Tuesday, October 2, 2012

Bertudung Saperti Ini Masuk Neraka?



Bertudung Yang Tidak Menutup Aurat Dan Penghuni Neraka

KAMU lihat sendiri adakah pakaian bertudung bagi wanita-wanita di atas menutup aurat, seperti yang dikehendaki oleh agama Islam? Itulah antara pakaian-pakaian wanita-wanita Islam di Malaysia kini, termasuk isteri Perdana Menterinya. Bagaimana pandangan Islam tentang aurat wanita?

Kata Nabi Muhammad SAW, dari Abu Hurairah RA, beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,  
Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat...
  •  Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia 
  • dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang senget.. 
Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Hurai sikit.. 

Hadits ini merupakan tanda mukjizat kenabian. Kedua golongan ini sudah ada di zaman kita saat ini. Hadits yang sangat mencela dua golongan macam ini. Kerosakan seperti ini tidak muncul di zaman Nabi SAW kerana keindahan zaman pimpinannya, namun hal ini baru terjadi setelah masa kehidupan beliau.(Lihat Syarh Muslim, 9/240 dan Faidul Qodir, 4/275).Wahai Rabbku. Dan zaman ini lebih nyata lagi terjadi dan kerosakannya lebih parah.

Apa makna ‘kasiyatun ‘ariyatun (berpakaian tapi telanjang)? 

An Nawawi dalam Syarh Muslim ketika menjelaskan hadits di atas mengatakan, ada beberapa makna kasiyatun ‘ariyatun ini.

SatuWanita yang mendapat nikmat Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.
Dua: Wanita yang mengenakan pakaian, namun kosong dari amalan kebaikan dan tidak mahu mengutamakan akhiratnya serta enggan melakukan ketaatan kepada Allah.  
Tiga: Wanita yang menyingkap sebahagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya. Inilah yang dimaksud wanita yang berpakaian tetapi telanjang. 
Empat: Wanita yang memakai pakaian nipis sehingga nampak bahagian dalam tubuhnya. 

Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. (Lihat Syarh Muslim, 9/240). Pengertian yang disampaikan An Nawawi di atas, ada yang bermakna konkrit dan ada yang bermakna maknawi (abstrak). Begitu pula dijelaskan oleh ulama lainnya sebagai berikut:

Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah mengatakan, “Makna kasiyatun ‘ariyatun adalah para wanita yang memakai pakaian nipis yang tergambar bentuk tubuhnya, pakaian tersebut belum menutupi (anggota tubuh yang wajib ditutupi dengan sempurna). Mereka memang berpakaian, namun pada hakikatnya mereka telanjang.” (Jilbab Al Mar’ah Muslimah, 125-126)

Al Munawi dalam Faidul Qodir mengatakan mengenai makna kasiyatun ‘ariyatun

“Nyatanya memang wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya dia telanjang. Kerana wanita tersebut pakai pakaian yang nipis sehingga dapat nampak kulitnya. Makna lainnya, adalah dia menampakkan perhiasannya, namun tidak mahu pakai pakaian takwa. Makna lainnya, adalah dia mendapatkan nikmat, namun enggan untuk bersyukur pada Allah. Makna lainnya lagi, adalah dia berpakaian, namun kosong dari amalan kebaikan. Makna lainnya lagi, adalah dia menutup sebahagian badannya, namun dia membuka sebahagian anggota tubuhnya (yang wajib ditutupi) untuk menampakkan keindahan dirinya.” (Faidul Qodir, 4/275)

Hal yang sama juga dikatakan oleh Ibnul Jauziy. Beliau mengatakan, makna kasiyatun ‘ariyatun ada tiga makna.

Satu: Wanita yang memakai pakaian nipis, sehingga nampak bahagian dalam tubuhnya. Wanita seperti ini memang memakai jilbab, namun sebenarnya dia telanjang. 
Dua: Wanita yang membuka sebagian anggota tubuhnya (yang wajib ditutup). Wanita ini sebenarnya telanjang.
Tiga: Wanita yang mendapatkan nikmat Allah, namun kosong dari syukur kepada-Nya. 
(Kasyful Musykil min Haditsi Ash Shohihain, 1/1031) 

Kesimpulan. 

Kasiyatun ‘ariyat dapat kita maknakan,: wanita yang memakai pakaian nipis sehingga nampak bahagian dalam tubuhnya dan wanita yang membuka sebahagian aurat yang wajib dia tutup. Ini adalah salah satu penyakit soaial dalam masyarakat kini. Akibatnya, pesan Nabi SAW, wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”

Bukan sahaja tak dapat masuk syurga, cium baunya pun tak dapat, walaupun aroma wangian syurga itu teap mengharum dalam jarak jauh. 

An-Nawawi rahimahullah menjelaskan maksud sabda Nabi SAW ‘wanita tersebut takkan masuk syurga’. Inti dari penjelasan beliau. ialah, 'Yang sebenarnya haram dan dia pun sudah mengetahui keharaman hal ini, namun masih menganggap halal untuk membuka anggota tubuhnya yang wajib ditutup (atau menghalalkan memakai pakaian yang nipis), maka wanita seperti ini kafir, kekal dalam neraka dan dia tidak akan masuk surga selamanya.'

Dapat dimaknakan juga bahawa wanita seperti ini tidak akan masuk syurga untuk pertama kalinya. Jika memang dia ahlu tauhid, akan datang dia akan masuk syurga juga. Wallahu Ta’ala a’lam. (Lihat Syarh Muslim, 9/240) 

PAS atau UMNO?

Golongan yang tidak pakai tudung, tidak berpakaian lingkup menutup aurat atau kasiyatun'ariyat akan menjadi penghuni neraka, tidak dapat masuk syurga bahkan cium baunya pun tak dapat. Ini bukan fatwa siapa-siapa, bukan kata ulama mana-mana. Bukan orang-orang ini yang menentukan siapa penghuni syurga atau neraka. Ini kata Nabi.

Sama dengan orang yang menuduh seseorang ulama itu menentukan atau menfatwakan masuk syurga-nerakanya sesaorang. Sebenarnya bukan dia yang menentukan, tetapi beliau cuma membacakan  hukum yang ditentukan. 

Begitu juga masuk syurganya orang yang menyokong perjuangan Islam, menyokong parti Islam, bukan Nik Aziz MB Kelantan yang tentukan.. Itu juga adalah perintah Nabi SAW dan tuntutan agama. Di Malaysia yang mana parti Islam, PAS atau UMNO?
Sekian.

Terkini ..Ternow : Fulamak : 5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j




Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

NONEMahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas). Malaysiakini.

Mungkin ini kut sebab Najib ponteng sidang parlimen semalam?


Aku cukup yakin, kalau Umno BN menang lagi PRU13 akan datang, bukan takat GST malah banyak lagi cukai lain yang akan kerajaan kenakan untuk dapat balik dana yang terpaksa kerajaan bagi dalam belanjawan 2013 untuk beli undi PRU13. 
Roketkini melaporkan: 
Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan muslihat untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara senyap oleh kerajaan UMNO-BN melalui Bajet 2013 yang telah dibentang Perdana Menteri, Najib Razak Jumaat lalu.
Bercakap dalam sidang berita di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk menafikan bahawa kerajaan berhasrat untuk melaksanakan cukai GST selepas Pilihanraya Umum ke 13, pada tahun 2014.

Chin Tong menyebut bahawa teks ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri secara senyap telah menyelitkan hasrat untuk mengimplementasi cukai GST. - Roketkini.
Aku rasa pasai ni kut Najib tak berani hadir sidang parlimen semalam, takut terkanjai tak boleh nak jawab kalau disoal pasai cukai GST ni.

Memang pun, kalau tengok ke tindak tanduk kerajaan sebelum ni, memang kerajaan berhasrat sungguh nak laksanakan GST ni, tapi bila tengok ke mood rakyat yang tak berapa nak setuju, takut rakyat tak undi Umno BN masa PRU13 nanti.

Aku ada tulis sebelum ni:
Perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Parlimen esok ditangguhkan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Katanya, ini ekoran keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen yang bermula esok.Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai menyifatkan penangguhan pembentangan rang undang-undang GST itu sebagai satu kemenangan rakyat. Ibid.
Roketkini juga melaporkan:
“BR1M dan BR1M 2.0 yang mahu diberi kepada rakyat, akhirnya akan dikutip semula melalui cukai GST ini,” ujarnya sambil menyebut bahawa pengecualian cukai 1% yang disebut Perdana Menteri juga bukanlah sebuah ‘hadiah’ malah sebenarnya dibuat dalam rangka melaksanakan cukai GST.

Bercakap dalam sidang media serupa, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menempelak Perdana Menteri dan kerajaan kerana tidak berani untuk memaklumkan secara jelas hasrat untuk menambah cukai rakyat ini.

“Dasar cukai baru adalah amat penting dalam keadaan negara hari ini. Oleh itu kerajaan harus jelas dan jangan sembunyi-sembunyi. Nampaknya ada muslihat yang lebih besar,” kata beliau.

Kenyataan media bersama Pakatan Rakyat yang dibacakan pada sidang media tersebut memperjelaskan bahawa tanggapan bahawa beberapa ratus jenis barangan yang dinikmati golongan miskin tidak dikenakan cukai GST adalah tidak benar kerana melalui pelaksanaan BR1M kita dapat melihat bahawa golongan menengah dan miskin merupakan 60 peratus dari keseluruhan penduduk di negara ini.

Jumlah ini adalah terlalu besar untuk dikecualikan dari GST. Menurut Chin Tong, adalah tidak masuk akal untuk melaksanakan GST jika 60% daripada rakyat tidak dicukai. - Ibid.
Aku cukup yakin, kalau Umno BN menang lagi PRU13 akan datang, bukan takat GST malah banyak lagi cukai lain yang akan kerajaan kenakan untuk dapat balik dana yang terpaksa kerajaan bagi dalam belanjawan 2013 untuk beli undi PRU13.

Mungkin Dr. Hatta patut mula tenang balik tarikh yang sesuai untuk gempaq kerajaan sekali lagi dengan janji demo yang lebih besar.


Khairy, jom berdebat bajet 2013!


Oleh Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Ong Kian Ming, Rafizi Ramli
Belanjawan 2013 yang masing-masing dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan di antara dasar-dasar ekonomi yang dibawa.

Lazimnya, perdebatan ekonomi di antara kedua-dua pakatan politik kebelakangan ini berkisar kepada tawaran-tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang dilihat lebih berpihak kepada rakyat terbanyak, tetapi dipersoalkan oleh Barisan Nasional atas kebimbangan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.
Ini satu perkembangan baik kerana ia melambangkan sistem dua parti semakin mendapat tempat di Malaysia.
Perbandingan dasar seperti ini juga adalah fungsi dan tanggungjawab utama pembangkang persekutuan seperti yang selalu dituntut melalui kabinet bayangan.
Kebolehan Pakatan Rakyat menampilkan satu gagasan ekonomi yang jelas berbeza dari pendekatan Barisan Nasional hingga berjaya mempengaruhi perdebatan ekonomi adalah bukti sistem bayangan sedia ada (seorang wakil dari tiga parti bagi setiap portfolio) berfungsi dengan baik.

Pun begitu, perdebatan yang sihat ini hanya boleh berlangsung dengan keikhlasan kedua-dua pihak duduk di atas satu pentas membincangkan fokus ekonomi negara.
Tindakan ahli parlimen Barisan Nasional terutamanya barisan kabinet yang memulaukan pembentangan dan jawapan balas Ketua Pembangkang terhadap Belanjawan 2013 bukanlah amalan yang baik dalam sistem demokrasi.
Begitu juga keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai ekonomi walaupun beliau menggunakan peluang lintas langsung pembentangan Belanjawan 2013 untuk menyerang Ketua Pembangkang.
Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat meneruskan saranan dan jemputan kami supaya wakil-wakil dari Barisan Nasional berani hadir dan tampil mempertahankan pendekatan ekonomi mereka sambil menjawab soalan dari rakyat, bukannya hanya berani berhujah dalam siaran televisyen atau di Dewan Rakyat semata-mata.
Tawaran dan saranan ini ditujukan khas kepada tokoh-tokoh pimpinan muda Barisan Nasional seperti Khairy Jamaluddin, Abdul Rahman Dahlan, Chua Tee Yong atau P Kamalanathan.
Pakatan Rakyat akan mengadakan Forum Terbuka Belanjawan 2013 untuk mengupas situasi ekonomi semasa dan perbandingan belanjawan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional pada hari Rabu (3 Oktober 2012) jam 830 malam bertempat di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya (berdekatan Hospital Assunta).
Forum akan disertai oleh ahli-ahli panel dari Pakatan Rakyat iaitu YB Dr Dzulkifly Ahmad (PAS), Dr Ong Kian Ming (DAP) dan Sdr Rafizi Ramli (KEADILAN).
Forum ini adalah terbuka kepada semua terutamanya kepada pimpinan muda Barisan Nasional atau mana-mana wakil Barisan Nasional yang berani tampil ke depan mempertahankan Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib ..ha..ha..padan muka penakut dan bacul nie...!!!


Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib
Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.

Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.

Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.

Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:

@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah

Seorang lagi pengguna menempelak Najib kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.

@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib

Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!

@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!

@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib

Menteri wanita tidak faham kehendak wanita


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang teruk hari ini ekoran kenyataannya bahawa Malaysia tidak memerlukan pejuangan hak wanita.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disifatkan tidak sensitif dengan isu gender dan wanita ekoran kenyataannya itu.
Najib ketika berucap di Hari Wanita berkata, Malaysia tidak memerlukan perjuangan hak untuk wanita kerana semua hak mereka telah diberikan oleh kerajaan.
Ia termasuk memberikan hak mengundi kepada mereka yang diberikan sejak dari awal lagi.
Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dalam kenyataannya berkata, dalam Islam hak wanita telah diberi 1433 tahun yang lalu.
Tetapi ia tidak bermakna perlaksanaan dan pemberian hak menjadi otomatik.
"Masih perlu diperjuangkan," kata beliau melalui Twitternya.
Beliau menyifatkan Najib dibesarkan dalam lingkungan elit dan tidak berupaya memahami masalah wanita diakar umbi.
Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula menyifatkan Menteri yang menjaga urusan wanita ini tidak sensitif dengan isu gender.
Pagi tadi, Pakatan Rakyat dalam sidang medianya memaklumkan hasrat mereka untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita yang merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN.

Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isu-isu wanita adalah luas dan pelbagai kerana wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad.
Jelasnya, Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraidah daripada PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah (PAS) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil “Agenda Wanita Malaysia”.
Katanya, dokumen itu mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda.

Mengapa UMNO@BN takut Buku Jingga..!!!


Oleh Abd Shukur Harun
Umno/BN semakin meningkatkan kempen kotornya yang memburuk-burukkan parti lawan seperti yang disiarkan oleh akhbar yang dimiliki oleh atau dikaitkan dengan BN, menyebabkan semakin ramai pengundi merasa jijik.


Ini kata-kata Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee dalam kenyataannya kepada Malaysian Insider kelmarin.

Menurutnya, pengundi kini berfikiran matang dan terkini, di mana mereka tahu ini hanyalah kempen politik kotor.

Pandangan ini dikongsi ramai oleh rakyat Malaysa yang sudah tidak mahu menelan propaganda karut marut dari pemimpin Umno/BN ini terutama selepas pengumuman Bajet 2013 di Parlimen baru-baru ini.

Selepas pembentangan Bajet itu, baik Datuk Najib Tun Razak mahupun para menterinya tidak ada di parlimen untuk bersoal jawab dengan ahli-ahli parlimen, terutama dengan pembangkang.

“Datuk Najib diajak berdebat di luar tak mahu, berhujah di Parlimenpun tak mahu. Menteri-menteri dan timbalannya tak hadir untuk menjawab soalan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, pemimpin Umno/BN tidak henti-hentinya melancarkan kempen memburuk-burukkan Belanjawan Pakatan Rakyat yang diumumkan beberapa hari selepas pembentangan Bajet BN.

Malah mereka mengkritik habis-habisan Buku Jingga yang mengandungi pelbagai saranan Pakatan Rakyat jika berjaya dalam PRU akan datang.

Ramai bertanya mengapa mereka enggan membahaskan secara rasional dan terbuka mengenai saranan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu.

Apa yang ditakutkan dengan buku tersebut, sepatutnya bahaskan dari segi idea dan rasionalnya dan bandingkan dengan Bejet 2013 yang dibentang oleh Datuk Najib Tun Razak.

Di sinilah pada pendapat saya, rakyat prihatin yang menjadi pengundi memandang sangat jijik kempen kotor serupa ini di mana, kata mereka, sepatutnya kempen politik berdasarkan idea, saranan atau gagasan untuk dilihat kemasabahannya kepada rakyat.

Dengan itu rakyat boleh menilai apakah tawaran Umno/BN baik, atau tawaran Pakatan Rakyat lebih baik. Ini dengan sendirinya rakyat diberi hak menentukan pilihan mereka secara demokratik.

Sejauh ini Pakatan Rakyat perlahan-lahan telah memenangi sokongan pengundi atas pagar dengan menangani kebimbangan rakyat melalui beberapa dasar pembaharuan seperti menurunkan harga kereta, menyediakan perumahan yang mampu dimiliki dan pendidikan percuma.

Ini mungkin menyebabkan peningkatan populariti Pakatan Rakyat dan penurunan ketara populariti Najib, seperti yang ditunjukkan oleh hasil kaji selidik baru-baru ini yang diterbitkan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Di negara maju, termasuk kini di Indonesia dan Singapura, kempen sihat begitu menyerlah, di mana parti-parti politik mengenengahkan gagasan dan idea mereka jika memenangi pilihan raya.

Tidak kedengaran dan tidak terbaca di media di mana kempen memburuk-burukkan peribadi parti lawan dan ini suatu kematangan politik dan betapa dewasanya parti-parti politik di negara tersebut.

Oleh itu kita sepatutnya merasa malu dengan wajah dunia politik negara ini yang sedemikian buruk berbanding dengan negara yang disebutkan tadi.

Pemimpin Umno/BN begitu mengharapkan bahawa dengan pengumuman Bajet 2013 ini akan dapat meraih undi untuknya, iaitu dengan pengumuman pelbagai pemberian wang, kenaikan imbuhan, pencen dan pelbagai lagi.

Ertinya pemimpin Umno berfikir bahawa begitu mudah sekali untuk mereka menawan hati rakyat dengan memberi mereka wang dan pelbagai bentuk imbuhan.

Rakyat tidak digalakkan berfikir mengenai hutang negara dan bagaimana hendak membayarnya nanti. Rakyat juga tidak digalakkan berfikir bagaimana  keadaan ekonomi serantau dan dunia dan implikasinya kepada negara ini, bagaimana hendak membenteras rasuah dan keteresan serta pengelewengan yang begitu subur dan bagaimana keadaan masa depan negara dalam pelbagai aspek. 

Dengan bentuk Bajet 2013 sedemikian rupa rakyat hanya disuruh menerima, ‘inilah yang terbaik’ tanpa digalakkan berfikir jauh lebih-lebih lagi mengenai imlikasinya dalam jangka panjang.

Dalam masa yang sama isu-isu perkauman berkembang subur dan menakutkan, sementara seruan perpaduan dan toleransi hanya menjadi rhetorika politik.

Menyaksikan perkembangan yang berlaku ini, ramai rakyat prihatin bimbang bahawa mereka tidak dapat membayangkan keadaan dunia politik apabila semakin hampir dengan PRU Ke-13 nanti.

Keadaan demokrasi semakin merosot, tuntutan lapan perkara oleh NGO Bersih 2.0 dan 3.0 mengenai pilihan raya bebas dan adil masih kabur, daftar pemilih masih kotor. Semuanya ini menambah mudurnya demokrasi di Malaysia.

Bagaimanapun rakyat prihatin sedar akan hal ini dan akan menentukan keputusan mereka dalam PRU akan datang.

Sementara itu, bagi Pakatan Rakyat yang kini menjadi pembangkang di Parlimen, sewajarnya memperkukuh perpaduan mereka untuk menghadapi cabaran berat ini.
Pendukung Pakatan Rakyat semua peringat mesti turun padang dan sentiasa berada di tengah khalayak.

Jangan ada pemikiran di antara pemimpin Pakatan Rakyat semua peringkat mengenai impian akan pelbagai jawatan tinggi jika dapat menguasai Puterajaya nanti.

Cakap-cakap mengenai hal ini hanya akan mengeruhkan suasana, menimbulkan rasa syak wasangka di mana sama sekali tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Siapa pemegang pelbagai jawatan tinggi jika dapat menguasai Puterajaya terserah kepada permuafakatan antara pemimpin tertinggi komponan Pakatan Rakyat dan masanya jauh lagi. Yang penting semua pendukung Pakatan Rakyat bekerja keras untuk menang, bukan berkhayal.

Adakah jentera pilihan raya PKR, DAP dan PAS sudah bersiap sedia disemua peringkat? Bagaimana menangani masalah beribu-ribu nama pengundi yang meragukan, kempen peneranggan ke kawasan luar bandar yang khabarnya kawasan itu masih dikuasai oleh Umno/BN.

Juga sudahkah Buku Jingga disebarluaskan di luar bandar dan juga di dalam bandar. Sudahkah ia diperincikan sehingga rakyat benar-benar memahami dan menerimanya?

Inilah persoalan berat yang akan dihadapi menjelang PRU akan datang, sebuah pilihan raya yang dijangka amat sengit yang akan menentukan nasib Umno/BN bahkan Pakatan Rakyat di mana ia adalah ibu segala pilihan raya.

Check-list penyelewengan & pembaziran k/jaan UMNO@BN


Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.


2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billionuntuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. 

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.