Friday, December 9, 2011

Brahim Ali Kata Dakwat Kekal Kurangkan Jumlah Pegundi



Ya benar! Dengan dakwat kekal akan mengurangkan bilangan pengundi, iaitu pengundi hantu. 

Padan muka! Pengundi Pasir Mas akan mengajar katak ni secukup cukupnya pada PRU 13 nanti. 

SPR minta jelas dakwat kekal PRU 13 dikatakan tidak sah ketika solat
 
PASIR MAS- Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat penjelasan mengenai penggunaan dakwat ketika mengundi, kerana ia mungkin akan mengurangkn bilangan pengundi dalam PRU 13 kelak.

Masih ramai rakyat yang tidak tahu mengenai penggunaanya kerana dikatakan tidak sah digunakan ketika solat. - SH Kelantan

Khas Buat Ibrahim Ali - Hukum Pakai Indelible Ink Dalam PRU

Ibrahim Ali baru-baru ini membantah penggunaan dakwat kekal dalam proses mengundi di negara kita atas alasan bahawa takut nanti dia tak sah ambil wuduk. Nampaknya dia tak tahu bahawa majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa membenarkannya pada tahun 2007.
Mungkin juga dia tak tahu dan ramai yang tak tahu bahawa negara kita ada porta khas untuk menyampaikan koleksi-koleksi fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka. Anda boleh lihat portal tersebut di sini.
Suruhanjaya Pilihanraya juga tak perlulah nak tinggu majlis fatwa bersidang sekali lagi untuk memberikan fatwa terbaru samada boleh atau tidak boleh menggunakan dakwat tersebut. Melainkan jika mereka mahu mendesak majlis fatwa mengeluarkan fatwa baru tidak membenarkannya agar mudah mereka berpusing keputusan untuk membatalkannya pada PRU13 nanti.
Anda boleh membaca keputusan majlis fatwa tentang perkara indelible ink tersebut di sini