Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Umno amat takut apabila Kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai rasuah sifar.
“Ini yang amat menakutkan Umno. Dasar Pakatan Rakyar di Kedah telah menyebabkan Umno Kedah hilang punca apabila kepimpinan PR Kedah makin mantap,” ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu di Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi.
Turut berucap ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau menjelaskan, hutang negeri kepada Pusat sebanyak RM2.36 biion adalah warisan kerajaan Umno BN yang kini terpaksa dilangsaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Katanya, hutang terbesar sebanyak RM1.8 bilion adalah hutang air yang tidak pernah dibayar selama ini oleh Umno BN kepada Pusat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, rakyat Kedah kini sentiasa mantap bersama Pakatan Rakyat.
“Umno kini sudah tak mampu menggugat kerjasama PR di Kedah dan insya Allah akan kekal kukuh menuju untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya,” ujarnya lagi.
Katanya, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah di mana tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak digula-gulakan lagi.
“Umno sentiasa menyalahguna media milik kerajaan seolah-olah ia milik mutlak Umno, tapi usaha jahat Umno dalam media arus perdana telah ditolak oleh rakyat, dan ini menyebabkan Umno menjadi makin tak keharuan sehingga mereka sanggup buat perkara di luar batasan kemanusiaan,” katanya.
Friday, October 22, 2010
Menara Warisan di Kampung Baru kusutkan keadaan
Cadangan pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa supaya Menara Warisan 100 tingkat dibina di Kampung Baru bakal mengusutkan lagi keadaan yang sudah sedia mengelirukan penduduk.
Apatah lagi pmbinaan Menara Warisan tersebut ditolak oleh rakyat umumnya, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali kepada Harakahdaily.
Ini dibuktikan dengan sokongan 100,000 orang terhadap 'fanpage' bantah Menara Warisan dalam masa 6 hari sahaja berbanding dengan yang menyokong tidak sampai 400 orang.
"Apatah lagi isu Kampung Baru yang menjadi kebimbangan penduduk adalah berkenaan Draf Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang sehingga kini belum lagi dikemukakan kepada pemilik hartanah Kampung Baru sebagaimana yang dijanjikan," katanya.
Menurut beliau, rang undang-undang tersebut dikatakan akan dikemukakan di parlimen sesi ini tetapi para pemilik hartanah Kampung Baru langsung tidak diberi peluang mendengar atau melihat dan mengemukakan pandangan mengenainya.
"Tiba-tiba pemangku Ketua Umno Titiwangsa menyebut tentang cadangan nak bina Menara Warisan di Kampung Baru. Di manakah keutamaan beliau?" soalnya.
Lo' Lo' juga mempersoalkan, adakah pemimpin Umno itu hanya melihat lubuk emas RM5 bilion projek tersebut sehingga lupa tentang pembelaan hak-hak penduduk Kampung Baru dan memastikan mereka tidak dipinggirkan dari proses membuat keputusan dalam isu hartanah warisan Melayu ini.
Bagi beliau, daripada mencadangkan membina Menara Warisan berharga RM5bilion itu, lebih baik PNB menggunakan dana tersebut untuk membina keseluruhan Kampung Baru.
"Ini masalah yang terbentang depan mata yang belum diselesaikan," katanya.
Pembangunan Kampung Baru juga akan menjana ekonomi, menaikkan nilai hartanah Kampung Baru dan memacu penglibtan Melayu dalam kerancakan pembangunan Kuala Lumpur, katanya.
Kerajaan, katanya, mesti meletakkan keutamaan di tempat yang betul.
Apatah lagi pmbinaan Menara Warisan tersebut ditolak oleh rakyat umumnya, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali kepada Harakahdaily.
Ini dibuktikan dengan sokongan 100,000 orang terhadap 'fanpage' bantah Menara Warisan dalam masa 6 hari sahaja berbanding dengan yang menyokong tidak sampai 400 orang.
"Apatah lagi isu Kampung Baru yang menjadi kebimbangan penduduk adalah berkenaan Draf Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang sehingga kini belum lagi dikemukakan kepada pemilik hartanah Kampung Baru sebagaimana yang dijanjikan," katanya.
Menurut beliau, rang undang-undang tersebut dikatakan akan dikemukakan di parlimen sesi ini tetapi para pemilik hartanah Kampung Baru langsung tidak diberi peluang mendengar atau melihat dan mengemukakan pandangan mengenainya.
"Tiba-tiba pemangku Ketua Umno Titiwangsa menyebut tentang cadangan nak bina Menara Warisan di Kampung Baru. Di manakah keutamaan beliau?" soalnya.
Lo' Lo' juga mempersoalkan, adakah pemimpin Umno itu hanya melihat lubuk emas RM5 bilion projek tersebut sehingga lupa tentang pembelaan hak-hak penduduk Kampung Baru dan memastikan mereka tidak dipinggirkan dari proses membuat keputusan dalam isu hartanah warisan Melayu ini.
Bagi beliau, daripada mencadangkan membina Menara Warisan berharga RM5bilion itu, lebih baik PNB menggunakan dana tersebut untuk membina keseluruhan Kampung Baru.
"Ini masalah yang terbentang depan mata yang belum diselesaikan," katanya.
Pembangunan Kampung Baru juga akan menjana ekonomi, menaikkan nilai hartanah Kampung Baru dan memacu penglibtan Melayu dalam kerancakan pembangunan Kuala Lumpur, katanya.
Kerajaan, katanya, mesti meletakkan keutamaan di tempat yang betul.
Najib macam yakin berlaku rampasan kuasa
Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak Najib bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan. Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana Pakatan Rakyat sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN. Menurut Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, kenyataan Perdana Menteri itu juga seolah-olah tidak faham amalan demokrasi di negara ini. "Najib masih tak faham demokrasi, PR nak kuasai Putrajaya bukan dengan rampasan kuasa. Kita guna saluran pilihan raya, dengan rakyat yang tentukan. "Mungkin juga dia lupa, yang merampas kuasa secara ganas ni Umno BN. Merekalah yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily. Najib ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno berkata, Umno perlu mempertahan Putrajaya dari pihak yang mahu merampasnya biarpun terpaksa hilang nyawa. Firdaus bagaimanpun turut mempersoal niat Najib di sebalik berkata begitu, atau mungkin mempunyai agenda politik tersembunyi. "Adakah dia cuba menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat ini perampas kuasa secara ganas?" soalnya. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kenyataan tersebut dilontar Najib hasil daripada perasaan takut melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Tambahnya lagi, ianya juga mungkin menggambarkan Umno tidak boleh menerima jika Pakatan Rakyat benar-benar dapat menguasai Putrajaya. "Atau Najib mahu ahli Umno bertindak ganas pada Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya. Bagaimanapun tegasnya, Pakatan Rakyat tetap bertekad dan sedang berusaha untuk menguasai Putrajaya, dengan sokongan padu rakyat negara ini. Sementara itu, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan mahu Najib memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai anti-demokrasi. "Saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden Umno menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi. "KEADILAN juga menuntut supaya Datuk Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka Umno BN akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni," katanya. |
PAS teguh hadapi Umno BN
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meminta ahli dan penyokong parti agar tetap teguh serta tidak goyah dalam memperjuangkan Islam berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, Umno BN akan menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji serta habuan yang sementara. “Bila kita berjumpa dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kita kena teguh dengan Islam dan tidak terpengaruh dengan ‘gula-gula’ yang dijanjikan oleh mereka kerana berbentuk sementara sahaja,” tegasnya ketika berucap pada majlis perasmian Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu ke-14 di perkarangan Surau Tanjung, Batu Rakit, hari ini. Katanya, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS perlu diteruskan meski pun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Menurutnya, perjuangan PAS bagi menegakkan Islam bersifat ‘membujur lalu, melintang patah’ sama ada gugur syahid atau mencapai kemenangan. Justeru itu, katanya pejuang Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat. “Kita berjuang Islam jangan bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT. “Jika kita tidak menang di dunia tetapi tetap akan diberi kemenangan oleh Allah Taala di akhirat kelak, insya Allah,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu di hadapan 8,000 para hadirin. Beliau juga mahu setiap ahli parti bekerja dengan cemerlang serta bersatu padu bagi mencapai kemenangan Islam. Katanya, soal bila tarikh pilihan raya akan diadakan tidak penting sama ada dekat atau jauh kerana usaha bagi mencapai kemenangan mesti diteruskan. Menurutnya, hanya dengan kemenangan Islam, rakyat akan mendapat kebaikan serta rahmat daripada Allah. Ijtimak tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. |
Umno tetap perkauman selepas 50 tahun merdeka
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ternyata setelah lebih 50 tahun merdeka, Umno tetap berwajah perkauman dan bersikap berpura-pura, bahkan menentang Islam. “Justeru, kita tidak mempunyai pilihan dalam membangunkan negara yang makmur dan masyarakat yang adil, melainkan dengan mendaulatkan Islam dan ianya tidak akan tercapai melainkan dengan kita memperkasakan jihad,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 di Kampung Tanjung, Batu Rakit, pagi ini. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Harun Taib turut berucap pada majlis itu yang dihadiri sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Mutakhir ini, katanya Umno BN sedang mengukuhkan strategi gerakan Islam Liberal melalui pengisytiharan kemasukan sekumpulan mereka yang dianggap sebagai ‘ulama muda’. Menurutnya, mereka diharapkan oleh Umno menjadi barisan hadapan untuk menentang gerakan PAS di bawah kepimpinan ulama. Mutakhir ini juga, tambahnya apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Umno BN menjadi sangat bimbang sehingga mereka mengambil langkah mempertajamkan semula gerakan perkauman dengan didokongi oleh beberapa NGO seperti Perkasa. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, seperti yang sedia maklum Kerajaan Umno BN telah menyalahgunakan undang-undang untuk menghalang pelaksanaan Islam yang syumul. Mereka, katanya komited untuk menghalang kemaraan PAS di mana pada hari ini bersama Pakatan Rakyat atau menyekat PAS daripada memerintah. Katanya lagi, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA 1960, Akta Hasutan 1948, Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 merupakan undang-undang yang berkaitan. Mereka, ujarnya sentiasa menakut-nakut dan memperbodohkan rakyat seperti yang digambarkan di dalam surah az-Zukhruf, ayat 54 yang bermaksud: (dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik derhaka. “Di atas kenyataan seperti inilah kerajaan Umno BN menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk menekan rakyat. “Mereka mempunyai kuncu-kuncu dan agen-agen dari golongan tertentu yang sanggup menindas dan merampas hak rakyat demi survival kepentingan mereka,” ujarnya lagi. Beliau turut menyentuh mengenai media yang berat sebelah di Malaysia juga menjadi faktor besar penghalang kepada jihad yang didokongi PAS. “Lihatlah siapa yang memiliki media elektronik negara kalau bukan Umno BN. Siapakah pemilik TV3, RTM, NTV9? “Siapa pula pemilik akhbar arus perdana Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times kalau bukan Barisan Nasional? Baginya, media itulah yang digunakan untuk memberi persepsi yang negatif terhadap PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat di mana kerap kali PAS digambarkan sebagai parti ekstrimis. Tambahnya lagi, dengan media itulah mereka menguasai minda rakyat yang mana propaganda demi propaganda dilancarkan melalui media demi meneruskan kezaliman mereka. “Setiap waktu, musuh selalu menakut-nakutkan kita melalui media dengan menyebarkan berita-berita bohong dan membentuk persepsi negatif bagi memecahbelahkan saf perjuangan kita. “Didiklah diri kita agar tidak mengikuti apa yang kita tidak ketahui tentangnya,” katanya. Justeru, beliau mengingatkan pendukung PAS agar jangan tergolong dalam orang yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai pembohong hanya kerana menceritakan apa sahaja yang dia dengar walaupun berita yang dibawa adalah bohong. Beliau juga menyentuh mengenai rakyat dan pengundi yang jahil di mana pepatah ada menyebut "kamu adalah musuh kepada apa yang kamu jahil". Ini, katanya kerana rakyat dan pengundi yang tidak mendapat maklumat yang sepatutnya menyebabkan persepsi mereka terhadap PAS menjadi negatif. “Kejahilan inilah menjadi senjata Umno BN untuk memancing undi mereka setiap kali pilihanraya berlangsung,” ujarnya. Menurutnya, punca rakyat menjadi jahil adalah disebabkan dua faktor penting iaitu malas membaca dan penguasaan media oleh Umno Barisan Nasional. Tambahnya lagi, memang jelas bahawa antara penghalang kepada rakyat untuk bersama dengan jihad PAS ialah kejahilan mereka terhadap kebenaran jihad perjuangan PAS dek kerana tipudaya melalui propaganda media Barisan Nasional. “Inilah gerak kerja golongan munafik yang sentiasa mencari jalan untuk melemahkan semangat juang umat Islam untuk berjihad menentang kebatilan mereka,” katanya. Sehubungan itu, tegasnya PAS haruslah memainkan peranan sebagai pendidik masyarakat melalui program-program ilmu seperti kuliah, ceramah, tazkirah dan seumpamanya yang hendaklah diatur dengan sebaiknya bagi menangani kejahilan masyarakat terhadap Islam dan perjuangan PAS itu sendiri. |
Festival Busana Muslim hina Islam - Helwa Abim
Helwa Abim berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital sekiranya masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.
“Justeru, Helwa Abim merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya,” ujar Naib Presiden Helwa Abim, Fadhlina Siddiq dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, katanya apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival itu nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas.
Tegasnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam yang hadir dengan esensi murni yang signifikan untuk memelihara kehormatan, maruah dan melambangkan akhlaq seorang wanita Islam.
Tambahnya, aa bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.
“Bahkan ia juga bukan interpretasi bahawa inilah pakaian Islam yang sebenar mengikut pandangan peribadi sesiapapun,” ujarnya.
Jelasnya lagi, anjuran menutup aurat bukan untuk pesta-pestaan semata-mata kerana ia adalah anjuran ketegasan wahyu dan perintah yang tuntas demi menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran.
Beliau memetik maksud ayat Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dadanya.
Begitu juga dengan firman Allah SWT di dalam Surah al- Ahzab, ayat 59 yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya.
“Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar,” katanya lagi.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah penaung festival tersebut.
Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim itu yang jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w.
Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pastinya pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran.
Justeru, Gamis mempersoalkan ke mana perginya badan-badan agama dan NGO Islam yang sebelum ini lantang dalam forum perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur, ayat 31.
Katanya, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat adalah suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada Islam.
Tegasnya, Gamis mengecam sekeras-kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
Tambahnya, sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu itu.
“Dulu umat Islam sangat sensetif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark. Kita juga tidak terlepas menyertai perarakan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya," tegasnya.
Sehubungan itu, katanya Gamis memuji tindakan pertubuhan tertentu yang akan mengadakan himpunan aman pada hari ini sebagai membantah tindakan penganjuran festival itu.
Sehubungan itu, katanya Gamis meminta anak muda dan Gamis negeri supaya turut sama turun menyatakan bantahan terhadap kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan ke atas muslimah seluruhnya di samping bersama menyedarkan masyarakat akan kepentingan kembali kepada Islam yang sebenar.
Nurul rebuts Najib: Pakatan must free Putrajaya from Umno
Nurul - Pakatan must free Putrajaya for all Malaysians |
The Prime Minister, who is also the Umno president, made several statements during the 2010 Umno assembly today.
The most important is the admission that Malay rights are so tightly locked with a golden key in the Constitution that even if any party possesses two-thirds majority in Parliament, it will still not be able to alter Malay rights without the permission of the Rulers' Council.
All the more, it becomes the responsibility of Pakatan Rakyat to hold this golden key so that we can open new spaces for the good of all citizens and to democratize our multiracial country.
This key must also open the door to a new political contract where anti-democratic laws such as ISA, AUKU, PPA and so forth must be repealed immediately. Such a key means that these anti-democratic laws are no longer necessary since Malay rights are already enshrined and therefore do not need to be protected by such laws, which exist not to protect but to chain the people to Umno for its selfish interests.
This key also exposes the falsehood of Umno politics which have claimed that Umno is Malay and Malay is Umno but this is not true because the key actually lies in the hands of the Malay Rulers, who in fact are the Rulers of all Malaysian citizens.
The lies of Umno have been perpetuated to benefit an elite few in Umno and to impoverish the rest of the citizenry and this is borne out by the Umno Youth Chief himself, who acknowledges that after 53 years of Independence, 60 percent of rural Malays are still poverty-stricken.
Yet the Umno president has urged his party to defend Putrajaya, but actually what is imperative is for the citizenry to free Putrajaya from Umno.
Enough is enough because the time has come for all Rulers and citizens to regain custody of this special key and not leave it with Umno, which has become a liar and hypocrite in its false fight for the race. - (English translation by Malaysia Chronicle. The original text in Malay is appended below)
Kunci pembuka fitnah politik Umno — Nurul Izzah Anwar
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agong Umno 2010 hari ini.
Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah “terkunci kemas” di dalam Perlembagaan sehingga seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat pula memegang kunci tersebut untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.
Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA dan sebagainya mestilah dihapuskan segera. Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja.
Kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno tidak benar sama sekali kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja semua rakyat Malaysia.
Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno sendiri dimana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan.
Dengan itu saranan Presiden Umno untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.
Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja and rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno, yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa.
'Jaga hati Melayu, tamatkan perang psikologi'
Menyentuh kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tentang kontrak sosial yang boleh dibincangkan secara tertutup, wakil Negeri Sembilan Jalaluddin Alias dengan nada keras mendesak pemimpin Cina itu dapat menjaga hati orang Melayu.
"Saya cakap atas dasar perpaduan yang diminta oleh presiden supaya kita jaga semua kaum untuk bangsa dan negara," kata Jalaluddin.
"Kita minta MCA pun juga pun hati orang Melayu. Betul kalau MCA, MICA tak sokong kita (dalam pilihan raya) kita tak boleh menang. Tetapi kalau Umno tak sokong, lagi MCA dan MIC tak boleh menang.
Semalam, Chua dilaporkan berkata jika kontrak sosial tidak seharusnya dibincangkan kerana soal itu mungkin menimbulkan sedikit kontroversi kerana generasi muda berpendapat, sebagai rakyat Malaysia mereka seharusnya diberi ruang. katanya.
Jalaluddin yang juga pemimpin Umno Jelebu menegur perhimpunan NGO dan parti bukan Melayu yang didakwanya dalam pelbagai medan menghentam orang Melayu.
"Jangan sebut lagi, jangan sentuh lagi hak Melayu. Kita tak pernah tanya apa Cina dapat. Mreka lebih senang daripada kita. Kalau kita cabut semua bangun di Kuala Lumpur, yang tinggal hanya warung-warung tua peninggalan Melayu," katanya disambut sorakan dan tepukan para perwakilan.
"Saya minta MCA dan MIC tamatkan perang psikologu antara kita supaya perpaduan kaum ditingkatkan."
Sebelum menamatkan ucapanya bagi mengulung ucapan dasar presiden, Jalaluddin sempat membacakan kembali 'Tujuh wasiat Raja-raja Melayu' yang antaranya berkaitan hak, bahasa, tanah dan tanah rezab Melayu.
Sementara itu, pengerusi tetap pula mengambil kesempatan selepas itu menyampaikan nasihat kepada orang Cina dalam bahasa Hokkien - dialek Cina popular di Utara semenanjung Malaysia - yang menggamatkan dewan.
"Kita kawan, jangan kacau hak istimewa Melayu. Hormat orang. Jangankah kacau hak kita. Kita satu pasukan barulah boleh menang pilihan raya," katanya yang menterjemahkan sendiri ucapannya itu.
Istana iktiraf kejayaan kerajaan PAS Kelantan: Gambar yang bisa buat penyokong Umno meracau dan meroyan
Oleh: Pria Malaya
Teringat beberapa minggu yg lepas..penyokong atau lebih tepat blogger fanatik Umno cuba memanipulasi gambar mesra Tok Guru bersama Tuanku Sultan Kelantan..Gambar yg memaparkan Tuanku Sultan memberi penghormatan (laluan) kepada Tok Guru Nik Aziz di'pusing'nya mengikut selera nafsu mereka...
Dituduhnya Tuanku Sultan telah 'mengajar' Tok Guru kononnya tidak tahu protokol, perkara biasa org yg lebih muda menghormati org yg lebih tua dan pelbagai lagi alasan2 mereka..kononnya nk menggambarkan penyokong PAS terdesak mahu menonjolkan hubungan akrab pihak istana dan kerajaan negeri..kononnya gambar itu menunjukkan Sultan sindir dan tidak berkenan dengan Tok Guru Nik Aziz..
Boleh rujuk di SINI dan di SINI...kisah sebenar sebagaimana yang diceritakan oleh blogger Topeng Perak yg berada di tempat kejadian boleh dilihat di SINI...
Apakah SPIN mereka untuk kali ini??...sama2 kita saksikan...;)
Program: Majlis Pelancaran Sambutan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan sebagai Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun Kerajaan Kelantan ke-20.
Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.
Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.
Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.
Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).
Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.
Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.
“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.
“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.
Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.
Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru. - TPU
Menara Warisan Merdeka 100 tingkat di Kampung Baru?
Perwakilan UMNO bagaimanapun mempertahankan keputusan tersebut, ketika usul ekonomi dicadang dan disokong dalam Perhimpunan Agung UMNO, hari ini.
Razali Ibrahim: "Dia jual dulu..."
"Ada pemuda di kalangan kita nak buat demonstrasi menentang. Mereka ni tahu tentang saja. Dulu kita bina Putrajaya, dia (pembangkang) kata apa? Dia nak jual Putrajaya kalau dia jadi kerajaan. Hari ni dah lupa. Nak berlumba-lumba ke Putrajaya. Yang bina Putrajaya tu kita. Yang dia nak jual dulu, tapi hari ini dia pulak kata nak pergi Putrajaya," kata Razali Ibrahim, yang mewakili Pergerakan Pemuda.
Naib Ketua Pemuda UMNO (gambar kiri) meneruskan, "Dulu kita bina Jambatan Pulau Pinang, 'Oh! Bangkrap negara.' Hari ini dia minta Jambatan kedua. Dulu kita bina SIC (Litar Sepang Antarabangsa). Hari ini yang kata SIC ni bagus, tu, yang dituankan, Singapura mengatakan bahawa Singapura sepatutnya dah ada track litar dari dulu lagi sepatutnya. Jadi ini pengiktirafan. Tapi masa nak cadang tu memanglah susah, tapi janganlah bakar benda yang kami cadang. Dah-lah dia tak buat. Dia nak hapuskan. (Apabila) dah berjaya, dia kata dia pula nak."
Razali Ibrahin yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menambah, "Yang ini kita kena pastikan bahawa Menara ini ada banyak maknanya. Yang buat ni PNB, bukan duit kerajaan. Dia bentangkan ketika itu lebih kurang 200 berapa bilion tu, tak sebut pun perbelanjaan itu. Yang nak maksud ini, negara maju, banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak swasta. Bukan kerajaan lagi."
Awang Adek: Cuma Malaysia yang menentang bangunan tinggi
Sebelum ini, Awang Adek Hussin sebagai pencadang usul ekonomi cuba menjustifikasikan pembinaan menara 100 tingkat ini dengan alasan untuk menyediakan infrastruktur agar memenuhi keperluan perkembangan sektor perkhidmatan.
"Perlunya infrastruktur ini akan menjadi lebih terdesak, terutamanya selepas liberalisasi sektor perkhidmatan menjelang 2015. Sebab itulah kita perlu ada projek MRT, KLIA2, Pusat Kewangan Baru, Pembangunan Sg, Buloh dan Menara Merdeka PNB."
Timbalan Menteri Kewangan (gambar kanan) ini berkata, "Kita jangan tertipu dengan pembangkang kerana mereka memang tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan. Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada pun orang yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit, bukan satu atau dua, bahkan hampir semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi. Tak ada masalah pun!"
"Cuma di Malaysia saya kita dengar cerita-cerita seperti ini. Dulu tak setuju dengan Jambatan Pulau Pinang, Bangunan berkembar Petronas dan Putrajaya. Sekarang bukan saja rakyat perlu kepada jambatan kedua Pulau Pinang, tetapi pembangkang pula tak sabar-sabar nak masuk Putrajaya."
Ahli Majlis Tertinggi yang juga wakil Bahagian Bachok, Kelantan ini berkata, "Inilah hipokritnya sikap pembangkang. Cakap tak serupa bikin. Kita tak boleh, mereka tak apa."
Kira-kira 100,000 orang pengguna laman sosial facebook telah menyertai satu kumpulan untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka. Kumpulan ini disertai lebih daripada 80,000 orang dalam masa 144 jam, menuntut agar suara mereka didengar seandainya Perdana Menteri Najib Razak berpegang kepada slogan 1Malaysia-nya, "Rakyat didahulukan".
Menara 100 tingkat di Kampung Baru?
Di samping itu, ketika wakil Wilayah Persekutuan, Johari Abdul Ghani membahaskan usul ekonomi, beliau mencadangkan agar Menara Warisan Merdeka dibina di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebelum mengakhiri ucapannya, perwakilan dari Bahagian Titiwangsa ini meminta agar Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk mempertimbangkan cadangan ini, walaupun tidak perlu membuat keputusan pada hari ini.
Beliau melontarkan cadangannya yang disambut dengan tepukan, "Apalah salahnya Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini, dinaikkan di tengah-tengah tanah orang Melayu di Kampung Baru?"
"Kerana PNB mempunyai tanah di stadium itu 22 ekar. Di Kampung Baru, kita mempunyai 230 ekar. Jadi, 10% daripada tanah itu saya percaya orang-orang Melayu di Kampung Baru ini akan bersetuju sungguh kalau YAB dapat memikirkan membawa Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ke Kampung Baru, supaya dia menjadi mercu kejayaan orang Melayu di Tanah Melayu."
Johari Abdul Ghani menyambung, "Seperti mana hari ini kita lihat KLCC menjadi satu kebanggaan. Seluruh kawasan tanah KLCC menjadi mahal. Hari ini dengan wujudnya mercu Menara Warisan Merdeka ini saya percaya 220 ekar tanah Kampung Baru ini dalam masa 10, 30, 40 tahun akan datang, menjadi satu harga yang ternilai bagi orang Melayu."
HOT: Isu Rosmah dan Dr. Zambry, Pemuda PAS Perak hantar memo kepada Mufti
Oleh: Pria Malaya
Tahniah penulis ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak..suatu langkah yang bijak lagi profesional bagi merungkai persoalan yang timbul...
Penulis bersangka baik, mungkin Mufti Perak ini sibuk sehingga tiada masa utk mengambil tahu isu semasa tanah air..atau mungkin beliau xsempat nk baca berita dll..mungkin kerana inilah beliau dilihat seolah2 membisu tidak mengulas isu-isu yang melingkari pemimpin2 Umno..
Nak harapkan penyokong dan blogger fanatik Umno memberi teguran pada Mufti Perak? jangan harap..mereka tidak akan bertindak jika sesuatu isu itu tidak memberi kelebihan kepada mereka...tiada keperluan bg mereka mendesak Mufti Perak mengulas isu ini jika terbukti boleh merosakkan imej Umno..
Di bawah, adalah dua isu 'besar' yang sedang melanda negara kita ketika ini..dan atas dua isu inilah pemuda PAS menggagahkan diri utk bertemu dengn Mufti Perak supaya turut sama 'turun ke gelanggang' mengulas isu yang berlaku..jangan kerana ianya berlaku pada kerajaan (Umno), maka demi menjaga 'tuan' kita, kita tidak berani menyatakan kebenaran...
1. Isu Rosmah (Klik di SINI)
2. Isu Zambry (Klik di SINI)
Akhir kalam..sama2 kita tunggu respon dan reaksi Tok Mufti Perak kita ini...wallahua'lam....
MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH.
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-duaperbuatan dan isu tersebut.
2 Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di Monaco Sporting Club, Monte Carlo.
Majlis tersebut secara jelas telah menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara
meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.
Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta
Sama ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.
Peranan APCO terserlah: Anak Melayu beraksi berahi dalam kapal U.S Army di Pelabuhan Klang!..(18SX)
.fullpost{display:none;}
Oleh: Pria Malaya
Anda tahu apa yang berlaku semasa kapal USS Abraham Loncoln berlabuh di pelabuhan Klang 8 Oktober lalu?...penulis yakin ramai di antara kita tidak mengetahui 'perkara tersirat' yg berlaku disebalik kehadiran kapal perang US ke Malaysia awal bulan lalu...
Kapal USS Abraham Lincoln Berlabuh Di Pelabuhan KlangGambar-gambar di bawah akan menceritakan segala-galanya...(bukti dan ulasan penulis di akhir entry ini..)
PELABUHAN KLANG: Kapal perang kelas Nimitz kelima USS Abraham Lincoln (CVN-72) milik Tentera Laut Amerika hari ini berlabuh di Port Klang Cruise Centre dekat sini, sebagai sebahagian daripada program diplomatiknya dengan negara-negara Maritim.
*baca seterusnya di sini...
Persoalan kini, siapakah yang bertanggungjawab 'menaja' anak Melayu Islam ini utk membuat 'show' di depan tentera US?..
Berdasarkan pengakuan waita melayu ini, show ini adalah sbg 'mewakili Malaysia dalam acara pentas'..hanya mereka yang tertentu sahaja dibenarkan untuk berada dalam kapal US ini, apatah utk beraksi 'mesra' bersama anak-anak kapal US Abraham Lincorn ini...
Ikuti BUKTI pengakuan di bawah...
Pengkuan 1
"Show arini selesai, x sabar show d klang esok...di atas kapal U.S army yg singgah ke malaysia..nyum nyum"
Pengakuan 2
"Hari ini kakak2 manis **** ada show di kapal U.S Army d Pelabuhan Klang..wakil Malaysia dlm acara pentas..wish us dpt gold medal!"
Pengakuan 3
"Kehendak agen...show biasa lah...jap lagi nk wat show depan tentera USA ni takutnyer..emm...nervous nervous.."
"by invitation only lah mak hayam...kitorang dah pass ic copy aritun...*akan mewawai (pakai) baju sailor yer...ngengenge"
Ini bermakna, 'free show' anak melayu ini telah 'ditaja' (atas kebenaran) oleh pihak atasan!...penulis yakin, hal ini dibawah pengetahuan kerajaan Malaysia termasuk kementerian pertahanan sendiri!!..
Ukt yg terakhirnya penulis menuntut kerajaan menjelaskan hal ini kepada rakyat! kerajaan Malaysia harus bertanggungjawab!!...sila beri penjelasan, rakyat berhak tahu!..
p/s: Akan dikemaskini... baca lagi [click here]...
'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
Oleh: Pria Malaya
Sebelum ni, kerap kali penulis bertemu dengan komentar/kenyataan penyokong2 tegar Umno yang membela Rosmah Mansor dan menghentam sesiapa yang mengkritik isteri perdana menteri itu..
Dakwa penyokong Umno yang pertahankan Rosmah Mansor, sesiapa yg mengkritik Rosmah Mansor adalah orang yang mempunyai sifat dengki, perasaan iri hati dan mcm2 lagi..
Dikutuknya penyokong PR sebagai org yg jelous dengan kemampuan Rosmah mansor yang katanya tidak boleh dilakukan oleh wanita di dalam PR..kata mereka lagi, semua yg dilakukan Rosmah Mansor itu membuktikan beliau seorang isteri PM yg rajin, baik hati, terkehadapan, cerdik, berwawasan dan seribu macam pujian dan pujaan..
Namun tidak sedikit juga dari kalangan mereka yang penulis temui meluahkan perasaan mual, geli, meluat dan sebagainya terhadap tindak-tanduk Rosmah Mansor...
Kali ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca sekalian luahan seorang blogger pro-kerajaan (Umno) terhadap isu yang berlaku kini..mungkin kalau luahan ini dari blogger pro-PR, berbakul cercaan dan hinaan dilemparkan terhadap blogger PR berkenaan..so, kali ini, kalau tidak puas hati, sila berdepan dengan blogger Umno ini sebelum tunjuk 'berani' di depan penyokong PR..fikir2kan..wallahua'lam..
Tahniah kepada blogger 'mahaguru58.blogspot.com'...
First Lady of Malaysia is our DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Nor Zahirah not Datin Seri Rosmah Mansor a citizen of Kuala Pilah!!!
To those who are clueless about who our real 'First Lady' is, let me reintroduce to you our Queen, Her Royal Highness, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Nur Zahirah, D.K. ~ Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (Terengganu), Darjah Kebesaran Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z.), Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).
Her Royal Majesty Tuanku Sultanah Nur Zahirah is our real First Lady.
Our beloved Queen and Consort of His Royal Highness, Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, the reigning Supreme King of Malaysia.
Their Royal Majesties reign at the Istana Negara, not at Seri Perdana, Putrajaya.
Their Royal Majesties remain as Royals returning back to their functions as the Sultan and Sultanah of the Sultanate of Terengganu Darul Iman once their 5 year term as the Supreme King and Supreme Queen of Malaysia is complete.
The one who is currently masquerading as the 'First Lady' of Malaysia is just the wife of the current Prime Minister of the Federal Government of Malaysia.
A common citizen of this country who by chance happened to become the 2nd wife of the premier.
So, I find it unbecoming for a citizen of this country to upstage and wrongfully assume the title of the 'First Lady' of Malaysia when it is our beloved Supreme Queen of this federation of Malay Sultanates and former British Colonies, who must be given that honor and prestige to represent our nation at the 'First Ladies Summit'!!!
Truly Datin Seri Rosmah Mansor ought to know better than to steal the limelight from her own Queen?
What bloody hell kind of a glamor seeking person is she?
I wonder how do our government officials and ministers condone such breach of conduct and obvious case of 'Lese Majeste'?
Are all the Istana Negara officials especially those who are supposed to take care and watch out for the dignity and majesty of our beloved Queen clueless about this blatant commandeering of the royal position of our charming and graceful Raja Permaisuri Agong of Malaysia???
Hello!!! What are you guys doing over there in the Istana?
Let me ask you as to whether the Supreme Queen you serve is this karaoke 'queen'?....
...or ...Her Royal Highness, the Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah, the Supreme Queen of Malaysia and the Sultanah of Kesultanan Melayu Terengganu Darul Iman?
Don't tell me that those who are supposed to be the Protocol Officials of the National Palace are all ignorant as to who is really their 'First Lady'?
Even a trishawman can tell the difference between a Supreme Queen and a commoner?
Do we need to hold special classes now on this subject matter and teach the nation as to who is whom?
No wonder that the Cartoonkini political caricaturist Zunar is having a field day with his lambasting the Datin Seri from Kuala Pilah for her delusional condition that she is the 'First Lady' reigning over this nation from Seri Perdana!
Where is Tun Dr Mahathir now? Maybe he has a prescription for such hallucinations. You know, some medicine to cure this state of dementia, plaguing the poor lady from Kuala Pilah?
Problem is...will she be willing to swallow the bitter pills of REALITY?
As to who is our rightful First Lady of Malaysia?
Her Majesty the Supreme Queen, Her Royal Highness, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Nur Zahirah....or the commoner?
Despite all such trappings and fine regalia that one adorns on oneself, one has to come to terms that phony grandeur and pomp or pageantry will soon come to pass and when the clock strikes 12 after the 13th GE, reality will come stare at her face?
The Ministries in charge of this screwup have only themselves to be blamed for being party to such obvious acts of treason and proven case of 'Lese Majeste'!
What a whole load of hogwash this government has come to end up as?
Megalomaniacs at large!
No matter whichever glamor crazed commoner tries to steal your limelight Dear beloved Supreme Queen of the Kingdoms of Malaysia, you will always reign in our hearts as the rightful First Lady of us all.
May Allah bless you and your beloved family with the best of this life and in the next, Insya Allah!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
And to the 'Great Pretender', do us a favor and wake the hell up, will you?
We don't begrudge you being the PM's wife. Not at all. You can be the head of BAKTI or whatever, but please do respect our Royal Highness, our beloved Supreme Queen of Malaysia and accord to her the rightful position that you have unwittingly usurped, maybe out of your own vanity?
Our First Lady. The one and only Queen of our hearts.
Her Royal Highness, our symbol of Malaysian regality, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Nur Zahirah.
Long live our Queen. Our real and true FIRST LADY!!!
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
*baca selengkapnya di SINI..
Subscribe to:
Posts (Atom)