Tuesday, May 25, 2010

UMNO MIC Bergasak. Samy Vellu Akan Pecat Muhyiddin Juga?


Krisis antara UMNO dan MIC bertambah buruk hari ini apabila anak Datuk Seri Samy Vellu menuduh UMNO sebagai mendalangi kempen untuk membunuh kerjaya politik ayahnya.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan dakwaan oleh S Vell Paari itu sebagai biadap dan meminta Samy supaya menasihati anaknya.

Pertikaman lidah antara UMNO dan MIC itu adalah yang terburuk dalam sejarah Barisan Nasional dan mencerminkan ketidakstabilan yang semakin ketara dalam gagasan itu.

Samy Vellu menjadi sasaran beberapa kerat pemimpin MIC yang mendesak beliau supaya meletakkan jawatan setelah menerajui parti itu sejak tahun 1974.

Pergeseran antara UMNO dan MIC pula semakin buruk apabila Perdana Menteri Najib Razak menolak calon pilihan parti itu untuk bertanding pada pilihanraya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Ini kali pertama Umno masuk campur dan menentukan calon yang mana harus diletakkan oleh MIC. Tindakan itu dilihat sebagai mengaibkan Samy di samping mengundang kritikan terhadap kepimpinannya.

Beberapa orang yang mengkritik Samy kemudian menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) bagi memaksa beliau berundur sebagai presiden MIC.

Vell Paari anak kepada Samy semalam membuat kenyataan terbuka bahawa gerakan itu turut didalangi oleh UMNO dan mendedahkan bahawa UMNO telah lama mendominasi parti-parti komponen lain dalam BN.

“Umno akan menentukan siapa memimpin MIC jika pihak luar tak henti campurtangan dalam urusan dalaman MIC” ujar Vell Paari.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Dalam reaksi kilas, Muhyiddin menyifatkan Vell Paari sebagai biadap kerana menuduh Umno cuba menjatuhkan ayahnya.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap”ujat Muhyiddin.

Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya” tambahnya lagi. -TVS

Mesyuarat Agung Tahunan 2010 Unit Ehsan Pulau pinang

pemangku Bendahari Agung Unit Ehsan Penang, Sdr Mohd Yusof (berbaju putih) tersenyum setelah diusul & dipilih sebulat suara dalam Mesyuarat Agung kali ini.
Sdr Azrizal Tahir selaku Pengerusi UE Penang sedang menyampaikan UcapTamanya.
sdr pemangku Bendahari Agung UE sedang meneliti dengan teliti serta terperinci butir-butiran Penyata Kewangan UE Penang yang berakhir pada 31 Disember 2009.
barisan pimpinan Tertinggi Unit Ehsan P.Pinang. Dari kiri, Pengasas merangkap Chief De Mision UE, sdr Zulkarnain, dikuti disebelah beliau, sdr SUK UE, sdr SU UE, sdr Penolong SU UE, sdr Pengerusi dan akhir sekali, sdr Timbalan Pengerusi, Amizuddin Ahmat.
semua hadirin hadirat ahli-ahli serta bersama pimpinan Tertinggi UE P.Pinang bergambar kenangan sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2010 selesai.

WUJUD YBU & PERAK AMAN JAYA: MEMBAZIR WANG RAKYAT

http://pemudapasperak.com/v3/

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak faham usaha kerajaan negeri dengan mewujudkan Yayasan Bina Upaya (YBU) dan juga  pengurusan projek Perak Aman Jaya di bawah Institut Darul Ridzuan amat bertentangan dan membazir wang rakyat.

DPPN Pk melihat dengan kewujudan YBU dan projek Perak Aman Jaya ini jelas akan menambahkan lagi penyaluran keluar wang rakyat. Ianya juga sumber kewangan bagi Umno / Barisan Nasional (BN) kerana peruntukan yang telah di salurkan mencecah jutaan ringgit.


Sebagai contoh, fungsi yang dimainkan oleh YBU sebenarnya sudah pun di bawah tanggungjawab Pejabat Pembangunan Wanita (PPW) dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Seolah-olah YBU mengambil tugas dan fungsi PPW dan JKM dan juga menggambarkan kedua-dua agensi kerajaan ini tidak menjalankan tugas mereka.


Manakala projek Perak Aman Jaya pula dilihat sama peranannya seperti pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) dan juga fungsi Bidang Keberhasilan Utama Nasional (MKRA). Projek Aman Jaya juga hilang fokus terutama penglibatannya dengan Pertandingan Piala Dunia pada tahun ini.


Bagi DPPN Pk, perkara ini jelas tidak menguntungkan ekonomi rakyat kerana penubuhan YBU dan projek Perak Aman Jaya ini adalah penyaluran kewangan yang terlalu banyak. DPPN Pk mendesak supaya kerajaan negeri memansuhkan kedua-dua badan yang di tubuhkan tersebut kerana merugikan rakyat.

SPRM RANCANG PERANGKAP AHLI POLITIK


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan pendedahan Buliten Utama TV3 semalam yang menceritakan bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpan pemberi rasuah yang di lakukan oleh ‘egen provokateur’ bagi memerangkap pihak yang berusaha untuk memberikan rasuah.
http://pemudapasperak.com/v3/


Hujah tersebut di tambah dengan rakaman perbualan telefon yang dinyatakan sebagai bukti sokongan oleh SPRM (dahulu Badan Pencegah Rasuah). Usaha ini jelas mencabul hak asasi manusia kerana ianya adalah bertujuan ingin menjatuhkan seseorang. SPRM jelas dilihat ketika itu sebagai dalang bagi menjatuhkan kedua-dua bekas Exco terbabit. Islam juga tidak membenarkan pengikutnya dengan sengaja memerangkap atas dasar ingin menguji atau menganiayai mana-mana individu.


DPPN Pk amat kesal dengan usaha-usaha yang telah di lakukan oleh SPRM selama ini yang cuba memerangkap Ahli Politik terutama di kalangan pembangkang. DPPN Pk mendesak SPRM memperjelaskan tuduhan tersebut dan SPRM mesti tampil membersihkan tuduhan-tuduhan tersebut selama ini.

PELABURAN 2 BULAN: INDAH KHABAR DARI RUPA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) masih menunggu pelaburan berskala besar yang berjaya ditarik pada tahun lalu dengan pembukaan hab pengeluar dan pengedaran produk bijih besi di Manjung bernilai kira-kira RM8.5 bilion oleh firma pengeluaran produk bijih besi, Vale yang berpengkalan di Brazil masih samar atau hakikatnya ‘indah khabar dari rupa’.

Ini tidak langsung menggambarkan keyakinan kemasukkan pelaburan tempatan atau asing ke Negeri Perak, terutamanya pelabur-pelabur asing yang masih tidak berkeyakinan terhadap pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini. Pelaburan berskala besar yang diumumkan oleh Datuk Hamidah Osman jelas tidak jujur terhadap gambaran hasil pelaburan yang sebenarnya.

DPPN Pk tidak terkejut dengan pengumuman yang akan dan bakal diumumkan nanti kerana pengesahan yang sebenarnya hanya akan dilaporkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada akhir tahun. Jika pelaburan asing masih menurun, ini membuktikan ketidak mampuan dan hilangnya keyakinan pelabur asing yang ingin meneruskan pelaburan mereka di Perak.

http://pemudapasperak.com/v3/
Bagi DPPN Pk, kayu ukur dan pencapaiannya dinilai berdasarkan sistem kuasa pentadbiran kerajaan yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Perak menjadi pertikaian dari sudut Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia malah di peringkat antarabangsa sehingga sekarang ini.

MB PERAK SEBENAR: ZAHID KEMBALI KE PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat beberapa perkembangan terutama usaha Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pembukaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ketiga di Perak iaitu di Bagan Datoh serta pembinaan limbungan oleh Syarikat NGV Tech yang mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal juga di Bagan Datoh memberikan gambaran potensi kemampuannya sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang sebenar.
http://112.137.167.244/~pemudapa/v3/

Suasana ini dapat dilihat semasa Perasmian Serentak Umno Cawangan seluruh Negeri Perak oleh Datuk Seri Zahid yang memberikan pengharapan tersebut. Perkembangan ini juga dilihat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kini merasakan kepanasannya. Tidak hairanlah Datuk Seri Zambry mula melaporkan kemampuannya menarik pelaburan ke Negeri Perak baru-baru ini.


Bagi DPPN Pk, pergolakan Umno Perak kini bukan rahsia lagi tetapi dapat dilihat dengan kekerapan turun ke padang oleh Datuk Seri Zahid sejak kebelakangan ini.

Presiden UMNO P'tin Melawat Presiden UMNO M'sia Esok

Presiden UMNO Palestin Mahmoud Abbas

Selasa Mei 25, 2010: Presiden Palestin Mahmoud Abbas Lawat Malaysia Esok
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Palestin akan meningkatkan keakraban hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan lawatan kerja Presiden Mahmoud Abbas ke negara ini mulai esok.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini berkata Abbas akan diiringi oleh beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan dalam lawatan tiga hari itu.
Pemimpin Palestin itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini.
Lawatan Abbas adalah kali kedua selepas tahun 2007.
Lawatan itu juga menyediakan peluang untuk pemimpin kedua-dua negara membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa bagi kepentingan bersama khususnya mengenai perkembangan terbaru di Palestin," katanya. - BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sehati, sejiwa dan seperjuangan UMNO Palestin bertemu UMNO Malaysia. Perjuangan asabiah kebangsaan!
Lihat sebelum ini..

Terkini : Harga Minyak Naik Esok?

Oleh Dzulkarnain Taib & Fazli Othman



SHAH ALAM 25 Mei - Rakyat Malaysia dijangka akan terus dibebankan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengurus kewangan negara dengan telus apabila Kabinet dikatakan akan meluluskan pemotongan subsidi ke atas barangan keperluan asas dalam mesyuarat Kabinet esok.


Pemotongan subsidi bermakna harga barangan tersebut akan melonjak dan antara barangan asas yang disebut-sebut akan terbabit dalam kenaikan harga termasuk petrol yang bakal dinaikkan daripada RM1.85 seliter kepada RM2.00 dan gula daripada RM1.75 sekilo kepada RM2.00.


Mesyuarat mingguan Kabinet esok dijangka akan membincangkan serta meluluskan usul mengenai pemotongan rejim subsidi ke atas beberapa keperluan asas termasuk minyak, gas asli, gula, tepung dan tol lebuh raya.


Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata beliau menentang sebarang kenaikan harga kerana yang terpaksa menanggung beban adalah golongan pekerja berpendapatan rendah.


"Isu menaikkan harga keperluan ini bukan isu baru dan ini bakal menjejaskan kepentingan orang ramai.Sebab itu saya sebagai Presiden MTUC menentang kenaikan harga barang keperluan asas ini.
"Pendapatan pekerja swasta dan kilang masih lagi di takuk lama dan jika diteruskan akan menjejas kehidupan harian mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan.
Mohd Yusof Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan kerana ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bawahan.


"Masyarakat mengharapkan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barang keperluan kerana ekonomi masih dalam keadaan tidak menentu.
"Salah satu alasan kerajaan adalah untuk mengurangkan subsidi yang ditanggung dan menyerapkan kos tersebut kepada rakyat.
"Tindakan kerajaan ini akan dipersoalkan oleh rakyat kerana kita tahu banyak dana awam telah digunakan secara yang tidak berhemah," ujar Mohd Yusuf
Menurut beliau, jika rakyat gagal diberitahu oleh kerajaan tentang mengapa kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah.


"Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan rakyat terdiri daripada rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 dan ini sudah tentunya membebankan mereka.
"Kita khuatir akan kesannya kerana implikasinya pasti menyeluruh dan akan menyebabkan kenaikkan kepada perkhidmatan dan barangan yang lain.


"Dasar Fomca menyokong pengurangan subsidi kepada barangan asas secara beransur-ansur tetapi hendaklah tidak membebankan rakyat," kata beliau ketika dihubungi.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini dan menunggu hasil mesyuarat Kabinet esok.


Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 23 Oktober tahun lalu memperlihatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan Umno-BN melaksanakan belanjawan secara berimbang.


Ini dapat dilihat melalui cara Umno-BN membelanjakan wang rakyat. Takkala negara bergelut dengan masalah ekonomi dan keperitan hidup rakyat yang semakin menekan, Najib pula menganugerahkan RM100 juta kepada Program Permata, projek kegemaran isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.


Tindakan ini seolah-olah membelakangkan hakikat bahawa hutang negara telah meningkat dengan mendadak kepada RM362.5 bilion pada tahun 2009.
Bagi menangani publisiti negatif terhadap kerajaan daripada tindakan Najib ini, Umno dikatakan telah mengadakan siri penerangan kepada ahli parti itu diperingkat cawangan dan bahagian baru-baru ini.


Bagaimanapun menurut seorang ketua cawangan Umno di Shah Alam tindakan menaikkan harga barangan keperluan asas akan mejnadi sebab kepada kekalahan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.


"Kami diminta memberi penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak, gula, tepung dan sebagainya. Macam mana nak cakap kepada rakyat sebab kami pun tak setuju.


"Kalau macam ni caranya saya rasa Umno akan kalah pada pilihan raya nanti sebab rakyat akan marah dan semakin susah," kata beliau.

KJ berjaya kandor M16 !! tolak jawatan Mejar

hep hep hep .....wow !!!.. semangat wira umno



Pahlawan umno terakhir ?






Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.
Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.
Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.
Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera. —
ongan politik.
Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.
Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera. —

TOTO, DAMACHAI

Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombur Ekor (Empat Digit) megnum, TOTO, DAMACHAI dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan. Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang. Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan,Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat. - Perkasa

Dan yang ini... bertambah2 sengal jadinya.... belum makan paracetamol lagi agaknya... tu yang jadi gilababi tak ketahuan....

Ehmmm.... haruskah gua "Brain Surgery" kepala otak Presiden Katak Perkosa nih....???? Cuba tanya pakcik google... katak perkosa nih... ada otak tak...??? Pasti pakcik google jawap... ada otak. Dan cuba tanya lagi kat pakcik google... katak perkosa nih... ada akal tak...??? Pasti pakcik google jawap... pertanyaan anda tidak di temui....???

Sebabnya... dia kan katak... hanya ada otak tapi takda akal....!!!!

sumber dari :- ISA - IkutSukaAku (kasik kredit sama dia..tq bro..)

Abuya 'Hidup Semula' Untuk...

Heboh berita kembalinya Abuya dimainkan media. Ramai yang tersentak dengan kembalinya Abuya. Paling tersentak dengan isu ini Muhyiddin Yassin juga dan mengatakan kerajaan akan memantaunya. Hishammuddin juga berkata sesiapa yang membawa ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam diawasi kementeriannya. Sedap bunyinya.

Ngo-ngo bersedia juga memantau. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan memantau kubur Abuya. Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Pengerusi Nakhaie Ahmad juga sedia membantu. Baguslah semangat yang ditunjukkan. Perkara khurafat, perkara yang menyesatkan akidah kena bendunglah.

Pengikut-pengikut Abuya sendiri menyatakan sememangnya mereka menerima hakikat Abuya sudah meninggal melalui sidang medianya. Namun kenapa isu ini disensasikan oleh media terutamanya Berita Harian. Mereka seronok. Ada udang sebalik batu.

Sebenarnya mereka hanya ingin menutup isu judi 'halal' yang diriuhkan sekarang. Bagaimana judi bola sepak tajaan kerajaan BN mendapat tentangan tetapi orang-orang Umno diam seribu bahasa. Muhyiddin dan Hishammuddin sepi sepinya berkenaan isu ini. Mungkin Muhyiddin dan Hishammuddin merasakan ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam kerana mengaji kitab tidak sempat habis kerana gurunya mati. Sedangkan ini juga lebih teruk melibatkan akidah kerana menghalalkan yang haram.

Janganlah pula selepas ini Muhyiddin ingin memantau judi 'halal' kesayangan mereka supaya tidak menjadi haram pula. Janganlah pula Hishammuddin juga berceramah mana-mana judi yang dibuat kerajaan maka halallah ia dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Sememangnya Abuya hidup kembali, dihidupkan media kerana isu lain. Janganlah ingin menutup bangkai gajah dengan tapak tangan.

~ ek-ele & sumber gambar dari :~ {sini}

* p/s - betoi betoi betoi...memang toya matmin punya paper2 hamjadah, pro-apCo-amNGOk ni..media2 depa dok riuh rendah kata yg pengikut abuya nak idopkan balik kumpulan depa, abuya tak mati la ghaib...toya punya media...hangpa dapat arahan soh tutop isu JUDI HALAL ka..??? toyaa... hoi hoi hoi..MonGGoL Dah PuLanG...
--
Ahakksss.... ..

Kedah : 4 ADUN berdiri teguh bersama PAKAtan rakyat..

Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.
Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing, setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.
Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.
Semua mereka melahirkan rasa “tertekan” kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.
Se
hubungan dengan itu, mereka berkata selepas penjelasan yang diberikan, mereka tidak akan melayan sebarang soalan lagi berhubung perkara berkenaan.
“Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon,” kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.
“Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?” katanya.
"Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar (berulang kali), tetapi ini adalah soalan bodoh.

"Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini," katanya.
Manikumar pula yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.
“Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar,” katanya.
“Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita,” katanya.
Bagi A
DUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.
“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.
“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.
Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.
“Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.
“Ini
cerita lama kerana BN tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pembangkang, " kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.
Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke atas mereka yang terus menyebarkan khabar angin berkenaan.
“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.
Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.
Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”
K
atanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.
“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai cara yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.
Sehubungan itu, Azizan menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN sebagaimana dihebohkan kerana menerima sokongan padu daripada semua 20 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk empat wakil rakyat terbabit.

Aziza
n berkata, tiada ada alasan baginya membubarkan DUN hanya semata-mata mahu memenuhi spekulasi yang disebarkan Umno yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Katanya, semua keempat-empat ADUN itu menyatakan pendirian masing-masing tanpa dipaksa, sebaliknya dengan kerelaan sendiri serta tiada syarat dikenakan.



TGNA Setaraf Dengan Pemimpin Islam Dunia - Dato' Haji Husam musa

EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa menganggap ketokohan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hampir sebaris atau setaraf dengan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad, pengasas Hammas Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yassin dan juga lain-lain pemimpin Islam dunia dalam mempertahankan dan memperjuangkan cita-cita Islam.

Beliau menganggap sedemikian kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun bertubuh kecil, namun pengaruh ucapannya begitu digeruni oleh seteru politiknya sebagaimana Amerika Syarikat dan Israel begitu gerun terhadap pengaruh ucapan Mahmood, Ahmad dan lain-lain pimpinan Islam dunia.

"Bagi saya, Tok Guru semacam Ahmadinejad (kerana) tubuh sahaja yang kecil, beliau bukan jenis yang gagah perkasa, berbadan sasa atau ada lain-lain kelebihan fizikal tapi bila Tok Guru bersuara, ia begitu menakutkan seteru-seteru politiknya (seperti) UMNO," ujar beliau kelmarin dalam Ceramah Cakna yang telah diadakan Dun Kijang, Kelantan.
"Sheikh Ahmad Yaasin juga berumur orangnya, saya kira seperti Tok Guru, tetapi Sheikh Ahmad Yasin menakutkan Zionis Israel manakala ucapan Nik Aziz pula menakutkan proksi Zionis Israel di Malaysia." ujar beliau lagi kepada para hadirin yang hadir. beliau (Dato' Haji Husam Musa sebelum ini adalah ADUN Kijang sebelum bertanding dan menang di DUNSalor)

Sehubungan itu, Husam yang juga AJK PAS Pusat berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai simbol perjuangan rakyat serta pemimpin spiritual oleh rakyat dan sebilangan besar pemimpin Pakatan Rakyat belakangan ini.

"Tok Guru amat disenangi oleh hampir semua masyarakat berbagai bangsa di Malaysia, sebut saja nama Tok Guru, baik cina, india, melayu, orang asli atau apa-apa bangsa pasti kenal dan teringin untuk berjumpa dengan Tok Guru secara berdepan. dapat tengok dari jauh pun sudah cukup, sudah mendapat kepuasan dalam diri".

Disebabkan itu juga, beliau berharap Nik Aziz supaya tidak mengendahkan desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar
Kelantan oleh seteru-seteru politik Nik Aziz.

"Kenapa nak suruh Tok Guru berhenti (melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar)? Tok Guru adalah simbol besar kalau tidak pada PAS pun, rakyat anggap Tok Guru sebagai simbol perjuangan menolak politik perkauman yang dicanangkan oleh rejim UMNO," ujarnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Adun Salor mencadangkan Nik Aziz supaya bertanding untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, selain terus kekal bertanding di kerusi Dun Chempaka.

"(Pada) PRU13, saya cadang Tok Guru bukan setakat dikekalkan bertanding (di peringkat) Dun, kalau boleh bertanding (di peringkat) Parlimen, saya akan memberikan sokongan penuh" beliau menambah.

Menurut beliau, dengan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Rakyat kelak, tidak mustahil ianya bakal menggugat kepemimpinan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang terjadi di Dun Kelantan sebelum ini.

Turut berucap dalam Ceramah Cakna di Karnival Rakyat dan EXPO Pertanian DUN Kijang pada malam itu ialah, ADUN Kijang Wan Ubaidah binti Omar yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato' Haji Husam Musa dan YB Ubaidah juga sempat menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah kepada para pemenang yang berupa Basikal, Hamper, seekor kambing dan juga seekor lembu sumbangan beberapa individu dan Syarikat Swasta dalam majlis tersebut.

Serah lagi wilayah Malaysia

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
Mei 24, 10 5:28pm
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tana
h KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. Bernama


Maaf saya tidak dapat berkata apa-apa lagi. Inilah bahananya melantik pemimpin berotak udang. Cakap dan akal letaknya di kepala lutut. Sudahlah Penderhaka Abdullah Badawi serahkan wilayah maritim kepada Brunei. Penderhaka Abdul Najib anak Abdul Razak menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura. Tanah KTMB seluas 271 hektar adalah kedaulatan negara ini. Begitu murah harga kedaulatan negara ini iaitu 60%. Bagaimana pula harga jual air Malaysia-Singapura? Tidakah ianya juga isu yang memerlukan PoA. Wahai orang UMNO dan penyokong BN termasuk yang pangkah BN, semoga Allah swt mencampak anda semua dalam kehinaan di dunia dan di akhirat nanti. Apakah yang dimaksudkan tanah-tanah dimajukan boleh ditukar? Adakah pegangan 60% itu akan kekal selama-lamanya atau juga boleh ditukar? Warga Singapura sudah boleh tersenyum panjang. Mungkin selepas ini Indonesia pula akan tersenyum. Ambalat telah terlalu hampir dalam dakapan Indonesia. Yang merana orang Malaysia terutama orang melayu yang dok bangga dengan kebangsaannya. Kita tidak perlu bangsa Yahudi untuk menjajah wilayah kita, cuma hanya insan bernama Abdullah dan Abdul Najib. maka terjajahlah wilayah kita. Syabas untuk pendokong UMNO.