Tuesday, October 19, 2010

PDRM bangun unit risikan tangani jenayah...jangan jadi UNIT POLITIK UMNO pulak..!!!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan sistem 'Central Intelligence Unit' (CIU) sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan kemampuan polis dalam menyelesaikan kes jenayah berpandukan maklumat risikan tepat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata PDRM juga sentiasa menambah jumlah pegawai penyiasat dari semasa ke semasa untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.

"Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai statistik penyelesaian kes bunuh di negara ini dan langkah kerajaan dalam memerangi jenayah berat seperti bunuh dan rompakan.

Abu Seman berkata kes jenayah seperti samun, bunuh, rogol dan mencederakan dikategori sebagai jenayah kekerasan dan bagi memeranginya, PDRM sentiasa meningkatkan rondaan dengan melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Sehingga 20 Sept lepas, seramai 4,725 anggota Rela dan JPAM dilantik khusus untuk menjalankan tugas itu," katanya.

Abu Seman berkata PDRM juga memiliki Pasukan Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) di bawah Makmal Forensik.

Beliau berkata Makmal Forensik yang mula beroperasi sepenuhnya pada 2002 itu ditubuh untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang memerlukan kaedah penyiasatan canggih untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

"Anggota Pasukan CSI juga diwujudkan dalam kontinjen PDRM di seluruh negara selain daripada yang dilantik dan ditempatkan di Makmal Forensik di Cheras," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar).

Fokus AGM Umno: 1Malaysia atau Ketuanan Melayu?

Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli.

Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison
d'etre (sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, beberapa perwakilan secara peribadi telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap logo besar 1Malaysia yang dipasang di sekitar tempat perhimpunan itu atau bendera parti dalam bentuk logo 1Malaysia.

Para pemerhati kini menunggu untuk melihat sama ada para perwakilan akan mengikut isyarat ibupejabat parti dan menampilkan konsep 1Malaysia, dan bukannya retorik tradisinya - Ketuanan Melayu.

Rungutan terhadap konsep 1Malaysia agak tenang, kecuali beberapa kritikan menyengat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi Najib percaya bahawa konsep 1Malaysia adalah kritikal dalam perancangannya untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan
datang.

Para perwakilan juga diharapkan menyentuh pelbagai rancangan besar
kerajaan, khususnya Model Baru Ekonomi (MBE), yang mahukan dasar
tindakan afirmatif dihapuskan secara berperingkat.

Walaupun MBE disokong oleh unsur-unsur liberal dalam Umno kerana ini akan menggalakkan dayasaing, sejarah telah menunjukkan bahawa majoriti penyokong setia Umno tidak akan senang terhadap sebarang usaha untuk menggangu-gugatkan tindakan afirmatif itu.

Dalam jangka pendek, para perwakilan dan pemimpin parti dijangka berusaha untuk menaikkan moral ahli dan parti, menjelang pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan serentak pada 4 November.

Walaupun kedua-dua pilihan raya keci litu tidak terlalu penting, tetapi kemenangan di Galas boleh dianggap sebagai titik permulaan dalam usaha Umno untuk merampas Kelantan dari PAS, yang menguasai neger iitu sejak 1990.

Dapatkan Khairy bertahan?

Bagi perhimpunan agung Pemuda Umno pula, perwakilan dijangka membentangkan 'kad laporan' masing-masing terhadap prestasi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Khairy (kanan), yang terpilih sebagai ketua Pemuda Umno Mac tahun
lalu, telah menjadi juara konsep 1Malaysia dan telah beralih jauh daripada pendekatan keras komunal seperti yang diamalkanm pemimpin terdahulu pergerakan itu.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, Khairy dengan tegas menggesa anak buahnya supaya "mengetepikan" mentaliti 'Ketuanan Melayu' dan
digantikan dengan idea 'kepimpinan Melayu'.

Menurutnya, ini akan membantu pergerakan itu menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat lain dan membina hubungan yang kuat dengan akan parti komponen dalam BN.

Perhimpunan agung Umno bermula malam ini dengan perasmian serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiga sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua masing-masing esok.
'
Perdana Menteri Datuk Tun Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan presiden pada hari Khamis. Ini akan diikuti dengan perbahasan perwakilan yang akan berakhir pada hari Sabtu.

'Tangan ghaib' pindah pengundi di Perak

Perang mulut tercetus lagi antara Pakatan Rakyat dan BN Perak berhubung tuduhan berlakunya perpindahan sulit nama pengundi dari kawasan pilihan raya mereka - ketika spekulasi semakin kencang bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada Mac tahun depan.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan ketua Pakatan Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menuduh BN menjadi "tangan ghaib" di sebalik pemindahan pengundi dari kawasan pilihan raya Nizar di Pasir Panjang ke kawasan pilihan raya Ngeh di Sitiawan.

Ngeh berkata pemindahan pengundi itu bertujuan untuk menafikan Nizar peluang untuk menang kerusinya dan sekali lagi menjadi menteri besar Pakatan di Perak dalam pilihan raya umum akan datang, di mana Pakatan yakin akan menang.

Pada 2008, Nizar memenangi kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi, manakala Ngeh memenangi kerusi Sitiawan dengan majoriti 8,529 undi.

Ngeh (kiri) berkata BN menyedari bahawa ia tidak dapat mengalahkannya di kerusi yang menjadi kubu kuat DAP itu, maka ia bertumpu di kerusi Pakatan yang lemah di Pasir Panjang dengan memindahkan mereka yang mengundi Pakatan ke Sitiawan.

Dia memberi amaran kepada Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan BN supaya mengalihkan perhatian rakyat daripada pembabitan mereka dalam pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan pilihan raya yang lain.

"Kami juga membangkitkan isu BN di sebalik tindakan memindahkan penyokong PAS dan Pakatan dari kerusi Pengkalan Baharu, yang dimenangi BN dengan 14 undi," kata Ngeh.

Katanya, beliau faham bagaimana Zambry boleh membuat kenyataan media pada 16 Oktober, menuduhnya dan Nizar memindahkan pengundi dari Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Batu Gajah ke kerusi negeri Sungai Rapat supaya exco negeri BN Hamidah Osman kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib: Haramkan akhbar usaha sia-sia

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha untuk menyekat kebebasan media tidak akan membawa apa-apa hasil.

Sebaliknya, usaha perlu ditumpukan untuk memastikan suara daripada golongan yang berpandangan sederhana perlu diberi peluang yang lebih untuk menyuarakan pendapat mereka melalui media.

NONE"(Tindakan) mengharamkan akhbar merupakan usaha yang sia-sia tapi (sebaliknya) perlu pastikan bahawa media membawa suara yang rasional.

"Suara seperti itu perlu dibawa dengan cara yang lebih nyata," katanya lagi.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna negara tidak lagi memerlukan undang-undang untuk mengawal media.

Tambahnya, media juga perlu bertanggungjawab dalam laporan mereka.

"Mereka tidak boleh menghukum dengan mudah tentang apa yang baik atau buruk tentang negara ini," katanya.

Katanya lagi, kini timbul keperluan untuk menyekat pengaruh golongan ekstremis yang kini semakin kuat dengan kemunculan media baru.

azlanTanpa menamakan pihak terbabit, Najib berkata sebelum ini golongan berkenaan terpisah daripada satu sama lain.

"Sekarang dengan kemajuan teknologi, mereka berjaya menemui satu sama lain dan membentuk komuniti," katanya ketika menutup satu forum antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Tambahnya, pihak yang disifatkannya sebagai "golongan sensitif" mudah untuk beralah kepada pandangan ekstrem, namun kini timbul keperluan supaya suara mereka diberi ruang yang lebih luas.

Katanya, langkah itu perlu bagi membolehkan suara daripada golongan yang berpandangan sederhana sentiasa diketengahkan.

Dedah Pampasan Sebenar Kepada Konsesi Link Kedua

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Cheng meminta kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mendedahkan jumlah pampasan sebenar yang perlu dibayar kepada operator konsesi Link Kedua bagi mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Teo memberitahu bahawa beliau mengemukakan soalan di Dewan Rakyat April lalu bertanyakan jumlah pampasan yang dibayar untuk menanggung kos diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk bas sahaja seperti dijanjikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

"Jawapan bertulis yang saya dapat menunjukkan kerajaan Umno-BN  membayar sejumlah RM22.67 juta sebagai pampasan untuk membolehkan kadar tol dikurangkan 50 peratus untuk bas," kata beliau.

Katanya lagi, pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan Umno-BN kepada operator tol Link Kedua bagi mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus dianggarkan sebanyak RM2.67 bilion.

"Dan sekarang, kerajaan mengumumkan perlu membayar pampasan sebanyak RM5 bilion untuk mengekalkan kadar tol.

"Maka saya meminta kerajaan Umno-BN berterus terang memberitahu apakah kos sebenar yang perlu dibayar untuk menampung pengurangan diskaun sebanyak 20 peratus dan juga perician berkenaan RM5 bilion yang dijangkakan dibayar kepada PLUS," tegas Teo lagi.

Kegagalan membentangkan Belanjawan Alternatif mencetekkan "Political Discource"

Konsensus Bebas mengambil maklum ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa perbahasan Belanjawan 2011 di Parlimen pada 18 Oktober 2010.  Kritikan beliau mengenai projek-projek mega sedikit sebanyak konsisten dengan Pendirian Bersama Konsensus Bebas yang telah disiarkan pada 16 Oktober 2010.
Walau bagaimanapun, Konsensus Bebas berasa kesal Ketua Pembangkang tidak membuat penilaian menyeluruh bagi Belanjawan 2011, tetapi hanya sekadar mengupas beberapa perkara tertentu untuk menaikkan profil politiknya yang semakin tenggelam.
Konsensus Bebas menyarankan kepada semua pihak samada pemerintah, Bebas dan pembangkang hendaklah bersifat konstruktif dalam mendebatkan Belanjawan 2011 untuk memakmurkan rakyat dan memajukan negara dan bukan hanya sekadar kritikan kosong tanpa mengajukan cadangan yang lebih baik.
Konsensus Bebas juga kecewa Pakatan Rakyat tidak membentangkan Belanjawan Alternatif seperti yang lazimnya dibuat pada tahun-tahun lepas.  Kegagalan Pakatan Rakyat berbuat demikian menafikan peluang untuk rakyat membuat perbandingan dan penilaian, sekaligus mencetekkan "political discourse" Belanjawan 2011 dan merencatkan kemajuan sistem demokrasi di negara ini.
Justeru, kegagalan untuk membentangkan Belanjawan Alternatif mencerminkan kehilangan komitmen Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan, apatah lagi senarai kabinet bayangan juga gagal dibentangkan.  Oleh yang demikian, keupayaan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara boleh dipersoalkan oleh rakyat.  Pakatan Rakyat hanya dilihat selesa untuk terus berperanan sebagai barisan pembangkang.
*Kenyataan media oleh Konsensus Bebas, yang terdiri daripada Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru), Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Zulkifli bin Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai).

Federalisme: Najib jauh beza dengan bapanya

Semangat federalisme zaman Datuk Seri Najib Razak didakwa sangat berbeza dengan zaman pentadbiran bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, Abdul Razak sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-2 banyak membuat jasa kepada rakyat dan dikenang sehingga hari ini.
Beliau merujuk isu tuntutan royalti Kelantan dan hak peneroka Felda yang dinafikan zaman Najib sehingga kedua-duanya terpaksa diselesaikan melalui saluran mahkamah.
"Saya rakamkan di sini ucapan Tun Razak pada 12 November 1975 ketika duduk dibangku itu berkata, tiap-tiap negeri menerima 5% dari petroleum yang dijumpai sama ada di dalam atau di luar kawasan perairan negeri tersebut.
"Malangnya rakyat dan kerajaan negeri Kelantan tiada pilihan lain, terpaksa guna saluran mahkamah setelah semangat federalisme dilanggari," katanya ketika membahaskan Bajet 2011.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, di zaman Tun Razak semangat federalisea sangat subur dengan hasrat mahu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.
Ianya termasuk hasrat asal perjanjian Akta Petroleum 1974 dan penubuhan Felda itu sendiri.
"Di zaman YAB Pekan menjadi Perdana Menteri Malaysia, dua agensi ini menyaksikan rakyat terpaksa menggunakan mahkamah untuk mendapatkan hak mereka.
"Jauh nampaknya pendekatan dan hati budi dua beranak ini," katanya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan perkara sama boleh berlaku bukan sahaja kepada Kelantan dan Terengganu, malah juga kepada Sabah dan Sarawak yang juga kaya dengan petroleum.
"Nampaknya semakin jauh kita meninggalkan garis kemerdekaan, semangat federalisme juga kian luntur," tambahnya lagi.
Selain meminta penjelasan menteri berhubung beberapa dakwaan salah urus Felda, beliau juga mahu kerajaan menjelaskan berhubung kerugian RM8 bilion syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
Sebelum itu beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggenapkan 5 tahun untuk sepenggal sebelum diadakan pilihan raya semula.
Katanya, amalan sekarang yang hanya dua tahun ke tiga tahun sepenggal, bukan sahaja tidak praktikal untuk wakil rakyat berkhidmat, malah meletakkan rakyat dalam tanda tanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof menggesa Kementerian Pelancongan turut memberikan perhatian terhadap pembangunan dan kemudahan di pekan Rantau Panjang yang merupakan tumpuan para pelancong untuk membeli-belah.
Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di pekan itu iaitu pelancong lebih suka menaiki kenderaan awam yang masuk dari Thailand berbanding kenderaan Malaysia.
"Banyak kenderaan yang masuk dari Thailand dan menjalankan perkhidmatan membawa pelancong dan pelancong lebih suka menaiki kenderaan Thailand kerana lebih selesa," kata beliau.
Tambahnya, perkara yang sama turut berlaku berhubung penginapan hotel.
Kebanyakan pelancong, katanya menginap di Hotel di negara jiran itu kerana mudah untuk didapati.
"Ini satu perkara yang seharusnya diberi pertimbangan di masa akan datang di sudut kemudahan dan penginapan," katanya.
Zailah dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelancongan menyatakan perancangan pembangunan di pintu masuk Malaysia-Thailand di Rantau Panjang agar setanding dengan pembangunan di pintu masuk negara yang lain serta perancangan penambahbaikan untuk menarik pelancong dan meningkatkan imej negara dalam RMK-10.

Video seks Chua: Siasatan ke peguam negara

Kertas siasatan berhubung penyebaran video seks membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

chua soi lek resigns sex tape scandal 020108 answersMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Chua membuat laporan polis setelah diberitahu rakannya bahawa terdapat dua keping DVD dalam satu sampul surat sedang diedarkan di beberapa tempat di Batu Pahat, Johor dengan niat menganiaya dan menjatuhkan maruahnya.

Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan dan kertas siasatannya telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, sebelum Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan.

chua soi lek sex tape scandal film strip 020108Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Hee dalam soalannya ingin tahu rasional Chua tidak dihadapkan ke mahkamah walaupun wujud bukti akan kes tersebut.

Hishammuddin berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292/509 Kanun Keseksaan.

Pada Januari 2008, Chua melepaskan jawatannya dalam kabinet dan naib presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.

Laporan polis dibuatnya ketika itu berikutan penyebaran video berkenaan.

PRK Galas : 13 Borang Pencalonan Sudah Dijual

GUA MUSANG.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini telah menjual 13 borang pencalonan termasuk masing-masing satu kepada Umno dan PAS manakala selebihnya individu lain bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 Nov ini.  
Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata borang itu dijual kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanding dan menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada hari penamaan calon yang ditetapkan pada 26 Oktober ini.  
 Beliau juga mengesahkan 11,553 pengundi yang layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu termasuk Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputra Siam 10 orang dan lain-lain kaum 1,889 orang. 
  Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada media di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini, hari ini, beliau berkata, empat peti undi melibatkan empat Pos Orang Asli termasuk Pos Balar membabitkan 232 pengundi, Balatin 163, Bihai 278 dan Pos Hau 254 pengundi. 
"Empat peti undi di kawasan Orang Asli itu akan ditutup pukul 1 petang berikutan pengundi tidak ramai dan jauh yang memerlukan masa untuk menghantar ke pusat perjumlahan undi," katanya. "Faktor cuaca juga diambil kira kerana bimbang hujan sebelah petang boleh menjejaskan usaha itu tetapi kita harapkan ia berjalan lancar tanpa ada halangan itu," kata beliau.  
Wan Ahmad turut memberitahu bahawa pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi bagi membincangkan mengenai keselamatan pada pilihan raya kecil itu di Putrajaya. 
 "Perbincangan itu penting bagi memastikan keselamatan pada pilihan raya kecil DUN Galas berjalan dengan baik dan mengambil kira perkara yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai, Julai tahun lepas," kata beliau. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46 kerana barah usus pada 27 Sept lepas.

Bertambah-Tambah Bengap laa Ahmad Maslan Nie..

Felda: Ahmad Maslan menteri 'putar alam'

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disifatkan sebagai 'menteri putar alam' apabila didakwa cuba memutar belit isu Felda.

Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad mendakwa Felda tidak pernah menipu peneroka berkaitan kadar perahan gred buah tandan sawit dalam kes Felda Kemahang 3.

Selain itu katanya, Felda kalah dalam kes tersebut kerana peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut.

Bagi kes Felda Sungai Koyan pula, beliau berkata Felda tidak kalah kerana keputusan mahkamah sama dengan pendirian Felda yang hanya akan membayar wang tanam semula kepada peneroka yang memenuhi syarat Felda.

Felda juga katanya tidak akan membuat rayuan kes tersebut.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

Penjelasan itu kemudiannya mengundang soalan bertalu-talu dari ahli parlimen pakatan rakyat khususnya dari Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

"Lawyer letak jawatan 2007, kes 2008 sepatutnya hantar lawyer lain lah.

"Dia tak bantah, dia tak rayu...kalau keputusan sama, patut tak hantar lawyer lawan la.

"Pusing...memang kuat putar alam...menteri kelam kabut," katanya lagi.

Menanti Cheng Ho Ke Kelantan

KATA orang bakat dan kercerdikan anugerah Allah semula jadi. Secara fitrah semua manusia tidak kira warna kulit dan agama berhak memiliki kebijaksanaan itu kerana semuanya diberikan akal untuk menjanakan kebijaksanaan untuk hidup. Terpulang dan terserah kepada sejauh mana kerajinan seseorang itu menggunakan akal fikiran mereka.

Tetapi sayangnya tidak semua manusia bernasib baik untuk menggunakan kecanggihan komponen itu berharga (akal) sehingga ia boleh menoleh ke belakang dan merungkai jauh ke depan. Orang boleh melihat jauh ke depan mereka memiliki seribu jalan untuk berjaya dan memberi keuntungan kepada semua ummah.

Di sinilah pula dikatakan orang cerdik hanya terpilih saja. Orang cerdik banyak tetapi tidak banyak yang boleh memanfaatkan akalnya. Kurang kreativiti dan malas. Di sinilah memerlukan kreativiti seseorang hamba apa lagi yang bernama pemimpin.

Tidak terlampau kalau dikatakan, apa yang pernah dilafazkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Husam Musa seorang yang cerdik, kreatif dan rajin. Beliau dilahirkan bukan saja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia.

Sekali dengar kata-kata Nik Aziz itu semacam sinikal politik yang berat sebelah. Tetapi kalau dilihat kepada kerja ataupun tindak tanduk (kreativiti) Husam menjelaskan beliau seorang yang menepati apa yang diperkatakan Nik Aziz itu.

Husam sendiri tentu tidak merasai apa yang di'polot'kan kepadanya itu. Namun bagi musuh Pas mereka yang sejuk hati dan melihat Husam sebagai mahkluk lemah yang ada kuasa diam-diam mengakuinya. Saya sendiri dalam beberapa prejudis kepadanya (Husam) sebelum ini namun istiqamah mengenai kelebihan dan kecemerlangan beliau ini. Bahawa beliau suka tidak suka adalah aset kepada Pas Kelantan.

Justeru dengan membuang rasa jengkil dan muak berunsur sentimen melampau atas beberapa pembawaan semul ajadi Husam, semua orang khasnya orang Pas di Kelantan perlu mendokong Husam, memberi semangat atau pun setidaknya tidak menganggui kerja-kerjanya untuk membawa perubahan ke Kelantan dalam membantu Menteri Besar. Biarlah dia berbuat sesuatu kebaikan secara senyap kalaupun tidak mahu menzahirkan sokongan kepadanya.

Misalnya usaha terbaru Exco Kanan berkenaan untuk membawa “Cheng Ho” ke Kelantan pada 21 hingga 28 Nover ini dalam satu Exco "Perdagangan dan Persahabat" Cheng Ho satu lagi kejayaan dan pandangan jauh Husam dalam memanfaatkan kebijiaksanaan dan kehebatan Laksamana Cheng Ho. Cerita Cheng Ho ini sudah lama, tetapi hanya hari ini ditangan Husam baru ia diketengahkan dan bakal merungkai minda umum khasnya rakyat Kelantan. Bahawa baru akan dapat merasai Cheng Ho ada perkongsian hidup dan mati dengan orang Melayu khasnya Kelantan.

Sewaktu saya kembali ke Kelantan beberapa minggu lalu saya sudah mendengar akan projek ini. Saya tidak tahu apakah intipatinya ataupun maksud membawa Cheng Ho itu, tetapi sudah ada suara yang menyindir akan usaha berkenaan tanpa melihatnya dengan mata hati ataupun cuba menyelongkari apakah manfaatnya dalam hubungan Cheng Ho dari sudut perdagangan dan perkembangan Islam.

Saya rasa pandangan itu dari mata juling yang melihat kerana ianya dilakukan Husam. Pandangan demikian pada saya tidak betul. Sesuatu yang baik harus disokong tanpa mengira siapa yang membawa atau mencetusnya. Begitu juga sesutau yang huduh itu perlu dikritik tanpa melihat siapa melakukannya hatta tok alim. Bukan bermakna kita tidak senang dengannya dalam hal-hal tertentu maka keseluruhan apa yang dilaksanakan itu harus ditolak atau dipersendakannya.

Sikap begitu tidak baik dan merugikan semua pihak.

Seperti mana dijelaskan dalam satu kenyataan berhubung perkara itu, ekspo itu demi mengembali nostaglia kehebatan laksama Cina itu dan juga perkembangan Islam di rantau ini dibawah Cina termasuk ke Kelantan. Ia tentulah cuba memecahkan kejayaan hebat Cheng Ho dalam membawa dagangan ke rantau sini bersama dengan pengembangan Islam.

Sudah tentu dengan ada ekpo berkenaan rakyat Kelantan akan mengenali orang Cina dan bagaimana mereka membantu dalam membawa syiar Islam di negara ini. Kita tahu bahawa orang Cina lebih dahulu memeluk Islam berbanding orang Melayu. Selebih dari itu dapat mengenali budaya dan tamadun mereka dalam perdagangan.

Selama ini kita melihat orang Cina – Cina benua adalah Cina semata-mata dalam pemahaman yang disuntik sebelum ini yang penuh prejudis dan persepsi buruk. Kita melihat Cina berdagang dan budaya mereka yang kontras dengan budaya dan agama kita yang datang hendak menakluki kita semata-mata. Tetapi tanpa disedari bahawa bukan semua Cina demikian dan budaya yang ingin dibawa ke sini ialah budaya Cina yang berakidah Islam.

Idea membawa Chengo Ho ke Kelantan ini bukan mudah dan kecil, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan. Khabarnya satu rombongan disertai beberapa orang wakil rakyat terlibat dalam menjayakan expo ini dan mereka telah pun mengunjungi China beberapa minggu lalu. Turut sama ialah Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat yang juga bertindak sebagai Pengarah Expo. Ikut sama ialah Adun Limbongan Drs Zanuddin Awang Hamat dan beberapa anggota yang lain.

Ekoran itu akan menyusul satu lagi rombongan ke Cina tidak lama lagi. Khabarnya kali ia akan disertai sama oleh Exco Kerajaan Tenmpatan, Kebudayaan dan Pelancongan, Takiyyuddin Hassan. Sudah tentu dengan penyertaan aktif pengerusi jawatan kerajaan berkenaan ia akan memeriah dan memantapkan lagi expo berkenaan. Sudah tentu juga ekspo itu akan dapat memaknakan lagi Kota Bharu Bandaraya Islam. (KBBRI)

Expo yang diadakan sempena dengan genap 20 tahu pentadbiran Tok Guru itu hendaklah dilihat sebagai satu kejayaan bersama di Kelantan. Ia bukan milik seseorang tetapi semua anggota kerajaan dan juga penyokong Pas. Saya yakin kalau semua peringkat bersatu dengan ikhlas menjuayakan expo berkenaan yang akan membawa keberkatan dan kesuksesan.

Sudah tentu kalau wujud persefahaman, maufakat dan keikhlasan dalam berkerja, Kelantan bukan saja kekal setakat Nik Aziz masih ada tetapi selepas ini juga akan kekal walaupun siapa mengambil teraju Kelantan.

Kerana seperti mana roh Cheng Ho yang dibawa ke Kelantan itu roh Tok Guru juga akan bersama rakyat Kelantan yang rindu dan cintakan Islam, kalaupun beliau sudah meninggalkan tampuk pentadbiran. Syaratnya semua sepakat dan ikhlas dan buang sifat dengki khianat ataupun beprangsangka jahat di antara satu sama lain.

Tahniah Dewan Pemuda Pas Kelantan Atas Pembelian Bangunan Umno Kota Bharu

APA sudah jadi? Pembelian bangunan Umno Kota Bharu oleh Dewan Pemuda Pas sungguh memalukan parti tersebut. Ke mana ketua bahagian Umno Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh hendak meletakkan mukanya. Bangunan adalah lambang kediaman dan keutuhan sesebuah pertubuhan. Kalau rumah mereka kini sudah dibeli orang ibarat miskin dan dhaif sangatlah parti berkenaan.

Khabarnya tuanpunya bangunan itu Zaid Ibrahim telah menjual bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas dengan harga RM4.5 juta. Murah. Sebelum ini katanya Zaid minta Umno membayar dengan harta sekitar RM6 hingga RM8 juta sekiranya Umno berminat untuk memiliki bangunan tersebut. Apakah ada diskaun dan ianya begitu tinggi kerana ada apa-apa di sebalik batu?

Hendaknya harga itu harga semasa yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, fleksible. Biarlah pembelian bangunan itu atas perasaan semangat jual beli sebenarnya. Jangan Zaid jual kerana hendak memalukan Umno Kota Bharu tidak baik ataupun mengharapkan apa-apa ganjilan daripada Pas pula. Dan Pemuda Pas pula jadi seronok membeli dengan harga murah kerana ingin memperli Umno Kota Bharu. Jangan sesekali pasang niat tidak baik.

Jangan ditanya dari mana Pemuda Pas memperolehi duit sebanyak itu? Saya masih ingat Akademik Keluarga Bahagia dimana pengerusinya Abdul Latiff Abdul Rahman pernah memiliki wang sebanyak RM5 atau RM7 juta. Mungkin wang itu dipinjamkan kepada Dewan Pemuda Pas untuk membeli bangunan Umno yang terbelangkai itu. Rasanya tidak salah pembelian itu demi maruah perjuangan.

Ataupun Dewan Pemuda Pas buat pinjaman bank? Biarlah jangan peduli dari mana wang itu diperolehi. Dalam dunia hari ini wang sebanyak itu sedikit saja. Saya sendiri kini sedang menyusun dan mengira wang hasil penjualan Siasah kepada Anwar Ibrahim seperti mana ditulis oleh rakan bloger saya Hambali Latiff.

Kerana mudah itu jugalah tidak rasa mustahil kalau jutawan kertas kosong bernama Abdul Rahim Abdul Wahab bermurah hati mendermakan replika chek bernilai RM4 billion kepada Pas Kelantan. Semua orang kini sudah memiliki banyak wang. yang kurang wajar ialah mereka yang menjadi pengampu Umno sahaja.

Sekali lagi kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan diucap tahniah. Semoga dengan adanya bangunan sendiri Pemuda lebih berperanan dalam membawa panji membangun bersama Islam. Dan yang paling baik Pemuda juga hendaklah bebas dari diserkup oleh hegemoni mana-mana pihak dan berdirilah atas astka perjuangan sendiri.

Menara Warisan Merdeka projek yang menguntungkan kata Najib

Bila ditanya tentang projek Menara Warisan Merdeka senang sahaja jawapan Najib, "projek Menara Warisan Merdeka menguntungkan" apa alasan langsung tak diberitahu oleh Najib. Alasan mudah Najib, sebab "Permodalan Nasional Berhad yang cadangkan sendiri". Senangnya jadi Perdana Menteri? Apa orang cakap pakai ikut saja? Sebab tu apa APCO cakap pun Najib pakai bantai ikut?

KUALA LUMPUR
: Pembinaan Menara Warisan bukan satu pembaziran tetapi projek menguntungkan yang dicadangkankan sendiri oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini
. - Berita Hairan



Kalau dilihat pembinaan menara ini sememangnya menguntungkan pada pandangan Najib persoalannya akan menguntungkan siapa? Adakah rakyat akan mendapat keuntungan daripada pembinaan menara ini? Dari sudut mana keuntungan yang akan diperolehi oleh rakyat dan negara dari pembinaan menara ini?

Kalau pun ada sumbangan yang memberikan untung kepada rakyat dan negara, adakah keuntungan yang diperolehi itu berbaloi ataupun tidak? Itu yang perlu diterangkan kepada rakyat! Itu yang rakyat nak tahu! Namun sehingga kini Najib belum mengeluarkan sebab untuk pembinaan Menara Warisan itu. Kalau pun ada hanyalah jawapan dari menteri-menteri lain yang lebih kepada pandangan peribadi yang belum tentu lagi jangkaannya.

Haji: BN mahu masuk syurgapun ada kuota..!!!

Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?
"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tabung Haji mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah Tabung Haji dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.
Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.
"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeripun, baru 26,000," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.
"Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.
"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.
Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan supaya perkara seumpamanya dihentikan, selain memastikan setiap negeri diberi kuota yang sepatutnya agar Tabung Haji tidak dilihat sebagai berniaga dalam mendapatkan kuota haji.
Selain itu, Abdul Ghapur turut mempersoalkan mengenai peruntukan pembangunan untuk Sabah yang didakwa "tidak nampak di mana jatuhnya".
Katanya, secara dasar Sabah mempunyai kira-kira RM12.5 bilion peruntukan pembangunan yang terdiri daripada RM2.5 bilion menerusi Bajet 2011, RM6 bilion diumumkan Perdana Menteri ketika melawat Sandakan pada 16 September lepas, dan RM4 bilion lagi melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan yang tidak dibelanjakan.
"Jadi, rakyat Sabah minta saya tanya dalam Dewan Rakyat, mereka mahu tahu sebab Sabah ini dianggap ''deposit tetap'' untuk BN...mereka mahu tahu ke mana kewangan ini disalurkan, sama ada kepada kerajaan negeri, atau masih dipegang oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri," katanya. – 

Beku tol: Rakyat tanggung beban 'RM64 bilion'

Kerajaan mungkin berakhir membelanjakan RM64 bilion sebagai pampasan kepada Plus Highway Berhad, jika ia bercadang membekukan kenaikkan kadar tol sehingga konsesi syarikat itu berakhir pada 2038, kata setiausaha publisiti DAP, Tony Pua.

NONEMengambil kira anggaran RM5 bilion pampasan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, bagi memastikan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan, Pua berkata tindakan itu tidak masuk akal.

Sebaliknya, kata Pua ia hanya tindakan popular dan kerajaan hanya bertindak sedemikian semata-mata untuk mengembirakan pengundi.

"Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP,” katanya.

Tambah ahli parlimen Petaling Jaya-Utara itu lebih murah bagi kerajaan membeli terus syarikat lebuh raya itu pada harga RM4.60 sesaham seperti yang ditawarkan oleh firma usahasama UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

azlanAndaiannya, jika kadar tol dibekukan selama 14 tahun, kerajaan masih boleh mendapatkan pelaburannya dan menggunakan wang berkenaan untuk menjadikannya bebas tol ataupun mengutip bayaran minimum bagi tujuan penyelengaraan, katanya.

"Kecualilah jika kerajaan mahu melihat rakyat Malaysia menderita," kata Pua pada sidang akhbarnya di lobi parlimen.

Muhyiddin: Politik berasas kaum Umno bukan rasis



Politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh Umno bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis, kata timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut timbalan perdana menteri, ini kerana ia dilaksanakan dalam konteks kesepakatan untuk membentuk formula politik kerjasama kaum yang inklusif di mana semua kaum mendapat jaminan hak dan layanan yang adil.

"Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain. Parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ianya zalim kepada kaum lain.

"Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan Umno, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis," kata Muhyiddin.

Ketika berucap bagi merasmikan perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sebentar tadi, Muhyiddin berkata, Umno sentiasa istiqamah memperjuangkan hak Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan pada masa yang sama menghormati hak dan kepentingan kaum-kaum lain.

"Umno tidak pernah membolot kekuasaan politik dan nikmat ekonomi untuk kaum Melayu sahaja," katanya dalam ucapan bertemakan "Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan".

"Pemimpin-pemimpin Umno sedar bahawa berkongsi kuasa politik dan nikmat ekonomi dengan kaum-kaum lain adalah jalan terbaik untuk mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam sebuah negara majmuk."

Katanya, pendekatan negara ini yang pada mulanya disangsikan akan berlaku kehancuran akibat kepelbagaian kaum, agama dan taraf ekonomi akhirnya tidak berlaku.

"Sebaliknya, negara-negara jiran yang tidak semajmuk kita telah mengalami dan masih mengalami ketegangan kaum dan agama yang membawa kepada pertumpahan darah," katanya yang juga ADUN Pagoh.

Sementara itu, bercakap soal peranan usaha memperkukuhkan perpaduan di negara ini, Muhyiddin menyatakan kegusarannya terhadap suara-suara yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta hak-hak sah kaum lain.

"Debat perkauman dalam masyarakat juga semakin merumitkan keadaan. Perdebatan tentang isu perkauman tanpa batasan boleh menimbulkan provokasi yang membakar sentimen perkauman.

"Kita tentu sekali tidak mahu percikan api kemarahan akhirnya menjadi letusan yang memusnahkan segala nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah kita bina," katanya sambil menyifatkan perkara itu "merumitkan keadaan".

Katanya, walaupun ada pihak yang "menjanjikan bulan dan bintang" kepada kaum lain, Umno membuktikan bahawa kerajaan yang diterajuinya semua kaum mendapat jaminan hak yang adil.

Projek Warisan Merdeka Bukan Arahan Saya - ......la boleh jadi camni pulak, PNB kambing hitam la..!!!



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Malah Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan.
"Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan.
"Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," katanya dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini, Isnin.
Pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan PNB dijangka siap pada 2015.
Menara setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion itu lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia kini iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.
Najib berkata, projek itu juga bukan satu pembaziran kepada negara.
Sebaliknya ia bakal memberi keuntungan kepada banyak pihak.
"Projek ini bukan satu pembaziran tapi ianya satu projek yang menguntungkan," ujar beliau.
Mengulas mengenai bantahan daripada pelbagai pihak khususnya pembangkang berhubung pembinaan menara berkenaan, Najib berkata kerajaan mempunyai rasional berhubung projek berkenaan.
"Dalam sejarah kita dulu bila zaman Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang pun mereka serang, tapi sekarang ini orang Pulau Pinang sendiri minta jambatan kedua.
"Dan bila Tun buat Menara Berkembar Petronas pun beliau telah dipertikaikan, jadi bila kita buat menara 100 tingkat... rasionalnya tetap sama," katanya.
Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembinaan bangunan itu bakal menjadi lambang kemodenan dan kemajuan negara disamping dapat memacu pembangunan ekonomi negara.
"Pertamanya kita nak satu bangunan yang menjadi lambang bukan sahaja moden tapi negara maju, kita juga nak mencetuskan perkembangan ekonomi... banyak kerja-kerja kontrak dan sebagainya yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi.
"Kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan yang menempatkan peniaga-peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, ia juga boleh menjadi pusat tarikan yang boleh memberi keuntungan," katanya.

Kes Aminulraysid: Mahkamah Lawat Tempat Kejadian

Hari ini, hakim dan peguam yang terbabit di dalam perbicaraan kematian remaja 15 tahun Aminulrasyid Amzah yang didakwa ditembak polis telah melawat ke tempat kejadian di Seksyen 11, Shah Alam.

Saksi, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin juga telah memberi keterangannya semasa berada di Jalan Tarian 11/2 apabila kereta yang dipandu oleh remaja itu terbabas dan berlanggar apabila mangsa dan rakannya telah ditembak oleh polis yang mengejarnya.

Zafrullah yang tinggal di hadapan jalan yang mana kereta Iswara berkenaan terbabas telah memberitahu mahkamah bahawa dia terdengar bunyi tembakan dan siren sekitar jam 1.30 pagi pada 26 April. Beliau kemudiannya telah ternampak kereta itu berlanggar dari tingkap rumahnya itu.

Pada keterangan hari ini, Zafrullah turut berkata dia ternampak seseorang yang dipercayai Azamuddin Omar, 15, yang berada di kereta bersama si mati. Azamuddin dikatakan berlari dari kawasan itu menuju ke Jalan Wau 11/2 yang terletak lebih kurang 25 kaki dari kereta Proton Iswara tersebut.

Zafrullah pula ketika itu berdiri di bahagian belakang rumahnya yang kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan perlanggaran yang terletak kira-kira 30 meter jauhnya.

Oleh kerana pintu belakang tidak mempunyai jalan ke lokasi berkenaan, Zafrullah ke luar melalui pintu depan dan perjalanan untuk sampai ke hadapan rumahnya mengambil masa kira-kira lima minit.

Zafrulah memberitahu mahkamah bahawa pintu pemandu dilihatnya terbuka tetapi beliau tidak dapat memastikan sama ada pintu penumpang depan rosak ataupun terbuka.

Kes ini akhirnya melibatkan seorang pegawai polis yang bernama Korporal Jenain Subi, 48, yang telah didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat pada kejadian antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.

Sekiranya Jenain didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun.








Belanjawan 2011 : Apa yang rakyat tak dapat...

Jika Macam Inilah Belanjawan Spenda Tempohari.. Adakah anda akan pangkah BN semula..??

Apa yang penduduk Malaysia mahukan dari belanjawan negara 2011. Mereka mahu supaya:
  1. Harga bawang putih yang naik RM9.50 sekilo diturunkan pada harga baru RM1.60 sekilo.
  2. IPCMC alat untuk mengawal aktiviti polis tetap diadakan supaya keadilan dilihat dilaksanakan.
  3. Ombudsman - jentera menilai dan menerima aduan orang ramai terhadap penjawat awam dan politikus di Malaysia dikuatkuasakan kewujudannya serta merta.
  4. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah kawalan Perdana Menteri.
  5. Hakim-hakim akan dilantik oleh satu jawatankuasa khas parlimen. Peruntukan diberikan dalam belanjawan untuk Jabatan Kehakiman. Bebaskan badan ini dari cengkaman eksekutif.
  6. Konsep baru insuran kenderaan diwujudkan di mana pengguna tidak akan dibebankan dengan premium yang mencekik darah.
  7. Harga susu, ikan, tepung, ayam, gula, cabai, sayur-sayuran, roti dan keperluan dapur dimansuhkan cukai jualannya serta merta sama seperti yang dilakukan terhadap barangan kelambu, seluar dalam, minyak pewangi dan sebagainya.
  8. Duti impot kenderaan akan dikurangkan 70% sama seperti di negara Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara yang dipimpin oleh manusia bertamadun.
  9. Jalur lebar akan dibekalkan percuma kepada masyarakat di kampung-kampung sebagai agenda mencelikkan mereka yang buta IT.
  10. Kadar baru tol dengan penurunan 40% berkuatkuasa serta merta.
  11. Semua sekolah agama rakyat akan dibiaya percuma termasuk bayaran utilitinya ditanggung oleh kerajaan.
  12. Semua menteri dan penjawat akan diwajibkan mengistiharkan harta berkuatkuasa pagi 01 Januari 2011.
  13. Hak asasi akan diperluaskan lagi selari dengan kehendak rakyat dan NGO.
  14. Peguam Negara diberi peruntukan untuk mengkaji perlembagaan Reid bagi digantikan dengan hukum hudud.
  15. Tambang pengangkutan awam diturunkan 40% sesuai dengan kekayaan minyak negara bagi memudahkan orang kampung menikmati kemudahan kapalterbang, keretapi, bas, lori dan lain-lain lagi.
  16. SPR juga diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen.
  17. Pembiayaan untuk mendapatkan hak pendidikan diberikan percuma sehingga ijazah pertama.
  18. Kementerian kesihatan dirombak dan masyarakat diberikan rawatan kelas pertama secara percuma tanpa perlu menunggu lama.
  19. Hapuskan segera 'menternak' rasuah di PDRM, Pejabat Tanah, JKR, Jabatan Kastam , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Imigresen.
  20. Kembalikan kebebasan media dan hapuskan akta-akta dracula.
  21. Cuti bersalin yang baru. Cuti yang diumumkan sama seperti jumlah sebelum ini.
  22. Kecilkan saiz kabinet Malaysia dan perkhidmatan awam.
  23. Hapuskan cukai bahan-bahan binaan rumah supaya pembeli dapat menikmati harga rumah pertama yang lebih rendah.
  24. Turunkan kadar pinjaman rumah dan kenderaan penjawat awam pada 1%.
Inilah diantara apa yang rakyat harapkan tetapi tidak dapat.- Kedahlanie