.

Nah, isu pengundi hantu bukan sekadar pengundi yang tidak tinggal di kawasan pengundian tertentu, dan hanya pulang pada hari pengundian seperti yang dinyatakan oleh pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini malahan juga akibat daripada manipulasi ke atas daftar pemilih dengan cara-cara yang tidak hanya terhad kepada yang di atas.

Tindakan SPR menyatakan bahawa pengundi hantu adalah sekadar pengundi yang tidak menghuni di kawasan pengundian yang telah didaftarkan namanya hanyalah merupakan helah yang dibuat supaya fokus sebenar dapat dilarikan daripada isu duplikasi dan pengklonan yang telah dilakukan (dengan sengaja) ini.

Perlu difahami, bahawa kewujudan pengundi hantu dalam keadaan 1 dan 2 adalah sangat jahat dan merupakan satu bentuk pengkhianatan yang ketara kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana, dalam keadaan 1 dan 2, hak untuk memilih ditambahkan daripada satu kepada beberapa hak, berbanding dengan keadaan 3 di mana hak pemilihan kekal kepada satu hak sahaja.

Seandainya anda beranggapan satu undi daripada seorang pemilih yang tidak seharusnya berada di dalam lokaliti tertentu itu satu pengkhianatan, maka anda perlu setuju bahawa penambahan hak pengundian kepada seseorang pemilih adalah merupakan pengkhianatan yang lebih dahsyat.

Inisiatif sendiri oleh parti-parti bertanding

Sebilangan parti politik yang bertanding ada menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengesan kewujudan pengundi hantu dalam kawasan pemilihan masing-masing. Proses yang selalunya dinamakan "culaan" ini selalunya merupakan proses "2 dalam 1" dengan pola pengundian diramalkan berdasarkan pemerhatian oleh pegawai-pegawai parti yang dilatih.

Selain itu, proses culaan ini secara langsung akan mendedahkan jumlah pengundi di satu-satu alamat dalam sebuah lokaliti dan bahagian pemilihan.

Sungguhpun begitu, perlu diakui bahawa proses culaan ini merupakan suatu proses yang jerih dan memenatkan selain memerlukan tenaga kerja yang banyak dalam melatih dan menyusun gerak kerja proses culaan ini.

Kemajuan teknologi maklumat juga telah digunakan membantu kerja-kerja culaan, namun "physical check" masih juga diperlukan untuk memastikan ketepatan data melalui teknologi maklumat.

Matlamat yang ingin dicapai

Perkara paling utama yang ingin dicapai menerusi pendedahan dan perbincangan ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan penambahan hak pengundian dalam proses pilhan raya di negara ini.

Maka, ia bukan sekadar mengawal, memantau, mengurangkan atau menghapuskan pengundi hantu yang hanya ditakrifkan dalam keadaan 3 di atas.

Nah, sekarang jelas kelihatan bahawa SPR tidak membei tumpuan pada menghapuskan kecacatan dalam senario 1 dan 2, tetapi mengalihkan fokus kepada perkara yang kurang memberikan impak iaitu senario 3.

Sungguhpun mereka mengatakan bahawa matlamat sistem biometrik yang ingin diimplementasikan adalah menghapuskan pengundi hantu, tetapi ramai yang terperangkap bahawa tafsiran pengundi hantu mereka hanya sekadar senario 3, dan sekadar memejamkan mata kepada senario 1 dan 2 yang lebih memberi impak.

Perlu diingat, senario 1 dan 2 juga adalah merupakan tafsiran pengundi hantu yang wajib diberi perhatian.

Pra-penilaian ke atas sistem yang bakal digunakan

Maka, sekarang masanya untuk menilai kemungkinan kejayaan program "penambahbaikan" yang dicadangkan oleh SPR ini. Seandainya sistem biometrik digunapakai, mampukah ia diharapkan untuk mencapai matlamat tersebut? Sebelum kita menjawabnya, ada baiknya kita bincang dahulu tentang sistem ini.

Sistem biometrik, seperti namanya memang amat mengujakan. Ditambah pula dengan kejayaan beberapa sistem kurang kritikal (jika dilihat dalam skop sebuah negara) seperti yang diamalkan oleh beberapa syarikat swasta dan juga agensi kerajaan, maka harapan yang diletakkan adalah teramat tinggi untuk menghapuskan masalah yang dibincangkan tadi.

Sistem biometrik secara amnya akan menggunakan jalur-jalur maklumat biologi seperti cap jari, cap tapak tangan, suara, bentuk tulang wajah, bentuk iris mata, geometri tangan, DNA, dan sebagainya akan digunakan sebagai medium pemadanan.

Seandainya berlaku pemadanan terhadap salah satu atau gabungan daripada jalur-jalur maklumat ini, maka pemilih akan diberi lampu hijau untuk mengundi. Seandainya pemadanannya gagal, maka pemilih akan dihalang daripada meneruskan hasrat untuk mengundi.

Nah, jika demikian sekali potensi kejayaan sistem biometrik ini, mengapa harus ia dibangkang dan ditentang? Tidakkah tindakan membantah dan menentang ini menunjukkan jumudnya pemikiran pihak-pihak ini dan merupakan langkah ke belakang menolak kemajuan sistem teknologi maklumat berasaskan jalur bioloogi ini? Kuno sungguh pemikiran mereka!

Saya tidak berhasrat untuk menyentuh soal kos sebagai asas utama penolakan ini. Seandainya ia adalah benar-benar untuk kebaikan Malaysia, kos bukan satu alasan yang harus dipertimbangkan jika ada kemampuan. Kalau bukan soal kos, apa masalahnya?

Izinkan saya menjelaskan asas penentangan perlaksanaan sistem ini. Perlu difahami, sistem biometrik ini bergantung kepada jalur maklumat yang diperlukan, akan memerlukan satu proses "pendaftaran." Dalam proses pendaftaran ini, setiap seorang dari pemilih yahg layak perlu "didaftarkan" jalur maklumat biologinya ke dalam satu pangkalan data.

Contohnya, Encik Ahmad bin Abu seorang pemegang kad pengenalan Malaysia yang sah bernombor 721230-XX-XXXX yang mengundi di lokaliti 252/78/49/053. Encik Ahmad bin Abu perlu hadir ke pejabat pengurusan pangkalan data untuk direkodkan segala jalur maklumat biologinya.

Di sana, rekod cap jari, cap tapak tangan, suara, bentuk tulang wajah, bentuk iris mata, geometri tangan, DNA, dan sebagainya akan direkodkan. Berapa masa yang diperlukan untuk merekodkan seorang pemilih? Berapa juta pemilih yang layak untuk kekal berada di daftar pemilih seluruh Malaysia?

Mungkin ada yang mengatakan pula, seandainya kos bukan menjadi perhitungan, maka masa juga tidak harus diperhitungkan demi kebaikan negara. Baik, saya setuju dengan pendapat itu.

Di sini masalah utamanya. Sepanjang melalui proses "pendaftaran" itu, ada kemungkinan wujud kesilapan manusia dalam menjalankan proses tersebut. Apa jaminan bahawa proses "pendaftaran" itu tidak akan silap? Mungkin pula ada yang akan menjawab, kita akan wujudkan proses semakan dan pengesahan sebelum Encik Ahmad bin Abu melangkah keluar dari pejabat pengurusan pangkalan data tersebut.

Baik, itu adalah semakan dan pengesahan untuk pendaftaran yang sah, apa pula jaminan bahawa sistem jalur maklumat Encik Ahmad bin Abu ini tidak digunakan juga untuk Encik Rostam bin Khalid yang sebenarnya tidak wujud dan diberikan kad pengenalan yang luarannya (kecuali gambar) milik Encik Rostam bin Khalid, tetapi padanan di dalamnya sama seperti padanan untuk kad pengenalan bernombor 721230-XX-XXXX dan diberikan kepada Encik Ahmad bin Abu?

Maka, Encik Ahmad bin Abu akan mempunyai dua hak memilih, satu di bawah nama yang sah Ahmad bin Abu dan satu lagi dibawah nama fiksyen Rostam bin Khalid.

Itu sekadar kemungkinan yang berlaku di dalam proses "pendaftaran." Bagaimana pula keadaannya pada hari pengundian? Encik Baba bin Alang Jaafar pemegang kad pengenalan bernombor 810513-XX-XXXX mungkin tidak mendapat padanan yang baik akibat kegagalan pengesahan sewaktu proses "pendaftaran" tempoh hari.

Beliau juga berdepan dengan risiko gagal mendapat padanan akibat cap jari yang sudah rosak, iris mata yang berubah akibat pembedahan, suara yang berlainan padanan akibat batuk teruk yang berlanjutan, maka akan perlu wujud suatu keadaan manual override akan diperlukan.

Bagaimana pula manual override ini akan dilakukan? Bagaimana pemantauan ke atasnya? Siapa yang mempunyai autoriti untuk menjalankannya? Apa jaminan manual override ini tidak dimanipulasi dan disalahguna?

Mari kita lihat bagaimana pula keadaannya seandainya dakwat kekal yang digunapakai. Dalam penggunaan dakwat kekal, seseorang pengundi yang ingin melepasi satu peringkat pemeriksaan kelayakan akan ditandakan dengan sejenis dakwat yang sukar dihilangkan kecuali selepas beberapa hari.

Maka, seandainya agen tempat mengundi (polling agent) melihat seseorang yang telah ditandai jarinya mencuba untuk mengundi lagi, maka ia akan dihentikan dan pengundi tersebut akan dinafikan hak mengundi kali kedua yang sememangnya tidak sah.

Penutup

Dakwat kekal tidak perlu kepada proses "pendaftaran" jalur biologi dan tidak terdedah kepada manipulasi pangkalan data tetapi secara mudahnya mampu menangani masalah yang timbul akibat usaha jahat tersebut.

Nilaikanlah. Dengan kos yang begitu minimal, kita juga berpotensi mencapai matlamat yang dibincangkan. Tidak perlu berbelanja besar berbillion-billion yang terdedah kepada kesilapan dan manipulasi yang hanya berpotensi untuk menggagalkan senario 3 dan membiarkan senario 1 dan 2 terus berjalan dan memberikan kelebihan kepada pihak tertentu.

Tindakan keras hadapi Bersih, Najib disabotaj?

Hari ini, sekumpulan diketuai pemuda PKR ditahan di stesen KL Sentral, dalam perkembangan terbaharu berkaitan tuntutan Bersih dan tekanan pihak berkuasa terhadap gerakan ini.

Peristiwa yang meningkatkan lagi kemarahan terhadap pentadbiran Najib berlaku sekitar masa yang sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggerakkan persediaan secara agresif untuk BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tindakan pihak berkuasa terhadap kempen Bersih sejak sebelum 9 Julai lalu sepenuhnya mengikut garisan keras berbentuk amaran, sekatan dan tangkapan yang dilihat sebagai taktik mencetuskan ketakutan supaya ramai akan mengelak daripada menghadiri perhimpunan itu.

Tindakan-tindakan pihak berkuasa sehingga kini mudah dijangka, iaitu berbentuk sekatan dan tekanan tanpa sebarang ruang kompromi yang dilihat ramai termasuk pemimpin-pemimpin dalam Umno dan BN sendiri sebagai mampu memberi kesan negatif terhadap BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pihak berkuasa dilihat telah bertindak berdasarkan sikap dan bahasa lama politik kuasa, tanpa melayan langsung hak-hak demokratik pihak penggerak Bersih, sehingga pentadbiran Najib terlalu mudah menerima liputan negatif di media.

Penerusan sikap kerajaan itu, sehingga semakin hampir Pilihan Raya Umum ke-13, berpotensi menjejaskan lagi imej pentadbiran Najib.

Setakat ini, hanya seorang pemimpin Umno yang menunjukkan sikap agak positif terhadap Bersih, iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau walau bagaimanapun dikecam sesetengah pihak dalam parti ekoran sikapnya itu

Pemilihan hanya satu bentuk tindakan oleh pihak berkuasa mendorong sesetengah pihak melihatnya sebagai tindakan sabotaj dalaman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Kerajaan BN telah menghadapi impak negatif ekoran laporan media tempatan dan antarabangsa semasa protes Bersih pada penghujung 2007. Tindakan kerajaan kali ini telah mengakibatkan kesan negatif yang sama, malah dijangka lebih buruk disebabkan tekanan yang dikenakan hingga selepas perhimpunan 9 Julai.

pemuda cheh: Yahudi Ketawakan Kita Umat Islam

pemuda cheh: Yahudi Ketawakan Kita Umat Islam

Yahudi Ketawakan Kita Umat Islam

Jika kamu mengikutnya

Cuba kita renungkan kebenaran artikel ini sebagai rujukkan kita bersama dan sebagai ingatan kepada kita.

Di ingatkan semula agar kita tidak lupa dan lalai terhadap apa yang dunia hidangkan kepada kita.

Protokol Yahudi

Di bawah adalah Protokol ke 10 Yahudi (jumlah protokol 24 kesemuanya) mengandungi 8 perkara untuk melalaikan manusia. Sekaligus memudahkan mereka menguasai dunia seperti yang terjadi sekarang ini.

Dakwah melalui lagu? Setakat ini saya tak dapat lihat kesannya

Song

Lagu-lagu amat menghiburkan dan melalaikan. Ada anak-anak yang tidak tahu mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Tidak menghafal ayat-ayat al-Quran meskipun sependek al-Fatihah tetapi boleh menghafal lagu dalam bahasa yang tidak difahaminya. Berjayakah Yahudi? Sememangnya mereka berjaya sehinggakan kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? Boleh ke hidup tanpa lagu? Tanya diri anda sendiri. Al-Quran atau Protokol Yahudi yang anda ikut?

Sex

Sex sudah menjadi kegilaan remaja dan orang tua sekalipun. Sex senang didapati di mana-mana. Di kaca tv, di dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah. Filem 18SX amat laris di pasaran. VCD lucah amat mudah didapati dan harganya amat murah. Kini kita seakan-akan tidak kisah dengan filem yang mempunyai unsur sex. Lagi sekali Yahudi berjaya.

Smoke

Rokok adalah hasil ciptaan Yahudi. Tetapi mereka tidak merokok. Rokok telah menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak lelaki jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi perempuan yang kononnya mahu di gelar 'up to date'. Kita seakan-akan mendokong penuh dalam merialisasikan matlamat yahudi.

Sport

Pelbagai jenis sukan telah dipopularkan. Lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba untuk mencapai target dan kemenanganBila bersukan, jarang yang menutup aurat, sembahyang dan puasa juga boleh di tangguhkan dan dibaikan. Yang menonton pun leka dan lupa menunaikan solat. Ramai yang fanatik dengan pasukan sukan masing-masing. Sampaikan ada yang bergaduh. Menangis kerana menang atau kalah. Pernah kita menangis kerana Allah? Atau menagis kerana permainan Yahudi?

Berbaloikah tangisan ini?

Fun

Kita seolah-olah tidak dapat lari dari hiburan. Hiburan ada disekeliling kita. Betul ke kita tak dapat lari dari ini semua? Adakah pancaindera yang dianugerahkan kepada kita hanya untuk berhibur? Semua lapisan peringkat umur meminati hiburan. Akademi Fantasia contohnya memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. penonton melekat di depan tv berjam-jam lamanya. Seolah-olah itulah dunia mereka. Mereka gelak dan menangis bersama. Yang pasti yahudi gelakkan kita.

Apakah masa hadapan kanak-kanak ini?

Female

Perempuan, tawaran Yahudi ini amat mengasyikkan. Perempuan dijadikan sebagai 'pelacur' untuk melariskan produk-produk syarikat dan memeriahkan event seperti lumba kereta dan sebagainya. Apa relevannya meletakkan perempuan separuh bogel di dalam iklan bateri kereta? Ini adalah untuk merendahkan martabat dan maruah perempuan. Hak-hak perempuan? Apa itu? Dari Quran atau pemikiran Yahudi?

Adakah Nabi Muhammad s.a.w ingin hadir ke festival fesyen islam ini?

Fashion

Fesyen terutama perempuan ada bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka sudah tidak menutup aurat. Macam mana hendak dikatakan menutup aurat jika bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat? Yahudi lebih mengetahui nafsu syawat lelaki berbanding wanita. Faham apa yang saya sampaikan? Fesyen lelaki juga semakin pelik. Gambar lucah terpampang di dada-dada mereka. Gah berjalan seolah-olah bangga dengan fesyen mereka tampilkan. Yahudi ketawakan kita lagi.

Food

Lagi satu kegilaan Umat Islam ialah obses terhadap makanan dari Barat seperti MC D, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Hanya dibeli setahun sekali apabila bulan Ramadan tiba. Tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan walaupun memudaratkan kesihatan. Makanan-makanan ini memang dicipta supaya Umat Islam lemah berfikir dan akan menjadi 'pak turut' kepada Yahudi.


Itu semua adalah hasil dari kejayaan protokol yang ke 10. Yang lain-lain akan dirumuskan di dadalam artikel yang akan datang.

Jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, pilihlah Allah.

17 Kali menipu Allah SWT dalam sehari

http://www.albiladdaily.com/newsm/7327.jpg
Tatkala seseorang meminta segelas air  daripada orang lain, lalu orang itu memberinya, tetapi dia menolak pula, maka jenis apakah orang seperti ini ?

Dan dia meminta lagi air  kepada orang yang sama sampai berkali-kali, dan setiap kali orang itu memberikan air yang dimintanya, dia menolaknya lagi. Maka apakah boleh dia tersebut dikelaskan  sebagai orang gila, sombong, pendusta dan mempermain – mainkan?
Sah – sah gelaran ini akan diberikan kepadanya. Jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia melaksanakan solat, dan mereka semua membaca al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun solat yang tanpanya solat tidak akan sah.
Mereka membacanya tujuh belas kali dalam sehari semalam. ini tidak termasuk yang dibaca dalam solat – solat sunat rawatib, yang jika dihitung jumlahnya mencapai lebih dari itu. Ertinya, mereka berdoa sampai berkali-kali dalam setiap kali membaca: “Kepada-Mu kami menyembah, dan kepada-Mu kami meminta pertolongan. “(Al-Fatihah: 5).
Tetapi realiti berbicara lain. Lidah mengucapkan, “Hanya kepada-Mu kami beribadah.” Yakni, hanya kepada-Mu Kami tunduk dan hanya kepada-Mu kami patuh, mengikuti, berserah diri, dan tunduk. Kami tidak takut, kecuali kepada-Mu, kami tidak berharap kecuali kepada- Mu ,kami tidak tunduk kepada hukum selain hukum-Mu, dan kami tidak takut kepada seorang pun melainkan hanya kepada-Mu
Tetapi, mereka tetap tunduk kepada manusia, bertepuk tangan buat mereka yang membuat sistem perundang undang – undang yang diambil dan selain sistem perundang Allah. Mereka takut ketika ada seseorang yang mengancam akan memutuskan sumber rezeki atau nyawanya. Mereka mengangkat tuhan-tuhan selain Allah. Mereka tunduk, patuh, dan takut kepada tuhan tuhan tersebut, melaksanakan perintahnya dan berserah diri kepadanya.
Hawa nafsu dan keinginan, isteri-isteri, harta, pakaian, pangkat, dan seluruh perhiasan duniawi, adalah tuhan-tuhan mereka selain Allah. Namun demikian, mereka tetap mengucapkan lebih dan tujuh belas kali dalam sehari semalam: “Hanya kepada-Mu kami menyembah.”
Mereka juga mengucapkan, “Dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.” Ertinya: “Kami, wahai Rabb, jika terkena musibah, bencana, sangat memerlukan-Mu, kerana kami sangat lemah, kami tidak datang kepada seorang pun selain Engkau untuk meminta tolong dan membebaskan kami dari bencana itu.”
Tetapi realiti berbicara lain. Jika ditimpa bencana atau kesulitan, mereka datang kepada sesama makhluk sebelum sang Khaliq. Mereka berkeyakinan bahawa makhluk tersebut memiliki kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat, sementara mereka menganggap terlalu rendah untuk datang, berlindung, dan bersimpuh di hadapan Allah swt.
Selanjutnya, mereka mengucapkan, ” Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus. “(Al-Fatihah:6).
Iaitu jalan yang dilalui oleh para salafus soleh, para pengikut anbiya’, sahabat, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia hingga hari kiamat kelak. Tetapi, mereka tetap terus berbuat maksiat, seperti riba, zina, memandang sesuatu yang diharamkan oleh Allah, berdusta, ghibah, namimah ‘mengadu domba’, menipu, dengki, mempertuhankan dunia, dan tidak berpegang teguh pada agama. Maka hidayah apa yang mereka kehendaki?
Apakah ini bererti bahawa jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia berdusta di hadapan Allah dan menipu-Nya 17 kali dalam sehari semalam.
Keadaan mereka itu tidak beza dengan “orang gila” yang meminta air kepada kawannya dan ketika air itu diberikan, dia malah menolaknya. Apakah itu merupakan kebiasaan yang mendarah daging sehingga memisahkan hubungan antara perkataan dan perbuatan?
Atau itu adalah kebiasaan berbohong yang menyelimuti kehidupan kita sehingga kita tidak dapat lagi membezakan antara berdusta kepada manusia dengan berdusta kepada Allah?
Atau hal itu semacam suatu zat yang menutup hati, semacam karat, yang membutakan mata hati manusia?
Atau itu merupakan kemaksiatan yang membutakan hati? Atau semuanya itu benar? Jika benar, maka ini adalah malapetaka besar yang menimpa umat ini.
Allah berfirman:
“Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (ash shaff : 9)

Komposer Was Penre Dedahkan Rahsia Yahudi


Bagaimana minda umat Islam dan Kristian di dunia ini dijajah oleh yahudi zionis yang bertuhankan dajjal.

Ini adalah satu pengakuan yang diberikan oleh seorang komposer lagu terkenal iaitu Wes Penre. Siapakah Wes Penre? Beliau adalah komposer terkenal, pengubah lagu, pencipta lagu bagi kumpulan-kumpulan rock zamannya seperti Rolling Stone, Led Zepallin, Black Sabbath, Metallica, Aerosmith, Slaughter, Megadeath, Dio, Sepultura dan lain-lain lagi.

Wes Penre

Apakah yang Wes Penre ingin bongkarkan? Menurut Penre, semasa beliau menjadi komposer muzik dan pencipta lagu, dia amat hairan bagaimana lagu-lagu ciptaannya yang berunsur-unsurkan pemujian kepada tuhan, kedamaian, intergrasi antara kaum, cintakan keluarga dan kehidupan manusia tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music dan beberapa syarikat rakaman gergasi lain lagi.

Lagu-lagu ciptaannya yang bertemakan seks, pemujaan syaitan, penghinaan kepada semua agama, peperangan dan sewaktu dengannya pula diluluskan untuk diterbitkan dalam album-album kumpulan rock. Beliau kurang mengambil berat masalah ini ketika itu kerana masih banyak lagu-lagu ciptaannya diterbitkan. Lama-kelamaan sifat ingin tahu mula timbul dalam diri. Sifat ini berkobar-kobar sehingga mendesak dirinya untuk melakukan kajian dan siasatan sendiri.

Katanya..“I am one of those who at that time didn’t understand why my revealing lyrics and melodic songs were not appreciated by the big Record Companies. Now I know better. And no matter what some people might think, I am NOT a bitter, failed musician, who wants to “get even” with the Industry. I live a life I am very happy with, and even if I had the chance again, I would not sign up to be a professional musician. In a better world I would, but I will NOT sacrifice my body and soul to make big bucks for the Illuminati.”

Katanya lagi, “……so when I write this, I am one of the few who exposes this without having a religious or personal agenda. Whatever you may think of the following, it will definitely open your eyes, and next time you see an interview with one of those artists, listen to a concert, or listen to a CD, you will recognize some of what is written here. Again, my intention is not to have you stop listening to music. I still find much of the rock music being great, and I listen to it daily – but with a new insight …”

Berikut adalah perkara-perkara yang Wes Penre ketahui selepas membuat kajian tentang industri muzik yang menjadi darah dagingnya itu;

Penre menyedari terdapat suatu gerakan sulit orang-orang Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat-syarikat rakaman dan industri bisnes di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government. 

TV adalah medium penyampaian ideologi Yahudi

Kesemua pengarah-pengarah eksekutif tertinggi syarikat-syarikat rakaman terdiri dari individu yang sama, mereka adalah ahli pergerakan rahsia Yahudi iaitu Freemason dan Illuminati.

Untuk menjadi ahli-ahli muzik di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi, anda mesti bekerja sebagai pembawa agenda Illuminati, yang mana bermatlamat mengawal pemikiran seluruh populasi dunia, atau dalam erti kata lain, anda mesti bersedia untuk digunakan sebagai hamba mereka sebelum memulakan kerjaya. Namun demikian, ini tidak bermakna semua artis diserap masuk sebagai pembawa agenda mereka, tetapi mereka terikat dengan peraturan-peraturan dalaman industri tersebut. Dalam dunia sebenar, anda bebas melakukan apa saja sebagai seorang artis, sama ada untuk meluahkan perasaan anda melalui muzik anda. Tetapi jika anda mahu membuat perkara tersebut dalam industri muzik barat, anda mesti menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok-kelompok Yahudi ini. Sehinggalah sekarang, industri hiburan dan Holywood adalh dua contoh industri yang dikawal sepenuhnya oleh Illuminati.

Artis-artis terkenal, yang mendapat publisiti meluas, mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa aturan kelompok Yahudi (Illuminati) ini, artis-artis ini diberi personaliti yang berbeza-beza dan semuanya dikawal oleh seorang Programmer yang bertindak sebagai pengurus mereka. Semuanya ini dilakukan untuk memastikan artis-artis tersebut sentiasa berada di atas landasan matlamat Illuminati, oleh sebab itu artis-artis tersebut terpaksa mengikut sahaja apa yang direncanakan ke atas mereka. Jika mereka cuba lari dari landasan Illuminati atau tidak mengikut perancangan yang ditetapkan, mereka akan dibelot, dihalang dari membuat rakaman album, atau dibuang dari industri atau mungkin dibunuh. Sebab itulah artis-artis terkenal di Amerika mempunuyai statistik kes-kes bunuh diri yang tinggi, yang sebenarnya bukanlah bunuh diri tetapi dibunuh menggunakan helah tertentu. Contoh terdekat seperti yang berlaku kepada bekas gitaris kumpulan rock terkenal, Metallica tahun 1980-an dahulu yang dijumpai mati di sebuah bilik hotel. 

Kebanyakan artis-artis Amerika terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Church of Satan. Artis-artis ini mengamalkan upacara-upacara penyembahan berhala dan ilmu hitam di Church of Satan sebagai syarat untuk kekal popular (seperti Marilyn Monroe, Ozzy Osborne, Led Zepellin, Michael Jackson, The Eagles dan banyak lagi). Wes Penre juga berjaya mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sifat glamour yang dimiliki artis. 

Anda lihat, bagaimana yahudi mempengaruhi minda umat Islam dan kristian. Bagaimana mereka menghipnosis dengan menggunakan kekuatan muzik. Jadi hati-hatilah dengan muzik yang boleh membawa kepada kehancuran.

Transformasi Ala Najib.. 28,588 kontraktor Kelas F bakal gulung tikar

Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang, berkata biarpun kontraktor amat teruja apabila kerajaan mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membabitkan projek bernilai puluhan bilion ringgit, tetapi pada hakikatnya kontraktor Kelas F terpaksa terus ‘ikat perut’ kerana tiada projek baru untuk mereka.

Itulah yang dikatakan Transformasi sebagaimana yang diwar-warkan oleh Najib.. Asal senang jadi susah..Transformasilah tu...


Jual rumah, ikat perut tiada projek

GEORGETOWN: Seramai 28,588 kontraktor Kelas F di seluruh negara kini dalam kesempitan sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah manakala ramai lagi mungkin gulung tikar kerana tidak mendapat sebarang projek baru.


Malah, sejak 2005 hingga sekarang, hampir 7,000 kontraktor sudah bankrap dan sebahagian besar yang lain kini dalam keadaan ‘hidup segan mati tidak mahu.’

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamad Fadzill Hassan, berkata masalah kekurangan projek amat ketara sejak dua tahun lalu dan ia makin terasa di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, khususnya Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kontraktor Kelas F, merayu kerajaan prihatin dengan nasib kontraktor Kelas F yang majoritinya menyokong kerajaan.

“PKMM amat sedih dengan nasib kontraktor Kelas F yang tidak mendapat projek sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya kepada Berita Harian.

Mohamad Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang, berkata biarpun kontraktor amat teruja apabila kerajaan mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membabitkan projek bernilai puluhan bilion ringgit, tetapi pada hakikatnya kontraktor Kelas F terpaksa terus ‘ikat perut’ kerana tiada projek baru untuk mereka.

“Persatuan amat berharap agensi ditubuhkan oleh kerajaan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melihat masalah dihadapi kontraktor Kelas F ini,” katanya.

Beliau turut memberi contoh pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar, yang tidak dinikmati oleh kontraktor Kelas F.

Katanya, walaupun ada komitmen untuk memberi peratusan tertentu kerja bagi projek berkenaan kepada kontraktor Kelas F, ia tidak menjadi kenyataan.

Mohamad Fadzill berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan sewajarnya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion nilai projek untuk menampung keperluan kontraktor Kelas F di seluruh negara.

Sementara itu, seorang kontraktor Kelas F mengakui nasib mereka kini amat kronik dan ada yang terpaksa berhempas-pulas meneruskan hayat operasi ketika yang lain gulung tikar.

Pemilik syarikat Ishak Mat Abu Enterprise, Ishak Mat Abu, berkata beliau sendiri dihimpit masalah itu apabila syarikatnya yang berpangkalan di Raub, Pahang, tidak menerima sebarang projek, tahun lalu.

“Tahun ini, cuma ada satu projek. Ini memberi kesan kepada kami terutama kontraktor baru dan masalah ini boleh dikatakan agak kronik,” katanya ketika dihubungi.

Bekas kontraktor kelas F, Sarizat Mohd Nor, 39, dari Seberang Prai di sini, pula terpaksa menjual kuih selepas syarikatnya ditutup kerana kekurangan projek beberapa tahun lalu.

Sarizat yang memiliki Alternative Telecomunications and Construction, menutup syarikatnya selepas kerugian akibat tidak mendapat projek kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

“Lazimnya ada kontraktor berpakat semasa sendiri menentukan jumlah harga sesebuah projek. Mereka bermain dengan harga dan pihak yang meluluskan projek hanya memilih kontraktor berkenaan.

“Ini menyebabkan kontraktor baru susah mendapat projek dan ada yang gulung tikar seperti saya. Kebanyakan kontraktor Kelas F juga tidak mampu membuat pusingan modal mereka dan pihak memberi pinjaman seperti bank pula mengenakan syarat ketat.

“Mungkin kerajaan boleh meminta bank melonggarkan syarat pinjaman dan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menghulurkan bantuan,” katanya.

Nazrin: Jangan Cari Raja Bila Panas Terlalu Terik

Raja Dr Nazrin Shah secara sinis mengingatkan bahawa raja-raja Melayu jangan hanya dicari apabila sesuatu pihak berada dalam keadaan terdesak atau tiada pilihan lain.”Raja jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun. 
“Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan,” tegas Raja Muda Perak itu ketika menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Wacana Ilmu bertajuk ‘Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara’ di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini pada Isnin.


Baginda bertitah, institusi raja wajib memberi naungan yang saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum seperti yang tersurat dalam salah satu daripada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Raja Nazrin menegaskan bahawa raja bukan monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa atau sekadar hadir memenuhi acara dan istiadat sebaliknya apa yang berlaku akan diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi.

“Dalam setiap perbalahan, tidak mungkin satu pihak yang betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, adat, moral dan agama.
“Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan,” titah baginda. Raja Nazrin turut mengingatkan rakyat dan pemimpin di negara ini bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang.

“Perlu ada penerimaan kepada realiti, perlu ada fahaman bahawa tuntutan untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran, perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan.  “Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan positif nadanya akan berikan kesan yang positif; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik, akan memberikan hasil yang negatif,” titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, perpaduan memerlukan kesediaan untuk melakukan pengorbanan dan semua pihak perlu menerima hakikat menang atau kalah dalam konsep demokrasi adalah lumrah. Dalam pada, titah baginda, institusi diraja perlu terus berkecuali yang berupaya menurunkan suhu politik negara yang semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Titah baginda, untuk itu raja perlu kekal dalam disiplin yang berada di atas segala polemik politik. “Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup scara rukun damai. “Raja perlu menggunakan kebijaksanaan akal bicara, memilih sebaik ketika dalam ruang kuasa yang diperuntukkan untuk menenangkan situasi.

“Namun raja tidak ada ‘lampu ajaib’ yang mengupayakan raja memupuk perpaduan sekelip mata,” titah baginda.