Sunday, July 24, 2011

Mat Sabu dilanggar oleh Proton Waja bukan Pajero?


Polis kata Motosikal yang Mat Sabu naiki bergesel atau terlanggar Pajero Polis, Mat Sabu pula mendakwa Motorsikalnya dilanggar oleh Kereta Proton Waja Polis. Mat Sabu berkata demikian kepada akhbar Harakah edisi terbaru.

Siapa yang bercakap benar? Mat Sabu atau anak Mat Rashid iaitu Salleh. Sudah tentu salah seorangnya bercakap bohong atau pelawok kata orang Kelate. Kalau begitu siapa pelawok, Mat Sabu atau anak Mat Rashid????

Ini bukannya perkara mainan dan gurauan. Kalau cerita Gerak Khas Yusof Haslam bolehlah kita hendak tukar skrip dan sebagainya. Ini cerita betul-betuuuuuuuuuuuuuul bukan main-main kata Pendekar Mustar.

Janganlah pulak ada pihak yang menganggap cerita ini boleh direka dan dimanipulasi sedangkan Allah dan Malaikat melihat apa yang berlaku. Mengapa takut untuk bercakap benar. Mengapa Mat Sabu atau anak Mat Rashid takut untuk bercakap benar kalau salah seorangnya pelawok.

Ustaz Zamri tv9 di pecat kerana hadir BERSIH 2.0 ?

Ustaz Zamri TV9 jadi mangsa kerakusan?

1. Sedang aku bersiar-siar di alam maya aku tersepak dengan kenyataan ini.
”Rancangan Adik dan Al-Quran dihentikan”

2. Program ’Adik dan Al-Quran’ yang dikendalikan Ulama muda negara kita Ustaz Zamri tidak asing lagi dikalangan kita terutamanya anak-anak.


3. Rancangan ’adik dan al-Quran’ merupakan siri tarbiyah yang paling menyerlah yang mendidik anak-anak secara tidak langsung di television.

4. Petiklah di mana-mana siaran tv aku rasa siara inilah yang paling bermutu untuk mendidik anak-anak.

5. Kepala masih berfikir kenapa rancangan ini dihentikan.

6. aku melihat di dalam data gambar simpanan aku.

7. Terjumpa gambar ini(bawah). Ustaz Zamri sebagai meraikan kebebasan demokrasi beliau turun ke perhimpunan aman BERSIH untuk sama-sama peminatnya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.


8. Otak aku menunjal-nunjal memberontak adakah rancangan yang dikendalikan Ustaz Zamri ini dihentikan kerana Ustaz menghadiri himpunan aman BERSIH??????

9. Sebelum ini aku pernah dengar ustaz dipanggil oleh tv9 kerana beliau turun ke himpunan aman BERSIH.

10. Andai kata betul Ustaz dibuang kerana BERSIH amat malangnya Malaysia.

11. Ulama dibuang.. Kera dihutan disusukan..Peribahasa sesuai tak dengan gambar bawah tu?haha..

DS Nizar ziarah Wan Husein Wan Hanif yang rumahnya terbakar.

DS Nizar meninjau rumah Wan Husein.

Memberi nasihat supaya mempelajari "hikmah disebalik peristiwa musibah"
DS Nizar bersama Wan Husin dan isteri.
Menyampaikan sedikit sumbangan,menolong untuk meringankan.

Motif Pembunuhan Di Oslo, Pelampau Kristian?

Bom yang meragut sekurang-kurangnya 92 nyawa di Oslo, Norway kelmarin.
Di sini disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat pengeboman di Oslo.
OSLO: Lelaki Norway berusia 32 tahun yang ditangkap kerana menembak mati kira-kira 84 remaja di pulau percutian Utaoya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai Anders Behring Breivik, pengurus sebuah syarikat pertanian. Suspek berkenaan dilapor tiba di pulau itu dan melepaskan tembakan selepas menegur beberapa remaja. Menurut laporan, dia juga kelihatan berada di tempat letupan bom di Oslo, dua jam sebelum kejadian di Pulau Utaoya.
Dalam laman Facebooknya, lelaki berusia 32 tahun itu menyifatkan dirinya sebagai ‘bujang’ dan beragama Kristian serta menyenaraikan drama pembunuhan bersiri, Dexter dan siri pontianak, True Blood, sebagai rancangan televisyen yang diminatinya. Mengenai politik, Anders menyenaraikan dirinya sebagai ‘Konservatif.’ Bagaimanapun, Televisyen Norway melaporkan dia mempunyai hubungan dengan pelampau berhaluan kanan.
Seorang rakan berkata, dia juga anti-Islam dan menentang keras dasar pelbagai budaya. Antara minatnya ialah memburu, bina badan serta gerakan Freemason. Anders dikatakan memiliki mesingan dan sepucuk pistol Glock. Selaku pengurus syarikat pertanian Breivik Geofarm, dia mudah memperoleh baja untuk menghasilkan bom.
Dalam laman Twitter atas namanya, hanya terdapat satu mesej yang ditulisnya pada 17 Julai lalu. Mesej itu berbunyi: “Seorang dengan kepercayaan adalah sama kuatnya dengan 100,000 orang yang hanya mempunyai minat.” - Agensi
Edior Blog Ibnu Hasyim, Dr Mohd Hasyim sedang berderamah di Majlis FKUB (Forum Kerukunan Umat Beragama) di Medan, awal bulan ini..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan di Oslo serta kejadian tembakan di kem remaja di Utoeya, Norway semalam. Kami menyampaikan perutusan takziah kepada kerajaan Norway di atas kejadian yang telah berlaku itu.
Setakat ini 91 orang dilaporkan terbunuh dalam kedua-dua kejadian itu, termasuk 84 dalam kejadian tembakan secara rambang oleh seorang lelaki di tempat perkhemahan remaja di pulau peranginan Utoeya. Solusi ke arah penyelesaian, antaranya ialah dengan mempergiatkan percanangan kewaspadaan (Wasber) dan kerukunan beragama, terutama untuk keamanan di Souuth East Asia. Lihat lanjut.. E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama. Klik gambar di bawah ini..
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Ini baru Sultan berjiwa rakyat 100%

Salam Sejahtera,
Selalu yang kita dok peratikan, Sultan-sultan di Malaysia mereka sekadar mencemar duli hanyalah dalam aktiviti pergi ziarah rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, merasmikan tilawah Quran, menerima pemberian zakat, kalau ada Sultan-Sultan yanag agak educated sikit maka Sultan tersebut dijemput memberi ceramah....

Tetapi aktiviti mencemar duli seperti AlSultan Muhammad V ni aku rasa tak lagi Sultan dalam Malaysia yang sanggup lakukan....


Ini dah lama dah berlalu,,,, aku sendiri pun tak sanggup


Ini program baginda yang terkini..... Perdana Menteri mau buat macam ni....

Allah s.w.t dah makbulkan doa Najib


Aaaikk.... si Zahid Hamidi, Wak Bagan Datoh, tetiba pulak datang 'bulan' dan terus meroyan sakan. Dia bagi warning kepada semua orang agar jangan sekali-kali memburukan imej negara pasal pembelian Scorpene. Mengikut kata dia.... pembelian kapal selam tu telus.

Kah kah kah kah.....

Telus?? Depa berani ler kata telus, sebab 'teloq' PRDM, SPRM, Pejabat PeguamNegara serta Mahkamah dalam genggaman depa. Kalau puak-puak ni cakap banyak jer, 'teloq' depa akan dipicit. Ouchh!!! Terus diam. Ater.... kalau dah sekat orang daripada bercakap tentang skandal itu, maknanya TAK TELUS ler wak oi. Kalau telus, apa nak ditakutkan. Hangpa nak cakap.... cakap pi la. Tapi.....??? Aha, iniler yang dikatakan telus ala 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, 'teloq' si William Bourdon, depa tak dapat nak genggam dan kalau dah tak dapat nak genggam, bermakan tak boleh ler nak dipicit. Sebab tu, mamat ni berani cakap tentang hasil siasatan yang dilakukannya di Perancis berkaitan skandal Scorpene. Kerajaan Malaysia kata telus..... pihak di Perancis kata crooked!! Urusan pembelian amat kotor hingga ada yang maut. Ooooo..... dasatnyer!!

Sebenarnya wak... pihak yang terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene itu ler yang telah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Jangan salahkan orang lain. Jangan gertak orang lain. Kes ini bukan lagi kes tempatan tetapi dah jadi kes yang menarik perhatian antarabangsa. Malaysia has gone GLOKAL dengan skandal Scorpene ini. Haaaiii.... bukankah itu yang Najib mahukan untuk booosstkan imej Malaysia.

Masih tergiang-ngiang lagi kata-kata Najib tu dulu. Nah... sekarang, thanks to Najib, Malaysia dah berjaya catch the world's attention, apa nak kecoh-kecoh lagi?? Allah s.w.t. dah makbulkan doa Najib, patut bersyukur ler.

Back to 'telus' yang dikatakan oleh Wak Bagan Datoh dalam skandal pembelian Scorpene tu... kita wait and see outcome court di Perancis itu nanti, okay?? Then, kita buat comparison atau perbandingan antara erti 'telus' yang sebenar dengan 'telus' ala 1Malaysia. Sebabnya...... mahkamah di sana ada integriti dan boleh dipercayai kerana 'telor' mereka tidak ada sesiapa yang genggam dan tidak ada sesiapa yang nak picit. They're FREE...!!

Hello Wak Bagan Datoh...,

Kalau anda nak tau, imej Malaysia sudah transformed menjadi begitu hodoh, terutama sekali sejak era Najib menjadi Piemnya. It has gone from bad to worse. Na'uzubillah... please don't make it worst.

Kesian tanah airku ini.... Bersabarlah dulu, okay?? InsyaAllah, jika Pakatan Rakyat memerintah, kami akan bersihkan semula imejmu, ibu pertiwiku. I love you Malaysia!!

Muhyiddin suruh rakyat yakin dengan kredibiliti polis


Malaysiakini melaporkan:
Rakaman video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu.

"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

"Saya minta polis menyiarkan (video ini) di (stesen-stesen) televisyen, supaya rakyat boleh melihat dan menilai (berbanding siaran YouTube dan media alternatif)," katanya sambil mempertahankan rakaman video yang dikeluarkan oleh PDRM itu adalah tulen. - Mkini.
Aku tak nafikan malah aku yakin video yang polis siarkan tu memang video sebenar kejadian. Cumanya macam yang aku tulis sebelum ni, video tu tak membuktikan apa-apa.

Contohnya kes Mat Sabu dakwa dia dilanggar kereta polis, dalam video yang polis siarkan tu langsung tak nampak macamana motosikal yang Mat Sabu bonceng tu terbalik. Yang nampak cuma motosikal tu nampak macam langsung tak kena pajero hitam tapi dengan proton wira putih langsung tak nampak kena langgar atau tak.

Untuk kes kematian Allahyarham Baharuddin pulak, video yang polis tunjukkan tu langsung takdak imej apa yang terjadi kepada Allahyarham Baharuddin. Polis cuma menjawab tuduhan yang ambulan lambat sampai untuk bagi bantuan kepada Baharuddin sedangkan tuduhan utama adalah kematian Allahyarham Baharuddin mungkin sebab dibelasah polis sampai luka bibir, patah gigi dan patah 3 tulang rusuk.

Lagi satu, pihak polis cuma tayangkan 2 video saja dan Muhyiddin pulak sahkan video tu adalah tulin.

Yang pertama sekali sapa Muhyiddin untuk sahkan video yang polis siarkan tu tulin atau tak. Yang kedua, kalau pun video tu memang benar-benar tulin, video tu sebenarnya langsung tak menunjukkan yang polis tak gunakan kekerasan.

Kalaupun mungkin lepas ni polis akan tunjukkan layanan baik polis terutama kepada tahanan di Pulapol tapi tu pun tak boleh jadi bukti yang polis langsung tak gunakan kekerasan.

Macamana pula dengan video yang banyak bertebaran di youtube, facebook dan blog. Berpuluh video malah mungkin beratus video yang menunjukkan aksi kekerasan pihak polis. Takkan kut semua video tu diubah kandungan.

Kalau video yang banyak tu Muhyiddin kata diubah kandungan, lebih mudah lagi untuk kita percaya 2 video yang polis tayang tu yang diubah kandungan, tambahan pulak polis ambil masa 2 minggu baru ditayangkan sedangkan video yang menunjukkan kekerasan polis ada yang dipaparkan seawal malam Sabtu tu jugak, malah mungkin ada yang disiarkan petang tu jugak.

Macamana pulak dengan video yang ditayangkan oleh media antarabangsa? Takkan yang tu pun Mahyuddin nak rakyat Malaysia percaya diubah kandungan jugak?

Yang lawaknya pulak, macamana Muhyiddin senang-senang nak rakyat yakin dengan kredibiliti polis sedangkan dari awal lagi Ketua Polis Negara sendiri menipu bila dakwa cuma 6,000 orang saja yang hadir himpunan tu, satu dakwaan yang bukan saja tak logik malah boleh jugak kalau nak dianggap Ketua Polis Negara buat lawak yang cukup BANGANG.

BERTERUS TERANG SAJALAH PDRM !



Dalam isu himpunan “BERSIH 2” polis masih berkerja keras untuk mencari seribu alasan !. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan, untuk menafikan , keganasan, salahlaku atau keterlanjuran anggota-anggota mereka.

Untuk menangkis tuduhan rakyat bahawa polis bertindak ganas, atau separuh ganas!,..  maka semalam satu video telah dikeluarkan oleh PDRM.

Ternyata penafian polis hanya dalam bentuk penceritaan, gambar kurang jelas!,  terdapat edit dan suntingan di mana-mana.

Kesimpulannya video polis banyak terdapat kelemahan dan kekurangan. .. Walaupun mengambil masa dua minggu untuk membuat ubahsuai dan beberapa suntingan, cuma itulah hasilnya, Amat mengecewakan !. Kalau dibandingkan dengan video individu keluaran rakyat kesan dan realitinya sangat berceza!.  Jelas sekali video   rakyat memaparkan kekasaran dan keganasan sebenar di pihak polis. . Kesian PDRM,  gagal membuat penafian melalui rakaman video ciptaannya sendiri.  Juruvideo  di pihak polis sepatutnya lebih propersional !  Kenapa gambar keganasan polis tidak dipaparkan ?

Tentang lakunan semula –  Sudah banyak kes, rakyat didedahkan dengan ketidakjujuran atau penipuan pihak polis.  Kes Al Maunnah misalnya.  Kononnya sekumpulan rakyat ingin memerangi Yang Dipertuan Agong. Mereka yang terlibat kononnya telah menceroboh sebuah kem tentera, mencuri sebanyak-banyak senjata - penuh satu  kenderaan PAJERO. 

Yang peliknya mereka yang mencuri itu dapat melakukannya dengan begitu mudah dan selamat. Rakyat boleh percaya ke?  Untuk menyokong dakwaan PDRM itu, mereka melakunkan semula cara rompakan itu dilakukan!. Sekali lagi rakyat makin tidak percaya !  Untuk kes himpunan “BERSIH 2” ini pun sama juga.   Kelmarin PDRM telah melakunkan  semula beberapa bahagian dari peristiwa itu.  Apa tujuan sebenar mereka Wallahhua’lam. Yang pasti Umno dan PDRM mahu mengelirukan pemikiran rakyat!

Dalam kes video lucah,.. Bertalu-talu rakyat meluahkan rasa marah dan tidak percaya. Dua tiga kali DS Anwar membuat penafian!  UMNO/BN, barangkali PDRM juga bersungguh-sungguh menuduh Anwar adalah pelakunya.  Kenapa PDRM/UMNO tidak mahu membuat lakunan semula? Lakunkanlah  semula bagaimana Anuar boleh berada di hotel murah itu!  Gayakan juga bagaimana Datok T Eskey berada dibelakang tabir  atau sebagai juruvideo bagi aksi lucah itu !!

Kes sebelum hari perhimpunan “BERSIH 2”   
Kenapa polis tidak melakunkan  semula bagaimana mudahnya mereka  menyediakan beberapa bilah parang panjang, dan beberapa biji botol plastik yang diisi dengan petrol (bom petrol). Polis sendiri yang buat,  tetapi tuduh pendemo yang lakukan,  kononnya pendemo telah buat persediaan hendak mengamuk?.  Hakikat sebenar sebesar zarah pun amukan tak berlaku, bau-bau rusuhan jauh sekali !  

Rakyat menyeru pihak polis !  Kalau benar polis anak jantan, polis ikhlas,….sila buktikan polis tidak zalim, polis tidak ganas!  Sila buktikan majoriti  rakyat Malaysia sangat berminat dengan fahaman komunis !! seperti didakwa. Tunjukkan bukti yang relevan !.  Kalau tak ada bukti kukuh, lebih baik bebaskan saja enam orang ahli PSM yang ditahan!  Berhati perut le sikit!. Kasihanilah mereka,  kasihanilah keluarga mereka !

Isu polis jumpa peralatan dan senjata
Sekarang ini tentu polis-polis sedang sibuk mengagih-agih sesama sendiri  parang panjang, botol berpetrol, dan T Shirt yang kononnya mereka jumpa itu . Mereka boleh guna parang itu untuk menebas kebun,  Baju T “BERSIH” mereka boleh pakai ke kebun  atau pakai tidur malam!  Minyak petrol pula mereka boleh bagi anak-anak bujang mereka yang bermotor !!  Fuhh.  Hebatnya polis Malaysia !. Seharusnya kalian semua malu!  Tuduhan mengatakan pendemo nak buat rusuhan melesit !  Tuduhan kononnya pendemo nak sebarkan fahaman komunis lagi tak laku.                                                                                                                  

 Nasihat buat PDRM                                                                                                          
Semua masaalah berhubung dengan intergriti polis boleh selesai sebenarnya!  Kalau PDRM ingin dilihat jujur, amanah dan dipercayai oleh rakyat  senang saja !.  Mulai sekarang jauhi pemimpin Umno.  Buat satu pengistiharan bahawa PDRM selama ini telah dipaksa mengikut arahan Umno.  Dan mulai saat ini juga PDRM istiharkan bahawa mereka tidak lagi mahu berkerja untuk Umno !  Seluruh rakyat akan bersorak riang jika ini benar-benar berlaku !   Dan InsyaAllah kalau PDRM bertuankan kerajaan PAKATAN RAKYAT pasti semua ini tidak berlaku !!

MEK WOK & SUAMI KECEWA BAYAR RM34K TAPI GAGAL TUNAI UMRAH

KOTA BHARU: Hanya dua harapan ditagih pasangan Mek Wook Kundor, 108, bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39, iaitu agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah kepada mereka memberi peluang kedua untuk menunaikan haji tahun ini atau mengembalikan wang berjumlah RM34,000.

Mohd Noor berkata, dia terkilan tindakan agensi terbabit yang bersikap ‘lepas tangan’ hingga mereka berdua terpaksa pulang ke Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk menenangkan fikiran.

“Saya tidak menolak mungkin kenyataan saya di sebuah akhbar baru-baru ini mengenai hasrat kami untuk tinggal di Makkah selama empat bulan menjadi punca permohonan visa kami tidak dikeluarkan.

“Sedangkan saya menjawab atas dasar niat saja, tetapi tidak tahu pula menjadi kesalahan di pihak sana (agensi pelancongan) hingga hajat kami terhalang sama sekali.

Katanya, lima bulan lalu dia dan isteri mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah sebelum bertemu seorang ejen pelancongan dekat Pasir Tumbor, di sini.


“Kami tertarik untuk ke sana (Makkah) dan membayar kira-kira RM34,000. Semua wang itu hasil simpanan isteri (Mek Wook) sejak sekian lama, selain beribadat kepada Tuhan berikutan usianya semakin meningkat.

“Bagaimanapun, harapan untuk ke sana semakin kabur selepas insiden itu berlaku. Memang mereka tidak menipu kami, tetapi tindakan mereka menyebabkan kami dalam dilema,” katanya.
Mohd Noor yang menikahi Mek Wook pada 2006 berkata, besar harapan mereka untuk ke sana, selain luahan isterinya sejak mereka diijab kabul dan akan ke Makkah jika wang dikumpulkan mencukupi.

“Sebagai suami, saya mahu hajat isteri termakbul ketika umurnya masih panjang. Bila ini berlaku, saya rasa bersalah dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya yang semakin hari semakin uzur.

“Hanya harapan saya, beri kami peluang untuk ke sana. Disebabkan kegagalan untuk ke Makkah, fikiran saya menjadi tidak tenteram,” katanya.

Katanya, sehingga kini agensi berkenaan belum menghubunginya sejak pulang dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah pagi kelmarin, termasuk memberi penjelasan atau memulangkan wang mereka.

“Sekarang ni macam-macam saya terpaksa fikirkan, kesihatan isteri, hasrat berdoa di Makkah untuk dijauhi dmasalah, melaporkan diri di balai polis berikutan masih di bawah pengawasan,” katanya.

Lebih memilukan, pasangan suami isteri itu hanya diberitahu tidak boleh mengikut rombongan menunaikan umrah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum ahli kumpulan lain berlepas jam 9.30 pagi semalam.