Tuesday, August 23, 2011

Hakim Zabidin Gagal Mematuhi Undang-Undang Malaysia Dan Piawaian Antarabangsa




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohamad Diah gagal memastikan perbicaran adil dalam kes fitnah II yang dihadapinya.

Menurut Anwar, ia berdasarkan keengganan Mohd Zabidin memerintahkan pendakwa menyediakan bukti untuk pasukan peguam bela sebelum perbicaraan berlangsung.

“Kegagalan anda untuk melaksanakan budi bicara kehakiman dengan memerintahkan pendedahan itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang Malaysia tetapi  melanggar piawaian antarabangsa di sebuah negara moden untuk melaksanakan kedaulatan undang-undang,” kata Anwar ketika membela diri hari ini.

Beliau merujuk keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, ASP Mohd Rodwan Mohd Yusoff hadir ke mahkamah sebagai saksi.

 
Menurut Anwar, penglibatan saksi-saksi berkenaan secara terang-terangan direkodkan oleh testimoni pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan diakui oleh kenyataannya kepada media.

Menurut Anwar lagi, keputusan hakim menyatakan Saiful sebagai saksi berwibawa ketika akhir kes pendakwaan, secara jelas menunjukkan proses pra-penghakiman yang bias terhadap beliau.

“Anda tiba di kesimpulan yang pengadu ialah seorang saksi yang benar tanpa mendengar bukti dari pembelaan yang akan menyebabkan perbicaraan ini menjadi sia-sia.

“Ia tidak dapat dipertahankan dan undang-undang tidak membenarkan apa yang ada telah lakukan,” kata Anwar.
Anwar juga berkata, keterangan Saiful yang mengadu kepada doktor perubatan tentang serangan seksual itu tidak disertakan dengan penemuan klinikal yang  menunjukkan bukti berlaku penembusan.

Tambah Anwar, hakim juga gagal mempersoalkan mengapa pendakwa tiada alasan yang jelas untuk memanggil doktor pertama dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Saiful supaya memberi keterangan.
“Anda menerima tanpa keraguan bukti forensik sebagai menyokong  pengadu dalam keadaan terdapat jelas kebimbangan tentang bagaimana contoh- contoh itu telah diperolehi, dilabelkan, disimpan dan dianalisis,” kata Anwar.

Bertekad Untuk Memurtadkan Lebih Ramai Muslim



Shah Alam - “Ya Tuhan, kalau benar agama Kristian adalah jalan saya, kuatkanlah saya, untuk terus mengkristiankan orang Islam di Ar-Arqam ini, dengan nama Jesus, Amin”, itu antara doa harian Mohammad Arabi Abdullah, 50.

Walaupun ketika itu, beliau sudah hampir empat tahun memeluk Islam, beliau masih mengamalkan agama Kristian.

Tujuannya untuk mengetahui tentang Islam tetap diteruskan dan saban hari, beliau menunaikan solat lima waktu dan berdoa, “Ya Allah kalau benar agama Islam adalah jalan saya, kuatkanlah saya untuk terus mencintai Islam, Amin.” 

Menurut Arabi, tujuan asal memeluk Islam adalah untuk memurtadkan lebih ramai orang Islam

“Saya masuk Islam, setelah menjadi anak angkat sebuah keluarga di Sarawak. Saya juga mengkaji tentang Islam supaya mudah menarik orang Islam masuk Kristian. 

“Ketika itu, usia saya 15 tahun, keluarga angkat mahu menyekolahkan saya kerana sebelum ini, saya tidak pernah bersekolah sejak kematian ibu, saya tinggal dan dibesarkan di gereja sejak berusia tiga tahun.,” katanya. 

Sebelum bertemu dengan keluarga angkat, Arabi dimasukkan ke Hospital Kuching disebabkan penyakit misteri. 

“Setelah sembuh, saya terus tinggal di hospital menjadi sukarelawan, saya mengkristiankan empat orang pesakit. 

“Walaupun saya masih belasan tahun, semangat mengkristiankan orang kuat kerana perkara itu, sudah tertanam sejak kecil ,” katanya yang dilatih menjadi paderi sejak kecil. 

Arabi berkata, dia dilatih mendekati orang supaya disenangi setiap gerinya dan apabila orang tanya siapa mengajarnya, dia akan katakan Kristian mengajarnya

Menurutnya, itu sebahagian pendekatan digunakan untuk memurtadkan orang, iaitu dengan berbuat baik kepada mereka dan menariknya secara halus. 

Namun, segalanya berubah apabila dia masuk Ar-Arqam, niat untuk memurtadkan orang berubah apabila dia nampak keindahan di dalam Islam. 

“Saya sering menimbulkan persoalan dengan ustaz sehingga menimbulkan kemarahan di hati mereka. 

“Di Ar-Arqam kami makan di dalam dulang. Saya bertanya, kenapa makan seperti itik (dengan niat mahu memburukkan Islam), lalu Ustaz itu menjawab, Islam mengajar kita tidak membazir dan tidak perlu berebut pinggan yang membolehkan timbul pergaduhan kerana Islam tidak suka akan peperangan,” katanya. 

Pada malamnya, Arabi menunaikan solat berdoa dalam dua cara Islam dan Kristian, setelah itu merasakan ada ‘kesejukan’ ketika dia bersolat

Sejak daripada malam itu, dia dengan rasminya, meninggalkan Kristian setalah empat tahun menganut dua agama. 

Setelah keluar daripada Ar-Arqam dia terus mendalami Islam dan menjadi penceramah bebas. -SH 

Ulasan GB 

Berdasarkan kisah di atas, jelas menunjukkan bahawa "kemenangan" Islam ke atas agama lain ialah "hujjah". Bukan kerana tekanan, bukan disebabkan tunjuk perasaan bukan juga dengan undang-undang

Di dalam Hikayat Munsyi Abdullah, dikisahkan bahawa Munssyi pernah diasuh untuk mempelajari BIBLE, malah beliau merupakan penterjemah Bible ke dalam Bahasa Melayu. 

Sewaktu beliau diajak untuk memeluk ugama Kristian oleh padri yang menyayanginya ketika itu, beliau menjawab, "Cikgu membaca satu kitab iaitu Bible, saya membaca dua kitab iaitu Al-Quran dan Bible. Tentulah saya lebih tahu ugama mana yang betul dan yang perlu saya ikuti." Maka terdiamlah padri yang menjadi cikgunya pada ketika itu. 

Beliau mengkisahkan bahawa beliau menterjemahkan Bible itu ke dalam Bahasa Melayu supaya kita dapat mengetahui ilmu Kristian dan kemudian mudah untuk berhujjah dan menjadi benteng keimanan kita sendiri. Sama seperti apabila kita mempunyai mengetahui "ilmu" musuh di dalam peperangan, maka mudahlah untuk kita memenangi peperangan itu

Masalahnya kini, ialah umat Islam sendiri MALAS untuk membaca Al-Quran dan akhirnya menjadi "takut" dengan Bible. Malah pegangan agama Islam sendiri longlai dan layu, jauh sekali untuk dapat berhujjah dengan pegangan agama lain. 

Malah memahami konsep ketuhanan Yang Maha Esa pun ramai umat Islam yang gagal, maka dengan sebab itu ramai umat Islam sendiri melakukan kerja syirik seperti menggunakan tangkal, menyembah keris, bertafakkur di tugu dan seumpamanya. 

Ulamak-ulamak terdahulu dengan penuh jerih payah menghasilkan kitab-kitab peningkatan iman dengan cara mempertajamkan akal fikiran supaya mampu berhujjah - dengan lahirnya ilmu kalam - ilmu yang perlukan kepada berkata-kata dan berhujjah - tetapi kini berapa peratuskah umat Islam yang ada mempelajari dan memilikinya? 

Pernah Rasulullah SAW bersabda bahawa bilangan umat Islam kita di akhir zaman amat ramai laksana buih di lautan. Apa ertinya buih? Ditiup terus hilang - tidak ada kekuatan. Kuantitinya banyak, kualitinya hancus....

Pengarah Pelajaran rayu guru sokong BN?


GUA MUSANG, 23 Ogos: Ramai guru di sini mengeluh panjang kerana dipaksa hadir pada program Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bersama pemimpin Umno di sebuah sekolah baru-baru ini.

Lebih mengejutkan lagi mereka dikehendaki menandatangani kedatangan di majlis yang dinamakan sebagai ‘makan colek’ di dewan sebuah sekolah menengah.

Program berkenaan diadakan jam 10 hingga 12 malam yang menyaksikan pengarah JPN, pemimpin Umno menghentam kerajaan negeri, PAS dan membangkitkan semula isu Ladang Rakyat.

Guru terbabit yang enggan nama didedahkan memberitahu beliau terpaksa hadir kerana perlu menandatangani kedatangan pada majlis berkenaan.

“Kalau tidak dipaksa hadir berapa kerat sangat guru-guru di sini yang mahu datang. Namun kerana terpaksa saya datang juga biar pun sudah agak lewat malam.

“Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah seorang pengarah datang berkempen secara terang-terangan berceramah bersama pemimpin Umno di sini,” katanya.

Beliau yang berpengalaman mengajar di luar Kelantan memberitahu terkejut dengan kerenah politik begitu kuat menguasai sektor pedidikan di negeri ini.

Sedangkan katanya banyak negeri tempat beliau mengajar pengarah naik pangkat bukan kerana politik, sebaliknya kelayakan.

“Di negeri ini saya diberitahu mereka yang menguasai JPN sejak 1990 dilantik kerana ihsan politik dan bukan kelayakan sebenar.

“Sebelum ini saya hanya dengar rakan-rakan yang menceritakan situasi itu, namun apabila balik mengajar di negeri sendiri barulah saya tahu kerenah politik begitu dahsyat,” katanya.

Menurutnya selepas pengarah berceramah, Timbalan Ketua Umno Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah pula berucap dengan menggunakan peluang menghentam PAS dan kerajaan negeri.
JPN Kelantan sekarang diketuai Hussain Awang difahamkan berasal dari Machang.

Seorang lagi guru mendakwa dalam ucapan di majlis berkenaan Hussain merayu guru-guru yang hadir memastikan keluarga mereka menyokong Umno dan BN pada pilihan raya akan datang.
Program makan colek itu difahamkan pada peringkat awal mengundangkan Tengku Razaleigh Hamzah, namun beliau digantikan Nozula.

Politik Umno menguasai JPN begitu ketara ketika di bawah Datuk Shafie Ismail dan Rahman Ali. Kedua-dua pengarah terbabit dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Malah ketika JPN di bawah Shafie guru-guru dipaksa menandatangani kedatangan hadir pada program bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

BN dialu-alukan contohi polisi ekonomi Pakatan Rakyat


Oleh Dzulkefly Ahmad
Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mengalu-alukan kesedaran terlewhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVoW_gazhi4m_JrOL4jJEJyHMuShFGspNyii5RTMqbCXwl4h05FcZh8SMYYt4TczRYd_d2gVogG8coh1j_Ui9hEf-qIzlIqE_2XEjX1y1GXpUkiw3LcUYjCo0UIBK1TGFGW14M_j2-AIM/s1600/865graph.jpgat oleh Barisan Nasional mengenai betapa peripentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Disebalik topeng projek-projek infrastruktur mega yang dijulang dan digemari oleh kerajaan Barisan Nasional ialah sebuah Negara Malaysia yang sebenarnya amat sederhana pencapaiannya.

Beratus billion telah dihabiskan untuk berbagai rancangan induk dan projek mega tetapi hakikatnya: 
· Lebih dari separuh - 60% - dari isirumah rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan;

· Hampir separuh – 43% - dari isirumah rakyat Malaysia berhempas-pulas melangsungkan kehidupan dengan hanya RM1,500 ke bawah setiap bulan. Daripada jumlah tersebut, ¾ ataupun 73% adalah bumiputera.

Aspek paling penting dalam Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 2012, dengan judul yang tepat sekali iaitu Kesejahteraan Untuk Semua, ialah:
· Fokusnya adalah untuk membangunkan manusia iaitu rakyat jelata Malaysia, bukannya projek-projek; dan

· Memberi penekanan kepada kerja-kerja yang mengangkat martabat manusia, penggajian yang adil dan saksama serta peluang-peluang mencari rezeki untuk semua golongan rakyat terutamanya, rakyat biasa Malaysia dan bukan hanya untuk golongan elit yang mempunyai jaringan pengaruh meluas.

Sekiranya diberi peluang oleh rakyat, Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan merombak secara menyeluruh dasar-dasar kerajaan BM ini agar dapat meningkatkan pendapatan boleh guna 60% dari rakyat Malaysia kepada satu keadaan di mana mereka boleh membangunkan satu kehidupan yang mengangkat martabat manusia dan meningkatkan kedudukan kewangan mereka juga. Ini secara langsungnya akan meningkatkan penggunaan domestik dalam satu cara yang mampan; seperti makna pepatah Inggeris iaitu “air yang pasang akan mengangkat kedudukan semua bot".

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam mengumumkan yang (PEMANDU) telah ditugaskan untuk mengkaji langkah baru membantu meringankan kos sara hidup meningkat bagi yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.

Ini ialah kali ketiga dalam satu bulan, Kerajaan Barisan Nasional telah terpaksa memberi reaksi kepada pengumuman-pengumuman ekonomi oleh Pakatan Rakyat dengan meniru cadangan-cadangan yang diutarakan . Dua peristiwa yang lain sebelum ini ialah pengumuman satu lagi NKRA yang baru mengenai kos sara hidup SELEPAS Pakatan Rakyat mengadakan Perundingan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai inflasi; dan siaran blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Ogos 2011 mengenai kos sara hidup

SELEPAS sidang media pertama oleh Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada 5 Ogos 2011.

Pengakuan oleh Husni dan Kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 memerlukan bantuan ialah satu kenyataan jelas tentang kegagalan Barisan Nasional mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan BN tidak mengendahkan nasib 60% rakyat Malaysia dalam merangka polisi ekonomi mereka..

Satu rangkakerja polisi yang baru nyata amatlah diperlukan untuk membantu majoriti 60% rakyat Malaysia biasa untuk menjalani taraf hidup yang berkualiti dengan kurang daripada RM3,000 setiap bulan. Adalah dijangkakan modifikasi tempelan oleh PEMANDU itu tidak akan mengakibatkan banyak perubahan kerana PEMANDU hanya mempunyai jangkamasa 2 minggu sahaja untuk mengeluarkan rangkakerja polisi yang baru tersebut .

Ekonomi berpaksikan kroni BN mestilah memberi laluan kepada satu rangka kerja ekonomi bersifat berpaksikan rakyat. Rangkakerja Bajet Pakatan Rakyat "Kesejahteraan Untuk Semua" termasuklah mengurus cabaran-cabaran dasar berikut:

1. Meningkatkan pendapatan dan produktiviti

· Membantu pekerja-pekerja meningkatkan ketrampilan kemahiran dan memperkenalkan satu gaji minimum agar memecahkan lingkaran ganas produktiviti rendah, gaji rendah dan kemahiran rendah
· Membantu industri-industri meningkat naik dalam lengkungan automasi dan mekanisasi disamping menguncup jumlah buruh asing tidak mahir serta meningkatkan upah sebenar bagi pekerja
· Merangka dasar-dasar untuk golongan yang bekerja sendiri dalam sektor-sektor tidak formal (seperti pemandu-pemandu teksi, perniagaan-perniagaan kecil, peruncit kecil-kecilan);
· Melonjak dan menyemarakkan potensi-potensi keusahawanan dan inovasi rakyat Malaysia

2. Meningkatkan pendapatan bolehguna

Bajet Alternatif Pakatan Rakyat akan mengkaji empat perbelanjaan besar untuk keluarga-keluarga yang bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan mengkaji peranan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan boleh guna melalui penyampaian perkhidmatan awam lebih efektif dan efisien:

· Kesihatan;
· Pengangkutan;
· Perumahan;
· Beban hutang isi rumah dan penyelesaian pembayaran hutang-hutang

3. Mengehadkan monopoli, oligopoli dan kartel

Meningkatkan pendapatan boleh guna dan mewujudkan satu keadaan seperti air pasang yang mengangkat semua bot melalui penggunaan domestik oleh warganegara persendirian iaitu dengan menggalakkan persaingan di sektor-sektor yang kini dikuasai oleh monopoli, oligopoli dan kartel.

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah menyatakan rangkakerja kami mengenai monopoli beras oleh BERNAS, oligopoli gula dan MAS / kartel syarikat penerbangan Air Asia yang dimudahcarakan oleh GLCs. Lebih banyak butiran pada sektor lain akan ditampilkan pada bulan September ini dengan butiran penuh terkandung di dalam dokumen akhir belanjawan alternatif nanti..

PAS anjur konvensyen Negara Berkebajikan


PAS akan menganjurkan konvensyen membincangkan isu Negara Berkebajikan yang dilontarkan presidennnya dalam muktamar agung lalu kepada kira-kira 1,000 pemimpinnya di pelbagai peringkat pada bulan depan.

NONEKetua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, acara pada 10 September itu akan disertai Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan memberikan ucapan penutup dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan ucaptama.

"Para peserta akan berpeluang berdialog dengan pimpinan tertinggi parti dalam memahami konsep Negara Berkebajikan yang menjadi tema utama PAS dalam ucapan dasar presiden baru-baru ini.

"Ia sekali gus bagi menangkis tohmahan Umno BN yang kononnya PAS lari dari hala tuju perjuangan apabila memperkenalkan Negara Berkebajikan," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, majlis di Taman Melewar itu akan merumuskan sebuah rangka kerja bagi melaksanakan ucapan Abdul Hadi.

Huraian lanjut dalam dokumen Negara Berkebajikan akan dibentangkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, jelas Tuan Ibrahim.

Menurutnya lagi, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Noor Manuty, Naib Pengerusi DAP Tan Seng Giaw dan Presiden TERAS Azmi Abdul Hamid turut diundang membahaskan ucaptamanya.

"Dokumen tersebut merupakan penjelasan berupa tawaran-tawaran PAS kepada rakyat, dan ia tidak lari dari Buku Jingga bahkan melengkapkan lagi tawaran-tawaran PR apabila diberi mandat memerintah negara," kata Tuan Ibrahim.

Amy (Search) Terkejut Nabila Mahu Cerai


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.

Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.

"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.

"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.



Nabila Huda
Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.

Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.

Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun

Benarkah Gaddafi Sembunyi Di Bawah Tanah?



TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dipercayai berlindung di dalam sebuah kubu bawah tanah di luar bandar Tripoli, lapor akhbar Daily Mailsemalam. Beliau dilaporkan bersembunyi semasa pertempuran sengit berlaku di pekarangan rumahnya dan ketika penduduk meraikan kejayaan tentera pemberontak memasuki bandar ini. 
Sebuah stesen televisyen bebas Libya turut mendakwa bahawa Gaddafi telah melarikan diri sebagai seorang yang pengecut. Beberapa pemimpin dunia sebelum ini meminta Gaddafi yang berkuasa sejak tahun 1969 menyerahkan diri selepas para pemberontak melancarkan serangan menentang kepimpinannya.
Namun, Gaddafi yang memerintah selepas melakukan rampasan kuasa aman semasa pemerintah Libya, Raja Idris berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan kemungkinan ditawarkan hidup dalam buangan di Angola atau Zimbabwe oleh Kesatuan Afrika. Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) yang diiktiraf Barat sebagai badan pentadbir Libya menyatakan anak Gaddafi, Seif Al-Islam dan Al-Saadi sudah ditangkap.
Menurut TNC, seorang lagi anak Gaddafi, Muhammad dilaporkan sudah menyerahkan diri. Ketua TNC, Mustafa Abdel Jalil memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa Seif dikawal rapi dan ditempatkan di sebuah tampat yang selamat. Kemuncak pergolakan yang berlaku di Libya sejak Februari lalu adalah kemaraan para pemberontak di Tripoli dari bandar Misrata pada Ahad lalu menerusi laut.
Ekoran kejayaan para pemberontak menguasai Tripoli, Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan tidak lagi akan membekukan aset Libya yang berjumlah AS$20 bilion (RM59.31 bilion). Jerman turut mengumumkan rancangan sama. 
Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle, berkata aset Libya yang dibekukan selama ini lebih AS$10.1 bilion (RM29.95 bilion). Itali juga telah menghantar sebuah pasukan ke Benghazi untuk membantu membina semula pengeluaran minyak dan gas asli. - Agensi

Gaddafi Masih Di Libya


Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif Al-Islam disambut oleh pengikutnya di Tripoli awal pagi ini. 

Pentagon percaya pemimpin Libya, Muammar Gaddafi masih berada di dalam negara itu, kata jurucakap tentera. Jurucakap itu, Kolonel Dave Lapan berkata, pihaknya tidak menerima maklumat bahawa Gaddafi telah meninggalkan Libya.

NONESementara itu, saki baki tentera yang setia kepada Gaddafi cuba menghalang penguasaan pihak pemberontak ke atas Tripoli. Pemimpin dunia pula menggesa Gaddafi, 69, menyerah diri bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan merayu peralihan kuasa secara teratur ketika perang saudara enam bulan bagi menguasai negara itu kini di penghujung.

Pihak pemberontak berkata mereka kini mengawal sebahagian besar Tripoli tetapi tidak pasti sama ada Gaddafi masih berada di bandaraya itu.

Pihak pemberontak memasuki Tripoli kelmarin ketika kebangkitan penduduk di bandaraya itu. Menurut sumber pemberontak, anak Gaddafi, Mohammed berjaya melarikan diri selepas ditahan di Tripoli. “Ya, benar. Beliau melarikan diri," kata sumber pemberontak di Benghazi.

Mohammed, anak sulung Gaddafi, dan adiknya, Seif al-Islam, ditahan selepas pihak pemberontak menawan sebahagian besar Tripoli, semalam. Sementara itu, seorang lagi anak pemimpin Libya itu, Seif al-Islam berkata Tripoli masih dalam kawalan tentera bapanya.

"Tripoli masih di bawah kawalan kami. Setiap orang harus yakin. Semua masih terkawal di Tripoli," katanya kepada wartawan di luar kediaman Gadaffi di Bab al-Azizya.

"Anda sudah melihat bagaimana rakyat Libya bangkit untuk melawan pemberontak yang tiba di Tripoli, katanya.

"Barat yang berteknologi tinggi mengganggu sistem telekomunikasi dan menghantar mesej salah kepada rakyat,” katanya yang merujuk kepada laporan mengenai kejatuhan rejim bapanya itu menerusi pesanan telefon yang dihantar Ahad lalu kepada penduduk Tripoli.

NONEAnak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam, yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana jenayah terhadap kemanusiaan, tidak ditahan pihak pemberontak seperti dilaporkan dan dikatakan masih berada di Tripoli.

Beberapa wartawan melihat Seif al-Islam berada di kompleks kediaman Gaddafi di ibu negara Libya itu. Pendakwaraya ICC, Luis Moreno-Ocampo, sebelum ini berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditangkap dan kini berada dalam tahanan.
- Agensi

Filipina Tawar 'Otonomi' Pada UMNO Mindanao?



Filipina Tawarkan Otonomi pada Muslim Moro
PEMERINTAH Filipina menawarkan kepada pemberontak Front Pembebasan Islam Moro (MILF) sebuah 'otonomi yang lebih asli.' Tawaran ini disampaikan dalam panel perdamaian yang digelar di Malaysia pada Senin 22 Agustus 2011.

"Tawaran ini mengakui identitas Bangsa Moro dan sejarahnya. Tawaran ini menghadirkan kemungkinan sebuah otonomi yang lebih berdaulat, lebih bisa bekerja, dan juga lebih asli di daerah Bangsa Moro," tulis pernyataan Kantor Penasihat Presiden Filipina untuk Proses Perdamaian (OPAPP) dalam sebuah rilis yang dilansir Xinhua.

Kantor ini menyatakan, Daerah Otonomi untuk Muslim Mindanao (ARMM) mungkin telah gagal di masa lalu. Namun, tawaran baru ini lebih berdasarkan pemahaman yang seimbang atas kegagalan masa lalu bahwa itu terjadi karena struktur dan sistem yang berkaitan dengan kualitas kepemimpinan nasional atau daerah.ARMM diberikan pada Front Pembebasan Nasional Moro yang dipimpin Nur Misuari, yang lalu menjadi gubernur pertama.

Sementara itu, tawaran baru ini berlanjut pada masalah pendapatan dan penggunaan sumber daya di selatan Filipina yang dapat memastikan kesinambungan otonomi. "Proposal ini memasukkan sebuah sistem kerja sama antara pemerintah nasional dan regional untuk memastikan kesinambungan di masa depan."

Di dalamnya, ada poin mengenai penghancuran senjata, pelucutan senjata, demobilisasi, rehabilitasi kombatan, dan proses mengarah ke penegakan hukum. (art)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Daerah Otonomi untuk Muslim Mindanao (ARMM) diberi kepada Front Pembebasan Nasional Moro dipimpin Nur Misuari, yang lalu menjadi gubernur pertama.Tidak kepada Front Pembebasan Islam Moro (MILF). Beri kepada UMNO Mindanao (Perjuangan Kebangsaan Mindanao), bukan kepada PAS Mindanao. Atau kepada Mahmoud Abbas (UMNO Palestin) bukan HAMAS atau PAS Palestin, sudah pasti menuju kegagalan. Begitu kira-kira komen weblog ini.. (IH) 

Bikini 'Islam'.. Ade Ke??


BIKINI atau yang disebut sebagai "burkini" membolehkan wanita Islam menikmati waktu santai di pantai. Burkini, dibuat dari UV dan poliester yang kalis air. Ia meliputi seluruh badan kecuali kaki, tangan dan muka.

Seorang pereka Australia, Aheda Zanetti, memperkenalkan produk ini ke Eropah, Britain, Amerika Syarikat, Asia dan Timur Tengah. Zanetti menghasilkan Burqini setelah melihat wanita Islam semacam hilang mod sukan kerana kod berpakaian mereka yang tidak mendedahkan aurat.

Ada kontoversinya... Lihat

PANAS!!! Mahathir dan Najib dari spesis yang sama Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya - Anwar



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnFNLmDeGerKeBh2wcyHU2kdUAsncBMWd9Kjp5SnZhNBJilbC_W_EmDo7H-NXBhKUDBNMNOKvCVunLLJDZMML3FwA8xR496CMnfpZ5FNhSZgS3EP74FSw8Q4QO61FBCL6Hxcay0TrQZ5E/s1600/Mahathir+dan+Najib.pngKUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.

“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.

Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.

“Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah,” serang Anwar.

Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.

Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.

“Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.

"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab,” kata beliau.

Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.

“Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa,” tegas Anwar.

Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.

“Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.

"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: ‘Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil’,” tambah Anwar.

Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.


Harakahdaily

POLITIK UMNO, BILA TAK ADA KUASA KAWAN AKAN JADI LAWAN DAN BERKONPERASI MEMBOGELKAN KAWAN SENDIRI


Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan berkata: ‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu itu rusak/binasa kerana apabila orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri, mereka berikan kepadanya hukum’. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu Majah) 

Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan 


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih. NONENamun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai. “Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. “Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
Kebodohan pemimpin “Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.
NONEBeliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing. “Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. “Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah. “Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi. Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain. Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. 

ROSMAH Khatam Al-Quran TANPA Menutup AURAT


PUTRAJAYA, 23 OGOS -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini.


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat-sahabatnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini.


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat-sahabatnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini.


Adakah mana-mana Ulama, khususnya 40 Ulama Muda UMNO yang berani tampil berdiri dihadapan Rosmah dan berkata'Hukum membaca Al-Quran adalah SUNAT manakala mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB. Maka berhentilah dahulu daripada membacanya dan sempurnakanlah dahulu menutup aurat rambutmu.' : Author Faethal

Inilah gambar objek plastik yang masuk ke tuttt si saiful!




Aku tengah sibuk2 fikir rewind kembali hujah2 lucu isu kes liwat II si saiful tadi alih2 ada orang bagi aku gambar plastik yang terjah kat tutt si saiful tue. Katanya dengan penuh tawadduk dan khusyuk bahawa neh lah objek nya yang telah menerjah ke gawang saiful bukhari azlan punya "gawang".

Owhh okey2. AKu tunjuk. Tapi dengan satu syarat. Jangan tak gelak taw. Pendedahan neh bukan di buat oleh aku. Ia dibuat oleh blogger umno. Seorang yang mengakui bahawa dia doktor. Sapa lagi kalau bukan si novari tue. Dia larh yang dedahkan objek di bawah neh telah masuk ke dalam tuttt.. si saiful.

Dah bersedia larh.. jeng jeng jenng.. inilah dia objek plastik yang dimaksudkan tue ;


kah kah opsss... belum lagi masa untuk gelak beb. Meh baca dulu hujah dr novari neh. Hujah si novari neh ialah ;

1. Dia cakap doktor osman periksa tutt si saiful guna objek di atas <-- Mana dia dapat info neh? Dia kaji. Dia yang mengaku dalam blog dia beb. Heh.

2. Dia cakap benda di atas neh diperbuat daripada plastik.

3. Dan dia juga cakap memang benar ada objek plastik di masukkan ke dalam tuutt si saiful sebab doktor tue nak periksa si saiful. Benda neh dimasukkan selepas saiful diliwat. Dia merujuk kepada keterangan doktor osman di mahkamah siang tadi.

Okey beb.. aku dah tak tahan. Aku terpaksa gelak gak neh. Amek masa masing2. Jom gelak dulu.

Adakah novari nak cakap bahawa doktor osman yang memasukkan objek plastik ke dalam tuttt si saiful dan kemudian nya memberikan keterangan bertulis dalam bentuk laporan bahawa ada objek plastik dimasukkan ke dalam tutt si saiful? Bodoh sangat ke seseorang doktor tue sampaikan dia terlupa apa objek yang dia gunakan untuk periksa tuttt si saiful? 

Adakah si novari neh nak cakap bahawa doktor osman liwat saiful guna objek tue pula? 

Pokoknya novari telah membuktikan satu perkara bahawa memang ada objek plastik di masukkan ke dalam tuttt si saiful. Yang neh aku suka. Dan mengatakan bahawa doktor osman yang memasukkan objek plastik ke dalam tuttt si saiful atas tujuan pemeriksaan dan kemudian nya memasukkan ia dalam laporan bertulis adalah hujah dangkal.

Ini disebabkan laporan bertulis itu adalah menerangkan apa yang berlaku di tutttt si saiful. Bukan menceritakan apa objek yang digunakan untuk periksa si saiful. Selain objek plastik di atas.. kan ada benda lain lagi yang masuk ke dalam tuttt si saiful? 

Yelah selepas di periksa pusrawi.. kan saiful ke hkl? Tentu di masukkan objek lain bagi memeriksa tuttt si saiful. Apa kata dedahkan semua sekali alat peralatan perubatan yang digunakan untuk periksa tuttt si saiful tue. Biar satu malaysia tahu apa yang masuk kat dalam tuttt si saiful tue. Habis citer.


Orang Bogel Berbikini Perlu Diharamkan Dari Mengunjungi Pantai Di Mesir - Saad Katani


Ini ok !
Mesir merupakan negara bermajoriti Islam oleh itu Mesir tidak sepatutnya membenarkan 'Pelancongan Pantai' Sebarang aktiviti bogel berbikini tidak sepatutnya berlaku di pantai-pantai di Mesir, kita perlu melindungi anak-anak muda kita daripada godaan tersebut. Bagitulah gesaan Setiausaha Agong Freedom and Justice Party.

FJP mempunyai hubungan dengan Ikhwan Al-Muslimin di Mesir bagi mewakili organisasi tersebut di arena politik di mesir. Saad Katani juga berkata arak perlu diharamkan daripada dinikmati di jalan-jalan di seluruh Mesir. Jika Egypt Air boleh melakukannya dan ia lansung tidak menjejaskan pendapatan syarikat penerbangan tersebut mengapa ianya tidak boleh dilakukan di kawasan pekan.


Kalau di negara kita ada orang keluarkan sarana sedemikian sudah tentu ada pihak yang bangun berkata itu saranan ekstremis dan ianya tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang bangsa seperti di Malaysia. Barangkali hanya orang Melayu sahaja yang tergoda apabila melihat wanita-wanita gebu berpakaian bikini di pantai dan orang lain tidak???...kena tanya muda mudi Cina atau India untuk mengetahuinya.

Bela Anjing Dah Jadi Trend Masa Kini..Nauzubillah!!




Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing.  Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah :
Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat".
Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat ( sebesar gunung) setiap hari?











...Petikan dari website JAIS...


3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE


3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategorinajis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.


(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)


3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :



Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.


Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.


3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.


Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :


“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.