Saturday, January 16, 2010

Minyak masak naik harga ?




KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkemungkinan akan menurunkan atau memansuhkan subsidi minyak masak selepas perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sejak akhir tahun lalu.
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.
"Kita sudah memulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu," katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.
Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.
Terdahulu, pemansuhan subsidi roti dan gula mengakibatkan harga barangan keperluan itu melambung selain sesetengah barang yang berkaitan turut sama meningkat.Ep

Special Branch@SB dah bertukar nama??




Dua lelaki berbaju hitam di sebelah kanan dan dua lagi disebelah kiri Mat Sah serta dua orang wanita bertudung hitam dan putih yang kelihatan di belakang sebelah kanan Mat Sah adalah sebahagian dari berpuluh SB yang ditugaskan dari Bukit Aman untuk memberi kawalan keselamatan pada beliau ketika memegang status "Tahanan ISA 7 tahun" tahun lepas.Gambar ini diambil ketika hari kematian ibu Mat Sah.
"Sekarang, kami dah tak bertugas sebagai SB lagi. Jabatan kami dah di mansuhkan. Nama jabatan baru sekarang ni ialah jabatan Anti Terrorism..." kata seorang SB kepada Mat Sah minggu lepas.Namun, yang jelasnya, walaupun mendakwa telah bertukar nama, namun puak-puak tu juga yang begitu berani memasuki pagar rumah saya dan berdiri diluar grill rumah berjam-jam lamanya....Mungkin nama saja yang berubah, tetapi kerja dan tugasannya tetap sama.....

Susah sebenarnya nak percaya kata-kata SB-SB ni...kerana mereka dah terbiasa menerima arahan dan buat kerja2 mengintip.Walaupun mendakwa dah insaf, dah pergi Mekah dsb, namun kerjakerja kotor tu dah jadi darah daging...susah untuk berubah. Bagi yang betul2 dah insaf tu, biarlah Allah saja yang menentukannya.Namun dalam Islam ada qisas. Ada hak-hak yang wajib ditunaikan dalam hubungan pada Allah, pada alam dan pada sesama manusia.

Ketua Hakim bidas kes tertangguh , macam mana kes Nizar vs Zambri?



Tu dia...... Tuan Hakim Negara dah bising kerana banyak kes Mahkamah tertangguh kerana sikap segelintir peguam bela ,timbalan pendakwa raya , katanya lagi kes yang tiada keputusan atau penghakiman adalah satu kezaliman nyata kepada individu terbabit.Sumber klik

hughhhh.... ni kira berita baik untuk orang Perak..... macam mana kes perebutan kuasa MB antara Nizar vs Zambri...rasanya dah hampir dua bulan sepi tanpa berita...adakah dengan penagguhan keputusan kes ini merupakan satu kezaliman kepada rakyat perak ?

Sembang sembang kedai kopi hatta hingga ke masjid demer kata Nizar menang dalam perbicaraan dengan majoriti 4 - 1 betul ke tidak walla hualam...tapi dari logik aku kenapa hingga kini tiada keputusan, mesti ada yang tak kena....kenapa keputusan itu ditangguhkan dan kalaulah atau andai kata keputusan hakim mengatakan zambri menang tempoh hari dah tentu mereka istihar pada hari itu juga keputusan,buat apa nak ditangguh2 lagi ..betul tak ?.ini cuma persepsi aku sahaja.. kerana tuan hakim lagi arif dan bijak sana.

Apa apa pun apa yang dikatakan oleh Tuan Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi adalah bertepatan...kerana adalah satu kezaliman melengah lengah perbicaraan . Diharap keputusan yang penting dan besar impaknya seperti kes Zamri Vs Nizar harus dimuktamadkan segera , supaya status Mb yang sebenar dapat di ketahui umum....
Buat apa diperam kes ini terlalu lama adakah nak tunggu hingga PRU akan datang baru nak umumkan...atau memang tak nak umumkan ....?

Mengapa Perlu Jadi Hipokrit..!!!

Jangan jadi Hipokrit..Wa rasa itu paling lembut bahasanya..tapi realitinya ialah jangan jadi munafik.Hanya bunyi sahaja berbeza tetapi maknanya adalah sama.Wa tujukan kepada juak-juak hidup malayu yang kini sedang hangat berdemo dan berdiskusi untuk mempertahankan kalimah "Allah" dari digunapakai orang kristian.

Sedangkan dalam masa yang sama pimpinan hidup melayu ini menyakiti hati Rasulullah dan secara langsung menentang peraturan "Allah" yang mereka pura-pura pejuangkan masa kini.Cuba la lu orang buka minda dan renungkan sejenak..apakah ketegori yang dapat wa katakan pada Pimpinan Puteri Umno ni..

Kalau dalam satu ketika juak-juak Hidup Melayu bermati
matian berdemo demi untuk mempertahankan kalaimah
"Allah"daripada digunakan oleh penganut kristian...

Tetapi dalam waktu dan ketika yang berlaian,Pimpinan
Puteri Datuk Rosnah Abd Rashid bersama-sama merasmikan
Kejohanan Bina Badan yang disertai oleh kaum wanita..Tidak kah ini
akan menghadirkan bala Allah kerana mempermainkan peraturan
dan hukan hakamnya...??Tapi apa yang perlu dipelikkan,kerana parti
yang bukan berdasarkan perjuangan Islam akan beginilah jadinya..


Dalam beria-ria memprotes dan menguatkuasakan undang-undang..tiba-tiba muncul Sheikh Nazri yang menyatakan bahawa penganut kristian di Sabah dan Serawak boleh menggunakan kalimah 'Allah"....Apa punya biul la pimpinan Umno ni..Apasal di semenanjung tak boleh??mengapa perlu ada dua undang-undang.Sedangkan Kalimah "Allah"adalah satu sahaja,macam mana ada penganut kristian yang boleh guna dan yang sebahagian lagi tak boleh nak guna..

Perghhh...Lu sendiri mau ingat ma...inilah perancangan jahat BNUmno kerana takutkan hilang kuasa yang ada di Sabah dan Serawak mereka sanggup membelakangkan hukum-hakam Allah demi menjaga hati-hati manusia yang bernama pengundiii dari kalangan penganut kristian yang ramai di Sabah dan Serawak...

Bai : SendiriMauIngat..Tepuk Dada,tanyalah Al Quran dan Hadis.

Yang Mana satu - Ngigau, Nyanyok, Lupa, Merapu dan lain-lain lagi..

Salam sejahtera..

Sebagai oarang No 1 dalam perundangan negara, aku hairan kenapa ia boleh bercakap sebegitu rupa...

Padanlah dalam parlimen Karpal Singih tak habis-habis mahukan orang no 1 ini dipecat sahaja...

Pelantikannya pun kira lain dari yang lain..., tu yang dok keluar kenyataan dalam keadaan sedar atau pun tidak.. wallah hu aklam. Baca di Di SINI.

Apakah ia tak tahu atau tak diberitahu atau sengaja buat-buat tak tahu atau tak mau nak mengambil tahu sampai bila kes MB Perak nak diberi keputusan oleh Mahkamah Persekutuan... Oii mahkamah Persekutuan..

Apakah kenyataan yang dikeluarkan itu hanya membaca skrip....