Tindakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) dan merampas naskah Bible versi Bahasa Melayu tentu akan mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat Muslim dan Kristian di negara ini.
Tindakan ini tentunya telah dijangka oleh Jais sebelum tindakan itu dilakukan.
Serangan pelbagai pihak kepada para pegawai Jais tidak dapat dielak, dan yang terkena ialah pelaksana keputusan tetapi tidak pada mereka yang membuat keputusan.
Ternyata ia sangat tidak adil bagi pegawai Jais yang hanya melaksana keputusan yang telah diputuskan dan mereka yang membuat keputusan terus ghaib daripada kontroversi yang ditimbulkan, bahkah kerajaan Selangor sendiri pun tidak tahu mengenai serbuan tersebut sehingga dimaklumkan.
Kebimbangan pemerintah bagi mengawal umat Islam dari gejala murtad harus dipuji dan diberi penghargaan. Bahkan, memang ia adalah sebahagian tanggungjawab pemerintahan dalam Islam iaitu memelihara aqidah umat Islam.
Isu utama ialah larangan yang dikenakan kepada bukan Muslim untuk menggunakan beberapa istilah yang terpakai bagi orang Islam seperti kalimah Allah, Insya Allah, Masya Allah, zikir, sembahyang dan sebagainya lainnya.
Beberapa kalimah ini menjadi hak milik bagi orang Islam sahaja. Memang aneh dan pelik bahkan mungkin Malaysia satu-satunya negara yang melaksanakan peraturan tersebut.
Kenapa ianya dilarang kepada bukan Muslim untuk menggunakan kalimah tersebut?
Jawapannya kerana dikhuatiri ia akan menimbulkan salah faham, kekeliruan dan akhirnya boleh menyebabkan penganut Islam negara ini terpengaruh dan akhirnya keluar dari Islam dan menganut agama lain, kerana menganggap sama sahaja agama-agama yang lain kerana penggunaan istilah-istilah tersebut.
Namun persoalan utama apakah aqidah umat Islam di negara ini begitu rapuh, sehingga kerana beberapa istilah tersebut boleh membawa kepada murtad?
Jika benar, maka kerajaan mesti memperkukuhkan aqidah umat Islam dan BUKANNNYA dengan menyekat penggunaan istilah Islam di kalangan bukan Islam.
Adalah mustahil kerajaan dapat mengawal penggunaan istilah-istilah tersebut, terutama dalam perkembangan media baru yang pelbagai variasi. Sesiapa boleh sahaja menulis, menyebar dan menyalur maklumat dakyah mereka.
Persoalan yang lebih utama ialah apakah usaha kerajaan untuk memperkasakan aqidah umat Islam. Kenapa matapelajaran aqidah Islam tidak diwajibkan dalam seluruh sistem pendidikan Islam dari tadika sehingga universiti?
Mengapa mata pelajaran lain dilihat lebih penting dari aqidah umat sehingga menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan utama tetapi tidak matapelajaran Islam?
Berapa jam diperuntukkan masa untuk pendidikan aqidah? Berapa banyak pula masjid yang berfungsi dengan baik dengan pengajaran aqidah di kalangan para jamaah?
Lebih hairan kalimah tersebut bahkan terjemahan Bible dengan menggunakan kalimah Allah dibenarkan di Sabah dan Serawak, tetapi tidak dibenarkan di Semenanjung.
Kalau isu Allah ialah isu aqidah, ia sepatutnya selaras kesemua negeri, bukan terpilih ada yang dibenar dan ada negeri yang dilarang. Oleh itu, isu Allah ini lebih bersifat politik dari memperkasakan aqidah.
Jika betul isunya berkaitan dengan aqidah, apakah kerajaan hanya jaga Islam di Semenanjung, dan berapa ramai umat Islam Sabah dan Sarawak yang murtad kerana isu ini?
Dalam suasana tekanan ekonomi rakyat dan bebanan yang dihadapi, tidak hairan kalau ada pihak yang menganggap tindakan ini sebagai suatu escapism dari isu sebenar.
Tindakan mengalih satu isu kepada isu lain adalah strategk biasa di kebanyakan negara yang pemerintah gagal mengemukakan penyelesaian isu rakyat, lalu dicipta isu lain bagi mengalih perhatian dari isu sebenar.
Semua pihak diminta lebih cermat menangani isu isu sensitif yang boleh mengundang kegawatan dalam negara. Kita sedar isu agama, perkauman, isu bahasa antara beberapa isu sensitif yang perlu ditangani dengan penuh hemah dan cermat.