Friday, July 29, 2011

Tumbangkan umPORno/beEnd... Rakyat/Negara Selamat.


Standard aaarrr.... puak2 kapitalis dan sekular nih.... apa saja yang tak berpihak pada mereka, menganggu gugat kesejahteraan mereka... maka isu agama, isu perkauman akan dimainkan, dituduhlah sebagai penganas, ajaran sesat, puak pelampau, pengacau, wahabi, matahari, komunis dan ntah apa2 lagi.

Yang jenis mengaku Islam tapi perangai lebih haram dari babi tuuuu... tak nak pulak diorang ambik tindakan. Yang jenis mengaku Islam tapi terhenjut2 dalam pub/disko tak kira tua muda dibiarkan saja.

Bila ada yang menentang kemungkaran dipecat dari jawatan, contoh Dato Ishak Baharom. Selagi puak2 laknat umPORno/beEnd nih berkuasa... selagi itulah Islam tidak akan tertegak di Negara Malaysia ni...
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

selanjutnya di MalaysiaKini.
Gua tertarik dengan salah satu komen di malaysiakini;
Yang penting sekarang cari jalan nak kuatkan ummah, cari jalan macam mana nak ajak orang2 muda pergi ke masjid berjemaah 5 waktu, isu murtad perlu diatasi dengan segera, bukan bergaduh pada benda2 kecik, perbanyakkan majlis2 ilmu di tv selain di tempat2 awam macam di bandar2 besar di hari minggu.

Kurangkan reality show yang haram such as AF, Malaysian Idol, Bintang Kecil dan lain2, baru la takda lagi golongan yang jahil. Melenting-lenting bila ada non-muslim baca Quran dan Hadith, Islam bertambah indah jika kita pelajari berbanding dari kita mewarisinya. - Mohd Firdaus-UUM
Gua rasa sudah sampai masanya puak2 pemyokong/pencacai umno yang mengaku beragama Islam menolak sistem sekular umPORno/beEnd ini, jom.... ramai2 kebumikan parti sekular ini dalam PRU-13 nanti.

Seperti yang gua katakan di atas, selagi puak2 jahanam dan buta agama ini memerintah... rakyat/umat Islam di Malaysia akan bertambah keliru dan diperbodohkan setiap masa.

Disebabkan oleh keraaaajaan sekular ini jugalah, maka lahir manusia seperti ini.

Najib takut sangat guna dakwat celup? -Ustaz Idris Ahmad.

Posted By Cikgu Din
Untuk masuk rumah hantu ini,,hanya celup jari sahaja dibolehkan.Biometrik hantu tak mau.!

Ustaz Idris Ahmad bertanya kenapa kerajaan BN takut hendak menggunakan celup dakwat.

Budak sekolah pun boleh menjawabnya."Itu BN ,mau kekal kuasa ma!"."Itu Najib mau jadi ketua,ma!".."Kalau takut kena pakai pampers ma!" Alasan budak sekolah kenapa perlu takut terkencing dalam seluar!

Berikut merupa pandangan Ustaz Idris Ahmad.

KUALA LUMPUR, 29 Julai:
“Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.

Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.

Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.

Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.

Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.

“Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya.

Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.

Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.

“Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi.

Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.

Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.

Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.

Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.

Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

“Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi.

Gila kerana gerainya hilang?

Mamak yang paling popular dalam Penang tahun ni.. apa saja demonstrasi menentang Guan Eng dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang muka dia mesti ada.. dia tak peduli apa.. main sondol membabi buta saja..

Hari ini pula dia bawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Puncanya ialah kerana kerajaan negeri dikatakan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar..


GEORGETOWN: Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. - BERNAMA

Rosmah Terus Mencukur Wang Negara

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...


Kenyataan Media: "Rosmah Terus Mencukur Negara!" (29 July 2011)

Respon kepada kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewaktu lawatannya ke Pokok Sena semalam, yang turut dilaporkan portal berita Free Malaysia Today (FMT) 'Permata mahu lebih peruntukan' - saya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merujuk perkara ini ke sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya.

Ini kerana, peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata dalam Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan.

Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan.

Beliau harus mengawal dan menghalang isterinya dari terus mencukur wang rakyat. Wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan pubkisiti dan peribadi - eg. beg tangan RM1juta dan cincin permata RM74juta.

Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam.

Laporan kewangan, data keberhasilan dan indikator pencapaian program Permata ini juga seharusnya dibekalkan kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambah baikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang
Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah

Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.

14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.

Bantu rakyat

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.

Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.

Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” kata Rosmah.

Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

DAP Anti MeLAYU Atau UMNO Anti Cina..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Tiap-tiap hari kita boleh baca kenyataan-kenyataan Menteri-Menteri PenChaChai dan juga boleh baca dalam blog-blog pro PenChaChai lagu DAP anti MeLAYU, DAP anak beranak PAP, DAP nak ambik alih Malaysia, DAP pinggirkan MeLAYU terutamanya di Pulau Pinang.

Hari ni:
MCA Marah DAP Utamakan Melayu

Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.
Pulak dah...

UMNO cakap DAP pinggirkan MeLAYU dan Kontraktor MeLAYU Pulau Pinang siap buat demo besar-besaran... Bukan sekali, tapi dah banyak kali.

Hari ni sayap Barisan Nasional sendiri buat kenyataan DAP pinggirkan Kontraktor Cina.

Sah UMphorNO/Beer eNd dah gila...

USTAZ NI AKAN LEBIH 'MANTOP' KALAU SERTAI PAS

Isu pemecatan Ustaz Zamri yang mengendali rancangan ‘Adik & Al-Quran’ dari TV9 hangat diperkatakan. Ianya bermula daripada penyebaran gambar hos TV9 itu terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas gara-gara sifat hasad dan dengki barua-barua Umno-BN. Baca di sini.

Di sebalik pemecatan itu, kita dapat mengambil satu iktibar di akan keikhlasan pemimpin Umno-BN terhadap kemajuan Islam dan agamawan di negara ini.

Bagi blogger-blogger murahan Umno-BN, mereka ini tidak mengerti erti hak kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan. Mereka hanya pandai menyebut patuh kepada perlembagaan negara tetapi bodoh terhadap isi yang terkandung dalam perlembagaan.

Jika cerdik, tak pula dihalang hak Ustaz Zamri untuk berhimpun yang pasti ada termaktub dalam perlembagaan (Artikel 10). Mereka ini hanya mempunyai sifat dengki sehingga menyerlahkan kebodohan mereka sehingga secara bodoh menyatakan Ustaz Zamri perlu ‘dikeluarkan’ dari TV9 kerana dia banyak memperolehi nikmat daripada hasil penyertaannya dengan anak syarikat Media Prima yang majoriti sahamnya adalah hak milik UMNO Malaysia. Kalau dah hak milik Umno, kenapa tak letak je label, hanya untuk ahli Umno sahaja.

Buat pemimpin atasan Umno-BN pula, ini semua menjelaskan hakikat sebenar yang mereka ini hanya berlakon untuk meluahkan pujian kepada para ilmuan agama dan agama Islam itu sendiri. Golongan agama yang terpalit dengan tahi Umno-BN dipujinya tinggi-tinggi walaupun hakikat sebenar ilmu tak seberapa.

Dalam kes Ustaz Zamri, beliau dinobatkan ‘mantop’ hanya ketika tiada orang tahu pendiriannya, tetapi selepas melihat terlibat dengan BERSIH 2.0, segala pujian telah bertukar cacian dengan sekelip mata.

Kerana dilihat melawan arus kerajaan Umno-BN, mereka akan ditolak ke tepi. Konon menyalahi polisi syarikatlah, apa lah.

Tapi yang tak memberi kesan kepada kuasa Umno-BN seperti program hiburan melampau, tayangan video lucah, rancangan merosakkan akhlak tidak pula menyalahi polisi syarikat bahkan dibiarkan bertambah-tambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Umno-BN memang hipokrit!

Bagi blogger murahan Umno, mereka kisah apa kalau rancangan berbentuk agama dihentikan. Mereka hanya akan meronta dan marah bila rancangan hiburan, pergaulan bebas, dedah sana-sini dihentikan.

ASHRAF AKA ALEESYA MASUK ICU...


KUALA TERENGGANU: Lelaki yang mencetuskan kontroversi apabila membawa kesnya ke mahkamah beberapa minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran menukar jantina kini telah dimasukkan ke hospital setelah didapati muntah beberapa kali.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang dikatakan sedang menghadapi tekanan perasaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 3 pagi Jumaat.

Dia dimasukkan ke ICU selepas tekanan darahnya didapati rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, telah meminta kerjasama pihak media agar membenarkan anaknya berehat dan tidak diganggu ketika di dalam wad.

“Saya berharap pihak media memahami situasi yang sedang dialami oleh anak saya dan memberinya masa untuk pulih. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang serius,” ujar Abdul Aziz.


... Moga dia cepat sembut dan sempat bertaubat atas apa yg dilakukan selama ini....

ANUGERAH IBRAHIM ALI, ANUGERAH OMAR DIN MANA?

Oleh: WFAUZDIN NS

NASIB baik belum masuk bulan puasa lagi. Jika tidak, mungkin ramai yang `termuntah' atau terlebih ketawa apabila membaca kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang perasan ramai orang `cemburu' kepadanya apabila beliau sendiri taja anugerah untuk dinamakan anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali kepada UiTM.

NONEMemetik laporan Malaysiakini, Ibrahim Ali berkata, "Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya. "Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Siapa yang terlalu bodoh untuk cemburu dengan manusia bernama Ibrahim Ali ini? Apa kehebatan `raja katak' dari Pasir Mas ini? Kerusi Parlimen Pasir Mas yang beliau tidak segan silu duduki sekarang pun adalah hasil `ehsan' dari PAS Kelantan. Jika tidak, mungkin Ibrahim Ali tidak berada di Parlimen hari ini atau mungkin beliau sekarang menjawat jawatan Siak Masjid di kampungnya. Kita tidak lupa Ibrahim Ali pernah hilang deposit bertanding di dalam Pilihanraya sewaktu beliau menggunakan `jenama Ibrahim Ali' sahaja.


Hebatkah Ibrahim Ali yang hanya sekadar terlolong-lolong di depan TV kununnya untuk mengumpulkan puluhan ribu orang-orangnya untuk berdepan dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 09 Jul yang lalu? Pada hari perhimpunan tersebut, di mana `tokoh hebat' ini? Andainya ada `katak' yang hadir berhimpun pada hari tersebut, nescaya banyak yang `mati katak' akibat dipijak oleh puluhan ribu peserta BERSIH.

Oleh sebab itu, tidak pelik ramai yang terpinga-pinga mengapa harus UiTM mewujudkan anugerah Ibrahim Ali? Jika orang seperti beliau boleh dijadikan nama anugerah, sudah tentu Omar Din dari Silat Lincah itu pun boleh digunakan namanya untuk anugerah. Ini adalah kerana `level' Ibrahim Ali dan Omar Din setaraf. Jika Ibrahim Ali ada kerusi Parlimen Pasir Mas, Omar Din pun ada `kerusi' khusus untuk beliau juga. Jika Ibrahim Ali `garang dan hebat' di depan TV sebelum Perhimpunan BERSIH yang lalu, apa kurangnya si `Pendekar Mustar' itu?

Nampaknya perangai perasan ini tidak habis-habis melanda Ibrahim Ali. Mungkin sebab itu beliau tidak mahu kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas kerana beliau `perasan' bahawa majoriti rakyat di Pasir Mas setia dan menyokong beliau. Kita berharap Ibrahim Ali kurangkan sikit lawak jenaka bodohnya itu menjelang Ramadhan nanti kerana kita takut `termuntah' terlalu banyak apabila mendengar beliau bercakap./

Cubaan polis membunuh di KL Sentral, KEADILAN kemuka video

Peguam, Fadiah menunjukkan rakaman OCPD Brickfields, Wan Bari mengarahkan anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai

Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.
Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
“Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.
Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.
Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai. Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.
“Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan “Bawah! Bawah” sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.
“Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan),” kata Fadiah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.
“Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.
“Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati,” kata Sivarasa. -KeadilanDaily